Thursday, January 31, 2013

Hati libang-libu, menu pun berterabur...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Khamis malam JumAAt
31-01-2013


Saya sedang mengusahakan suatu tugasan (diarahkan) sebagai ujian skill saya, dalam usaha untuk mendapatkan kerja tetap di sebuah syarikat.

Tetapi dalam usaha saya itu beberapa masalah kecil dan juga sikap beberapa pihak yang sangat tidak menyokong sangatlah mengecewakan saya.

Haruslah saya mengaku saya menangis juga (MyToklaki akan diam jer kalu saya nangis ni...) tetapi saya tahu itu tidak akan membantu.

Saya rasa kecewa, rasa down tetapi saya juga tahu itu pun harus sekejap saja. Saya kena terima bukan semua usaha kita harus mendapat sokongan sentiasa. Ada ketika, or mungkin hampir setiap kali akan tidak mendapat sokongan langsung. Kena terima. Usaha sendiri kena gigih. Lagi dan lagi.

Saya sedang mengusahakan alternatif lain. Ada rezeki tak ke mana. Ada rezeki tak ke mana. Ada rezeki tak ke mana....

Kekecewaan tidak harus ditunjuk secara fizikal kerana ditakuti akan memberikan kesan kepada seluruh rakyat isi rumah pula.

Menulis di blog pun, mungkin akan dianggap meraih simpati. Sori Berlori. Itu jauh dari niat. Saya mahu menyatakan, bukan semua kehendak dan usaha kita akan berjalan dengan baik. Cabaran itu harus dianggap perkara kecil yang kena juga dilalui.

Saya tahu saya masih ada usaha lagi. Bekalan kekuatan hati saya masih banyak, masih melimpah. InsyaAllah...!

Doakan saya.

Lalu menu saya hari ini agak berterabur sebab fikiran ligat. Saya manusia biasa, lalu jika minda sedikit terganggu, itu biasa... kan?

Tayang-tayang menu lunch saya yang tak berapa seimbang ini:

Saya beli ayam + rangka ayam utk Sup Ayam ni. Lupa beli Daun Sup, mujur ada Saderi. Okeh la tuh...


Kangkung Goreng Belacan. Terlajak kuah!


Air Asam. Ikan Cencaru Bakar masih atas pembakar, saya takda hati nak snap.




 ~...merawat hati yang basah tidak akan pernah sama menatap surat lembab hampir basah di bawah tempurung di hujung ampaian dek hujan gerimis semalam, tetapi setidak-tidaknya HISYAM mengerti kebasahan itu sementara sahaja kerana SERI BULAN pasti akan menjemur diri di atas buaian tepi Sungai Menghijau Lumut...~




15 comments:

  1. Semoga akhirnya adalah yang baik juga...

    ReplyDelete
  2. AA
    Alhamdulillah sajian dah terhidang. I masih tak jumpa dapur I lagi, har3. Malam semalam I masak sup ayam juga tapi buh kentang aje (+daun sup/sadri), ditop up dgn telur dadar. Cukup 2 lauk!

    ReplyDelete
  3. semoga dipermudahkan.. pujuklah hati yang libang-libu tu agar terhibur...

    ikan cencaru bakar walaupun tiada gambar sudah berjaya membuat sy terliur, Kak Azie..

    ReplyDelete
  4. saya doakan moga ada rezeki untuk kak azie dan tercapai segala yang kak azie hajatkan serta dipermudahkan segala urusan akak..aminn..insyaAllah..

    adoii kak...tgk lauk2 akak nih..lapar dibueknye!..

    ReplyDelete
  5. Go caiyok go!

    Insya Allah kalau rezeki tak ke mana.

    ReplyDelete
  6. Dalam pada hati bercelaru, menu masakan tetap mantap. Ini hanyalah salah satu dari pokok tumbang depan akak. Potong jer pokok tu. Chop, chop!

    ReplyDelete
  7. saya doakan kak azie berjaya dlm ujian berikutnya ni, dan terus dilantik bekerja...kalau dah rezeki, mmg akak akan dapat...kalau tak dapat, ingat, Allah Lebih Mengetahui apa yg terbaik utk hambaNya

    ReplyDelete
  8. Rajin nye memasak..mcm2 plak tu. Sedap nmpak kangkung akak tu!

    ReplyDelete
  9. betoi Kak,kalau rezeki tak ke mana2.mesti down gila bila tak dapat support,kesian Kak,takapa,doa banyak2 kat Allah...hu3...Dia tak kan biar kita mcmtu je...wow...bangga dgn semangat Kak utk tak biarkan kemelut kat tempat kerja affect fizikal Kak utk ahli2 rumah :)

    sedapnya makanan2 tu... :)

    ReplyDelete
  10. Anggap itu semua cabaran yang menguatkan lagi semnagat Kak Azie. Doa yang terbaik dari Aina, moga berjaya.

    ReplyDelete
  11. be strong, kalau rezeki tak kemana...harap anggur akan berbuah lebat kali ni. Insyaallah.

    ReplyDelete
  12. Allah bersama org yg sabar kak insyaallah

    ReplyDelete
  13. Azie, kalau dh mmg rezeki kita, biar satu dunia tak menyokong, ia ttp akan jadi milik kita, rasa down tu hanya mainan perasaan kita sebagai manusia biasa, kalau tak down terus dh mcm tk normal la plak kan?

    akak doakan semuanya akan dipermudahkan utkmu sis!

    ReplyDelete
  14. insyaAllah...ujian ni kejap je kak...

    ReplyDelete
  15. saya pernah dan kebelakangan ni sering merasa seperti apa yang akak rasa, apa yang saya buat...cuba seupayanya berfikiran positif. memang sakit jugak sampai nak menangis, takpe menangislah sebab itu adalah cara untuk melepaskan segala rasa yang terbuku di hati.

    saya selalu pesan dalam diri saya, setiap rezeki yang turun di muka bumi ni adalah atas keizinan Allah. sekiranya Allah tak izinkan rezeki itu untuk kita, mesti ada sebab tersendiri. Allah sentiasa memberi yang terbaik buat kita, inshaallah setiap usaha akak tu pasti ada ganjarannya nanti.

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails