Saturday, February 9, 2013

Chinese New Year tanpa limau...?

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Sabtuday
09-02-2013


Walaupun Tahun Baru Cina 2013, tahun Ular Air dianggap sebagai tahun yang tidak stabil oleh sesetengah peramal, tetapi setiap orang yang menyambutnya sentiasa mengharapkan yang baik dan kemakmuran untuk kehidupan mereka.

Saya ada ramai kawan Cina. Kami mesra dan tak pernah berbalah. Malah banyak kali juga kawan-kawan Cina saya datang ke rumah bila open house Raya dulu-dulu. Maklum saya memang kerja dengan company bukan Melayu.

Setiap tahun menjelang Tahun Baru, semua staf akan diberi 8 biji limau mandarin seorang beserta angpau oleh bos. Hamper juga diberi sama rata.

Selepas bercuti biasanya ofis memang akan tutup seminggu, kami akan dibawa pula makan-makan di hotel atau restoren. Masa tu memang seronok sebab semua orang akan gembira dan wajah pun semua happy. Angpau company pun sangat best. Bonus jangan cakapla.. Kalu time tu saya pandai pasal Bandung, gerenti saya pegi joli sakan ke sana. Hahahaha...!

Itu adalah rutin tahunan saya berada di bawah syarikat bos Cina, sejak 1990 lagi... sehingga 2010, bila pada tahun 2010 berada di bawah syarikat baru... suasana sebegitu semakin tidak dirasai lagi.

No limau, no Lion Dance. Cuti pun cuma public holiday saja, no cuti extra. Walhal MyBoss adalah Cina. Memang pelik dan akhirnya semua staf dapat menerima yang bos memang tak meraikannya. Walau ada yang mengata MyBoss seorang yang kedekut... mungkin juga. Nak dapat sebiji limau pun susah walaupun 4,5 kotak memang ada dihantar oleh beberapa orang client.

Sepanjang hampir 3 tahun di situ, cuma sekali sahaja kami dibawa makan di restoren sempena Tahun Baru Cina. Selebihnya, kami lebih suka membeli sendiri limau mandarin yang rata-rata memang murah di musim Tahun Baru Cina.

Saya suka limau mandarin. Saya suka Lion Dance. Saya suka kacang tanah. Saya suka cuti. Hehehe saya memang sedang bercuti panjang!



Ini pic tahun lepas, masa Chap Goh Mei. Ada sambutan di taman kami. Lion Dance tu yang best. Harap-harap tahun ini ada lagi sambutan Chap Goh Mei so saya nak pegi tengok singa tu dekat-dekat lagi!






 ~...SERI BULAN suka binatang juga, tetapi kerana adakalanya bertemu dengan manusia bersifat binatang dia ingin sekali belajar lebih tahap Silat Gayung untuk menampan diri sejak kes lelaki durjana cuba panjat tingkap biliknya sehingga HISYAM menumbuk dinding retak seribu...~




28 comments:

  1. Replies
    1. Big Bos Buddist, tapi mem gelap dia Chinese Kristian. Mungkin sebab tu kot...

      Delete
    2. Saya rasa sambutan Tahun Baru Cina, jarang dikaitkan dengan agama, kerana ia lebih kepada sambutan budaya tradisi kaum Tionghua. Sebab tu agak pelik bila Bos sebuah company yang tak berapa nak meraikannya...

      Delete
    3. Kalau Azie tak dapat tengok lion dance, pergi tengok Dr Singa lah. Lion jugak tu .... heheeh


      larikksss

      Delete
    4. Singa tu pandai cocok orang. Lariks juga!

      Delete
  2. Replies
    1. Kalu jenis yang gred biasa tu boleh dapat RM9.90 jer sekotak. Murah time nih...

      Delete
  3. suka limau juga..n paling suka sbb cuti panjang smpai rabu =)

    ReplyDelete
  4. Azie, sama cam kisah kak rose masa keja ngan company cina... 2 co. kak rose keja, dua2 pun ok. bila dekat cny mesti ada bonus, dinner kat 5 star hotel, cabutan bertuah yg hebat2... tiap tahun dapat hadiah lucky draw yg best... ada rantai emas, tv sharp 29in, hi-fi set, percutian, hamper lagi... company trip pun ada, mmg happening sangat.

    bos mmg baik, ada sekali tu dia announce kak rose dapat bonus yg double dari staff yg lain2... sudahnya kawan2 melayu boikot kak rose, x nak kawan dah tp not chinese friends, derang ok jer...Happy New year to Dr. & Dato Koo, jugak Dato Foo.

    sekarang dah cuti sepanjang tahun....nak limau kna bli sendiri!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pernah dapat TV 21 inch, rice cooker dan mini hi-fi. Bonus lebih sebulan pun pernah. Semua tu kenangan yang sangat best.

      Sekarang ni... ya nak limau kena beli sendiri.!

      Delete
  5. AZIE
    Kita pun suka lion dance esp bila dia gelek2 montot dia, naik2kan kening dan bila kaki dia terkuis2 gitu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cik SOM, I suka part dia lompat lompat tinggi macam akrobatik tuh. Lompat nak tangkap sayur dan angpau kat jenang pintu bangunan. Kagum youuu...!

      Delete
  6. Maybe mood dia tk baik kot...atau untg sikit?ala apalah sgt nk bg limau kt kita kan...bukan mahal sgt..yer tak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang murah jer nak beli. Tapi agak kecewa bila kerja company Cina, Bos Cina tapi beliau tidak meraikannya. Tak 1Malaysia la kot.

      Delete
  7. ha ha ha, tahun baru cina tanpa RIMAU...........Bos saya tak kasi limau pun ? , naik gaji pun tak sampai berapa ringgit. Dia bagi bonos setengah setengah. Dapat macam tak rasa dapat....." dia cina yang bukan cina agaknya ?"

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kadang-kadang memang ada la bos yang boleh buat selamba jer kan? Saya dah rasa, saya sangat tahu apa perasaan tu.

      Delete
  8. Assalamualaikum Azie

    pernah berhenti di tepi jalan untuk toton tarian singa ni..........

    ReplyDelete
  9. apa apa pun perkara yang manis tetap jadi kenangan smpai bila2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kata orang, perkara yang pahit jangan dikenang... kan?

      Delete
  10. Biar Mimpi Sampai ke Bintang — pernah tengok drama tu?

    ReplyDelete
  11. Ok, nanti saya tengok ya. Tkasih.

    ReplyDelete
  12. tahun nie saya dapat 1 kotak limau....limau murah tahun nie...,,,my bos tak berapa sambut tahun nie coz bapak dia baru mati... hamper ada kat opis, belum buka lagi, cuti seminggu nanti baru buka, selalu naik keje (buka kang) bos blanja makan besau...tahun nie makan kat kedai shusi (saya tak makan lol)...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ehh sushi la sedap! Banyak pilihan. Saya suka.

      Delete
  13. sekali air bah, sekali pantai berubah gitu..hehe..ermm..beli sendiri jela..janji ade limaunya.. :)

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails