Wednesday, November 27, 2013

Ah..! kenapa la orang sematang saya tak terfikir sebegitu?

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Rabu
27-11-2013


Saya diberikan satu tugasan (projek baru) semalam. Mula-mula saya panik (freak-out) tak ketahwan hala, sebab:
  1. job tu orang lain punya. Ini kali ke-3 saya kena cover job orang yang sama ini, sebab dia selalu cuti dan tak suka nak stay buat OT (dah kaya kot...)
  2. saya tak pernah buat projek ni dari awal, kadang-kadang saya buat semasa ianya sudah siap dan saya hanya jaga pada peringkat 2nd-P or 3rd-P, jadi agak mudah
  3. saya dok dengar MyManager sangat sayang pada tuan job ni, jadi apa saja job dia yang tak selesai (or ditinggalkan) memang akan ada orang jadi mangsa kena selesaikan (harap-harap ini dakyah)
Lalu saya bercakap dengan my superior. Berbincang dan menerangkan kesulitan saya kerana saya tak tahu dari mana nak mula (tanpa menyebut hal-hal yang remeh tu).

My Supervisor said, Cuba la dulu, tak cuba tak tahu.

Saya: Ala.. saya tak dapat gambaran apa pun pasal title ni. Saya bukan terer macam dia. > ayat saya langsung tak profesional.

And, dia replied, Sebelum dia jadi terer, dia pun macam U. Dulu, dia pun taktau apa-apa juga. Inilah cabarannya.

Well... kenapa saya tak terfikir sebegitu? Aduhai.. saya berterimakasih kepada dia, sebab sebaris ayat dia menyedarkan saya bahawa itulah cabaran. Itulah cabaran. Kenapa saya nak mengalah? Uishhh macam bodoh pulak saya semalam.

And, alhamdulillah. Tak sangka betul. Saya berjaya menyiapkan projek tu hanya separuh hari saja tanpa sebarang masalah.

Dulu, saya selalu sebut pada diri sendiri, Masalah ni kecik saja, aku pernah hadapi masalah yang lebih besar dari ini. So, apalah sangat.

Saya terlupa prinsip sendiri. Huh.. ketuk kepala sendirik!

Tayang-tayang:


Apa motif tayang botol budu nih? Ahaa jangan tak tau, saya juga ada stok budu di tempat kerja saya. *Botol baru, belum buka.

Dan, saya mula rasa nak pegi jalan-jalan bercuti ke Kelantan lagi!




 ~...hajat hati ingin mengadu kepada si kawan sejati, tetapi HISYAM lebih senang menyendiri, ntah merajuk tak dapat pergi bercuti atau tak sempat menyapa sinar mentari lalu SERI BULAN lebih rela menyanyi lagi yang tak ketahwuan mana korus mana coral dan kemudian bila hujan mula merembes di cucur atap, dia terus terkenang zaman mereka di kota metropolitan dulu saat hujan lebat menyimbah dinding kaca pejabat HISYAM yang tersergam tetapi sudah lama terpaksa ditinggalkan....~




62 comments:

  1. Salam. . Selamat pagi Kak..mungkin ada perkara laen kot yg menari2 mengganggu fikiran. Pekena budu dlu deh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selagi tak dapat hp baru kot... hahahaha!

      Delete
    2. gaji bulan ni bolehlah beli hp baru

      Delete
  2. Mungkin sebab kerja tu bukan kita punya tapi hikmah disebalik kejadian tu menyedarkan kita tentang..:

    “Sebelum dia jadi terer, dia pun macam U. Dulu, dia pun taktau apa-apa juga. Inilah cabarannya.”

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mula mula memang rasa cemas. Freak out ntah apa-apa, pastu baru la terfikir akan sebab dan kesan baiknya.

      Delete
  3. Kelantan tetap ohsem untuk jalan2 tapi entah bila le boleh pergi lagi dah 12 tahun tak pi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Azie pun dah setahun tak pegi. Rasa macam nak pegi laaa... Jom!

      Delete
  4. jom la...saya ada kt kelantan leh roger2:-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang ramai sekali rakan blogger dari Kelantan. Tingin nak jumpa semua.

      Delete
  5. Lepas ni mesti Manager tu sayang awak pulak.

    ReplyDelete
  6. bos saya pun selalu dok kata saya ni capable of doing more
    tapi saya selalu dok takut nak cross the border
    entry ni buat saya rasa bersemangatlah pula

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kadang-kadang kita rasa serba salah, kan? Seketika kita rasa ok, kadang2 kita rasa macam kita salah langkah pulak.

      Delete
  7. Terima kasih kak, sy tengah otak jem sebab dicabar oleh org berpangkat tinggi ni. baca entri ni,ya........... ini cabaran y saya perlu lalui. kenapa nak gelabah kan? semua boleh diselesaikan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cabaran tu ada sentiasa, samada kita sedar or tidak sedar. Perlukan juga orang lain untuk turut mendorong kita. All the best!

      Delete
    2. terima kasih sekali lagi kak... dah setel!

      Delete
  8. baru balik kelantan trengganu 3h 2m naik bas hoyong hayang
    sedap makan kropok lekor sampai kenyang
    tapi budu masih tak tau makang..

    tang cabaran kerja my cikli always said...kalau tak pengsan,berjaya la tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul lah. Kalu tak pengsan lagi, kira ok la tu kan?

      Delete
  9. "Apa motif tayang botol budu nih?"

    First thing came out on my mind was, tak kan la kak azie nak ketuk kepala sendiri dengan botol budu tu. hahahaha

    ReplyDelete
  10. Kita ni memang sentiasa lupa kak. Dulu pun pernah la tension sebab setiap hari buat benda yang sama and penat. Bosan and all that la. My boss remind pasal niat datang kerja. Terus saya macam kena sengat tebuan, terus ingat pasal niat tu. Macam mana boleh lupa yang kita kerja atas niat semuanya kerana Dia.

    Sejak tu remind diri jangan lupa sebab dan niat kita buat sesuatu perkara itu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Niat tu perkara utama. Tetapi sebagai manusia biasa yang mudah terpengaruh dan juga lemah, kita banyak menurut kata hati. Jarang guna otak.

      Delete
  11. Laaaaa, pati ikan bilis tu budu ka? makcik baruuuu kejap ni godek2 esbok, jumpa bendalah ni....tapi ingatkan stok bilis in liquid form.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu kira ayat paling komersial la kot Makcik. Kalu letak terang-terang BUDU, ramai lak dak faham apekebende nya... hahaha pendapat saya.

      Delete
  12. mungkin akak terlalu memikirkan pasal Azwan Ali.. Michael Ang.. Che Lah .. Kencana Dewi.. terngiang ngiang suara dorang kot buat akak buntu

    ReplyDelete
  13. Saya selalu terlupa ayat2 motivasi bila terkena kat diri sendiri. Kalau kat orang lain, pandaiiii pula. Maybe sebab kita 'penuh' dengan freaking out tu kot.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila kita ada ketika stucked, memang tak leh nak fikir apa lagi dah.

      Delete
  14. tak ada pun tulis budu kat botol tu .. !

    ish .. kenapalah saya berkata begini ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha pakngah. Kenapa la tak leh terfikir itu sebenarnya hanya pati ikan bilis, kan? hahaha

      Delete
  15. SIS...
    mula2 nak baca je sbb x tahu nak komen mana
    tp tgk botol budu tu terus saya gelak.
    sbb itulah dia budu feveret saya..xnak jenama lain
    yg ni lagi sedap ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh ya ka? Hat ni kawan dari Kelantan bawak dari sana, dan bagi saya. Ohh lain jenama lain la rasanya, ya? Hmmm baru faham.

      Delete
  16. betul tu sis..
    nak berjaya kena berani mencuba :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mencuba pun biar lah dengan keyakinan boleh buat. Bukan over confident boleh berjaya saja...

      Delete
  17. tak cuba tak tahu kan..tahniah!!

    btw, salam kenal..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terimakasih. Saya sentiasa nak cuba, wpun kadang tu bukan berani sangat pun.

      Delete
  18. tekanan kalau siapkan keje orang....nanti orang tu yang dapat nama....selalu terkena...boss hanya pandang orang tu jer.....
    stok cencalok tak der ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Stok cencaluk? Hmmm... kalu ada nak bagi, bak laa.. hehehe

      Delete
  19. acik pun teringin nak kelantan lagi azie..tapi bila difikirkan 11 jam perjalanan saya tak sanggup pulak hi hi..setiap kali acik pegi..dah tentu 11 jam baru nak sampai kota bahru

    ReplyDelete
  20. Betul tu.Tak apa,boleh belajar dari kesilapan tersebut. Insyallah nanti boleh jadi mahir macam mereka-mereka tu juga. Sedap budu tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita tak akan terlepas dari tersilap. Always. Tapi yang sedih tu, jarang belajar dari kesilapan tu. Asyik lupa.

      Delete
  21. Mama tau AA selalu hebat dan berani!
    Budu mama ada kat peti ais berbulan2!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hebat dan berani? Ohh terimakasih atas kata-kata semangat tu. Saya sentiasa nak cuba jadi begitu.

      Delete
  22. Kematangan itu suatu 'proses', tak semestinya ada prinsip menunjukkan kita matang dalam segala perkara.
    Dah naik saham budu tu, duduknya sama istimewa dengan keyboard ha ha ahhaah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hmmm.... proses mematangkan lagi, kan?

      Saham budu? Kelakar Amie. Tapi betul jugak.

      Delete
  23. HAHAHAHA!!!!sukenyeeee tgk botol budu kenit sebelah cik apple tu. apple cicah budu sedap tu kak. menangis xberlagu le kalu xcukup budu. btw cayala akak dr yg tak tau blh siapkan projek 1/2 day je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalu botol budu tu besar botol kicap, bila snap boleh terus dapat dengan skrin Apple sekali! hahaha lagi cantik kot. kan?

      Delete
  24. Motivasi dan cabaran tu, ya juga...

    Tapi kalau selalu sangat kena,atas alasan "cabaran"...
    Mau tercabar..kui kui kui
    Masa tu lah alasan no 3 yg kak Azie kata dakyah tu, mungkin benar benar terjadi,bukan cobaaaaannn...hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hmmm... sekali fikir macam betul jer dakyah tu!

      Delete
  25. Kak Zai suka pergi Kelantan boleh makan kat restoren cikgu dan yang paling best beli pinggan mangkuk kat Rantau Panjang hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya baru 2 kali makan di Restoren Cikgu tu. Ohh teringat sungguh akan ikan keli gorengnya yang besar lagi garing!

      Delete
  26. Gi kelate?
    Best tu....
    Dah lama tak gi kelate....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ahaaa jom Kak. Gi Kelantan tak yah buat pasport! hahaha

      Delete
  27. seeloknya perlu bertenang dulu . klu melatah selalunya mmg tak dpt berfikir dgn baik ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ahaa mungkin juga saya melatah semasa freak out tu. heh heh heh

      Delete
  28. hahaha....tetiba nampak gambar botol budu terus hati mula tak senang duduk memikirkan cara & kesesuaian masa wife (sibuk di tempat kerja) untuk pulang bercuti di kampung boleh 4-5 ari pun dah cukup lah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohh tu tentu hati dah sampai kampung dah tu kan? kan?

      Delete
  29. pati ikan bilis tu sedap taruk kalau goreng sayur :-))))

    ReplyDelete
  30. Masalah atau cabaran sebesar manapun kalau kita pecahkan jadi kecik2, akan senang mengatasinya

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen dan mengomel.... :) *Bila saya tak sempat reply, jangan marah ehhh...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails