Friday, July 22, 2011

Pilihan 2: Memendekkan cerita...

Salam
JumAAt
22-07-2011


Pilihan ke-2, ialah memendekkan cerita.

Bermaksud lagi pendek lagi bagus. Panjang meleret akan dilihat seperti bebel dan merapu tapi ikan kerapu pun tak kenal.

Penegasan ayat di atas adalah merujuk kepada penulisan dalam “yang ingin kukongsi” SAHAJA, takda kena mengena dengan tulisan orang lain. Titik.

Mengingatkan diri sendiri, merapu yang seronok pada diri sendiri sebenarnya bukan semua orang seronok nak baca pun (uishhh kenapa la baru sekarang aku terfikir?).

Berazam sendiri. Tak perlu tunggu awal tahun. Entri ini adalah latihannya.

Review filem atau drama, mungkin terpaksa dilupakan saja!

Sekian.

*Alasan: kerana aku dah tak boleh nak jadi macam aku yang biasa lagi. Dah tak terdaya nak jadi diri sendiri melalui penulisan sendiri. Dah payah! Lemahnya aku...


Kunci rahsia dalam jiwa...



~...semasa utusan meminang dari HISYAM yang dianggap gurauan oleh SERI BULAN, sungguh tidak disangka sireh sudah sesepah, pinang sudah sekacip diterima tapi tepak tidak sama diajak...~








22 comments:

  1. AA
    Blog masing2 adalah hak persendirian. Diharap janganlah ada orang lain mencorakkan warna blog kita, bercanggah dgn apa yg kita dah serasi. Panjang pendek tulisan kita kerana kita hendak ia begitu. Terserah pada yg sudi membacanya... Ada orang suka baca novel, ada orang suka baca cerpen. Samada orang baca atau orang jeling2 aje, kebanyakkan dari kita tidak mencari rezeki dgn berblogging. Please be yourself (dan I faham maksud you tak sebebas menulis seperti sebelumnya).

    ReplyDelete
  2. SOM:
    Belum tidor?
    Terimakasih atas kata-kata semangat itu.
    I memang lemah (dan lelah), dan malu.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum,
    Tulis macam puisi, leh pendek kot hu hu hu

    ----> cantik keychain purple hu hu hu

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum,
    Tulis macam puisi, leh pendek kot hu hu hu

    ----> cantik keychain purple hu hu hu

    ReplyDelete
  5. macamanapun kak rose suka baca kisah seri bulan dan hisyam... yg pasti kisahnya tak boleh dipendekkan....

    pssstttt... cantik pic kat pilihan 1. suke sangat!

    ReplyDelete
  6. ANYSS:
    Salam.
    Berpuisi pun macam dah tak pandai sekarang. Takut orang lebih tak faham.
    Keychain PURPLE untuk orang gila PURPLE dari orang yang faham kegilaan itu! hahahaha



    KAK ROSE:
    Kisah merapu juga yang dia suka. Thanks.
    Pic itu tak sangka menjadi cantik pula.

    ReplyDelete
  7. suka dengan ayat2 yang ringkas dan mudah difahami..hehe

    ReplyDelete
  8. Ini entri untuk memperbaiki cara penulisan sendiri ke ni kak azie??

    ReplyDelete
  9. mcm yang kak AA cakapkan kat saya...kita bole belajar dan ambik pengajaran dari apa yang kita sendiri tulis ;)


    memang kita takkan dapat memenuhi kehendak semua org kak....

    ReplyDelete
  10. key chain helang tu cantik kak azie~

    ReplyDelete
  11. ala kak ..
    kita buat selang seli n3 panjang
    yg kita nk mencece tu
    taklah org jemu tapikan...

    blog sendiri...
    sendiri punya sukalahhh....

    ^___________~

    ReplyDelete
  12. yang penting sandal tetap kaler ungu~he~~

    ReplyDelete
  13. yang penting sandal tetap kaler ungu~he~~

    ReplyDelete
  14. Aa - smti, kalau tulis pendek, kena buat sehari banyak entry, kalau tulispankang sehari satu dua entry dah cukup. Teruskan menulis ye. :)

    ReplyDelete
  15. Alamak typo error lah, "tulis panjang" bukan tulispankang...koh koh koh

    ReplyDelete
  16. Kakak tak kisah AA, kalau panjang pun tapi kakak suka baca tetap kakak baca juga. Lagi kalau cerita macam AA buat tentang your brother tu kakak tertunggu-tunggu walau ada part1 and 2.

    ReplyDelete
  17. aziazah..membaca labels,..membayangkan apa yang azie rasa sekarang

    ReplyDelete
  18. Kak..kekadang sy suka gak nak memendekkan cerita tapi rasa mcm tak lengkap je bila citer tu dah jadi pendek..sy suka keluarkan apa yg terlintas di fikiran.... kalau hari ni tak byk nak celoteh pendeklah karangannya kalau bayk tu yg pnjg berjela-jela.

    ReplyDelete
  19. kak blog kita kita yg punya..
    suka sukalah nak tulis panjang ke pendek ke kan?

    ReplyDelete
  20. kak, tak kisah la panjang ke pendek penulisan kita tu, kita punya hak atas blog kita...terpulang pada mereka nak baca atau tak...

    just be ur self kak...

    ReplyDelete
  21. kak azie, apa pun, i'm one of your biggest fan.. ehh, macam celebrity pulak.. jangan la merajuk kak...:(

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails