Showing posts with label novel. Show all posts
Showing posts with label novel. Show all posts

Friday, May 29, 2020

Isu rak buku di rumah orang Melayu...

Jumaat
29-05-2020


Di media sosial, kecoh sekejap tentang isu ‘kurangnya almari buku di rumah orang Melayu’. Ramainya yang kurang senang, malah terasa, komen itu seperti tidak adil sama sekali.


Posting yang menjadi isu, kemudian dipadam oleh penghantar.
*Kau boleh ice-breaking dengan topik pasal artis. Takkan tak kenal sorang pun artis. Atau start with Kuih Raya or Ketupat atas meja.

Menziarahi rumah orang, tidak kira musim Raya atau tak raya, usah terlalu meliar mata. Tidak manis dan dianggap tidak beradab.

Jika suka dekorasi, senyum dan puji jika perlu. Jangan pulang dengan sangkaan atau prasangka, kemudian menilai sendiri dan lebih buruk menulis di sana sini seolah-olah itu adalah benar.

Bukan semua itu benar.

Ada orang, simpan koleksi FM banyak di pintu peti aisnya. Bukan bermakna seluruh dunia dia pergi. Itu cenderahati dari kawan-kawan. Dah dia mesra peramah, ramailah kawan yang ingat akan dia bila depa bercuti ke mana-mana. Kan?


Saya ada dua sahaja almari buku, dalam bilik belajar anak la, tapi.

Rumah kecik, ruang tamu kecik. Takda sapa paksa pun suruh letak di ruang tamu. Bukan kita nak kena tayang pun.

Rasanya buku dalam kotak lebih banyak dari yang berada kat rak. Bertugas di Pesta Buku sejak 2008 sehingga 2019, korang rasa berapa banyak buku saya ada?



 ~...bagai hendak tersembur ketawa besar SERI BULAN melihat HISYAM tetiba menjadi malu kesipuan kerana setelah lama tidak bersua dek cuti lama di hari Lebaran, sehingga lawak tidak lagi memberi gelak, jenaka tidak menjadi kelakar sebaliknya sengih menjadi kernyih...~



Friday, May 15, 2015

Pesta Buku 2015: hari penutup yang panjang...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Jumaat
15-05-2015


Hampir lupa hendak menulis sesuatu dan menyimpan gambar berkenaan hari penutup Pesta Buku Antrabangsa 2015 yang berakhir pada 3 Mei lalu.

Sehari selepas saya balik dari bercuti, saya bertugas sekali lagi di booth tempat kija saya. Hari penutup yang dijangka akan ramai. But sebenarnya orang paling ramai datang adalah pada hari-hari Sabtu.


Rutin sama. Jaga cashier. Itu sesuai buat saya yang sudah tidak muda untuk berdiri lama atau sudah menipis bakat “melelong” lalu saya rela depa tak pernah tahu saya pernah buat kerja promoter buku selama 6 tahun berturut sebelum ini. Dah tak kuat.


Pesta Buku juga sudah menjadi arena tetap untuk saya berdating atau bertemu dengan rakan-rakan sekepala minat novel atau teman blogger. ANNIES KHAIRIN, juga bertugas dan tahun ini bertemu lagi. Bertukar-tukar cenderahati. Thanks Annies.


Juga blogger Abah Zino dan isteri yang singgah ke booth.

Tahun ini saya berhasrat untuk mencari novel dari penulis baru, penerbit baru dan cuba melihat sesuatu yang baru dari mereka. Mungkin ada kelainan yang menarik yang boleh saya jadikan koleksi.

Nampak booth Fixie... buku depa dah banyak anak-anak dara saya beli lalu saya tak singgah. Ada beberapa lagi penerbit indie yang baru tetapi saya belum tertarik.

Singgah juga lagi sekali booth; Love Novel. Promoternya sorang tu saya kenal, biasa nampak. Kerana tak tahu nama, saya segan hendak beramah mesra. But ada beberapa tajuk di situ menarik. (Ahad sebelumnya saya dah beli 2 tajuk – satu buku saya bawa bercuti untuk baca dalam flight dan juga senggang menunggu, sudah habis dan agak menarik) Lalu saya kira tidak mengapa untuk cari 1,2 lagi menambah koleksi.


Ada novelis. Kebetulan pula.


Tak pernah dengar lagi nama novelis ni, tapi saya hendak cuba. Ok... terus dapat autograf pulak.

*Tajuk: “Aiseyman, Driver Aje” dah habis saya baca. Komedi romantis. Dah macam drama dan filem plak, ada komedi romantis. Hmmm lain kali jer saya review.


Apapun novel  penerbitan ini tidaklah banyak beza dengan lain-lain keluaran penerbit. Tema, jalan cerita, gaya bahasa sudah hampir sama menepati citarasa dan gaya hidup masa kini. Ada citer tentang gadget, sembang whatsapp, FB... ada isu KPop... malah ada 1 tajuk siap taruh lirik lagu Korea 1 muka surat penuh..!

Saya singgah juga di booth Buku Prima (Karangkraf) dan bernasib baik novelis Kak Ramlah Rashid ada di booth. Hanya minta autograf untuk novel beliau terdahulu. Novel terbarunya saya dah beli.


Tidak banyak hasil buruan kali ini kerana ada beberapa lagi novel buruan tahun lepas masih dalam plastik tak sempat nak baca. Adoii laaa..


Sesuatu yang sudah sebati dengan jiwa, ternyata sukar dihentikan atau dilupakan.

Jikapun nanti tidak lagi ditugaskan (tapi Mr C, manager duit tu sangat suka aku ada, “Saya banyak happy U ada mari kerja sini”. Adehhh) saya pasti datang ke PWTC untuk melepas rindu pada buku.




 ~...kerana segan juga tidak mahu dianggap perasan, SERI BULAN langsung tidak bertanya kenapa anak dara Pak Imam berkunjung datang dan bersembang panjang, tetapi apabila HISYAM yang nampak tersengih memanjang, SERI BULAN tahu ada perkara sedang membara, ada cerita yang sedang direka dan dia terasa ingin sekali dinding dan lantai memecahkan rahsia...~




Thursday, July 10, 2014

“Aku insan yang lemah, hanya mampu berserah...”

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Khamis
10-07-2014


Sepanjang bulan Ramadan tahun ini, banyak betul dugaan berbanding kebiasaan tahun-tahun terdahulu.

Masalah air yang ‘sekejap ada, lama takda’ adalah dugaan terbesar. Sejak bermula puasa, sudah dua kali air dihentikan di taman saya. (Biasanya berhenti selama lebih 2–3 hari). Simpanan untuk hari ke-3 biasanya memang titisan terakhir. Sungguh mencabar. Dan sejak air dok ‘main kong-kali-kong’ tu tahun ini, belum pernah sekali pun lori tangki SYABAS datang hantar air. Belum pernah.

Lalu berulanglah episod angkut air dari meter di bawah ikut tangga. Yang mana, saya rasa tidak semua orang faham kerana tak melaluinya. Yang mana, saya rasa tak semua orang boleh bayangkan kesakitan badan memunggah air bertong-tong itu. Tidak mengapa. Bukan semua orang boleh hadapi kesukaran sebegitu. Jangan-jangan kalu kena nanti, depa mengamuk lebih teruk dari saya.

Tetapi puasa tetap berlangsung seperti sediakala. Walaupun beberapa kali kami terpaksa keluarkan bajet lebih untuk membeli juadah kerana berjimat air dengan tidak memasak.

Bak lirik lagu:

aku insan yang lemah,
hanya mampu berserah.
(lirik salah satu lagu Rohana Jalil)


Tayang-tayang:


Novel terkini dari novelis @ blogger HANIS AZLA sudah sampai. Berserta cenderahati cantik dari Hong Kong. Terimakasih.

Saya hanya boleh memulakan bacaan selepas Raya nanti. Tempoh sekarang bagaikan masa yang tidak pernah cukup buat saya.

Persiapan Raya (walaupun adalah sangat sederhana bagi kami) masih banyak yang belum diselesaikan. Tak mengapa. Beli mana yang sempat saja. Lagipun kami lebih teruja hendak balik kampung kali ini.


Zakat fitrah yang sudah kami selesaikan di minggu pertama.

*dalam kepala bercadang nak guna tema warna hijau tahun ini. Itupun kalu bebudak mahu ikut, sebab depa memang tak suka bab tema warna sama ni. Takut dipanggil boria!





 ~...semasa ramai warga Kampung Separuh Desa mula bercakap tentang SERI BULAN yang tidak putus dikunjung-datang oleh HISYAM bagai orang menagih ganja nan sebelanga, bagai kepingin jeruk yang terperuk, seperti mengidam tapai tidak bersepai tetapi sebenarnya hubungan SB mereka bolehlah disamakan seperti FB dengan statusnya, blog dengan followers-nya atau mungkin boleh disamakan dengan Twitter dengan tweetnya...~




Thursday, May 8, 2014

Deretan cerita yang tidak terkata tidak tertinta ~ jumpa novelis...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Rabu
06-04-2014


Aduhai, seminggu lebih saya tidak update, sedangkan sebenarnya ada banyak yang hendak ditulis, hendak dihurai, hendak di'review' juga hendak dibebel.

Rutin saya sudah tidak perlu disebut lagi. Sebaik sahaja balik dari bercuti hari tu, jadual kerja saya tiada lapangan langsung. Hari minggu berada sehari suntuk di PWTC kemudian kerja mcam biasa di hari biasa, disambung pula sehari lagi (hingga kedai tutup) di booth buku pada Hari Pekerja.




Seperti biasa, seperti tahun-tahun dulu Pesta Buku sentiasa padat, sendat tetapi meriah di mata saya. Meskipun skop tugasan saya berbeza sekali tahun ini, tetapi saya tetap menerima dengan hati terbuka kerana selagi saya dikelilingi buku, saya dah rasa ok dah, dan dah rasa bahagia sangat dah.

Anak sapa la ni, yang terjebak fenomena Amazing of Spiderman nih!





Cashier buat pertama kali dalam seumur hidup saya. Tidak pernah mendidik diri untuk say NO, saya tetap enjoy. Ohhh seronoknya tu sebab dok terima RM tidak putus. Padahal bukan duit sendiri pun. (Tapi akhirnya saya dapat tahu, target company tahun ini sangat cemerlang!)


Salah satu sudut booth kami yang besar lagi menonjol. Haruslah saya nak posing juga sebab saya adalah satu-satunya DTP yang terlibat sepenuhnya untuk tajuk i-Dinosaur dan i-Solar Sistem tu. 2 buku ini sangat menarik perhatian kanak-kanak dan antara yang laris.

Walaupun sangat sibuk dan mempunyai masa rehat yang terhad dan terkejar-kejar, tapi sempat juga saya menjengah ke bilik Karangkraf. (Sebenarnya sehari sebelum itu, selepas kerja saya berkejar ke PWTC untuk mencari buku-buku kehendak saya dan juga kiriman dari kawan. Saya dah tahu, jika dalam bertugas memang tak sempat nak mencari dan memilih buku, lalu saya kena buat pada hari tidak bertugas)

Dan saya bernasib baik sebab saya dapat berjumpa dengan seorang novelis yang pernah saya beli bukunya, pernah saya review novel karya beliau tahun lalu.


Walaupun dalam jadual, beliau dijangka hadir hari lain, tapi saya bernasib baik pada Hari Pekerja dapat saya bertemu beliau tanpa saya duga.


Novel pertama beliau Purnama Merindu tu saya pernah review tahun lepas di Di sebalik Purnama Merindu: Syabas Nora Isma...!.


Wahhh sain autograf guna pena kaler PURPLE youuuu! I like!


Saya dapat souvenir yang tidak diduga. Terimakasih Puan Nora Isma Fuad. Semoga terus maju jaya dan sukses sepanjang kerjaya menulis. Saya sentiasa suka nak menyokong insan-insan novelis kerana sukar sekali hidup saya ni jika tidak dapat membaca.

************

Selesai saya bertugas di Hari Pekerja, saya terlibat pula dalam urusan memindahkan barang-barang MyBonda yang akan kembali menetap di kampung halaman dan permastautinnya di KL ini akhirnya berakhir.

Nanti saya menulis lagi tentang kisah saya balik kampung dan kembali ke Rumah Biru itu setelah hampir 10 tahun meninggalkannya.

Masih letih, sebenarnya....

Maafkan saya.




 ~...ketika musim bulan mengambang berselang seli dengan musim hujan lebat kadangkala gerimis, rasa rindu itu tidak penah menjadi beban perasaan malahan setiap kali HISYAM melintas laman Teratak Nyatuh, SERI BULAN sudah tidak kisah untuk mengintai di balik kain tutup tingkap lagi, kerana Mak Utih lebih rajin untuk mengeloi melambai sehingga si teruna itu tidak upaya mengelak dan menolak...~




Monday, July 8, 2013

My PRECIOUS IRIS: pertama kali saya jadi takut untuk mengetahui pengakhiran sebuah kisah...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Senin
08-07-2013


Masa Pesta Buku bulan Mei lalu, saya borong sakan novel-novel idaman, termasuk yang offer sakan, juga novel terkini yang hangat disebut orang, termasuklah novel yang memang dilancarkan semasa Pesta Buku, yakni tulisan terbaru (yang ke-3 kot...) novelis MELUR JELITA bertajuk My Precious Iris.

Bermula dari novel “Awak Suka Saya Tak” (yang turut menjadi entri saya paling ramai diklik), saya terus menjadi pengikut/penggemar setia karya Melur Jelita.


Kemudian novel ke-2 beliau bertajuk “I Love U, Stupid (ILUS)” pula keluar. Tak ingat bulan berapa, dan IKA belikan saya novel tu. Masa tu saya memang ada banyak masa lapang, lalu novel setebal lebih 1,500± pages tu sekejap saja saya selesaikan.


Tetapi, review tentang novel ILUS tak berkesempatan pula saya nak ulas dalam entri yang lengkap. Kisah yang terlalu panjang, terlalu menyeluruh itu agak sukar untuk saya ulas. Ceritanya sangat menarik, sangat teliti dan penuh jiwa. Sapa ada baca, dia tahu la apa yang saya maksudkan. Hampir 90% isi novel ILUS berkisar di negara Kemboja, di sebuah kampung, tentang seorang lelaki bernama Firman Ebrahim bin Haji Sulaiman. Lelaki keturunan Arab, juga dikatakan pewaris terakhir keturunan raja Kemboja (Melayu Cham?) yang semakin dilupakan orang tetapi mereka sentiasa bersatu, wpun dalam serba kepayahan dan kemiskinan.


Kemudian lanjutan dari ILUS, terbit pula “My Precious, Iris (MyPI)”. Saya rasa jika hendak baca MyPi harus baca ILUS dulu baru boleh faham watak dalam novel ni.

Kisah Iris “si diva perasan pembunuh lelaki tanpa bayang’ dan Firman ‘si abang pedas’ berkembang dalam MyPi, di mana mereka akhirnya berkahwin. Bernikah dalam restu keluarga dan diatur begitu baik teratur mengikut lunas Islam yang sangat dijaga oleh keluarga Iris dan juga keluarga Firman di Kemboja sendiri.

Jika dalam ILUS, Iris & Firman melalui pelbagai cabaran untuk memajukan bangsa Melayu Champ kemudian berjaya melaksanakan dan membentuk beberapa perancangan besar (terutama pendidikan), di dalam MyPI,  kehidupan mereka nampak lebih teratur. Dah takda gaduh-gaduh dan waachaaa!

Sebuah pernikahan yang memang dinantikan, walaupun Iris & Firman tidak pernah melalui saat bercinta seperti orang lain, lalu percintaan mereka bermula sebaik sahaja diijabkabul.

Untuk separuh pertama buku novel setebal 1001 ini, saya mengakui agak bosan (wpun terhibur) kerana nampak segalanya begitu ‘perfect’. Merasakan seolah-olah disajikan dengan segala yang indah belaka tentang kehidupan rumahtangga Iris–Firman ni, macam takda cabaran langsung. Hampir-hampir saya hendak menulis, MyPI ni macam tak lojik pula. Percintaan depa begitu hebat, nampak melampau (tapi dah halal, tak kisah la selit kisah cium peluk usap sekali pun [tetapi tidak lucah]) dan sedikit kelakar.

Tapi...kemudian,
suatu hari ketika Iris bersiap cantik, bermekap siap masak untuk makan malam berlilin menanti Firman balik dari kerja (Firman kembali bertugas di Malaysia sebagai polis trafik bermotor kuasa tinggi), tertipu oleh bunyi pintu dibuka.

Menduga suami tercinta yang pulang untuk sebuah kejutan, Iris yang terkejut sehingga trauma. Kerana diserang oleh seseorang (dikatakan memang berniat hendak membunuhnya yang ketika itu sudah pun mengandung sekitar 5 bulan). Akibat serangan itu, Iris koma dan kemudian menjadi buta.

Trajis sungguh kisah selepas itu. Sedih. Sayu. Pilu. Terharu. Simpati. Marah. Kesian.

Dan, untuk kali ini saya jadi takut pula nak tahu pengakhiran kisah Iris–Firman ni. Sebab sejak beli di bulan Mei, saya memang tak sempat langsung nak tumpu baca. Hanya curi-curi masa, lalu sehingga sekarang (dah nak masuk 2 bulan), novel ni tak habis-habis lagi. Sikit lagi nak habis, dan kisah Iris yang buta akan diketahui...

Yeahhh... saya belum habis baca pun. Nanti saya story pengakhirannya ya...!


Ada banyak teladan dalam kisah mereka ni. Ada pengajaran untuk direnungi bersama, bagaimana kita sebagai manusia biasa harus berdepan dengan beberapa ujian dari NYA. Juga beberapa kisah & sejarah Nabi dikongsi dalam novel ini. Malah beberapa pengajaran dari maksud ayat juga mampu memberikan kita rasa keinsafan dan bersyukur. Bak kata Iris, “aku tidak pernah takut, selagi ALLAH ada.”

Berapa bintang nak bagi?
ILUS = 5 *****
MyPi = 4 ****
dan jika boleh diberi sampai 10 *, “Awak Suka Saya Tak” akan sapu habis!

Tahniah Kak MELUR!

Sesapa yang dah baca habis MyPi tu, janganlah jadi spoiler saya yaaaa...




 ~...SYAM, tunggu sekejap jangan mengenang orang jauh kerana yang di depan mata pun tak kurang genitnya malang sekali hati sudah dikurung serkup dek rasa kasih pada SERI BULAN sehingga melihat orang lain tidak lagi seunik itu seindah itu...~




Wednesday, June 26, 2013

Teduhan Kasih: Adi Putra oh Adi Putra....

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Rabu
26-06-2013


Isnin hari tu, kami cuba minta untuk balik awal kerana jerebu sangat ‘pekat’ dan ramai yang agak takut nak memandu waktu malam. Tapi arahan keluar, semua orang kena stay sampai 8:00 malam.

Then semalam, entah cemana our Manager melepaskan kami balik jam 5:00 petang. No OT. Waaaahhh... no OT okeh! Yesss....! (wpun rate OT sangat best youuuu!).

Alasan, haze yang semakin buruk dengan jarak penglihatan membimbangkan. Lalu saya sempat sampai rumah seawal 6:30 petang. Dan sempat la tengok sedikit drama TV3 petang-petang yang saya perasan ramai dok tulis kat FB. *Teduhan Kasih, by Marissa.

Masa saya MC minggu lepas, saya sempat tengok beberapa minit tapi saya tak mahu layan. Kenapa? Sebab, saya dah baca novel tu dah dua kali. Dah faham selok belok drama tu. Then, sebab kedua kerana heroin (watak utama si Nurul Iffa tu) sangat saya tak berkenan.

Dalam novel tu, gambaran Iffa adalah pompuan muda yang lembut, kecik comel, sopan tapi tegas. Yang berlakun tu (sapa nama dia? Sherry?), tinggi lampai dah nak sama tinggi dengan Ehsan (Adi Putra) dan raut muka pula agak garang dan ‘gedik’. Kan bagus kalu dia bertukar watak dengan Nabila Huda tuh?

Apapun watak jahat by Nabila Huda memang menjadi, gandingan dengan Zarina yang kadang-kadang over dibuat, kadang nampak lucu sebab dia macam nak gelak-gelak masa tengking mak sendiri dalam drama tu.


Kalu novel ni dah diadaptasi menjadi drama, saya dah malas nak buat review. Tengoklah drama tu, memang plotnya sebijik. Malahan hampir semua dialog (saya rasa gitu la, berdasarkan drama lain  yang seumpama) juga adalah dari novel. Sebijik sebijik.

Saya dah baca dua kali, jadi saya berani kata, drama ni mengecewakan saya. Kecewa tanpa sebab. Hahaha sapa soh tengok, kan dah rasa bengang?

Adi Putra sebagai Ehsan. Lakunan dia tak pernah mengecewakan. Saya suka juga, tapi masa saya baca novel ni saya tak bayangkan Adi Putra pun untuk gambaran watak Ehsan tu.(dalam drama ni Adi Putra terlampau lampau romantisnya, macam tak kena tempat pula). Saya bayangkan orang lain. Seseorang yang lebih tegas, lebih berkarisma.. hmm sapa? Tak terfikir la pelakun Melayu kita. Kalu saya nak letak yang macho macam Antonio Banderas (masa muda), boleh? Hahahahaha! Melampau fantasi ko Azie!


Drama ni saya berani kata, biasa saja. Tema rumahtangga, pengorbanan, pembalasan. Konflik pun takla heavy or suspens mana pun. Tapi apa yang lebih menyerlah adalah lakunan watak-watak antagonist terutama oleh Nabila Huda, Zarina dan Julia Ziegler.

SPOILER:
  • Iffa memang bahagia dengan Ehsan wpun ada usaha memisahkan depa. Depa dapat anak kembar pompuan.
  • Ayu cuba rebut Ehsan pun gagal, hingga abaikan suaminya Ryzal. Ryzal accident lalu meninggal di hospital. Ayu jadi gila.
  • Kak Long pun meroyan jugak, sebab suami dia kahwin lain di Siam. Dah tiga tahun baru dia tahu. Mak dia (bekas mertua Iffa) dapat layanan buruk di rumah sendiri. Padan muka depa semua!
  • Ehsan berjumpa semula dengan adiknya pada hari kematian adiknya, kemudian dia berbaik semula dengan ayahnya Datuk Jamil.
 Hahahaaha sori ya, saya jadi spoiler!

*******

Alang-alang menulis tentang novel–drama, saya nak tulis sedikit tentang satu lagi drama yang diadaptasi dari novel iaitu Sebenarnya Saya Isteri Dia. Drama ni di TV9. Saya lebih memilih untuk tengok drama ni berbanding yang di atas tu, tapi pun tak sempat tengok semua episod.

Lakunan Izzue Islam nampak sesuai dan serasi pula dengan Tizz Zakyah. Drama ni memang tepat disebut drama komedi romantik. Ada komedi, ada romantik.


Pun saya dah baca dua kali. Novel lebih tebal, lebih ‘drama’ dan lebih real. Masa yang panjang tempoh mengenali dan memahami bagi pasangan yang berkahwin secara paksa, nampak menarik dan real. Buat kita ternanti-nanti. Tertunggu-tunggu reaksi dan respons sesama mereka setelah ada usaha dalam diam, perasaan dalam rahsia, juga rasa kasih yang meresap dalam senyap. Best!


Pelakun hampir menepati gambaran di dalam novel. Hero dan heroin nampak sangat serasi dan ngam. Cuma yang saya tak berkenan, nama watak sangat canggih sampai susah nak ingat, boleh tersyasyul nak nyebut nama watak.


Bukan semua novel menjadi di novel, dan bukan semua gagal. Masih ada yang mampu memikat hati, walaupun ada kekurangan there and here. Adatlah.

Cuma, bila drama yang diadaptasi dari novel, saya lebih memilih untuk membaca novel saja.

Saya tahu ada banyak lagi drama akan muncul hebat di tv yang diambil dari novel. Untung novelis masa kini, peluang luas untuk menambah income. Ini fakta. Dan drama tu melonjakkan lagi jualan novel. Saling berkait. Itu income. Ini pun fakta juga yang tidak boleh disangkal.

Yang saya tahu setakat ini, filem Suami Aku Ustaz tu dah ready nak tayang jer. Saya dah pernah ulas novel ni lama dulu (entri Suami Aku Ustaz). Pun heronya Adi Putra. Saya harus setuju. Gandingannya dengan Nora Danish nanti pasti meletup di panggung, dan boleh memecahkan pintu kaca kedai buku!

Okeh... bagi yang tak minat novel or drama, sila jamu mata dengan tayangan ini:


Asam Pedas Pari. Ada bendi dan belimbing buluh (yang dari kebun kawan sekerja). Pari segar, tak berbau, cukup lembut tapi saya makan seketul saja. Bawak bekal selalu ekstra, sebab sharing is caring. And bila kita caring pasal orang lain, orang pun akan caring pasal kita juga. Harap-harap begitulah.






 ~...pernah suatu ketika, di remang senja lembayung baru berlabuh, di atas buaian di tepi Sungai Menghijau Lumut, SERI BULAN bernyanyi kecil, “aku tetap mencintaimu dari barat daya ke tenggara” dan angin timur laut membawa ke telinga HISYAM bersama irama pilu berlagu yang membuatkan dia tak senang tidur malam lalu tiba-tiba jadi pandai pula berdendang lagu irama padang rumput...~




Wednesday, April 3, 2013

PBAKL 2013: saya berdebar menanti arahan...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Thalatha
02-01-2013


Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur adalah acara pesta buku tahunan yang terbesar dan penting pernah diadakan di negara kita. Kerana tidak saja melibatkan bukan penerbit-penerbit tempatan,  juga penerbit-penerbit dari negara-negara ASEAN dan antarabangsa.



Bertema “Dunia Tanpa Sempadan”, Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2013 (PBAKL) akan bermula 26hb April 2013 hingga 5 Mei 2013. Masih di PWTC (Dewan Tun Hussein On, Dewan Tun Dr Ismail, Dewan Tun Razak 3, 4 dan Legar Putra PWTC).

Rasanya ada yang sudah sedia maklum, saya pernah jadi promoter part time di PBAKL. Rekod saya, 6 tahun berturut-turut dan setia dengan publisher yang sama juga.

Tetapi, untuk tahun ini, rasanya saya dah tak boleh nak buat keja part time tu lagi. Sebab tempat keja saya pun terlibat sepenuhnya sepanjang PBAKL ini nanti (Big Boss saya adalah salah seorang orang penting dalam PBAKL ini). Saya diberitahu setiap department akan memilih beberapa staf untuk berada di booth pada hujung minggu. (Hari biasa, orang store la yang jaga, agaknya).

Petang tadi, surat memo tentang PBAKL sudah keluar, tapi nama-nama petugas belum diisi. Saya sebenarnya tak kisah pun jika terpilih (rasanya tak kot... sebab saya masih baru), kerana saya suka kerja dengan buku. Andai nama saya ‘naik’ saya akan berada di PWTC lagi laaa...! Yeayyyy!

Mungkin saya boleh curi masa untuk jumpa beberapa orang penulis novel yang saya minat. Juga boleh borong buku-buku dengan harga yang sangat-sangat menarik.


Antara kawan baik saya sepanjang tugas. Novelis lelaki yang banyak memberi dorongan kepada saya untuk menjadi promoter yang baik dari setahun ke setahun.



Jika ada rezeki, saya nak jumpa novelis terkenal ini lagi. Kali ini nak minta autograf untuk buku tebal yang baru itu pula. Novel hebat “I Love U Stupid!” yang saya baca hanya dalam masa 2 hari!






 ~...bila bulan tidak lagi kelihatan membulat penuh, tetapi tidak juga nampak sabit di mana-mana, SERI BULAN mula rasa gementar dan sebak bukan sebab takutkan musang yang kejap datang kejap hilang tetapi kerana HISYAM yang belum membayang juga risau kasih yang belum bersayang dan mungkin rindu belum mampu dapat dilayang...~




Tuesday, April 2, 2013

Sebenarnya, Saya Isteri Dia..! > saya tidak mahu lagi menaruh harapan...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Thalatha
02-04-2013


Kerana status rakan blogger yang ini:


Saya baru tersedar, yang memang saya tidak pun menulis tentang novel ini. Padahal saya pernah berniat dan berhasrat untuk mengulas sedikit. Gambar dah lama snap, tapi terperap tidak tertulis. Plot pun dah ingat-ingat lupa.

Tup-tup sudah menjadi siri drama. Hebat tu. Semalam baru saya nampak promo siri tersebut. Rupanya di slot Zehra TV3, setiap Jumaat jam 9.00 malam. First episode saya dah terlepas. Nampak pelakunnya ada Tiz Zaqyah (sebagai Syafa Aqira) & Izzue Islam (Firash Arshad) — inilah antara perkara yang saya tak berapa gemar dalam novel. Nama watak sangatlah ‘canggih’ dan susah nak ingat. Adehhh...!



Saya kena baca lagi sekali untuk ingat sepenuhnya citer novel ini. Yang pasti memang kisah kahwin paksa, kendian jatuh chenta. Happy ending. Klise.




Saya harap, siri drama ini tidak mengecewakan sepertimana beberapa drama dari novel yang sebelum ini. Ada beberapa drama dari novel yang tidak begitu menepati novel itu sendiri. Mungkin mereka yang terlibat ada sebab dan alasan mereka sendiri. Tak mengapalah... seni itu sangat subjektif.

Saya tidak mahu berharap tinggi. Yang pasti, saya nak puji novel ini. Pertama, saya suka novel tebal, kedua novel itu sendiri dijalin dengan baik dan menyeronokkan walaupun tema masih klise.

Syabas kepada Zura Asyfar.

*Hasrat untuk menonton episod seterusnya Jumaat nanti pun rasanya tidak akan tercapai kerana pada tarikh itu, saya bakal berada jauh dari jangkauan aerial tv...! (saya terbang pada pagi Jumaat nanti)





 ~...mengharap sesuatu yang pasti itu sebenarnya tetap memberikan banyak rasa gementar dalam gentar tidak termakbul doa dan harapan namun bila dalam masa senggang antara mereka berdua, HISYAM tidak pernah jemu untuk menyatakan sayang dan bahagia bila SERI BULAN sentiasa setia tanpa menagih sebarang upah melainkan perlindungan dan pengertian atas nama SB itu sendiri...~




Sunday, March 17, 2013

Minat anak-beranak...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Ahad
17-03-2013


Sabtu semalam saya kerja separuh hari. Masih belum dapat arahan untuk kerja lebih masa, tapi beberapa grup lain kena stayback sampai petang.

Dan ada grup pula yang kena kerja hari ini, Ahad hingga ke malam. Ada projek penting yang kena ‘submission’. Moga-moga tender kali ini berjaya lagi seperti projek-projek terdahulu, sebab ada insentif menanti depa.

Hujung minggu hari melepak sambil masak makan sakan-sakan.

Dan melayan minat sendiri.



Hasil buruan Dak AMOI dan IKA di KLCC minggu lepas. Baru semalam saya dapat peluang nak baca. Yang bahasa sahaja saya punya. Selebihnya, bebudak tu la punya.



Dak AMOI memang peminat setia J.K.Rowling. Karya terbaru beliau selepas siri Harry Porter. Baru saja masuk pasaran bulan lepas. Yang ini special edition, hard cover.




CHAK dah lama nakkan buku Dear Yayah tu.

Saya dah selesai membaca novel Projek Memikat Suami tu. Terpengaruh dek beberapa promosi dan komen di FB tentang novel tu. Bagi saya, boleh lah tahan. Tak banyak beza dengan novel-novel ‘seumpama tema’ yang pernah saya baca sebelum ini. Klise. Dan, saya rasa novel ni kurang sesuai dibaca oleh bebudak bawah umur sebab ada beberapa ‘scene bilik tidur @ scene orang kahwin’ yang disebut walaupun masih menggunakan bahasa berlapik. Tiada yang bersalahan, bahasa masih terkawal dan manis. Bagi yang memahami, akan faham lah. Happy ending. Biasa la kan?




 ~...malam minggu jika menjadi malam meriah bagi mereka semasa di kota dulu, kini menjadi malam indah walau sunyi tetapi aman lagi nyaman sehingga HISYAM pernah menyebut untuk tidak lagi pergi ke mana-mana dan SERI BULAN sendiri berikrar untuk sentiasa menjadi pendamping yang setia selagi di situ ada Budu, di sana ada Tapai dan di sini ada Roti Sardin Garing...~




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails