Rabu
09-11-2011
Dah lama nak bercerita pasal novel yang ini. Dah lama juga baca buku ini. Beberapa minggu sebelum Raya Haji lalu.
Lately, aku macam jadi kemaruk nak beli novel. Setiap selang sehari mesti nak beli novel baru. Adehhh.. parah. Dalam seminggu sampai 3 buku novel. Kalu nipis setakat ±500 pages, 2 hari jer abis dah baca. Beli lagi yang baru. Macam orang takda keja...! > jangan tanya.
Novel yang ini karya Melur Jelita (siapa dia nih eh?) yang aku tak pernah dengar nama ni. Kerana aku memang suka novel yang tebal-tebal, lalu bila nampak novel ni dan pandang terus terpikat. Apa yang memikat selain tebal? Kerana cara cerita itu ditulis.
Sejak zaman sekolah lagi aku suka novel yang bercerita menggunakan skop seorang “aku”. Walaupun mungkin plot hanya dilihat dari satu sudut sahaja (kerana watak AKU sahaja yang bercerita) tetapi aku tetap suka. Mula suka dengan cara ini sejak aku terpikat pada satu tajuk novel by AL-TAHA yang menggunakan AKU untuk 3 watak utama novelnya yang menang Anugerah GAPENA.
Lately, aku macam jadi kemaruk nak beli novel. Setiap selang sehari mesti nak beli novel baru. Adehhh.. parah. Dalam seminggu sampai 3 buku novel. Kalu nipis setakat ±500 pages, 2 hari jer abis dah baca. Beli lagi yang baru. Macam orang takda keja...! > jangan tanya.
Novel yang ini karya Melur Jelita (siapa dia nih eh?) yang aku tak pernah dengar nama ni. Kerana aku memang suka novel yang tebal-tebal, lalu bila nampak novel ni dan pandang terus terpikat. Apa yang memikat selain tebal? Kerana cara cerita itu ditulis.
Sejak zaman sekolah lagi aku suka novel yang bercerita menggunakan skop seorang “aku”. Walaupun mungkin plot hanya dilihat dari satu sudut sahaja (kerana watak AKU sahaja yang bercerita) tetapi aku tetap suka. Mula suka dengan cara ini sejak aku terpikat pada satu tajuk novel by AL-TAHA yang menggunakan AKU untuk 3 watak utama novelnya yang menang Anugerah GAPENA.

Novel “Awak Suka Saya Tak?” sangat best. AA rekmen untuk baca. Kenapa best?
Novel ini (menurut penulisnya) bukan novel Islamik, tetapi banyak sekali ciri-ciri keislaman ditulis, didedahkan dan dikongsi bersama. Bestnya!
Kisah cinta. Tentulah kisah cinta. Tetapi kecintaan terhadap Islam itu mengatasi cinta sesama mereka sehingga watak utama Intan Zulaikha begitu sengsara dan bersalah kerana dia menjadi punca kepada kesilapan terhadap agamanya. Setidak-tidaknya itu juga yang aku turut rasakan.
Novel ini (menurut penulisnya) bukan novel Islamik, tetapi banyak sekali ciri-ciri keislaman ditulis, didedahkan dan dikongsi bersama. Bestnya!
Kisah cinta. Tentulah kisah cinta. Tetapi kecintaan terhadap Islam itu mengatasi cinta sesama mereka sehingga watak utama Intan Zulaikha begitu sengsara dan bersalah kerana dia menjadi punca kepada kesilapan terhadap agamanya. Setidak-tidaknya itu juga yang aku turut rasakan.

Kisah INTAN yang bertemu dengan seorang lelaki Cina bernama Damien sejak di bangku sekolah, terpisah kemudian bertemu semula 8 tahun kemudian. Damien sudah menjadi Hilman. Memeluk Islam kerana Islam itu sendiri. Tanpa paksaan. Malah keluarganya menjadi penyokong kuatnya, dan hubungan kekeluargaan mereka terus utuh walaupun hanya Hilman yang Islam.
Pertemuan semula mereka sungguh mengasyikkan. Bagi pembaca yang tidak suka novel jiwang, pasti meluat baca. Tapi jiwang yang disulami peringatan dan pesanan serta perilaku teruna dara yang ketat dibatasi hukum dan ajaran Islam, sangat menarik untuk dibaca.
Kedua-dua teruna dara ini berada dalam keluarga yang mewah lagi ternama. Tetapi sikap merendah diri dan bersopan sangat menarik untuk dijadikan contoh sehingga kita merasa, alangkah beruntungnya mereka ini. Kaya, cantik, hebat, bertuah, berpelajaran tinggi... dan segala yang baik dan hebat.
Hilman memiliki resort di Terengganu (hampir 90% cerita dalam novel ini berkisah dari resort ini) dan Intan tinggal di resort tersebut bagi mengendali suatu program khas universitinya. Hilman menjadi pengurus sekaligus pengajar untuk menunggang kuda. Banyak sekali cerita tentang kuda dikisahkan. Sehinggakan kisah kuda beranak pun diceritakan. hahahaha... !Best! (Penulis ada pengalaman belajar menunggang kuda)
Cinta mereka terus dipupuk di sana. Sungguh mengasyikkan.
Cara MELUR JELITA mengolah perasaan seorang INTAN itu sangat best. Peringkat awal (seawal page 10) aku dah terbahak guling-guling gelak sebab memang banyak yang kelakar.
Cara MELUR JELITA mengolah perasaan seorang INTAN itu sangat best. Peringkat awal (seawal page 10) aku dah terbahak guling-guling gelak sebab memang banyak yang kelakar.
Teks dia pendek-pendek. Perasaan seorang INTAN itu sungguh mengagumkan.
Bila masuk pertengahan ada sedih pula.
Kemudian perasaan berbunga, macam dalam hati ada berekar-ekar taman bunga ros!
Bila masuk pertengahan ada sedih pula.
Kemudian perasaan berbunga, macam dalam hati ada berekar-ekar taman bunga ros!
HILMAN kemudian jatuh kuda dan hilang ingatan sehari sebelum majlis nikahnya dengan INTAN. Dengan perasaan bersalah INTAN menjalani hidup yang agak sengsara tetapi dia menjadi begitu tabah dan cekal untuk mengatasi kekecewaan kerana tak jadi kahwin.
Hilman hilang “disorok” keluarganya yang ternama. INTAN risau tentang agamanya Hilman. Sudah murtadkah Hilman?
Hilman hilang “disorok” keluarganya yang ternama. INTAN risau tentang agamanya Hilman. Sudah murtadkah Hilman?
Dengan keyakinan dan semangat (juga rasa cinta yang penuh di jiwa), INTAN kembali ke resort bagi mencari Hilman untuk mencari jawapan atas kekeliruan.
Hilman kembali menjadi Damien dan INTAN merasa sangat bersalah seandainya Hilman sudah murtad.
Cinta tidak semestinya bersatu, kan? Hanya orang yang kuat semangat boleh menerima dengan redha dan syukur.
Cinta tidak semestinya bersatu, kan? Hanya orang yang kuat semangat boleh menerima dengan redha dan syukur.
Lee Min Ho, pun selalu dijadikan contoh lelaki kacak hensem dalam kebanyakan novel. Adehh aku jarang tengok drama Korea, jadi aku tak berapa tahu nama-nama depa nih.Novel bertajuk “Awak Suka Saya Tak?” ini sebenarnya lebih membawa maksud “Do you love me?” dan seharusnya dijawab, “I love U too....” hehehehe pandai-pandai jer aku. Memang pandai pun!
Pendek kata, memang tak rugi beli novel berharga RM35.00 ni. Cetakan pertama Oktober 2011. Tebal sehingga lebih 1,000 pages. Sapa yang rajin, takda masalah. Tapi kalu tak biasa dengan novel tebal, mesti buku yang baca dia. Hahahahaha...
Ehh.. panjangnya entri ni. Kena stop.
~...“Syam, saya memang sukakan awak walaupun saya tahu awak suka ramai orang lain lagi,” kata SERI BULAN bagai mengeluh nasib diri lalu HISYAM sekadar tertawa nakal bagai sukahati mendengar gadisnya berkeluh kesah...~



65 comments:
sinopsis tu mcm best .... tambah lagi ada gambaq heronya tu .... berhektar2 taman bunga ros tau .....
tak aci.......
ayu jer belum lagi dapat beli..
sibuk dengan urusan sendiri sampai tak lagi beli ngan kak Melur.
eh.. kak azie, kenal kak melur kan???
kalau dia baca ttg entry nie.. sure dia tersuka sangat2...
apa2 pun tahniah buat kak melur jelita....
sejak layan ASST.. ayu dah gila, kalau depan mata novel nie ada..
sure ayu tak niaga...
kena cuti.. hehehheh
handsome betul lah...tapi handsome yg kat umah kita lagi kannn???kikikikikkkk....!
best yee..harus beli ni...0
i luv u azie...
saya kureng sikit kalau novel cinta. tapi baca sinopsis di sini menariklah juga
Novel tu sesuai x utk bacaan remaja 16thn? Selalunya lejor, pening naik pitam saya membaca sinopsis novel sebelum dibeli sbb byk na kisah asmara, kisah suami-isteri & cintan-cintun yg x sesuai dihadam remaja seusia dia (Anak dara kat rumah ni hari2 merengek nak beli novel sedangkan yg di tangan dia x habis pun dibaca lagi& lagi haru nak yg tebal! Ayoyo... serupa K.Azie daa...)
Apapun, enjoy reading!
nampak mc tebal sangat...
takut novel tu baca akak....
CHIK ATT
Gambar hero tu takda ler dalam novel. Saya jer yang Google dan tempek kat entri ni. hahahaha
Sebab saya nak tahu sapa Daniel Henney tuh.
AYU:
AYU kenal Melur ya? Setahu Kak Azie beliau adalah penulis yang mula menulis di laman web penulisan.my tu kan?
HANI:
Betul kak. Saya baca yang hensem memang la rasa teringin nak tengok dan teringat. Habis baca, terus lupa. hehehe
AIN NORAINI:
Jika berminat, rasa tak rugi beli.
CIKGU NORMAH:
I luv U too!
PN LIZA:
Saya rasa sesuai juga untuk remaja. Kerana tiada langsung unsur jenayah atau romance yang keterlaluan. Malah dikisahkan cara percintaan yang berlandaskan batas Islam. Tidaklah berat sangat.
KAK QUEENIE:
Bukan macam lagi, memang tebal pun. !,000 lebih mukasurat.
Azie
Daniel Hanney punya pasal, nanti I beli novel tu, k? heheh ..
Pernah sekali dua tengok DH kat tivi. Teruslah .... *malu aaah nak bitau, har3*
Nak pinjam novel tu boleh? ;-)
huh, hero....
boleh verangan jauh ke angkasa
hehehe
sudah jatuh hati dengan novel ini setelah membaca review akak.. sangat menarik review dari akak ni.. saya pun suka cerita dengan watak aku sebagai pencerita..
adik saya tgh baca novel ni!!!! sy igt ni novel budak2 je (sebab tajuknye simple) tapi pelik gak sebab tebal. best rupanya ye kak??
Lee Min Ho!!!!! acu peminat dia..ngeh..ngeh..ngeh..
mood membaca novel tidak berkunjung tiba.. sekadar baca sinopsis shaja la... ;- )
Salam azieazah,
Tebalnya novel tu...kalau Kak Ros tak tau berapa lama nak baca ni..
waaa..tebalnyeeee
Kak Zai belum baca lagi novel ni tapi takpe bila senang kak Zai akan beli.
salam kak AA,
tumpang berbicara sbb tajuk ASST ni tersangatlah menarik minat masa kini.
sy kira ASST ini mmg kisah cinta tp sering menekankan cinta yg pertama kpd Allah swt. Kerana Hilman terlalu mencintai Tuhannya maka dia begitu menjaga hubungannya dgn Intan. Dia sabar pupuk & bentuk Intan supaya kaya dgn sifat mahmudah. Sbb itu dia latih Intan tunggang kuda yg perlu kesabaran & kasih sayang tinggi. Mmmg novel ni jiwang, tp bukan jiwang karat. Ia jiwang bersyariat. Tertib dan bahas perbualan sopan.
Sehingga saya rasa kalau ibu2 rasa dlm dilema sgt mcm mana nak bentuk/kawal atau ajar anak-anak dara jaga diri dlm alam percintaan, ASST ada jawapannya. Utk anak-anak teruna jadilah spt HILMAN.
Novel ini sy balut plastik cantik, hajat nak bg anak dara yg baru 6 thn baca bila dia remaja nanti! ;-)
Tq kak AA bg laluan sy membebel. Oh, btw, HILMAN dlm ASST digambarkan serupa Dennis Oh bukan daniel henny ;-)
tebey nya kak azie oi... kalo saya tu makan tahun baru habis baca kot...
jap gi nak gugel daniel henney.. hensem bangat..kehkeh..
kak, melur jelita tu blogger .
sy dah lama tak baca novel..tp sekali baca..mcm kena sampuk hantu..huhu
Wahhhhhhhhhhh! Imaginasi awak....!!
=D
kak azie cuba snap gambar mini library kat umah tu nak tengok...hahahhaaa...
apapun di sebabkan kejelezan membaca sinopsis novel kak azie teringin rasanya menyuburkan kembali hobi yg dah lama terkubur ni...
adohai....1000 pages....mesti best nih....
Satu satunya novel Melayu yg saya pernah baca, ialah Jibam. ~haha
bagi munna yg suka tgk drama korea ni... bila tgk dua2 hero tu mesti dah rasa mesti best novel tu
ooo,,saya tak sangka dah jadi buku.. selama ni saya cuma baca tenggelam timbul dalam blog Melur Jelita...
nampaknya nak pi cari laa satu..baru puas baca.
SOM:
Nanti dah beli, baca sambil guling di katil tau. Pastu feeling lebih skit. Hahahaha.
Jangan lupa buat entri about it!
KAKCIK:
Boleh. Apa salahnya. Nanti kita tukar-tukar novel ya?
NM02:
Tu la pasal. Kebanyakan novel memang gunakan hero hero yang kacak lagi kaya. Adehhh!
HANIS AZLA:
Sekepala ler kita eh? Minat dengan cara penulisan novel yang menggunakan “aku”. U should juga baca siri SAGA by Al-Taha.
GADISBUNGA:
Pada Kak Azie tidak rugi membeli dan membacanya. Walaupun tebal, sangat puas dan terhibur. Sampai teringat-ingat!
ACU:
Wahhh ni mesti minat citer Korea kan? Kak Azie jer yang takda masa nak layan Korean nih.
KHAIRIN:
Betul. Membaca novel memang kena ada mood, kan? Kalu takda mood, nak pandang pun tak selera.
ROS:
Bagi yang tak biasa, memang lama Kak. Tapi sebab saya memang gemar novel tebal, 2 hari jer dah selesai. Itupun curi-curi baca kat ofis.
ZIE:
Sebab tu harganya pun RM35.00.
ZAITUN:
Silakan Kak Zai.
LIASARI:
Salam kenal. Sila, terimakasih.
Wahhh nampaknya LIASARI sudah baca novel ini. Terimakasih kerana ulasan dan komen yang menyeluruh. Membantu gambaran lebih jelas tentang ASST ini.
Betul, kadang2 Kak Azie rasa alangkah bestnya bila ada teman sekepala.
Terimakasih yaaaa!
Ehh.. gambaran tu Dennis Oh ya? Bukan Daniel Henney? Alamakkkk Kak Azie sudah bercelaru sebab banyak sangat baca novel agaknya.
ANAA:
Kalu sampai makan tahun, lebih baik terus menulis novel, yangggg.. hehehe
MAKDARA:
Betul. Thanks. Kak Azie pun baru tahu. RAsanya dia selalu hantar karya di web penulisan.my, kan?
FARA:
Imajinasi masa masih ingat plot. Lepas tu terus lupa. heheheh
JUNAINA:
Rasanya hari tu dah pernah dah snap. Tapi novel-novel lama. Nanti bila dah susun dlm lemari, Kak Azie snap. Skang ni novel2 banyak dok dalam kotak. Sebab tak dak tempat nak simpan.
ZUWAIDAH:
Kak Azie memang suka novel yang tebal-tebal. Lambat habis lagi best! Layannnn....
DADDY ZIYYAD:
Wahh JIBAM! Best tu. Novel kelakar!
MUNNA:
Dalam novel tersebut, hanya sorang watak saja yang diibaratkan. Ntah tepat ntah tidak. Gambaran semata.
ROSLAINI:
Ohh cikgu pun selalu baca karya dia ya? Saya kena selalu cari karya di website.
Betul. Puas kalu dapat baca buku. Boleh guling-guling.
Mokyang, berapa hari habis setebal ni?
NURFA:
2 hari setengah saja!
best!!
emm:yg syam dgn seri bulan tu novel jgak ke?...hehehe
SRIKANDI:
Yup memang best.
Part tu tak tau nak citer cemana.
suka baca anekdot Hisyam & Seribulan. selalu tertanya2 siapa mereka berdua ni ye? ;-) ;-)
LIASARI:
Tunggu mereka sendiri jawab nanti. :)
baru je beli 2 hari lepas, masih berbalut, tak tau bila nak mula baca.
Salam. Sungguh menarik novel ni. Lama benar tak membaca novel setebal ini. Kena carilah lepas ni di kedai buku..
KAK AYA:
Tunggu masa tenang dan sesuai, baru baca ya...
NUR-NBA:
Salam, sila masuk.
Kak Azie berani rekmen bila yakin novel tu best. Tapi tentulah pendapat kita tak sama dengan selera lain orang kan?
Semoga enjoy your reading...!
betul ckp liasari tu.. hilman yg digambarkan lebih bertambah-tambah-tambah kacak dr dennis henney tu...
Dennis Oh mmg watak yg sgt sesuaiii utk hilman..
NINI HARTINI:
Thanks ya. Sorang lagi menyokong. Pada Kak Azie tidak kisah siapa pun yang dibandingkan, yang pasti HILMAN tu memang hensem lah!
hehehehe
serius best giler citer ni...saya pun baru jer abis baca...2 ari jer dah selamat satu novel....mmg menjiwai abis la bc novel ni... best sgt sbb diterapkan dengan unsur2 peringatan ttg Islam dan sbgainya.. tambah2 bila part Intan ngan Hilman..luv it....btl ckp nini hartini tu terbayang hilman tu bertambah2 kacak plak...apapun tahniah kpd penulis novel ni...5 star
WADA:
Terimakasih atas komen itu di sini. Kak Azie pun tak sangka novel yang dilihat pertama kali, tanpa ada yang memberitahu, boleh memikat hati. Memang berbaloi!
waaaaa...nak beli jugakkkk:)
LASKAR PELANGI:
Silakan. Tidak rugi, malah berbaloi.
sy baru habis bace td. Ya Allah kagum dengan hilman
sy baru habis bace td. Ya Allah kagum dengan hilman
@ssalamualaik0m... :D
hrge bku AWAK SUKA SAYA TAK? niewh rm35.00 lg k? i2 ajewh nx tye..
CIK NAJIHAH:
Tahniah. Best kan?
AO ED’s STONE:
Sori berlori. Saya tak faham bahasa yang awak gunakan. kecuali ayat “Awak Suka Saya Tak” jer...
bahasa sms kah itu?
Assalamualaikum Aziezah jelita,
terimakasih kerana sudi mereview ASST.
DENGAN KASIH SAYANG ALLAH TIADA YANG MUSTAHIL
MELUR JELITA:
uikkk? saya pun dapat jelita jugak? hehehe
Thanks.
Saya sangat berbesar hati mendapat respons dari Cik MELUR JELITA.
hensemnya..
ok. kalo kak azie yg rekemen haruslah beli...hihihih
ELLA n ALIA:
Hensem juga budi pekertinya.
AKUZLE AYU:
Memang berbaloi beli buku ni.
jatuh tersungkur ingatkan 'Hilman'....aduh kemaruk betul dgn hilman & intan.....skrg tengah cari mana nak beli buku ini.
Idah, you boleh dapat buku ni dekat Popular Book Store atau Pustaka Rakyat. Saya baru pergi kedai buku-kedai buku ini dan mereka bari dapat stok baru... cepat sebelum kehabisan :)
Post a Comment