Monday, November 3, 2014

Jalan-jalan di KLCC, jumpa Lee Min Ho di PayVie...!

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Senin
03-11-2014


Selepas 2,3 kali menunda program jalan-jalan dengan budak CHAK, akhirnya Ahad semalam baru terlaksana. Itupun sebab Sabtuday lepas saya dapat pelepasan untuk tidak datang OT. Lalu beberapa urusan rumah termasuk ke pasar dapat diselesaikan pada Sabtuday, dan Ahad menjadi sedikit lapang.


Booking tiket movie secara online lebih mudah. Tak perlu beratur. Hanya datang tepat masa dan tuntut tiket. Filem animasi: Book of Life.


Movie time....! Kali ini TGV, KLCC.



15 minit sebelum masuk, sempat Kinokuniya. Sejak ada Chichi, cari pun buku kitten.



Tak sah keluar berjalan tengok movie tak dilengkapi dengan agenda makan-makan. Hmmm ikutkan saja.



PizzaHutt Pavilion. Dari KLCC (walaupun sebenarnya KLCC juga ada banyak tempat makan dan ada ketika ada yang lebih murah) tapi kami lebih selesa untuk makan di Pavilion. Lebih kurang sama saja.



Selagi budak berdua ni masih belum boleh dilepaskan keluar sendirian or hanya dengan kawan-kawan, sekarang ini saya lah yang terpaksa menjadi peneman or ‘jadi tukang bawa’ depa ni untuk agenda tengok wayang or jalan-jalan. Zaman kakak-kakak dia berdua dulu pun sama juga. Bila dah lepas sekolah menengah, dah kerja baru depa bergerak sendiri or dengan kawan-kawan.




Pavilion bersedia menyambut Halloween, saya kira.


Jumpa Ultraman plak kat lobi Pavilion. Tapi anak-anak saya tak peduli pun. Depa tak layan Ultraman.


Tapi, dalam banyak jalan jalan dari KLCC ke Pavilion, part paling best ialah saya jumpa Kim Tan! Bukan obses. Tapi saja nak jadikan bahan blog. Hahahahah...!



Heh heh heh...ko ado?




 ~...rindu terlerai bila HISYAM akhirnya datang juga ke Teratak Nyatuh meminta masa menginap semalam dua, yang mana Pak Utih begitu teruja menerima lantaran memahami SERI BULAN pasti menjadi insan paling gumbira ria, lalu menjadi paling rajin untuk memasak itu ini, dan Mak Utih pula yang gelabah tak kebah kerana bimbang nasi ditanak tidak masak, ikan digoreng tidak garing, dan sayur di dapur tidak terlayur...~




18 comments:

  1. Kak Azah.. Sabtuday tu sy jalan2 di Pavi dan KLCC.. aisehhhhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alahaiii.. orang ramai betul kat KLCC. Lemas!

      Delete
  2. Azie macam kakak masih belum berani lepaskan anak sendirian. Bila terpaksa utk belajar jauh dah tak boleh buat apa, tapi pesanan macam masih anggap dia anak kecik juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Begitulah kita sebagai mak kan Kak? Selagi belum dibawa orang, memang kita berleter saja la kejanya...

      Delete
  3. Beza anak lelaki dan anak perempuan sebab anak lelaki 14 tahun dah Aina beri keluar dengan kawan2 anak perempuan fikir 100 kali...ehehee...

    Kat Pavillion tak sesak sangat sebab tu best makan2 dan jalan2 kat situ.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. KLCC sentiasa sesak. Orang berpusu. Terutama kat area medan selera. Sebab tu Pavilion menjadi pilihan. Cuma ada beberapa area yang sangat mahal. Kita pilih harga mampu saja lah.

      Delete
  4. Sama macam kak zai sanggup tengok cerita kartoon dengan anak2.

    Kak zai suka pergi KLCC tapi hubby tak suka sesak katanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalu nak ikutkan, rumah saya lebih dekat dengan KLCC. Tak sampai pun 10 min. Tapi, lazimnya hari minggu memang KLCC sangat sesak!

      Delete
  5. den takdo! sebab den tak minat pun! hahaha

    dari KLCC ke Pavillion tu jauh ke? saya tak pernah sampai ke Pavillion tu..hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalu orang muda depa suka jalan kaki saja. Memang ada jalan dan jambatan khas utk laluan KLCC-Pavilion. Letih sangat bagi orang tua macam Kak Azie. Kena naik kenderaan la.

      Delete
  6. nampak cam sepadan dengan Kim Tan..muahahhaahh

    ReplyDelete
  7. huhuhu.. besar gila gambar tu.. memang tak hado lah.. tapi kalau ado memang den lotak an dalam blog den.. hehehe..

    ReplyDelete
  8. dah lama tak tonton wayang dgn anak....

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen dan mengomel.... :) *Bila saya tak sempat reply, jangan marah ehhh...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails