Thursday, September 2, 2010

Ramadhan: Saling memaafkanlah... tapi jangan buat lagi, ok?

Ekoran komen dari seorang blogger (baru pertama kali) bernama ADAM JOHARI di entri KERET, aku terpanggil untuk melihat dan membaca apa yang dimaksudkan dalam komennya. Tentang isu “plagiat” oleh seorang blogger (yang aku sendiri sebut “laju”). 

Setelah aku membaca sendiri DI SINI, barulah aku faham duduk perkara. Tetapi aku tidak mahu mengomen panjang. Cuma aku melihat seorang blogger yang memberikan respons dengan cara tersendiri, begitu tulus dan jujur walaupun pahit kerana dia menjadi mangsa (istilah ini aku yang bagi).

Di hujung entri, ada soal meminta maaf dan respons. Feedback memang sudah dijangka dan baguslah di hari baik bulan baik ini saling memaafkan. Tetapi awas, yang sudah bersalah (dan mengaku pun dia bersalah), wajib untuk tidak melakukannya lagi. Samada perlakuan “plagiat” itu bertujuan ikhlas atau ada agenda sendiri, terpulanglah.

Tetapi kalu aku sendiri yang menjadi mangsanya, of course aku pun marah. Jadi sebelum kita nak marah orang, kita sendiri jangan buat begitu pada orang lain. Andai ada info yang berguna untuk dikongsi, wajar sekali kredit diberi kepada empunya asal atau sekurang-kurangnya mengakui itu bukanlah milik sendiri. — Faham ker statement aku nih?

Dari apa yang berlaku, aku melihatnya bukan sebagai keburukan seseorang, tetapi suatu kesilapan seorang blogger. Adakala kita terlalu ghairah, kan? Sama-samalah kita mengambil iktibar dari insiden ini.

Dictionary:
plagiarize |ˈplājəˌrīz|
verb [ trans. ]
take (the work or an idea of someone else) and pass it off as one's own.
• copy from (someone) in such a way.



Sesi tayang-tayang:

Gelang dari Beijing, yang dihadiahkan my Lady Boss yang baru pulang dari sana semalam.


~...setiap satu perkara dan perbalahan antara SERI BULAN–HISYAM, tidak pernah berubah menjadi dendam kerana rasa rindu itu mengatasi segala sendu...~




15 comments:

  1. uiks...ada gak orang yang macam tu ek...emmm...

    ReplyDelete
  2. Dunia punya dalam macam2 hal juga ada...

    Itu kira gelang rayalah, ya? :)

    Balik kampung ke nanti, Azie?

    ReplyDelete
  3. ACU > kita lihat di sudut positif. Yang negatif jangan diikut.


    KAKCIK > InsyaAllah, beraya di Kuala Pilah tahun ini. 2 hari saja kot baliknyer.

    ReplyDelete
  4. KAK KUJIE > Sihat? Sila respons saya yer, adakah blog list Kak KUJIE di side situ betul? Sebab saya TERaccident hari tu, semua blog lists ilang. So, saya khuatir saya terambil url blog KAK KUJIE yang salah..

    ReplyDelete
  5. yg tak tau tu kene la diberitau, insyaAllah sama2 boleh belajar. lepas tu pakat2 bermaafan.... (mencabar jugak dunia blog ni ek? sigh..)

    gelang tu cantiklah. lady boss bawak balik byk tak? wink wink!

    ReplyDelete
  6. Senang jer kan plagiat blog orang lain? Tak tahu orang tu tak tidur malam nak buat artikel. mesti la orang marah. Hehehehe....
    cantik gelang.

    ReplyDelete
  7. "what goes around comes around" dan pencuri pun tak suka hasil curiannya di curi orang. jadi jangan jadi pencuri !

    ReplyDelete
  8. FIDDE > ya, dia bawak balik banyak, tapi staf pun ramai jugok.. hehehehe


    ZEZEBEL > malam ni jangan lupa tidor...hehehe

    ReplyDelete
  9. Bang HAMZAH al-LAVENDARI > Kalu mencuri berdosa, kan Bang? > sengihhhhh

    ReplyDelete
  10. Salam Kak Azie..cantik gelang tu, boleh matchingkan dengan baju raya nanti.. :)

    ReplyDelete
  11. Asslamualaikum...
    ckLah datang untuk mengucapkan selamat hari raya, maaf zahir batin...

    Terimalah kad ucapan maya di blog ckLah...


    Jumpa lagi selepas Ramadhan melabuhkan tirai.

    InsyaAllah.

    ReplyDelete
  12. ZUREEN > baju belum ada, pasni kena la cari yg kaler caca marba camtu, kan? :)


    CKLAH > Salam. Sama-samalah kita bermaafan, semoga lebaran yang datang menjernihkan apa saja yang keruh.
    Selamat Berhari Raya di samping keluarga, CKLAH.
    Terimakasih ya.

    ReplyDelete
  13. ECHAH > Pasni aku nak cari subang gantung hat besar kaler menyerlah tuh. Baru best raya, ye dak? hahahaha

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails