Showing posts with label azam. Show all posts
Showing posts with label azam. Show all posts

Wednesday, November 27, 2013

Ah..! kenapa la orang sematang saya tak terfikir sebegitu?

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Rabu
27-11-2013


Saya diberikan satu tugasan (projek baru) semalam. Mula-mula saya panik (freak-out) tak ketahwan hala, sebab:
  1. job tu orang lain punya. Ini kali ke-3 saya kena cover job orang yang sama ini, sebab dia selalu cuti dan tak suka nak stay buat OT (dah kaya kot...)
  2. saya tak pernah buat projek ni dari awal, kadang-kadang saya buat semasa ianya sudah siap dan saya hanya jaga pada peringkat 2nd-P or 3rd-P, jadi agak mudah
  3. saya dok dengar MyManager sangat sayang pada tuan job ni, jadi apa saja job dia yang tak selesai (or ditinggalkan) memang akan ada orang jadi mangsa kena selesaikan (harap-harap ini dakyah)
Lalu saya bercakap dengan my superior. Berbincang dan menerangkan kesulitan saya kerana saya tak tahu dari mana nak mula (tanpa menyebut hal-hal yang remeh tu).

My Supervisor said, “Cuba la dulu, tak cuba tak tahu.”

Saya: “Ala.. saya tak dapat gambaran apa pun pasal title ni. Saya bukan terer macam dia.” > ayat saya langsung tak profesional.

And, dia replied, “Sebelum dia jadi terer, dia pun macam U. Dulu, dia pun taktau apa-apa juga. Inilah cabarannya.”

Well... kenapa saya tak terfikir sebegitu? Aduhai.. saya berterimakasih kepada dia, sebab sebaris ayat dia menyedarkan saya bahawa itulah cabaran. Itulah cabaran. Kenapa saya nak mengalah? Uishhh macam bodoh pulak saya semalam.

And, alhamdulillah. Tak sangka betul. Saya berjaya menyiapkan projek tu hanya separuh hari saja tanpa sebarang masalah.

Dulu, saya selalu sebut pada diri sendiri, ‘Masalah ni kecik saja, aku pernah hadapi masalah yang lebih besar dari ini. So, apalah sangat.’

Saya terlupa prinsip sendiri. Huh.. ketuk kepala sendirik!

Tayang-tayang:


Apa motif tayang botol budu nih? Ahaa jangan tak tau, saya juga ada stok budu di tempat kerja saya. *Botol baru, belum buka.

Dan, saya mula rasa nak pegi jalan-jalan bercuti ke Kelantan lagi!




 ~...hajat hati ingin mengadu kepada si kawan sejati, tetapi HISYAM lebih senang menyendiri, ntah merajuk tak dapat pergi bercuti atau tak sempat menyapa sinar mentari lalu SERI BULAN lebih rela menyanyi lagi yang tak ketahwuan mana korus mana coral dan kemudian bila hujan mula merembes di cucur atap, dia terus terkenang zaman mereka di kota metropolitan dulu saat hujan lebat menyimbah dinding kaca pejabat HISYAM yang tersergam tetapi sudah lama terpaksa ditinggalkan....~




Thursday, January 31, 2013

Hati libang-libu, menu pun berterabur...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Khamis malam JumAAt
31-01-2013


Saya sedang mengusahakan suatu tugasan (diarahkan) sebagai ujian skill saya, dalam usaha untuk mendapatkan kerja tetap di sebuah syarikat.

Tetapi dalam usaha saya itu beberapa masalah kecil dan juga sikap beberapa pihak yang sangat tidak menyokong sangatlah mengecewakan saya.

Haruslah saya mengaku saya menangis juga (MyToklaki akan diam jer kalu saya nangis ni...) tetapi saya tahu itu tidak akan membantu.

Saya rasa kecewa, rasa down tetapi saya juga tahu itu pun harus sekejap saja. Saya kena terima bukan semua usaha kita harus mendapat sokongan sentiasa. Ada ketika, or mungkin hampir setiap kali akan tidak mendapat sokongan langsung. Kena terima. Usaha sendiri kena gigih. Lagi dan lagi.

Saya sedang mengusahakan alternatif lain. Ada rezeki tak ke mana. Ada rezeki tak ke mana. Ada rezeki tak ke mana....

Kekecewaan tidak harus ditunjuk secara fizikal kerana ditakuti akan memberikan kesan kepada seluruh rakyat isi rumah pula.

Menulis di blog pun, mungkin akan dianggap meraih simpati. Sori Berlori. Itu jauh dari niat. Saya mahu menyatakan, bukan semua kehendak dan usaha kita akan berjalan dengan baik. Cabaran itu harus dianggap perkara kecil yang kena juga dilalui.

Saya tahu saya masih ada usaha lagi. Bekalan kekuatan hati saya masih banyak, masih melimpah. InsyaAllah...!

Doakan saya.

Lalu menu saya hari ini agak berterabur sebab fikiran ligat. Saya manusia biasa, lalu jika minda sedikit terganggu, itu biasa... kan?

Tayang-tayang menu lunch saya yang tak berapa seimbang ini:

Saya beli ayam + rangka ayam utk Sup Ayam ni. Lupa beli Daun Sup, mujur ada Saderi. Okeh la tuh...


Kangkung Goreng Belacan. Terlajak kuah!


Air Asam. Ikan Cencaru Bakar masih atas pembakar, saya takda hati nak snap.




 ~...merawat hati yang basah tidak akan pernah sama menatap surat lembab hampir basah di bawah tempurung di hujung ampaian dek hujan gerimis semalam, tetapi setidak-tidaknya HISYAM mengerti kebasahan itu sementara sahaja kerana SERI BULAN pasti akan menjemur diri di atas buaian tepi Sungai Menghijau Lumut...~




Wednesday, October 17, 2012

I want to be a good fighter...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Thalatha
16-10-2012


Dah nak dekat akhir tahun. Apa yang belum selesai? Apa yang belum tercapai? Secara peribadi ada banyak yang aku belum capai tetapi takper lah, tak perlu kesal pun. 

Aku sudah bersedia menerima bahawa memang sesuatu yang aku inginkan amat perlahan perjalanannya... agak lewat kuterima berbanding orang lain. Mana ada orang yang sama saja kehidupannya. 

Keluarga? Tidak banyak beza. Anak-anak semakin besar. Semakin matang. Means aku semakin awet muda tua (wpun AMOI kata aku tak ler nampak tua sangat.. hahahaha!)

Kerjaya. Aku tidak berkerjaya hebat, tetapi aku tetap suka kerja aku. Aku sentiasa komited dengan kerja aku.

Mensibukkan diri dengan kerja-kerja luar dan bergaul dengan ramai orang di luar sana, sebenarnya banyak mengubat beberapa kekecewaan aku, serta memberikan kekuatan dan semangat. 

Dalam tempoh setahun aku kembali yakin bahawa aku bukan orang yang gagal, aku bukan orang yang tidak berguna, aku bukan orang yang tidak berjasa... Hari ini, apapun yang aku pandang, apapun yang aku dengar di sini sudah tidak banyak memberi makna. Sudah tidak lagi lekat di dalam kepala. Aku menjalankan kerja aku sebaik mungkin, malah lebih baik dari mereka, lebih baik dari dulu. Bukan sedikit pengorbanan. Aku semakin menerima bahawa sesuatu keadaan itu akan berubah menjadi lebih baik. 

Bukan selamanya kita harus percaya dengan semua yang kita lihat. Sebaliknya apa yang kita lihat, bukan semuanya benar. Keyakinan adalah kunci. Aku yakin bahawa kehidupan adalah perjuangan. Aku cuba untuk menjadi seorang pejuang yang berani. I want to be a good fighter... Yes...!

Tayang-tayang:


Hampir seminggu CHAK bawak balik barang untuk buat kotak harta karun nih, tapi punya la seksa nak buat supaya kotak tu bercantum atas bawah. Rupanya senang saja, cuma kena gigih lebih.


Bila dah siap, lawa la pulak.


*Tetiba jer aku rasa nak undi Kelantan untuk jadi Juara Piala Malaysia tahun nih!



~...HISYAM memang sedang berada jauh dari koordinat biasa, sehingga tak terlihat di ruang satelit, terlindung oleh awan gemawan, SERI BULAN yakin sekali masa untuk melihat kembali kelibatnya di laman Teratak Nyatuh harus disuluh dengan lampu picit berbateri 4AA!...~



 




Thursday, December 1, 2011

Sejenak mengenang perjuangan...

Assalamualaikum
Khamis
01-12-2011



Dah masuk Disember.

Sepatutnya sudah mula memasang azam untuk dimulakan sebulan mendatang. Atau setidak-tidak menoleh sejenak ke belakang yang ditinggalkan. Mungkin boleh mencari kelemahan dan kesilapan di mana-mana, mencari ruang diri untuk memperbaiki.

Entahlah...

2,3 hari mood macam merudum. So aku tidak muncul di mana-mana ruang komen blog. Even blog sendiri. Tak tertulis sebab dalam kepala macam blank!

Baca tapi tangan macam lembik! Hanya beberapa laporan “wajib” sahaja yang memaksa tangan menaip. (Buat entri rajin pulak?) Zaman sekarang canggih, mesorat pun online, laporan semasa tentang kerja pun online jer. Pakai kain batik berkemban pun boleh buat laporan dari rumah...!

Dunia kerjaya.... so-so. Sungguh jauh berbeza dengan dulu, yang penuh cabaran, kemeriahan dan tekanan yang terkawal. Challenging seperti dulu dah tak terasa lagi. > uish.. merungut lagi?

Semalam 30 Nov, AMOI sudah menamatkan internshipnya di PriceWaterhouse Coopers (PWC) selama 6 bulan (internship penuh satu semester). Skulah dia buka semula pada Mac akan datang. Sepatutnya Disember, tapi kali ni jadual nak selaras dengan UK konon, so kena lah tunggu Mac nanti baru masuk untuk final semester.

Ada masa panjang sehingga Mac, plan terdekat: driving school. Ini saja masa yang sesuai nak amik lesen. Kerana dia “budak-fast-track” sebelum ni, dia memang tak pernah ada cuti panjang. Cuti sem dia tak pernah lebih seminggu macam bebudak lain. Hanya ini masa yang paling tepat. Agak lewat berbanding remaja seusia dia yg dah ada lesen seawal 17 tahun! Takpa la...

IKA dah start pun skulah dia. Kali ni kena duduk luar; rumah sewa. Ok la, 5 orang dalam apartment 3 bilik. Kena lah belajar masak sendiri. This is the time, depa handle life dengan cara masa kini. Kejar masa ke kelas, masak dan kemas sendiri. Sedar atau tidak, pembelajaran itu sentiasa di sekeliling.



Aku memang tak mampu nak bagi duit beribu atau hadiah mahal, tapi rasanya sepasang BB inilah yang paling mahal pernah aku korbankan pada anak dara berdua itu. Lebih jimat rasanya sebab depa guna BBM jer.

Itupun kira dah lewat sangat. AMOI dulu dapat hp yang rega tak sampai RM100 masa nak amik SPM. Sebab dok asrama, nak contact.

IKA dapat hp tak warna gak, masa Tingkatan 4. Awal setahun dari AMOI.

ALIA, guna hp lama aku. Ok la boleh contact bila dia berada di rumah sensorang sebelah pagi (dia sesi petang).

Kalu nak banding dengan anak-anak orang lain... memang tak terbanding pun. Takpa, nanti dah kerja, nak pakai hp tukar tukar tiap bulan pun takpa!

Hidup tu perjuangan, orang yang berani berjuang dan gigih dengan cabaran, kalu pun tidak kaya dengan duit, dia akan kaya dengan pengalaman dan kecekalan!




~...HISYAM teramat sedar, untuk membawa diri serta mengheret sama SERI BULAN menetap di Teratak Nyatuh, menjadi sebahagian warga Kampung Separuh Desa ini, bukan sedikit kecekalan yang menjadi bekalan, kerana perbezaan cara hidup yang sebati bertahun memerlukan semangat juang yang tinggi tetapi mereka berdua saling melengkapi ruang persahabatan itu lalu membentuk arena kehidupan yang dihormati dan disanjungi serta disayangi...~









Friday, July 22, 2011

Pilihan 2: Memendekkan cerita...

Salam
JumAAt
22-07-2011


Pilihan ke-2, ialah memendekkan cerita.

Bermaksud lagi pendek lagi bagus. Panjang meleret akan dilihat seperti bebel dan merapu tapi ikan kerapu pun tak kenal.

Penegasan ayat di atas adalah merujuk kepada penulisan dalam “yang ingin kukongsi” SAHAJA, takda kena mengena dengan tulisan orang lain. Titik.

Mengingatkan diri sendiri, merapu yang seronok pada diri sendiri sebenarnya bukan semua orang seronok nak baca pun (uishhh kenapa la baru sekarang aku terfikir?).

Berazam sendiri. Tak perlu tunggu awal tahun. Entri ini adalah latihannya.

Review filem atau drama, mungkin terpaksa dilupakan saja!

Sekian.

*Alasan: kerana aku dah tak boleh nak jadi macam aku yang biasa lagi. Dah tak terdaya nak jadi diri sendiri melalui penulisan sendiri. Dah payah! Lemahnya aku...


Kunci rahsia dalam jiwa...



~...semasa utusan meminang dari HISYAM yang dianggap gurauan oleh SERI BULAN, sungguh tidak disangka sireh sudah sesepah, pinang sudah sekacip diterima tapi tepak tidak sama diajak...~








Monday, June 20, 2011

Dari blog GADISBUNGA: Menjadi Penyanyi yang Baik Juga Adalah Pilihan Terbaik...

Salam Senin
20-06-2011

*entri berjadual.


Membaca entri di blog GADISBUNGA, sungguh menarik. Entri simple, tapi contoh dan cara begitu bermotivasi sekali.

Aku upload di FB, dan mendapat pula beberapa komen yang sungguh menarik untuk pengetahuan bersama.



Benar.

Masa sekolah dulu, My-arwah-AYAH pernah suruh aku jadi peguam. Mungkin kerana dalam family, aku yang paling banyak mulut, cakap banyak, mulut riyuh...mmm apalagi nak gambarkan? Tapi tidak kesampaian. Ada beberapa faktorlah. Mungkin akademik tidak begitu cemerlang, wpun aku boleh pegi sampai STPM dan bukan dapat result corot pun. Tapi takda rezeki.

Berbeza dengan zaman 70-an or 80-an dengan zaman IT sekarang, kita dulu tidak banyak pilihan, tidak begitu pandai memilih, malah ada juga yang langsung tidak tahu pilihan itu ada. Anak-anak sekarang, seawal nak amik exam UPSR dah ada pilihan yang boleh dibuat. Bila kaki dah jejak ke sekolah berasrama penuh contohnya, sudah terpilih la tuh... Dan pilihan-pilihan seterusnya menjadi pilihan terbaik dan mudah pula.

Secara peribadi, aku tidak pernah memaksa anak-anak membuat pilihan dalam menentukan minat akademik. Contohnya, AMOI pilih sendiri jurusan apa untuk masuk IPTA dulu, tanpa bertanya kami pun. Dia hanya berbincang dgn guru-guru di sekolahnya. Berdasarkan minat. Tahu-tahu dia dapat tawaran. Masa bila apply, pun kami tak tahu.

IKA pun pilih sendiri course dia — wpun kalu ikutkan, aku tak ler berapa berkenan sangat — tapi dia dah minat. Well, dia dapat juga Interior Design walaupun kena tunggu sampai 3 kali apply!

Ramai kita dengar, lihat contoh yang terpaksa belajar kerana mengikut ibubapa. Mereka belajar kerana terpaksa, tapi lulus juga dengan baik. Kira ok la tu kan? Cemana kalu yang berontak pastu gagal? Aduhai... nak salahkan ibubapakah?

Samada masa depan harus mengikut acuan ibubapa atau masa depan itu terlalu banyak pilihannya, untuk memilih juga harus melalui beberapa pertimbangan yang baik dan bukan mengikut kata hati atau semata-mata mengikut kawan.

Bila pilihan sudah dibuat, tetapkan pendirian dan azam untuk menjayakannya, bukan sekadar belajar kerana minat, tapi lulus dengan cemerlang dan terus menjadi kebanggaan! Untuk diri sendiri terutamanya. Buktikan kepada diri...

SELAMAT HARI BAPA, semalam. Moga terus menjadi bapa yang cemerlang!



~...jika diberi pilihan hari ini, HISYAM tidak lagi mahu melihat yang lain selain dari SERI BULAN tetapi kerana berada di Kampung Separuh Desa yang mewah dengan sawah dia lebih rela berkawan dengan Kerbau Pawah dan Kakak Bonah dari malu kena seranah...~







Saturday, January 1, 2011

Satu Januari Dua Ribu Sebelas...

Tahun baru, mungkinkah azam juga baru?

Tiap insan inginkan sesuatu perubahan ke arah kebaikan dalam segala aspek kehidupan. Jadi samada meluahkannya atau tidak, bukanlah penting, asal saja berusaha menjayakannya.

Paparan pertama, memang aku tercari-cari apa yang harus diperkatakan. Berkira-kira mana satu yang penting, yang mana harus didahulukan. Entah mana satu, semuanya penting, semuanya mustahak, apalagi yang melibatkan perkara-perkara kehidupanku.

“Hmmmm... azam?”
“Letih la berazam. Bukan semua dapat dicapai pun.” Keluhan kedengaran.
“Sekurang-kurangnya ada azam, dan berusaha mencapainya.”

Tentulah ada target yang harus diletakkan, dan impian yang dikarang dalam anganan untuk dicapai, setidak-tidak dalam tempoh 365 hari mendatang.

Perkara yang lepas jangan dikenang, kelak merosak jiwa dan badan.

Yeahhh... sebab itu cuti hujung tahun (plus 1 hari extra dek kerana menang bola Piala Suzuki) sangat best dirasakan, dapat rehat lebih, lepak-lepak layan tv, sempat meronda-ronda merempit di beberapa blog yang sempat semalam.... masak makan sakan-sakan!



Selamat Tahun Baru 2011, semoga tahun mendatang memberikan lebih kebahagiaan, kesejahteraan dan kecemerlangan buat kita semua.



Sempena itu juga, peluang ini mengucapkan Selamat Ulangtahun Kelahiran buat teman blogger THE RED RAMBUTAN, yang lahir pada 01-01.


~...HISYAM pulang ke Pantai Timur menjengah teman-teman lama, kemudian ke selatan meninjau peluang merasa Otak-Otak, dengan hasrat kembali ke tempat kerjaya di daerah Tenggara, memijak kembali laman Teratak Nyatuh, tanpa sempat tahu SERI BULAN hanya makan Nasi Ulam Jantung Pisang cicah Sambal Belacan di dapur lantai papan...~


Friday, December 31, 2010

Azam Berazam...

2010 tiba di penghujung. 2011 beransur tiba. Ramai orang bercerita tentang azam tahun baru. Tetapi apalah erti berazam tetapi tidak pernah berusaha melaksanakannya.


Kata arwah AYAH dulu, “luka jauh dari perut....” Maknanya, kecil sangat sebab masih boleh makan. So aku tetap pergi kerja, tetap buat kerja. Tanpa seorang pun dari pihak management yang tahu akal hal luka ini...


Biarlah azam dan hasrat menjadi kekuatan di hati, disimpan teguh dan kemudian dibuktikan dengan jayanya. Bukan untuk diucap tahniah, tetapi setidak-tidak membuktikan kepada diri sendiri, puaslah hati.

Atau andai kejayaan peribadi dapat dikongsi bersama-sama keluarga, tentulah manis sekali.

Semoga azam anda semua tercapai walaupun tidak pernah bercerita, tidak pernah dilaungkan atau diucapkan kepada sesiapa. Cukuplah diri sendiri sahaja yang tahu.

Sepanjang 2010 — yang terasa begitu pantas sekali berakhir — tentulah banyak yang manis, kan? Sejauh mana kejayaan yang dicapai sepanjang 2010 menjadi contoh dan tauladan kepada orang lain? Atau sejauh mana pula kepahitan dan kegagalan lalu menjadi tauladan dan kekuatan untuk memperbaiki diri? Atau masih di takuk lama?


Sesi tayang-tayang: lunch yang ditaja seseorang.
Tiada kaitan dengan azam diet atau yang sejenis dengannya...



Perkara terbesar yang berlaku pada AA adalah bilamana terpaksa bertukar tempat kerja kerana yang lama (selepas 9 tahun), berpindah lokasi ke luar negara. Kekesalan tetap terasa, tapi agak pelik bila aku tidak sedih, malah di hari terakhir kami (beramai-ramai), di saat ramai staf menangis aku masih boleh gelak-gelak. Huh...!

Terus mendapat kerja di tempat yang baru (selepas tidak sampai seminggu), memberikan suasana yang baru walaupun belum cukup menggembirakan tetapi masih boleh disebut sebagai suatu yang baik dan berpotensi untuk menjadi tempat berkerjaya. Tentulah kita tidak boleh berharapan terlalu tinggi dan selaku orang yang matang (dan semakin tua), perkara remeh adalah perkara yang tidak langsung difikirkan. Apalah sangat dengan karenah orang-orang muda, atau birokrasi yang “ridiculous”, atau mungkin pandangan serong bernada cemburu dari beberapa orang yang merasa tercabar...

Meletakkan diri di tempat yang sepatutnya, membawa karakter jujur dan menjadi diri sendiri adalah keyakinan yang jitu. Mengabaikan segala “cucuk-jarum-racun” sebaliknya menilai sendiri melalui pengamatan dan telinga sendiri adalah lebih baik dari mengikut telunjuk dan aturan orang yang belum tentu menyokong kita...

Pengalaman paling mahal tentulah bila hadir di hari konvo (menamatkan Diploma in Accoutancy) Dak AMOI pada Mei 2010, menerima Anugerah Naib Canselor lagi (wpun kami hanya menonton di dewan kuliah sahaja), tetapi saat manis itu menjadi suatu catatan terindah di blog (wpun sebenar-benarnya aku malu, kerana ada anak orang lain yang lebih hebat dan cemerlang lagi)...

Perkara lain hanyalah yang melibatkan ahli keluarga dan agak privasi pula untuk dikongsi, cukup sekadar sepintas lalu...

Diteliti, ternyata tiada perkara pahit atau perit yang dilalui, setakat masam-masam manis adalah lumrah dan tidak pernah menjadi parut di hati... begitulah, kehidupan yang tidak banyak beza dengan kehidupan sederhana orang lain.


~...HISYAM pernah merasa kecundang, pernah merasa sedih dan kecewa tetapi bila bercerita tentang perahu yang bocor seksa ditampal, tentang rakit pernah senget sebelah, tentang pendayung patah dek reput hujan panas, SERI BULAN yang lebih dulu menitiskan airmata...~



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails