Wednesday, November 19, 2014

Bahan terbuang jangan dibuang...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Rabu
19-11-2014


Hujung tahun yang sedikit berterabur. Cuaca yang sedia kita maklumi. Hujan hampir setiap hari. Tapi itu bukan alasan untuk kita tidak meneruskan rutin kehidupan.

Minggu ini minggu terakhir persekolahan. Dua orang anak saya masing-masing dah hantar buku teks. CHAK plak nampak relax saja padahal result UPSR dia akan dijangka keluar pada minggu depan 26hb.

Kerana cuti akan bermula minggu depan, saya dah sediakan projek khas untuk bebudak berdua tu. Sebenarnya, depa dah mula start pun seminggu dua ni. Sambil tengok Running Man or sambil layan drama Korea, nahhh... kita kasi kerja!


Saya snap di tempat kerja saya.


Ubahsuai menjadi goodie bag. Bahan pakai buang. Mudah dan murah. Paper percuma (sebelum ni depa buang jer). Riben beli sendiri.


Projek untuk majis walimatulurus MyAnak Buah pada Mac tahun depan. Nanti kalu dah siap semua, saya snap dan tayang lagi.


****


Tayang-tayang:


Vadai. Antara kuih paberet saya. Beli di restoren mamak. Yang geram, sebab ianya garing dan bau daun kari tu sungguh menggoda sukma! Ahaks!






 ~...sebenarnya bukanlah SERI BULAN tidak sedar akan perasaan HISYAM yang kadang-kadang marah, kadang bengang, kadang sayang tetapi selagi mereka berada di Kampung Separuh Desa, selagi itu setiap kata dan gerak-liuk tidak wajar ditunjuk-tayang secara terang, kerana banyak mata memandang banyak daun bergoyang dek kuatnya angin yang melayang, lalu segala nasihat Mak Utih agar hubungan menjadi ikatan tidak harus diambil perhatian kerana masa akan berlalu, detik akan terus berketik...~




17 comments:

  1. Sangat kreatif...save budget dan paperbag besarr...boleh isi berbagai2 buah tangan. Vadai, saya memang suka yang garing...nipis dan ada banyak cili dalamnya. Kalau ada daun kari yang hangit sikit2 tu memang sangat menggoda.

    Kak...saya dah tak ada perasaan menunggu 26hb tu...tak mampu nak berperasaan.

    ReplyDelete
  2. Pastikan gam kuat-kuat, takut terbarai pulak nanti... :)

    ReplyDelete
  3. selama ni saya jual sekali dgn paper lama ja pembalut kertas A4 mcm tu hehe

    ReplyDelete
  4. paper tu banyak saya buat alas rak kat rumah...kalau buat paper bag balutkan dengan plastik supaya ia tak koyak....

    ReplyDelete
  5. bagus2.... dari membazir beli kan? kebetulan ada tenaga kerja n masa.

    ReplyDelete
  6. wahhh... menarik idea ni! i loike!:))

    ReplyDelete
  7. kreatifnya...tak pernah terpikir pun nak buat cengini

    ReplyDelete
  8. kuih kegemaran saya jugak ni kak..tapi kat sini susah nak jumpa kat kedai2 kuih melayu nih...saya ni kalau mamak buat memang tak berani nak makan.mamak kat sini lain macam sikit.import punya mamak.jadi kena hati2..hahah

    ReplyDelete
  9. Bagus..kitar semula, jimat dan menjaga alam sekitar..terbaik akak!(^_^)

    ReplyDelete
  10. Bawah tu kena gam kuat sikit Azie takut terburai pulak
    Kreatif juga kan:)

    ReplyDelete
  11. sy penah buat jugak tu..guna wraping A4 jadik paperbag...heheh

    ReplyDelete
  12. kat opis kak nah selalu masuk tong sam je.. xde sapa pun terpikir nak kreatif2 nie...
    Vadai tu..dulu2 jd peberet kak nah juga..tp la ni..perut minta ampun..kalau makan juga jd sebu semacam ja..

    ReplyDelete
  13. Vadai ke Wadei ?hahaha..saya panggil wadeiii

    Kreatif..tapi kena ada byk la kertas A4 punya bekas tu...tapi sebab akak keja kat situ mesti banyak kan

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen dan mengomel.... :) *Bila saya tak sempat reply, jangan marah ehhh...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails