Showing posts with label Tentang Aku. Show all posts
Showing posts with label Tentang Aku. Show all posts

Friday, December 14, 2012

Pulut kuningnya sentiasa menjadi kenangan...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
JumAAt
14-12-2012


Dalam banyak hal, dalam banyak kejayaan saya dalam hal dapur dan memasak, saya banyak belajar dari dia. Arwah ibunda mertua saya.

Paling berkesan adalah, saya masak Pulut Kuning sampai menjadi pujian MyToklaki hasil belajar dari dia. Dulu masa mula buat, jenoh berendam airmata sebab asyik kena komplen. Skang ni alhamdulillah, boleh laa...

Ini kali terakhir saya bersama dia buat Pulut Kuning. Itu tangan dia.

Hasilnya. Saya memang teragak nak ambil gambar masa ini.

Ini antara beberapa kali saya buat untuk Gathering Blogger. Hampir sama dengan hasil tangan arwah.

Kali akhir, masa Gathering Blogger di Musollah Ehsan.

Selain itu, saya juga belajar masak Rendang dengan dia, masak Sambal Tumis pun dengan dia... banyak lagi.

Cuma, saya tak belajar buat kuih tradisional yang dia sangat handal. Dia handal buat Kasui, Koci, Serimuka dan banyak lagi kuih lama. Saya tak sempat belajar.





~...anak dara Pak Imam begitu bersungguh hendak merapatkan diri dengan Mak Utih apabila dia begitu yakin HISYAM suka makan lauk kampung, suka nasi beras kampung dan suka menjadi anak kampung sedangkan SERI BULAN terus dengan yakinnya bahawa suatu hari nanti mereka akan bersama-sama melangkah pergi dari Kampung Separuh Desa yang indah ini...~



 




Thursday, December 13, 2012

Orang mulut riuh, biasanya hatinya baik, setuju?

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Khamis
13-12-2012


Orang yang mulut bising dan riuh @ terlebih peramah, biasanya baik hati, kan?

Juga biasanya tidak mudah terasa hati.

Dan, biasanya juga cepat melupakan sesuatu perkara atau kata-kata yang sangat remeh.

Serta mudah memaafkan orang.

Setuju?




~...HISYAM tidak pernah menjadi peramah tetapi berbanding SERI BULAN yang boleh tahan baik hati, lelaki itu tetap juga terus menjadi buah hati ramai warga Kampung Separuh Desa atas sebab-sebab yang SERI BULAN rasa menyampah hendak memikirkannya...~



 




Monday, December 10, 2012

Ibunda mertua saya meninggal dunia....

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Senin
10-12-2012


Hari ini, 10-12-2012, jam 9.15 am, ibunda mertua saya, yang dimasukkan ke Hospital Besar KL pada sehari sebelumnya, telah meninggal dunia kerana komplikasi jantung dan jangkitan kuman di paru-paru.

Selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Kuari dan segalanya selesai sebelum jam 3.00 petang tadi.



Semoga dicucuri rahmat ke atas roh ibunda mertua saya. Saya sangat sedih dan terasa kehilangannya. Saya yang membawa beliau ke hospital semalam dan menunggu sehingga ke lewat petang. Saya rasa saya sudah cuba melakukan yang terbaik untuk beliau sepanjang saya menjadi menantu beliau.

Al-Fatihah.



 




Friday, December 7, 2012

“Please follow I balik”: rimasnya...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Khamis malam JemAAt
06-12-2012



Lately, ramai pengomen baru masuk mengomen. Terimakasih banyak. Dan biasanya, memang saya akan follow dan listkan blog mereka di senarai di sebelah. Jarang saya tertinggal. Jika ada yang belum tersenarai, Sori Berlori.

Dan saya semakin tak berkesempatan nak melawat semua blog yang diupate itu serentak dalam sehari. Ohh pasti akan ada yang tertinggal.

Itu belum lagi kalu dalam keadaan mood swing sana swing sini. Kalu sibuk or mood zero, lagi la tak boleh nak harap.

Jangan keliru melihat senarai blog anda di sebelah yang berada di bawah beberapa tajuk yang nampak macam “pelik” tu ya? Itu tidak membawa makna apa-apa pun. Semuanya sama saja.

Cuma, satu perkara yang tak berubah sejak dulu. Saya TAK suka bila ada yang masuk mengomen ada ayat puji-pujian, kemudian rayu-rayu, suruh-suruhan e.g. “please follow I balik”.

Jangan suruh or paksa dalam lembut, boleh tak? Rimas. Jangan tunjuk sangat keterdesakan itu, bleh? Saya akan follow, jangan bimbang.

Sehingga hari ini, saya belum terfikir pun nak kaji sejauh mana jumlah follower ni mempengaruhi kehebatan blog. Ramai follower tu means? Blog terkenal atau blog paling banyak dibaca orang dan banyak bonus (BE ker apa yang disebut orang tuh)? Atau memberi maksud blog itu berada di ranking popular paling atas?

Mode sekarang: tingin nak makan sate!





~...HISYAM tidak pernah senang hati melepaskan SERI BULAN pulang dari sekolah seorang diri walaupun siang hari kerana dia sentiasa sedar pasti ada pengikut yang ada banyak masa untuk mengekor dari belakang mengintai lenggang mengintip kengkang...!~




 







Thursday, December 6, 2012

Saya cantik? Apalah maknanya...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Khamis malam JemAAt
06-12-2012


Yesterday, ada meeting sekejap dengan Big Boss. Hanya kami bertiga — Dia, Lady Bos yang bukan bini dia & saya.

Saya masuk tenang sebab sudah tahu isunya.

Saya tolak pintu sambil buat soklan tak bijak: “Want to see me?”

Bos lelaki: “Yeahh... beautiful lady. Semua orang mau jumpa sama orang cantik macam you!”

Ohh come on! Selepas 3 tahun baru nak cakap begitu? Selama ni?

Huh bodek!

Takpa. Saya bagi muka. Sengih. Bukan saya mampu nak belanja dia makan pun. Dia ler patut belanja saya makan. Sebab kami akan bersama sampai hujung tahun saja. Pastu... can cin cau!

Perbincangan hanya 15 minit, tiada keputusan tentang tawaran dia. Saya belum nak fikir apa-apa buat masa ini. Saya perlukan ruang bertenang. Lagipun ini bukan kali pertama terjadi. Saya sudah boleh menyerap segala suasana sebegini. Macam Spongebob serap air dari Bikini Bottom!



Cantik sangat subjektif. Ada orang tengok tulisan seseorang dia dah boleh tahu orang tu cantik atau kurang cantik. Tapi kerana kita semua selalunya menaip saja tulisan kita, cemana orang nak nilai rupa kita kan?





~...SERI BULAN tahu malah lebih dari sedar diri dia tidak secantik idaman ramai lelaki di tempat asalnya tetapi sebab utama yang menyebabkan dia rela mengikut HISYAM ke Kampung Separuh Desa ialah bila temannya itu sering menyebut biar tidak menawan di mata orang tetapi sentiasa menjadi idaman di mata dia...~


 




Friday, November 23, 2012

Jangan la tewas lagi Azie. Be strong...!

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
JumAAt
23-11-2012



Bukan semua benda dalam hidup atau persekitaran kita dapat kita kawal dengan baik. Kadang tu langsung kita tak upaya nak kawal. Mana mungkin kita nak paksa orang ikut kehendak kita atau kesian pada kita, atau bersimpati pada kita. Lagipun, kadang-kadang kita berasa diri kita tidak layak untuk dikasihani pun.

Dulu Saya selalu kata pada diri, “Setakat masalah yang ini, ada lagi masalah yang lebih besar dah pernah aku lalui dan hadapi, so apalah sangat...!” > Chill larrr...!

Sekadar penguat semangat diri sendiri saja. Bukan selamanya pula kita nak harap orang duk urut belakang kita, atau usap bahu kita memberikan semangat moral. Hampir dalam semua keadaan, Saya sangat yakin, kekuatan itu datang dari dalam diri sendiri terlebih dahulu.

Kelemahan kita yang sering kita tidak sedar, ialah kita suka membandingkan diri kita dengan orang lain. Pastu inferior. Tewas. Alahaiii... itulah yang Saya selalu dok rasa. Tewas lagi!

Merenung langit.
*Pokok di mana kami ‘mencendol’ di bawahnya, depan Hitachi, tepi jalan Bandar Baru Bangi tempohari.

Apa kes?

hahahahaha!

Baju yang ditempah konon nak dipakai pada majlis spesel Senin depan, tak berapa menjadi. Leher baju sedikit kecik (atau leher Saya yang semakin mengembang?)

Bercampur pula dengan lain-lain kekurangan dan kesengkekan, sangatlah menghampakan!

Again, apalah sangat!




~...bila anak dara Pak Imam bercerita dia menerima kiriman salam dari HISYAM, tiba-tiba SERI BULAN semakin hari semakin dapat merasa HISYAM semakin jauh untuk digapai, semakin tinggi untuk ditinjau dan semakin sayup untuk ditenung-redup...~


 




Monday, October 22, 2012

“U ingat I tolong U ker? Saya tolong company saja!”

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Senin
22-10-2012


Kat tempat kerja aku, ada sorang pekerja (bahagian factory, bukan Melayu) yang dikategorikan sebagai sangat biadap dan kurang ajar. Perempuan, dah age 26 tapi kekadang perangai lebih budak dari budak.

Hampir tiap bulan, ada saja kes gadoh mulut dengan dia. Kerana lain-lain orang dalam bahagian dia tu semua lebih tua dari dia, so semua orang akan beralah dengan dia. Dia suka menjawab arahan atau cakap orang dengan jawapan yang menyakitkan hati.

Berkali-kali juga dia kena panggil dek Bos sebab kes gadoh mulut dan “berkira” pasal kerja. Sampai satu tahap, Lady Bos ugut nak buang dia, kalu dengar sekali lagi kes dia bergaduh dengan senior staf.

Kerana aku tak sama bahagian dengan dia, jaranglah aku ni bercakap or berbincang apa pun. Tapi bila datang angin rajin aku, turun jugak menolong pada musim-musim depa memang sangat banyak kerja. Production, kan? Kadang tu, sekali nak kuar barang bukan sikit-sikit. Form kena lipat sampai beribu-ribu keping dan lipat manual. Ada katalog yang kena lipat sampai berpuluh ribu.

Aku tengok/dengar sendiri si Minah ni memang la jenis pandai curi tulang kalu ada yg menolong. Bila senior staf tegur, “cepatlah sikit.”

dia akan jawab, “Suka hati saya la nak cepat ka lambat.”

Kadang-kadang dia jawab, “You bayar gaji saya kah?” Amboiiii...! Kalu dah kerja tak boleh nak cooperate, takbleh nak tolak ansur, U bukak company sendirik lah!

Yang kadang buat aku bengang, setiap kali aku turun menolong hasil aku lebih banyak dari dia!

Pernah sekali dia kata, “Tak perlu laju laju laaa... U tolong saja, kan?”

Dan jawapan aku “U ingat I tolong U ker? Saya tolong company saja!”

Moral: Jangan berkira sangatlah nak buat kerja tu.

Gambar lama. MySupervisor yang juga rakan sekerja. 
Kami sebumbung lebih 15 tahun. 
Tapi dia dah pencen. Aku jer yang tak reti-reti nak pencen!





~...setelah berhari-hari berjauhan dari HISYAM kerana tanah leluhurnya sejak azali tidak pernah dekat dengan SERI BULAN, mengeluh pun tak bermakna, kerana memang tiada posmen yang bekerja menjelang hari raya untuk mengirim khabar berita; tentulah tidak wajar seorang gadis berdayung sendiri meninjau kampung halaman orang yang sangat jauh di mata lagi sunyi di telinga...~



 




Wednesday, October 17, 2012

I want to be a good fighter...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Thalatha
16-10-2012


Dah nak dekat akhir tahun. Apa yang belum selesai? Apa yang belum tercapai? Secara peribadi ada banyak yang aku belum capai tetapi takper lah, tak perlu kesal pun. 

Aku sudah bersedia menerima bahawa memang sesuatu yang aku inginkan amat perlahan perjalanannya... agak lewat kuterima berbanding orang lain. Mana ada orang yang sama saja kehidupannya. 

Keluarga? Tidak banyak beza. Anak-anak semakin besar. Semakin matang. Means aku semakin awet muda tua (wpun AMOI kata aku tak ler nampak tua sangat.. hahahaha!)

Kerjaya. Aku tidak berkerjaya hebat, tetapi aku tetap suka kerja aku. Aku sentiasa komited dengan kerja aku.

Mensibukkan diri dengan kerja-kerja luar dan bergaul dengan ramai orang di luar sana, sebenarnya banyak mengubat beberapa kekecewaan aku, serta memberikan kekuatan dan semangat. 

Dalam tempoh setahun aku kembali yakin bahawa aku bukan orang yang gagal, aku bukan orang yang tidak berguna, aku bukan orang yang tidak berjasa... Hari ini, apapun yang aku pandang, apapun yang aku dengar di sini sudah tidak banyak memberi makna. Sudah tidak lagi lekat di dalam kepala. Aku menjalankan kerja aku sebaik mungkin, malah lebih baik dari mereka, lebih baik dari dulu. Bukan sedikit pengorbanan. Aku semakin menerima bahawa sesuatu keadaan itu akan berubah menjadi lebih baik. 

Bukan selamanya kita harus percaya dengan semua yang kita lihat. Sebaliknya apa yang kita lihat, bukan semuanya benar. Keyakinan adalah kunci. Aku yakin bahawa kehidupan adalah perjuangan. Aku cuba untuk menjadi seorang pejuang yang berani. I want to be a good fighter... Yes...!

Tayang-tayang:


Hampir seminggu CHAK bawak balik barang untuk buat kotak harta karun nih, tapi punya la seksa nak buat supaya kotak tu bercantum atas bawah. Rupanya senang saja, cuma kena gigih lebih.


Bila dah siap, lawa la pulak.


*Tetiba jer aku rasa nak undi Kelantan untuk jadi Juara Piala Malaysia tahun nih!



~...HISYAM memang sedang berada jauh dari koordinat biasa, sehingga tak terlihat di ruang satelit, terlindung oleh awan gemawan, SERI BULAN yakin sekali masa untuk melihat kembali kelibatnya di laman Teratak Nyatuh harus disuluh dengan lampu picit berbateri 4AA!...~



 




Tuesday, October 9, 2012

Blog baru: tunggu masa sesuai...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Thalatha
09-10-2012


Malam ini sangat lah slow.

Jadi aku malas nak menaip.

Mujur bleh tayang ini:


...tunggu masa sesuai... ntah apa ntah.

Jika ada yang heran di mana aku posting, itu adalah grup FB blogger Kite-Kite Aje. Untuk masuk menyertai, tiada syarat (kecuali ada blog laa). Sila cari Kite-Kite Aje, dan request untuk join. Nanti admin akan luluskan.





~...SERI BULAN mengadu dalam resah tentang WAHAB sedikit keliru lalu tidak malu untuk meniru dan mengeluh dalam gundah tentang beberapa suratnya di bawah tempurung seperti sudah dibuka orang tetapi HISYAM pula gelisah kerana setiap kali memegang pen untuk menulis dia hilang kata lenyap cerita...~


 




PMR~SRP: “Cikgu, U sangat sporting larrr...!”

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Thalatha
09-10-2012


Selamat menempuh PMR buat anak-anak para teman blogger. Semoga tenang menjawab soalan dan beroleh kejayaan cemerlang.

Zaman aku dulu SRP. Tak ingat dah, lama sangat. 28 tahun dulu rasanya...

Yang dok ingat, lepas habis exam, guru kelas aku – kelas aku dikira kelas paling meriah — cikgu lelaki, masih bujang (dan sedikit miang) buka cinema dalam kelas aku. Aku dan sorang kawan jadi tukang kutip duit masuk. 20 sen! Filem yang ditayang (video bukan CD) adalah filem hindustan QURBANI (lakunan Zeenat Aman dan Feroz Khan). Filem tu tengah meletup time tuh. Filem itu yang diulang-ulang beberapa hari.

Ramai budak masuk kelas aku nak tengok video tu. Part tuh aku ingat sangat. hehehe!

Ntah di mana Cikgu Muhamad Salleh tu sekarang. Dengan siapa agaknya dia kahwin. Sebab sampai aku selesai SPM pun, dia masih membujang (sedikit terlajak).

Cikgu... U sangat sporting larrr...!



~...walau hanya sekadar disebut sementara, mengajar di bawah bumbung rembia dan dinding separuh batu yang sama dengan HISYAM, SERI BULAN tidak pernah merasa dia sangat cerdik untuk mendidik anak orang lain menjadi lebih bijak tetapi HISYAM sentiasa berkeyakinan tinggi bahawa insan yang berguna harus datang dari ajaran orang yang berfikiran aras tinggi juga...~



 




Wednesday, September 19, 2012

Membaca tu dah sama macam makan nasik...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Rabu
19-09-2012




Aku tak ingat bila aku mula minat sangat membaca nih. Sejak sekolah rendah kot. Orang pertama yang aku ajar aku membaca ialah MyBONDA sendiri. Darjah 1. Bersama pelita minyak tanah, malam hari dia ajar aku mengeja: A.Y.A.M. Ini ayam jantan.

Dan esoknya aku satu-satunya pelajar yang lancar baca mukasurat yang ada gambar ayam jantan tuh. Siap berdiri kat depan papan hijau, ajar murid lain. Cikgu masa tu aku masih ingat, Cikgu Bosnah @ Cikgu Kalimanjaro (sebab sanggul dia tinggi!)

Minat membaca ni berjangkit dan diwarisi oleh semua anak-anak perempuan aku. Kami semua minat buku. Hampir setiap bulan mesti ada buku yang dibeli.

Zaman anak dara dan masa anak-anak masih kecik dulu, aku rajin juga beli magazines. Berpuluh ringgit juga tiap bulan dikhaskan untuk magazines. Siap langgan Wanita, Jelita, Keluarga. Majalah hiburan macam URTV tu pun selit juga.

Kemudian bila pindah rumah, aku automatik stop beli majalah. Sebab masa pindah, MyTOKLAKI takmo angkat kotak-kotak majalah aku, so ada yang terpaksa dibuang. Pastu aku pun dah malas nak simpan. Dan stop beli. Hanya buku yang kekal disimpan dan disayangi sampai sekarang. Kat rumah 2 almari penuh dengan buku. Dan ada kotak-kotak lagi. Sampai lupa apa buku yang aku dah ada. 2,3 kali juga kes TERbeli buku yang sama. Lepas ni kalu nak pindah rumah, kena upah orang kot untuk angkat kotak-kotak buku aku.

Aku berangan nak ada library sendiri kat rumah. Almari buku yang panjang dan tersusun kemas untuk letak buku-buku aku. Aku berangan nak susun ikut nama penulis. Wahhh best, kan?

Nak cari pun senang. Pastu letak kerusi ala-ala malas-penyegan kat situ. Membaca sejam dua, kalu penat terus lelap. Oh nikmatttt..

Sebahagian saja yang rajin disnap.


Koleksi anak-anak dara. Aku memang surrender laarrr...


Hari tu MyBos (yang pompuan) tanya aku, berapa lama boleh habiskan satu buku? (sebab di opis pun bila ada free aku akan membaca, sentiasa ada stok buku kat drawer). Aku kata, kalu buku setebal ±200 pages, sehari dah boleh habis. Kalu yang tebal sedikit ±1,000 pages, mungkin 2,3 hari saja. Terkojut dia. Sebab dia baca buku, sebulan tak sampai 100 mukasurat. Buku novel dia yang setebal ±200 pages, dia habiskan dalam masa lebih sebulan! Mengeja agaknya... hehehehe

Yang pasti, aku sangat suka baca. Jika berpergian jauh sedikit pun, buku wajib kena bawa dalam beg. Kalu takda buku baru pun, bawak jer buku lama pun takpa ulang baca asal ada bahan.

Baca dan baca-baca sangat berbeza tau! Yang aku faham, ‘baca-baca’ tu adalah jampi serampah nak kenakan orang! hahahahaha....




~...kalau pun tidak boleh dipanggil pendorong semangat, sebenarnya HISYAM lebih menjurus sebagai pedati tua yang tidak berkuasa kuda tetapi dimangkin oleh minyak kelapa sawit dari ladang Pak Utih sedang SERI BULAN lebih rela menjadi traktor berstereng besar seperti semangatnya yang sentiasa melebar...~


 






Semangat yang hilang: Rendah diri, dah ler diri memang tak tinggi...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Rabu
19-09-2012


Perasaan rendah diri tu semua orang ada, semua orang rasa. Tak kira apa bidang, apa bentuk.

Aku pun rasa. Walaupun dah tak banyak tapi tetap ada. Masa kecik, tak reti pun bab ni. Kalu ada kawan sekampung aku pakai baju lebih lawa, kami pandang jer. Rasa teringin. Pastu rasa tu hilang sendiri.

Zaman sekolah, rendah diri rasa juga tapi kurang. Walaupun ramai lagi kawan aku lebih bijak laksana dari aku, cemburu or rendah diri tu rasanya cuma sekejap jer. Nampak sangat tak fokus tentang pelajaran dan hidup.

Tapi semakin dewasa dan tua, dah pandai ler rasa makna rendah diri tu. Kerana tua jugak la, ada rendah diri yang aku tak pot dan tak fikir pun sangat. Dalam hal kerja ker, dalam hal hidup mewah ker, aku tak langsung jadikan tu ‘benda’ dalam kepala. Tak mengganggu langsung > gaya macam orang takda motivasi plak...

Kecuali satu benda ni...

Aku tak lawa (huduh, kata orang) + gemuk = lawak. Malas nak fikir pun, tapi benda tu la yang kuat melekat dalam kepala. Memang aku tak kisah jer berurusan dengan orang ramai, jumpa kengkawan tapi ada tetap ‘satu dot’ dalam kepala.

Korang pernah rasa camtuh?

Apatah lagi terpaksa kuatkan semangat dan lalikan telinga bila selalu digelar badak, tong drum, gajah... dan seumpamanya lah! (orang kurus tinggi lampai lawa, takkan faham makna benda ni. Terhina youuuu!) Bila aku dengar perkataan gitu, kadang-kadang mulut ni nak jer sebut, “mentang-mentang la kau cantik, menawan...”

Ini kisah aku, takda kena mengena dengan orang lain.

Bertahun tau dok simpan jer ‘benda’ ni dalam kepala. Kejap melekat. Sebab tu, dah 5 kali Reunion sekolah, aku cuma berani pergi sekali saja. Only sekali.

Again, ini kisah aku, takda kena mengena dengan orang lain.

Aku nak tulis jugak sebab ini pasal aku. Sebahagian hati aku rasa berani dan positif, rasa ‘lantak jer’, sebahagian lagi kemudiannya rasa menyesal sebab rendah diri tu.

Aku tau, sedar pasti akan ada yang akan komen: lupakan, ubah penampilan, positif minda, abaikan... tapi tak semudah tuu.

Nak pegi gym? Mana lebih penting? Yuran gym atau yuran anak belajar? Nak beli pil, perkataan beli jer dah tahu tetap guna duit. Malas nak citer, tentang usaha-usaha selama ini. Bukan tak bersyukur. Orang yang faham, akan faham laaa.

Selama ni aku rasa aku sangat positif dalam bab ni, tapi sebenarnya tidak juga. Cakap memang senang, terima anugerah Nya, takdir laa, buat tak tau laa, bersyukur laa...

tapi perasaan ni, kalu dah selalu sangat kena ‘pasak’.

Aku taip pun dah mula rasa menyampah. Rasa down! Sampai tanya kat diri sendiri, ‘aku huduh macam badak rupanya, dulu tak sedar’ > macam budak-budak! hahahaha gelak sambil nangis

Mari meluat dengan entri ini!


Bahulu ni memang bulat dan gemuk! Macam aku!

Puas hati dapat kutuk diri sendiri!

Ada ketika aku macam pandai jer nasihatkan orang, tapi diri sendiri pun teruk!

*ni kisah aku, jangan kaitkan dengan diri anda.



 








Tuesday, September 18, 2012

Majlis Raya Rumah Jalinan Kasih

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Thalatha
18-09-2012



Lagi cerita makan-makan di majlis Raya. Kali ini Majlis Raya Rumah Jalinan Kasih di Taman Megah, Cheras 15hb lalu.

Sebenarnya, rumah ini adalah rumah khas yang menempatkan lebih 20 orang anak-anak yatim (perempuan sahaja) yang sudah tertubuh hampir 2 tahun.

Dunia kesukarelawan ini bukan dunia asing bagi aku secara peribadi. Jadi untuk berada di dalam kelompok mereka adalah normal dan sangat seronok. Seperti mengulang kembali rutin 5 tahun sebagai sukarelawan. Dan aku berehat kira-kira setahun kerana menumpukan kepada projek lain dalam komuniti lain. Hidup kena fokus.

Pengetua dan seluruh tenaga pengajar dan penjaga Rumah Jalinan Kasih (RJK) ini adalah juga rakan-rakan seperjuangan aku yang dulu. Yang turut sama-sama sokong-menyokong sejak bertahun lamanya.

Layan gambar:

Bersama Pengetua RJK, Puan Ella Osman. Rakan seperjuangan.
Juga merupakan biras aku. Adik dia kahwin dengan adik aku. Dan kami jadi frens!





Antara tetamu yang hadir adalah anak-anak tahfiz dari Darul Hayan, warga emas Al-Fikrah dan Nur Hasanah, juga sahabat, rakan taulan dan para penyumbang.


Slot pemeriksaan kesihatan percuma. Ini adalah slot yang paling kerap diadakan sejak dulu. Dr. AZIE ni sejak masih belajar di UM lagi sering join sebagai sukarelawan sehingga dah jadi doktor, sering menyokong program anak-anak yatim ini.





Makanan disediakan secara potluck. Sokongan para penyumbang dan keluarga anak-anak tersebut sangat hebat!

Ada Nasi Lemak, Mee Sup, Mihun Sup (ada sup tulang satu periuk kawah), Lemang, Ketupat, Rendang 3,4 jenis, Kuih Muih, buah-buahan...



Aku suka persekitaran dan suasana dalam rumah RJK, sebab luas, bersih dan kemas tersusun. Ini penting untuk anak-anak yatim.

Lebih maklumat tentang RJK, klik FB Rumah Jalinan Kasih:

Ingin menyumbang? Sila maklumkan melalui sms@talian 012-3600276 (bercakap dengan Puan Ella Osman). Sebarang sumbangan atau wang ringgit – akaun MBB 562179510733.





~...kelmarin dulu semasa ada cerita di dahan bergoyang tentang SERI BULAN jalan berlenggang, HISYAM terasa hendak menendang seseorang mujur pula Pak Utih jadi penenang dan Mak Utih jadi lebih penyayang, tetapi SERI BULAN sendiri terasa hendak terbahak kemudian tido membungkang!...~



 








Monday, September 17, 2012

Sesiapa pun boleh tersilap...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Senin
17-09-2012


Sesiapa pun boleh melakukan kesilapan. Sedar, tak sedar. Sengaja (?) or tak sengaja.

Aku tersilap tarikh pada entri sebelum. Rupanya today sudah Senin. Masih dok sangka Sunday.

Semalam aku tersilap jangka juga.

Ada plan nak dating dengan blogger GADISBUNGA untuk kirim Tart Nenas yang dikirim oleh blogger Kak ZAKIE.

Padahal, AMOI keluar pagi yang sama ke majlis kahwin kawan dia di Shah Alam. Lupa terus. Dan bila AMOI dah keluar baru aku teringat set lokasi dating dgn GB. Shah Alam juga. Takpa, yang penting barang sampai dan dapat jumpa GB dan emak dia. Thanks!

Kadang-kadang kesilapan memberikan kebaikan. Sedar untuk tidak tersilap lagi pun suatu kebaikan juga.

Tersilap beli barang, tersilap beli tudung warna tak “in” dengan baju, or tersilap pilih kawan... lalu kena makan.

Positifnya, kesilapan bukanlah suatu kelemahan. Itu pendapat aku. Kesilapan adalah pelajaran. Kita bukan perfect, tak akan perfect.

Bila orang tersilap dengan kita, maafkan saja. Hidup jangan dirumitkan.

Pengalaman: aku pernah rasa tersilap pilih kawan bila kawan itu mengaku aku ni layak di bawah tapak kaki dia saja. Tapi, bila tiba raya, aku yang lebih dulu sms minta maaf segalanya, sebab aku nak “let go” benda tu dari kepala aku yang kadang-kadang ada batu besar jugak duduk.

 Kalaulah, ikatan kasih boleh padat ketat seperti Simpul Kasih ini, pasti sebesar kesilapan pun diterima seperti mencampak Soluble ke air suam, mencair, melarut dan diminum senafas...!




~...dalam banyak hal dan urusan, HISYAM pernah tersilap kata menuduh SERI BULAN tak boleh diharap dan bila ada muka sentap ada ayat tak sedap, HISYAM tahu kesilapannya itu bukan lagi seperti air batu dalam Sirap Selasih, tetapi macam kulit kerang direbus berjam, langsung tak empuk...!~



 








Saturday, September 15, 2012

Walimatulurus: Kita tolong orang tapi ingat, belum tentu orang tu akan tolong kita...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
JumAAt
14-09-2012


Hujung tahun, banyak kenduri kahwin, kan? Tapi sebenarnya, zaman sekarang walimatulurus sudah tidak bermusim sangat. Kadang-kadang, bukan cuti sekolah pun orang buat kerja kahwin juga. Ramai pasangan lebih melihat tarikh cantik untuk naik pelamin.

Dalam keluarga aku, yang bujang hanya tinggal seorang, MyAdikBongsu yang dulu merantau berbelas tahun. Sudahpun balik dan tinggal di KL bersama MyBonda dan masih single. Yang lain semua sudah kahwin.

Jika ada kenduri kahwin pun, anak-anak buah la. Secara umumnya, kami pun tidak lagi buat kenduri bergotong-royong lagi. Kali akhir dulu, memang buat kat dewan & katering. Mudah dan cepat. Maklum, sekarang mana nak cari masa untuk turun merewang dsb. Even kat kampung-kampung pun banyak dah guna katering jer, sebab dalam kenduri ni, bab menyediakan makan adalah perkara nombor satu.

Lazimnya juga, kenduri di sebelah keluarga aku — selesai kenduri, sehari or dua hari selepas — kami akan pergi berehat or berjalan makan angin or jalan-jalan cari makan beramai-ramai. MyKakYang dah dua kali terima menantu. Selepas kenduri adik-beradik seluruh keluarga akan dibawa keluar makan di luar or bercuti sebagai imbuhan, penghargaan dan berehat. Dah jadi macam tradisi. Sebab hubungan kami adik beradik kandung sangat rapat dan bila tiba kenduri besar, semua akan turun membantu menyinsing lengan.

Pernah tak korang tengok, or dengar ada orang buat kenduri terpaksa minta tolong orang luar sebab adik beradik kandung sendiri tak mahu membantu?

Aku urut dada bila melihat keadaan ini berlaku. Samada depa memang malas, sengaja tak mahu menolong, atau tuan kenduri ada masalah dalaman dengan adik beradik sendiri, aku tak pasti. Yang jelas, bila dia buat kenduri sambut menantu, 5,6 orang adik beradik sendiri langsung tak menolong. Datang pada hari kenduri, siap pasang badan duduk makan sedap-sedap macam tetamu lepas tu duduk memandang. Dan orang luar yang takda kena mengena pula yang ke hulur ke hilir menolong membantu kelancaran majlis. Adik beradik sendiri duduk sila panggung macam VIP.

So berbalik la pada isu “bayar derau” yang pernah aku tulis minggu lepas. Hari ini engkau tolong aku, esok lusa masa aku engkau pula tolong. TAPI, sebenarnya, zaman sekarang jangan harap sangat orang yang kita tolong tu nak tolong kita balik. Jika ada nasib baik kita, orang lain pula yang tolong kita macam keluarga sendiri.

Apapun, jangan serik untuk membantu jika korang boleh membantu. Bukan suruh kotorkan baju, lenguhkan lutut tetapi setidak-tidaknya, membantu untuk tidak lebih menyakitkan hati orang yang tidak berkira memberi bantuan. Sudahlah kita membantu, kita pula dikerah diarah macam diupah, sedangkan ahli keluarga sendiri tergamak membiarkan majlis tanpa sebarang penglibatan.


Simbolik perkahwinan. Snap tepak sirih cantik ini di rumah MyAnakMenakan.


Orang Melayu memang penuh adat sejak berkurun lama. Jika pun kita tidak mampu mendukung adat, aku yakin kita tidak begitu kejam untuk membiarkan ahli keluarga sendiri buat majlis walimatulurus dengan penat lelah tetapi terpaksa minta tolong dari orang luar sedangkan adikberadik masih ramai. Masih mampu datang. Tapi hanya mampu datang makan dan tapau lauk!

So, ingat. Nak buat kenduri kalu sedia RM banyak-banyak. Beratus ribu pun takpa. Gerenti ramai mengaku sedara nanti. Ahaks!



~...majlis berzanji di malam berinai memberikan suatu rasa indah di hati SERI BULAN juga rasa nyaman di hati HISYAM lalu semasa alunan rebana dan kompang mengiring pengantin perempuan memijak tangga menghala persada, mata SERI BULAN bertaut lama dengan mata HISYAM sambil masing-masing memahami SB itu sudah terlekat di jantung, terbenam di perut dan terendam di mulut...~



 








Thursday, September 13, 2012

Masterchef: aku hanya boleh masak menu ‘Makan Sendirik’...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Khamis malam JumAAt
13-09-2012


Masterchef Malaysia Musim 2 sudah bermula. Siri ujibakat/saringan sedang ditayang sepanjang minggu ini di 105. Pelbagai karenah, ragam dan gediks dapat dilihat. Tapi keputusan siapa yang berjaya masuk studio/dapur Masterchef belum diumumkan. Kena tunggu selesai semua saringan seluruh negara dulu kot...
(suka iklan “kukus, grill, pangggang, kukus!)

Aku pun rajin plak tu update pasal Masterchef Malaysia nih. Hahahaha...!







Mastercef US Musim ke 3 pun akan bermula this coming Sunday. Wahhh tak sabar nak tengok Ramsay melalak dan Chef Joe tu penuh sinis lempar makanan dalam tong sampah!

Memasak adalah seni. Juga sumber pendapatan. Juga... apa saja boleh kita kategorikan.

Semua orang boleh memasak. Pernah tengok Junior Masterchef Australia tak? Semuda umur 9 tahun, memasak penuh cekap yang kita takleh bayang kalu anak kita bleh ker masak camtuh? Anak-anak aku, konpom age macam tu masih tak kenal mana Bunga Lawang mana Lengkuas mana Halia! Kagum tengok anak orang barat yang explore seawal umur cenggitu.

Memasak untuk bertanding dengan memasak untuk makan sendiri tak sama. Kita memasak di rumah, tak fikir nak plating sakan-sakan. Asal terhidang bersih, menyelerakan mata memandang tak selekeh, insyaAllah laku. Apa lagi kalu dimasak dengan jujur dan penuh kasihsayang.

Aku pernah dengar ceramah, nak memasak pun sebaiknya ada wuduk or sekurang-kurang “bersih”. Ada doanya. Ramai tahu, waktu mana perlu selawat...

Aku berani kata, aku boleh masak macam-macam tapi tetap tak handal mana pun. CHAK pernah kata, “mak masuk ler Masterchef”.. ohhh yang cakap tu budak yang memang makan masakan mak dia hari-hari tentulah dia dok kata sedap belaka.

Aku juga berani kata, aku rajin masak sebab memang dah jadi gaya hidup kami makan di rumah. Sangat-sangatlah jarang kami makan di luar or beli makanan utama dari luar. Sekali sekala import dari pasar malam or fastfood tu tak bleh nak elak.

Cuma korang percaya tak, aku tak pernah buat Kuih Raya, tak pernah buat Kek sejak jadi bini orang. Memang tak pernah. Bila anak-anak dah besar, aku dah jadi malas nak mulakan skill tu. Main tunjuk saja.

Menu apa yang aku paling expert? Langsung takda kot. Sebab aku main masak jer ikut rutin biasa. So, bab-bab bertanding ni memang tak pernah terfikir dalam kepala yang ada batu besar atas jugak ada duduk) ini...

Tayang-tayang:

 Ayam Masak Kicap, hari apa ntah...


 Spagheti sempoi — buat masa IKA balik bercuti hari tu...


Aku gigih belajar buat Karipap sebab anak-anak ramai, tak berbaloi asyik nak beli saja. So bila aku dah boleh buat sendiri, aku akan buat sekali banyak, lebih 100 pcs sekali buat. Frozen sebagai stok. Dan kami dah stop beli karipap.

Aku nak try belajar buat Laksam, Laksa Johor or Laksa Kelantan. Bab kek or kuih moden e.g. Macarons ker... Kek Batik ker, Apom corak Ladybird Agry Birds ker... memang tak masuk book. Sebab orang kampung macam aku ni, bab tu memang akan failed corot punyer...! Sebab tu aku tabik pada orang yang pandai masak kuih yang sedap dan cantik tuh.

*aku sampai skang tabik spring giler-giler pada anak jiran aku yang kaya raya tuh, masih sekolah menengah tapi dah pandai masak macam-macam. Selalu dia citer kat blog dia, anak dia terror masak. Bertuahnya dia.





~...walaupun SERI BULAN memang jauh dari atang dapur, berjarak dari panggang, jarang membasah tangan menyiang ikan atau memeras tangan meramas kelapa lalu sangat malu mengaku hasil air tangan tetapi Mak Utih tidak pernah berhenti mengajar sehingga HISYAM yang tidak pandai makan Budu sudah pandai suap bersudu-sudu dan Pak Utih malu menambah kuah...~



 








LinkWithin

Related Posts with Thumbnails