Showing posts with label perayaan. Show all posts
Showing posts with label perayaan. Show all posts

Friday, October 3, 2014

Selamat... untuk segalanya. Dan segala cerita yang ada dalam kepala.

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
JumAAt
03-10-2014


Semakin jarang saya dapat update. Dan kemudian perkara yang hendak ditulis juga semakin banyak tetapi kemudian menjadi tidak tersusun dalam kepala saya yang ada batu besar juga duduk! Lalu saya menulis mengikut apa yang terlintas di fikiran saja.

Sudah masuk bulan Oktober. Hujung tahun yang kunun diramalkan akan panas membahang dek El-Nino, tetapi alhamdulillah hampir setiap hari sepanjang 2 minggu ini, dipenuhi air hujan yang saban petang turun dengan indah sekali.

Musim haji juga meriah dan rancangan korban mula kelihatan di sana sini. Seperti tahun-tahun dulu juga, gotong-royong membersih surau sebelum menjelang Hari Raya Korban tetap berlangsung di surau taman kami.

Semoga semua jemaah haji kita terus sejahtera dan dapat mengerjakan ibadah haji dengan sihat dan lancar. Saya sempat dengar satu segmen di Sinar.fm tentang kenangan Haji. Ada seorang pemanggil bercerita tentang menghantar nenek ke Mekah naik kapal laut.

Yeaa... MyBonda dan arwahAyah dulu pegi haji naik kapal, berbulan-bulan. Saya masih kecik masa tu. 4, 5 tahun kot umur saya masa tu. Ingat-ingat lupa. Yang ingat adalah naik keta sewa sempit ramai-ramai pegi jemput depa balik. Then, ingat tentang cawan-cawan kecik, gelang Mekah (plastik yang bulat-bulat kaler hitam tuh!), buah tin, kurma, inai Mekah dalam uncang plastik merah sebesar jari.... sekarang dah tak nampak uncang inai sebegitu lagi.

Selamat menyambut Hari Raya AidilAdha buat semua.

Kerana kesibukan tahap gaban, lalu cuti untuk semua staf di department kami dibekukan. Maksudnya, tiada cuti tambahan. Memadai dengan cuti umum yang sedia ada. Syukur juga Sabtu esok merupakan hari off saya (selalunya tetap kena datang kija), tapi tak perlu OT esok. Dapatlah cuti 3 hari. Nak beraya di sini saja, dan berehat puas-puas. Dah tak larat badan ni. 3 minggu kerja sampai 8 malam tanpa henti... boleh pengsan I tell you!

Tayang-tayang:



Sudut snack depan meja saya. Ubat mengantuk. Sudut laluan ramai, jadi ramai lah yang suka singgah menyapa sambil ‘cekuh’ sebutir dua. Hahahaha I like!

Penyumbang snack: ramai dan kadang-kadang tidak diketahui pun siapa yang belanja. Pemurah ramai sangat!






 ~...mengharap hujan turun lebat di petang hari dengan memberi irama indah di bumbung Teratak Nyatuh ternyata lebih baik dan lebih bermakna dari mengharap HISYAM menjengah datang kerana si teruna idaman bagaikan ada banyak rumah yang hendak dia singgah, mentang-mentang ramai peminat sedangkan dia pernah berjanji untuk tidak akan terpikat mana-mana anak dara Kampung Separuh Desa tetapi SERI BULAN sedia maklum lelaki itu tidak pernah menolak ajakan, tidak pernah menidak pelawaan juga tidak pernah menafikan penantian... huh!...~




Monday, October 14, 2013

Aidil Adha: pengorbanan yang menjadi tuntutan...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Senin
14-10-2013


Walaupun hari ini hari bekerja saya, tapi persiapan untuk Aidil Adha esok, berjalan lancar seperti sepatutnya.

Barang basah sudah dibeli dari pasar semalam. MyToklaki sepagian semalam berada di surau, sebab terlibat sebagai pasukan melapah, lalu acara mengorek lubang untuk sembelihan lembu berlangsung dengan  jayanya.

Bagi yang bercuti, selamat bercuti dan selamat balik kampung.


Inilah tahun pertama kali saya menyambut Raya tanpa cuti tambahan. Aidil Fitri lalu pun saya tak bercuti tambahan.

Saya anggap ini juga merupakan salah satu pengorbanan kecil yang saya buat, dengan niat saya bekerja pada hari itu untuk memberi peluang dan ruang kepada orang lain yang lebih memerlukan cuti.




 ~...HISYAM sudah pandai merengek setiap kali Mak Utih mula memerun api dapur kayu sedangkan SERI BULAN tahu itu hanya sekadar hendak merebus telur sebagai pelengkap Nasi Lemak Kampung, tetapi seorang ibu tua seperti Mak Utih mana mungkin dia sampai hatinya hendak menghampakan hasrat si anak teruna yang walaupun bukan dikandung dan dikendung tetapi kasihnya sering memberikan rasa resah kepada Pak Utih kerana bimbang suatu hari nanti harus terpisah...~




Saturday, September 21, 2013

Sahabat: menghargai dengan cara masing-masing wpun Ikan Masin yang digoreng wangi...!

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Sabtuday
21-09-2013


Sudah lama tidak bersua. Walaupun pun lama, tidaklah dapat menyamai lamanya kami-kami berkenalan, bersahabat dan begitu panjang masa yang sudah kami lalui sebagai keluarga yang saling mengenali penuh ikhlas. Macam adik beradik.

Saya ada ramai kenalan sebegini. Yang kenal seluruh ahli keluarga. Jarang jumpa. Tegur sapa cuma di FB bila ada masa. Usik mengusik sakat menyakat, makan-makan bersama adalah agenda biasa yang diterima penuh ikhlas sepanjang masa. Lalu menghargai mereka sebagai sahabat yang baik adalah suatu perkara yang sering dilakukan dengan pelbagai cara. Cara masing-masing.

Semalam;
ABAH & KAK ROS berkunjung datang. Memanjangkan cenderahati dan sedekah dari sahabat yang lain yang turun KL minggu lepas dari Ipoh.

Terimakasih banyak, wpun terpaksa menunggu beberapa minit saya yang belum balik kija. 2,3 hari ni jalan asyik jem saja, so saya sampai di taman rumah saya sekitar jam 9.00 malam. Terimakasih sebab sudi juga datang makan bersama.



‘kobis layu’ baru balik kija.



Ikan Terubuk Masin dan Kuih Tebaloi tu dari Kak Rose yang balik ke kampungnya di Sarawak bulan lalu. Alhamdulillah ada juga baki lagi cenderahati untuk saya.



Ikan lampam yang dipaket cantik bersekali dengan berasnya. Hari minggu ni bolehlah dikerjakan. Yesss...!



Mungkin ada yang tak pernah tengok Kuih Tebaloi. Dari tepung sagu. Rangup nipis, macam keropok. Rasa lemak dan tak berapa manis.

Terimakasih buat mereka yang terlibat dalam ini cerita!

Nak sayang ketat-ketat boleh? Heh heh!





 ~...semasa SERI BULAN menyebut tentang bulan yang sudah beberapa hari penuh mengambang sehingga asyik pula dia menanti setiap malam di ambin tidak berdinding, berteman asap sabut buat penghalau nyamuk, HISYAM mula rasa ada sesuatu yang mesti diusahakan untuk meraikan teman sejati lagi baik hati yang tidak pernah mengharap sesuatu melainkan sekadar peneman ketika harus ke sungai membilas kain...~




Wednesday, September 18, 2013

Pesta Tanglung @ Lantern Festival 2013: Chi Chiong Kai tu kat Taiwan eh, Azie?

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Thalatha
17-09-2013


Hari ini Selasa kan? Wahhh bercuti sakan 3 hari. Tapi saya cuti cuma 2 hari saja, sebab Sabtuday tu kija juga. Sampai kul 5pm.

Lalu cuti hujung minggu berganda dengan Senin, amatlah bermakna sekali.

Tapi, sebelum cuti tu saya sempat singgah di tengah kota KL dengan hajat nak tengok sambutan dan perasmian Pesta Tanglung di sekitar Pasar Seni dan Chi Chiong Kai.

Ada yang tak tahu apa itu Chi Chiong Kai? Hahahaha...!




Sekitar Chi Chiong Kai yang berwarna-warni. Tapi menurut kawan saya yang mengikuti pesta ini, tahun ini kurang tanglung berbanding tahun lalu.






Saya mencuba bermain Yo-yo Cina “Diabolo” yang dianjur oleh pelajar dari UPM. Seronok, berpeluh memerlukan kemahiran dan fokus. Tapi saya memang tak pandai. Sekadar mencuba dek kerana teringin.

Saya sempat menonton beberapa persembahan di pentas Pasar Seni, sebelum majlis perasmian juga sempat mengikut sebahagian perarakan tanglung yang bermula dari Pasar Seni ke Petaling Street.

Sudah lama saya teringin hendak menonton sesuatu yang bersifat tradisional, berbudaya dan berwarna-warni sebegini. Ramai juga pelancung luar yang turut menyertai juga bangsa lain yang ikut memeriahkan perayaan ini.


Persembahan pembukaan ini paling meriah paling lama dan ceria. Muzik gamelan bercampur gendang besar, sedikit irama klasik India, pukulan rebana yang serentak memberikan rasa keterujaan kepada saya. Saya suka persembahan ini.




Tarian budaya Cina yang berwarna warni. Asyik tengok bebudak comel ni menari.


Terus teringat, saya pernah beraksi di pentas ini beberapa tahun dulu. Berpuisi untuk siaran RTM sempena Hari Merdeka. Mana ntah gambar tuh...?




Saya paling suka singa-singa nih...!




Kebetulan pula saya pakai baju merah....!




Mungkin ada yang berpendapat, perkauman adalah suatu perkara sensitif yang mudah saja dijadikan modal perpecahan. Ya.. tetapi menghormati kaum lain berserta budaya dan kepercayaan mereka adalah mudah asal kita tidak terlalu memikirkan segala yang bertentangan. Mengambil tahu apa yang mereka anuti dan amalkan bukan menjadi kesalahan kerana kita akan lebih memahami mereka, menghormati mereka sebagaimana kita mahu orang menghormati kita dan amalan kita.

SELAMAT HARI MALAYSIA...!







 ~...sudah berkali-kali SERI BULAN beramaran agar HISYAM tidak terlalu baik hati menerima apa saja kiriman salam dari sesiapa yang tidak dapat dipastikan pengirimnya tetapi sudah menjadi lumrah HISYAM yang tidak pernah sampai hatinya untuk menolak sebarang kata manis sebarang kata salam pengenalan sehingga akhirnya dia sendiri tidak dapat membezakan yang mana satu sampai dahulu yang mana satu harus diabaikan sahaja tanpa perasaan lalu mendorong SERI BULAN untuk menjadi penapis berita mengedit cerita agar tiada yang tersanggit hati suratnya tidak berbalas...~




Wednesday, August 7, 2013

Ramadan 29: Esok hari raya...! Esok hari raya...! Esok hari raya...!

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Rabu
07-08-2013





Tiada kata secantik bahasa,
Tiada kad seindah Kad Raya,
Andai tersalah tingkah dan kata,
Marilah bermaafan sesama kita.

SELAMAT HARI RAYA,
Maaf Zahir Batin.

Ikhlas penuh kasih, Kak Azie






 ~...HISYAM sudah bersedia mengikut perintah apa saja dari ibunda angkat nan berdua, SERI BULAN juga sudah siap andai ada orang yang perlu makannya bersuap, sehingga melupakan sebentar tentang surat di bawah tempurung, tentang berbalas pantun dan sindir-geram ayat dua baris semasa di ambin berdua juga melupakan sebentar tentang acara berebut buaian di tepi Sungai Menghijau Lumut...~




Monday, July 29, 2013

Ramadan 20: dah boleh tukar header Raya tak?

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Senayan
29-07-2013


Bukan main seronok lagi bebudak kat opis yang dapat angpau Raya RM500 tuh. Ada saja perancangan yang saya dok dengar.

Dalam sibuk nak cuti beraya sambil sibuk nak siapkan seberapa banyak kerja yang tengah menimbun, beberapa orang terlibat sebagai ‘committee’ untuk Majlis Raya company yang menjadi acara tahunan. Acara yang paling besar dan paling meriah yang diadakan.

Walaupun tarikh majlis berubah 2 kali (kerana masalah nak dapatkan tarikh free dari Menteri yang dijemput), akhirnya sudah ada ketetapan tarikh selepas Raya. (Dengar khabar depa cuba dapatkan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai VIP jemputan, ntah dapat ke idak)

Nampaknya majlis Raya company kali ini akan lebih meriah kerana sebuah anak syarikat sudah dibawa masuk (merged) dan menjadikan jumlah staf di Lantai Department saya bertambah lagi 14 orang.

Soksek dari committee, hadiah Lucky Draw tahun ini akan ditambah jumlahnya, untuk memberi lebih ramai staf berpeluang bawa balik hadiah lumayan. Saya cuma berangan nakkan Iphone 5 jer.. Atau paling cekai kalu dapat petiais 2 pintu pun best gak! Mana tau, kot ada rezeki dapatlah saya tempek puluhan FM dalam koleksi saya tuh! Hehehehe....


Tayang-tayang:


TomYam ni sebenarnya saya buat kerana saya dah habis idea. Tak tau nak masak apa. So ulang la masak Tomyam. Digandingkan dengan Sotong Goreng Tepung. Pertama kali try. Uuishhhh saya memang tak pandai masak Sotong Goreng Tepung.


Dan, tak sangka menjadi pula. Nyesal buat sikit. Saya ambil resipi dari blog ShareMyLove. Terimakasih ya!

Resipi yang ringkas lagi mudah, tapi hasilnya yummy ya amat!

*Udang celup dalam telur, gaul dengan tepung rangup (tepung Kentucky) & tepung jagung (jumlah tepung sama banyak). Gaul kering sotong ke dalam tepung dan goreng.

Oh ya... berbalik kepada tajuk, boleh dak saya tukar header saya kepada header Raya?





 ~...malam itu selepas menjamah hasil karya SERI BULAN yang tak berapa menjadi, HISYAM duduk bersila mengadap Pak Utih sambil diiring SERI BULAN yang bersimpuh di sebelah Mak Utih mendengar Pak Utih merancang sesuatu untuk sebuah ikatan, mengharap sesuatu atas sebuah hubungan tetapi kerumitan dan kesulitan sekampung masih tidak dapat membuka laluan sebuah hubungan menjadi ikatan dan setia perjanjian, lalu Mak Utih tiba-tiba menangis tersedu...~




Sunday, February 10, 2013

Hadiah Tahun Baru Cina 2013

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Ahad
10-02-2013


Selamat bercuti, dengan mungkin bercuti ke mana-mana atau sekadar berehat di rumah.

Atau sama-sama meraikan Tahun Baru Cina dengan kawan-kawan atau saudara-mara yang berbangsa Tionghua tetapi Muslim.

Selamat lepak-lepak dan makan-makan!


Pic tahun 2011 dulu. Saya harap dapat jumpa Singa menari joget-joget cenggini lagi...!


****

Tayang-tayang:



Kawan Dak AMOI yang belajar di Germany balik bercuti. Dan dia belikan beberapa cenderahati. Kerana AMOI antara kawan baiknya sejak di MRSM lagi, dia juga dapat yang istimewa.

T-shirt Hard Rock Dublin tu ada 2 helai, so sehelai untuk saya. Kawan itu juga berjalan-jalan ke Spain; Barcelona dan Pulau Gran Canaria lalu FM itu spesel untuk saya.


And, Dak AMOI juga dapat beg ini. Sangat la cantik nyerrrr....!






 ~...menanti tingkap dibuka kerana matahari semakin garang membuatkan HISYAM juga terasa hendak berang kerana SERI BULAN sengaja tidak menjengah muka sedangkan Mak Utih sudah lama berada di baruh dan Pak Utih sudah menjejak denak...~




Saturday, February 9, 2013

Chinese New Year: “sapa kata takda limau?”

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Sabtuday
09-02-2013


Cadangan hendak balik ke Jinjang dan lepak di sana sepanjang cuti CNY ni ditangguh dulu, sebab Alia tetiba demam sejak pagi tadi. Pening juga sakit perut. Doktor kata dia pedih ulu hati. So rest dulu.

Pagi tadi — pagi tak pagi, dah nak tengahari — saya & Toklaki pegi Tesco. Cari barang kering, basah, lembab. Dalam kepala saya dah plan nak beli limau mandarin @ Lokam ni. Hemmm memang bersepah. Semua standard RM10.88 sekotak.



Saiz L, berat kira-kira 4 kg, jumlah isi dalam tak dan nak kira, dah kena serbu. Agaknya, 24 biji kot.

Dalam Tesco tadi, awal-awal dah dengar bunyi gendang Tarian Singa ni, tapi sebab saya pi dengan MyToklaki, jangan harap la dapat melencong dari tujuan asal.

Hajat berkobar, lalu apa saya buat? Saya pilih ikan cepat-cepat, saya minta siang. Saya soh MyToklaki tunggu beratur. Then saya pilih halia, dan kentang soh dia pi beratur timbang selepas itu.

Cepat-cepat la saya pi cari dari mana arah bunyi gendang tu.

Dapatla saya tengok sekejap. Ada 2 ekor, satu kuning merah ni, sekor lagi kaler hijau. Hat hijau tu tak lawa, saya tak snap.



Bebudak ramai dok kerumun. Kalu zaman saya kenal benda ni, mampuih berselerak lari menyorok, sebab takutkan singa yang besar gedabak nih.



Kerana guna hp saja dan kalut takut kena sergah dek MyToklaki, amik gmbar pun blur. Takpa, saya yakin suatu hari nanti saya akan dapat juga snap gambar singa menari joget-joget ni guna kamera dengan lebih cantik lagi!







 ~...Pak Utih tidak ke kebun kerana hujan lebat sejak semalam bukan saja membuat Mak Utih malas memerun api di dapur kayu, tetapi SERI BULAN juga terasa hendak membiar tingkap tidak terbuka lalu dia sudah tidak kisah andai HISYAM melintas lalu melihat Teratak Nyatuh bagai tidak dihuni orang...~




Chinese New Year tanpa limau...?

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Sabtuday
09-02-2013


Walaupun Tahun Baru Cina 2013, tahun Ular Air dianggap sebagai tahun yang tidak stabil oleh sesetengah peramal, tetapi setiap orang yang menyambutnya sentiasa mengharapkan yang baik dan kemakmuran untuk kehidupan mereka.

Saya ada ramai kawan Cina. Kami mesra dan tak pernah berbalah. Malah banyak kali juga kawan-kawan Cina saya datang ke rumah bila open house Raya dulu-dulu. Maklum saya memang kerja dengan company bukan Melayu.

Setiap tahun menjelang Tahun Baru, semua staf akan diberi 8 biji limau mandarin seorang beserta angpau oleh bos. Hamper juga diberi sama rata.

Selepas bercuti biasanya ofis memang akan tutup seminggu, kami akan dibawa pula makan-makan di hotel atau restoren. Masa tu memang seronok sebab semua orang akan gembira dan wajah pun semua happy. Angpau company pun sangat best. Bonus jangan cakapla.. Kalu time tu saya pandai pasal Bandung, gerenti saya pegi joli sakan ke sana. Hahahaha...!

Itu adalah rutin tahunan saya berada di bawah syarikat bos Cina, sejak 1990 lagi... sehingga 2010, bila pada tahun 2010 berada di bawah syarikat baru... suasana sebegitu semakin tidak dirasai lagi.

No limau, no Lion Dance. Cuti pun cuma public holiday saja, no cuti extra. Walhal MyBoss adalah Cina. Memang pelik dan akhirnya semua staf dapat menerima yang bos memang tak meraikannya. Walau ada yang mengata MyBoss seorang yang kedekut... mungkin juga. Nak dapat sebiji limau pun susah walaupun 4,5 kotak memang ada dihantar oleh beberapa orang client.

Sepanjang hampir 3 tahun di situ, cuma sekali sahaja kami dibawa makan di restoren sempena Tahun Baru Cina. Selebihnya, kami lebih suka membeli sendiri limau mandarin yang rata-rata memang murah di musim Tahun Baru Cina.

Saya suka limau mandarin. Saya suka Lion Dance. Saya suka kacang tanah. Saya suka cuti. Hehehe saya memang sedang bercuti panjang!



Ini pic tahun lepas, masa Chap Goh Mei. Ada sambutan di taman kami. Lion Dance tu yang best. Harap-harap tahun ini ada lagi sambutan Chap Goh Mei so saya nak pegi tengok singa tu dekat-dekat lagi!






 ~...SERI BULAN suka binatang juga, tetapi kerana adakalanya bertemu dengan manusia bersifat binatang dia ingin sekali belajar lebih tahap Silat Gayung untuk menampan diri sejak kes lelaki durjana cuba panjat tingkap biliknya sehingga HISYAM menumbuk dinding retak seribu...~




Wednesday, January 18, 2012

Tart Nenas, Limau dan Hamper CNY...

Assalamualaikum
Rabu
18-01-2012


Stok Tart Nenas untuk Chinese New Year sudah diambil malam tadi. Seperti biasa, pelanggan setia di area tempat kerja lama dulu (Imbi) order banyak juga kali ini.

Seorang sahabat lama yang kini aktif buat bisnes hamper untuk hari perayaan juga order lebih dari biasa untuk dijadikan sebahagian item dalam hamper client dia. Thanks PUAN SERI DEVI.

Terimakasih atas sokongan dari yang lain.


Tart Nenas Sepanjang Tahun
*pic snap sendiri, tak cilok orang punya


Suasana beraya Tahun Baru Cina sudah mula terasa di area sini.


Merah sana merah sini.

Sudah ada 2,3 hamper besar setinggi depa aku di lobi ofis, tapi sejak kes “merajuk” Manager dengan Bos minggu lalu, tiada seorang pun berani menegur pasal hamper. Kes boikot kot?

Limau pun sudah bertingkat 5 kotak dari client. Pun aku tengok takda sapa berani sentuh atau tanya. Wahhhh... nampak gaya kena beli sendiri la kalu nak makan.

Mengikut rekod, tahun lepas pun kami staf tak pernah dapat walau sebijik pun. Padahal MyBos memang menyambut dan client pun ramai sekali yang hantar. Tapi ntah sapa ler yang dapat limau tuh.

Takpa, sekarang ni, sekotak pun dah boleh dapat serendah harga RM9.90! Kalu mampu beli yang gred baik skit, beli yang RM30++ pun banyak.

Yang penting, sekarang ni, semua orang sedang tidak sabar nak berehat dan bercuti sepanjang 3 hari cuti Tahun Baru Cina...! Anak-anak sekolah pula sudah confirm cuti seminggu. Wahhhh...!




~...bunyi katak berselang bunyi tupai sudah memberikan irama yang lain dari yang lain dapat didengar dari serambi Teratak Nyatuh, lalu bila telinga dirapat ke dinding bilik kenapa bunyi dengkur yang didengar SERI BULAN sehingga nyaris pula dia menyangka HISYAM tersadai pengsan di lantai ambin...~








Thursday, October 27, 2011

Warna-warni Diwali...

Assalamualaikum
Senin, malam
26-10-2011


Selamat bercuti umum, sempena satu lagi perayaan yang berlangsung di negara kita. Perayaan Deepavali atau Pesta Cahaya yang dirayakan oleh penganut Hindu. Sebagai negara majmuk, tidak salah untuk kata meraikan bersama dengan cara sederhana.


“kolam” ini wajib ada di setiap pintu masuk...





Aku cuma ada sepasang saja baju sebegini...hadiah dari kawan kerja dulu






Kerana rondaan pada hari Deepavali, kurang meriah kawasan ini berbanding malam sebelum yang lebih “grand” dengan acara shopping!

Aku sebenarnya teringin nak snap gambar baju sari yang mewah dengan sulaman dan corak serta gelang-gelang tangan yang berwarna-warni itu!



Kuih Vadai yang menjadi paberet aku. Auntie yang meniaga kuih ni di pasar malam pun kenal dah sebab aku selalu beli. Dah lama tak buat, baru kini sempat buat sendiri.


~...SERI BULAN pernah bertanya kepada HISYAM, “adakah kita akan terus berkawan begini sampai ke tua, walaupun we’re not meant to be together?” lalu HISYAM merenung ke dalam matanya sambil membisik; “Nothing gonna change my love for you...”~

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails