Tuesday, November 4, 2014

“Maafkan bila ku tak sempurna...” — hidup jangan banyak komplen!

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Thalatha
04-11-2014


Hidup jangan banyak sangat merungut. Jangan gemar komplen itu ini sana sini. Lemas. Pekakkan telinga pun, tapi kalu dah hari-hari, mau kembang telinga capang saya nih!

Apa kes?

Ada spesis suka memilih. Well... kita memang diberi pilihan. Buatlah pilihan yang bijak. Tapi ada banyak keadaan juga, kita tidak boleh memilih langsung. Disebut tiada pilihan. Lalu redha dan terima dengan hati terbuka, adalah juga suatu pilihan yang baik. Kan?

Memilih kerja. Kemudian tiada pilihan melainkan itu sahaja kemahiran yang kita ada dan kita mampu lakukan. Lalu, berusaha mengekalkan kemahiran or jika boleh meningkatkan kemahiran ke paras yang lebih baik seterusnya menjadi cemerlang. Nak jadi positif bukan susah pun. Mahu dengan tidak saja.

Lalu bila ada spesis keliling saya yang tak berhenti komplen pasal kerja “asyik saya jer dapat job susah” lalu, saya ingin sekali menasihatkan, “berhenti duduk rumah dan tunggu orang datang suap ke mulut!”

Hidup mudah tak mudah, subjektif mengikut piawaian masing-masing. Zaman susah memulakan kehidupan berkeluarga, kemudian memajukan kehidupan itu sendiri adalah juga suatu pilihan. Kenapa nak sulitkan diri dan rumitkan diri. Kerja dalam bilik aircond, duduk kerusi empuk pun masih nak komplen? Itu tidak bersyukur namanya!

Tayang-tayang:


Saya terlibat meeting minggu lalu. Aktiviti luar pejabat lalu mesyuarat santai berlangsung sambil makan-makan. Hmmm... agak berbaloi Chicken Chop ini.





 ~...sudah kecoh seluruh Kampung Separuh Desa kisah ada orang mengintai Teratak Nyatuh mencari celah lubang bilik SERI BULAN, sehingga Mak Utih bergegar badan menahan marah, Pak Utih menggeletar menahan sabar dan HISYAM menggigil menahan badan menampan tangan tidak bersilat sendiri, sedangkan SERI BULAN yang menjadi sasaran boleh tersengih kerana tahu ramai pasti cemburu, ramai pasti tahu bahawa dia masih menjadi tumpuan walau langsung tidak boleh dibuat lawan...~




19 comments:

  1. Lebih kurang jawapan selalu kakak bagi pada staff bila banyak komplen.
    Dulu masa mula mintak kerja kata boleh sekarang kalau rasa tak sesuai sendiri kena fikirlah...

    ReplyDelete
  2. Azie..sedapnya makan mesyuarat..kalau macam ni..kena mesyuarat selalu...=)

    ReplyDelete
  3. sedap nyer makanannnn...arghh...cantik nyer header!

    ReplyDelete
  4. Kalau byk komplen, hidup pun hilang ceria.
    Ada benda yg kita tak boleh pilih sgt..hadap je lah kan. Bkn selama-lamanya gitu.

    ReplyDelete
  5. huhu..setengah orang memang suka sangat komplen..tapi kalau tak komplen langsung macam tunggul plak..btw chicken chop tu mmg menggiurkan..

    ReplyDelete
  6. Saya nasihatkan sesiapa sahaja, termasuk kawan Kak Azie tu...baca buku Ustaz Pahrol Mohd Joi.." Mukmin Professional" - Celik Mata Hati.

    Antara petikan dlm buku tulisan beliau, beliau petik kata kata hikmah: " Kalau kita tak dapat apa yg kita suka, kita perlu belajar suka apa yang kita dapat"

    ReplyDelete
  7. bagaimana agaknya kalau dia ditugaskan untuk menghantar barang antara bangunan dan juga membancuh simen?

    ReplyDelete
  8. memang berbaloi chicken chop ni!

    ReplyDelete
  9. kalau complaint pandai buat, tak apalah kan
    kurang sikit panas hati
    ini, kerja cam apa, complaint pula yang banyak

    p/s-header tu dah tukar! mana kasut? walau still purple =)

    ReplyDelete
  10. Bersyukur dengan apa yang ada. kalau tak puas hati jumpa dan terangkan kenapa.. jangan asyik nak merungut tak puas hati.. kekadang malas nak layan orang macam ni.. ;)

    ReplyDelete
  11. rasa bersyukur sangat...jangan banyak sangat komplen....kat luar sana banyak yang mencari ruang-ruang pekerjaan,,,,,
    cuti sekolah nie ...kasut bertukar jadi cincin.......

    ReplyDelete
  12. Bila orang bagi keja yang susah tu maknanya orang percaya lebih kat kita...aih..untung la ada kerja..kan??

    ReplyDelete
  13. Bukan senang nak jadi senang...semua harus bermula dari bawah...

    Kalau hanya duduk tongkat langit mengharap rezeki datang bergolek silap2 diri sendiri tergolek...

    Memilih pada tempat merungut setelah mencuba...

    Salam petang dari Bunda...

    ReplyDelete
  14. itu namanya tiada rasa kehambaan, mazmumah tidak ditekan hingga asyik nampak kesalahan orang lain saja.

    ReplyDelete
  15. Sebagai sahabat, saya selalu bagi point yang sama. Tapi kalau dalam waktu keje, saya tak berani ckp mcm tu. Saya orang HR Kak Azie oii...nanti pekerja report kat Jabatan tenaga Kerja kata syarikat suruh berenti keje...hahahahaha. Tak pasal2 naik court.

    ReplyDelete
  16. Saya suka kerja saya lalu tiada komplen pilih memilih cuma kadang2 sedikit stress bila masa rehat yg agak terhad.

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen dan mengomel.... :) *Bila saya tak sempat reply, jangan marah ehhh...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails