Wednesday, November 26, 2014

WW: khasiat herba Cina yang saya suka...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Rabu
26-11-2014


Kerana lama berkawan dengan kaum Cina, lalu sedikit sebanyak saya tahu budaya depa. Sekadar pengetahuan. Dan, ada beberapa yang saya juga buat mengikut kesesuaian.

Antaranya: pemakanan herba kurma merah kering (red dates), ‘tongsam’ dan herba merah (macam kismis — baik untuk mata) yang saya rebus jadikan air minuman harian.

Antara khasiat yang depa kata, tambah darah muka merah.


Pic: Google. ‘Tongsam’ adalah herba yang macam kayu kering warna kuning dalam pic di atas. Boleh beli semua ini di kedai farmasi Cina. Timbang kati.

Tayang-tayang:


Ini yang selalu saya buat. Rebus sendiri samada slow cooker atau rice cooker atau atas dapur gas. Saya suka minum sejuk. Bertahun-tahun so far tiada kesan sampingan buruk, kecuali kerap kencing. Kencing lawas ler tuh, kan?

Kesan baik, biar perlahan asal menjadi.

*UPDATE: tertinggal sesuatu. Saya tambah gula batu sekadar cukup rasa ‘manis buah’.





 ~...tidak pernah SERI BULAN semarah itu walau HISYAM memang selalu mulut lepas, tetapi apabila ada yang membawa khabar berita tentang persiapan baju kahwin dan sanggul palsu si anak dara Pak Imam demi untuk hari bersandingnya yang diangan-kunun bersama HISYAM, SERI BULAN merasa hendak melempar selut ke ampaian rumah Pak Imam!...~




21 comments:

  1. rasanya macam mana kak..? teringin jugak nak mencuba.. kuat tak bau herbanya..

    ReplyDelete
  2. Herba yg baik. Tambah sedikit madu tambah lazat Azie:)

    ReplyDelete
  3. Kee chee yg baik untuk mata tu...nanti bolehlah cuba resepi ini - Kee chee + longan kering + tong sam + red date.

    ReplyDelete
  4. Red dates tu kurma dari Tanah Arab ke, or dari negara China?

    ReplyDelete
  5. Replies
    1. haah, nak tau rasa dia. tawar je ke? or macam infused water?

      Delete
  6. saya pun peranh dengar ada kawan bangsa cina bgtau kebaikan kurma merah tu...katanya minum lepas bersalin..baik utk kesihatan

    ReplyDelete
  7. Pelan-pelan kayuh..
    Benda "instant" tak bertahan..

    ReplyDelete
  8. Wah resepi lagi ni
    Akak dah mulai suka buat air campuran goji berry/wolfberry...
    Lepas minum badan rasa sejuk..

    ReplyDelete
  9. Oo...ye ke?saya ada ni kat dapur..suami beli bulan lepas..kata nya bagus.tapi tak tau bagus untuk apa..jadi tak la berubah benda2 ni dari kabinet dapur tu..entah elok lagi ke tidak..heheh

    ReplyDelete
  10. Patutla kalau lalu kedai herba cina tu ada mcm2 herba, rupanya ada khasiat yg saya tak tau.

    ReplyDelete
  11. saya selalu guna herba cina tu dalam masakan, buat sup ayam memang best :)

    ReplyDelete
  12. Boleh try agaknya anak2 boleh minum tak herba ini, kesian si kecik yg terpaksa pakai cermin mata.

    ReplyDelete
  13. Amoi kat opis saya selalu buat...letak gula batu sikit....

    ReplyDelete
  14. Sori nak tanya, tong sam ke tong hui ye namanya

    ReplyDelete
  15. Sori nak tanya, tong sam ke tong hui ye namanya

    ReplyDelete
  16. Sori nak tanya, tong sam ke tong hui ye namanya

    ReplyDelete
  17. Bahan2 diatas sy gunakan utk banyakkan susu ibu

    ReplyDelete
  18. Biasanya saya rebus kurma merah dengan apel tambah gula batu, bagus untuk kesihatan dan mencantikkan kulit ... kulit jadi kemerah2an,lebih sedap kalau di simpan dlm peti sejuk

    ReplyDelete
  19. Biasanya saya rebus kurma merah dengan apel tambah gula batu, bagus untuk kesihatan dan mencantikkan kulit ... kulit jadi kemerah2an,lebih sedap kalau di simpan dlm peti sejuk

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails