Friday, December 31, 2010

Azam Berazam...

2010 tiba di penghujung. 2011 beransur tiba. Ramai orang bercerita tentang azam tahun baru. Tetapi apalah erti berazam tetapi tidak pernah berusaha melaksanakannya.


Kata arwah AYAH dulu, “luka jauh dari perut....” Maknanya, kecil sangat sebab masih boleh makan. So aku tetap pergi kerja, tetap buat kerja. Tanpa seorang pun dari pihak management yang tahu akal hal luka ini...


Biarlah azam dan hasrat menjadi kekuatan di hati, disimpan teguh dan kemudian dibuktikan dengan jayanya. Bukan untuk diucap tahniah, tetapi setidak-tidak membuktikan kepada diri sendiri, puaslah hati.

Atau andai kejayaan peribadi dapat dikongsi bersama-sama keluarga, tentulah manis sekali.

Semoga azam anda semua tercapai walaupun tidak pernah bercerita, tidak pernah dilaungkan atau diucapkan kepada sesiapa. Cukuplah diri sendiri sahaja yang tahu.

Sepanjang 2010 — yang terasa begitu pantas sekali berakhir — tentulah banyak yang manis, kan? Sejauh mana kejayaan yang dicapai sepanjang 2010 menjadi contoh dan tauladan kepada orang lain? Atau sejauh mana pula kepahitan dan kegagalan lalu menjadi tauladan dan kekuatan untuk memperbaiki diri? Atau masih di takuk lama?


Sesi tayang-tayang: lunch yang ditaja seseorang.
Tiada kaitan dengan azam diet atau yang sejenis dengannya...



Perkara terbesar yang berlaku pada AA adalah bilamana terpaksa bertukar tempat kerja kerana yang lama (selepas 9 tahun), berpindah lokasi ke luar negara. Kekesalan tetap terasa, tapi agak pelik bila aku tidak sedih, malah di hari terakhir kami (beramai-ramai), di saat ramai staf menangis aku masih boleh gelak-gelak. Huh...!

Terus mendapat kerja di tempat yang baru (selepas tidak sampai seminggu), memberikan suasana yang baru walaupun belum cukup menggembirakan tetapi masih boleh disebut sebagai suatu yang baik dan berpotensi untuk menjadi tempat berkerjaya. Tentulah kita tidak boleh berharapan terlalu tinggi dan selaku orang yang matang (dan semakin tua), perkara remeh adalah perkara yang tidak langsung difikirkan. Apalah sangat dengan karenah orang-orang muda, atau birokrasi yang “ridiculous”, atau mungkin pandangan serong bernada cemburu dari beberapa orang yang merasa tercabar...

Meletakkan diri di tempat yang sepatutnya, membawa karakter jujur dan menjadi diri sendiri adalah keyakinan yang jitu. Mengabaikan segala “cucuk-jarum-racun” sebaliknya menilai sendiri melalui pengamatan dan telinga sendiri adalah lebih baik dari mengikut telunjuk dan aturan orang yang belum tentu menyokong kita...

Pengalaman paling mahal tentulah bila hadir di hari konvo (menamatkan Diploma in Accoutancy) Dak AMOI pada Mei 2010, menerima Anugerah Naib Canselor lagi (wpun kami hanya menonton di dewan kuliah sahaja), tetapi saat manis itu menjadi suatu catatan terindah di blog (wpun sebenar-benarnya aku malu, kerana ada anak orang lain yang lebih hebat dan cemerlang lagi)...

Perkara lain hanyalah yang melibatkan ahli keluarga dan agak privasi pula untuk dikongsi, cukup sekadar sepintas lalu...

Diteliti, ternyata tiada perkara pahit atau perit yang dilalui, setakat masam-masam manis adalah lumrah dan tidak pernah menjadi parut di hati... begitulah, kehidupan yang tidak banyak beza dengan kehidupan sederhana orang lain.


~...HISYAM pernah merasa kecundang, pernah merasa sedih dan kecewa tetapi bila bercerita tentang perahu yang bocor seksa ditampal, tentang rakit pernah senget sebelah, tentang pendayung patah dek reput hujan panas, SERI BULAN yang lebih dulu menitiskan airmata...~



10 comments:

  1. selamat menempuh 365 hari yang bakal mendatang..

    ReplyDelete
  2. aziezah:semoga kita sama2 dpt menunaikan azam yg dibuat.....

    ReplyDelete
  3. Kena cuba berazam lah kak.

    Tak pernah azam apa-apa pun..


    Selalu fikir, pastu wait n see aje..

    ReplyDelete
  4. saya ingatkan..
    'jauh dari perut' ... maknanya tak bahaya.. sebab jauh dari kawasan yang penting...

    ReplyDelete
  5. dah nak masuk tahun baru esok...
    sebentar cuma waktu sekarang ni kan?

    selamat tahun baru 2011

    ReplyDelete
  6. AA
    Selamat tahun baru semoga ia lebih bermakna dari tahun sebelumnya.

    P/S: Rihatkan jari jemari dari menaip; nanti yg luka tu 'bentan'.

    ReplyDelete
  7. saya tiada apa-apa azam. saya ibarat orang mengimpikan gangsa tetapi medapat emas. apa lagi yang nak dikejar. syukur alhamdulillah atas segala nikmat dan rezeki yang diberikanNya.

    ReplyDelete
  8. wah..menarik sekali kata2 al-lavendari. saya suka....

    saya pun sama gak camtuh....

    ReplyDelete
  9. Gara-gara perasan perasan bagus sampai dalam terlukaa sayaa lihat jari akak berdarahh

    selamat menyambut tahun baharu

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails