Tuesday, April 2, 2013

Sebenarnya, Saya Isteri Dia..! > saya tidak mahu lagi menaruh harapan...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Thalatha
02-04-2013


Kerana status rakan blogger yang ini:


Saya baru tersedar, yang memang saya tidak pun menulis tentang novel ini. Padahal saya pernah berniat dan berhasrat untuk mengulas sedikit. Gambar dah lama snap, tapi terperap tidak tertulis. Plot pun dah ingat-ingat lupa.

Tup-tup sudah menjadi siri drama. Hebat tu. Semalam baru saya nampak promo siri tersebut. Rupanya di slot Zehra TV3, setiap Jumaat jam 9.00 malam. First episode saya dah terlepas. Nampak pelakunnya ada Tiz Zaqyah (sebagai Syafa Aqira) & Izzue Islam (Firash Arshad) — inilah antara perkara yang saya tak berapa gemar dalam novel. Nama watak sangatlah ‘canggih’ dan susah nak ingat. Adehhh...!



Saya kena baca lagi sekali untuk ingat sepenuhnya citer novel ini. Yang pasti memang kisah kahwin paksa, kendian jatuh chenta. Happy ending. Klise.




Saya harap, siri drama ini tidak mengecewakan sepertimana beberapa drama dari novel yang sebelum ini. Ada beberapa drama dari novel yang tidak begitu menepati novel itu sendiri. Mungkin mereka yang terlibat ada sebab dan alasan mereka sendiri. Tak mengapalah... seni itu sangat subjektif.

Saya tidak mahu berharap tinggi. Yang pasti, saya nak puji novel ini. Pertama, saya suka novel tebal, kedua novel itu sendiri dijalin dengan baik dan menyeronokkan walaupun tema masih klise.

Syabas kepada Zura Asyfar.

*Hasrat untuk menonton episod seterusnya Jumaat nanti pun rasanya tidak akan tercapai kerana pada tarikh itu, saya bakal berada jauh dari jangkauan aerial tv...! (saya terbang pada pagi Jumaat nanti)





 ~...mengharap sesuatu yang pasti itu sebenarnya tetap memberikan banyak rasa gementar dalam gentar tidak termakbul doa dan harapan namun bila dalam masa senggang antara mereka berdua, HISYAM tidak pernah jemu untuk menyatakan sayang dan bahagia bila SERI BULAN sentiasa setia tanpa menagih sebarang upah melainkan perlindungan dan pengertian atas nama SB itu sendiri...~




49 comments:

  1. kakcik pinjam novel ini dari adik ipar, tapi kakcik tak boleh beri tumpuan untuk membacanya... (mungkin kurang menarik minat kakcik, tapi kakcik akan cuba baca sekali lagi nanti) :)

    Selamat menerbangkan diri, Azie.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jika dibuat perbandingan dengan beberapa tajuk yg saya pernah baca, novel ini hanya sekadar boleh diberi 3 *** saja la Kakcik. Apapun, tak la teruk sangat untuk dinikmati.

      Delete
  2. dah jadi fenomena skrg,drama kat tv diadaptasi dari novel...pengarah mcm takde idea ja..
    yg terbaru ,dlm pembikinan-Suami Aku Ustaz...
    semuanya dari penulis muda2...cerita yg sama,kawen paksa..mula2 tak suka..last2 happy ending...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selain dari novel Suami Aku Ustaz (pun banyak yang dah terjah entri saya tentang novel ni sejak kuar publisiti), ada banyak lagi novel yang sedang dalam pemkininan. Kita tunggu dan lihat saja, mana yang bagus dan menepati.

      Setuju, memang trend!

      Delete
  3. Byk dh drama diadaptasi jadi novel.. Mmg untung la jadi penulis novel skrg kn... Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maju bersama masa dan kecanggihan dunia hari ini. Rezeki la tu.

      Delete
  4. dari novel jugak ke?alamak mcm best je

    ReplyDelete
    Replies
    1. tengoklah ade izzue...kehkehkeh... tapi tak tau ler best ke dop...haha

      Delete
    2. Pada Kak Azie, best la. Jom kita try tengok.

      Delete
  5. novel rupanya... patut la pelik sangat nama watak...
    tapi, novel tu tak pernah plak saya jumpa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalu cari kat kedai buku haruslah ada. Dan bila dah kuar jadi drama ni, kompom la makin banyak akan diedar di merata kedai buku. Selalunya begitu.

      Delete
  6. sy tunggu cite nih.. sy tonton cite nih.. dan insyaallah teringin nak tgk smpi abis cite nih.. hehehe

    *comel tiz kat dlm nih.. pakai tudung.. cumil sgt..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya slot ZEHRA TV3 setiap Jumaat ni, bertema Islamik. Tu yang banyak watak digambarkan bertudung.

      Delete
  7. dah jadi status dalm fb lak ... hurmmm macam2 ;)
    saya pun x tgk kak ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Azie akan tengok berdasarkan pelakun, pengarah dan jalan cerita. Kalu terlalu remaja, malas gak nak layan.

      Delete
  8. terkejut gak tajuk nyerkan...
    tak penah baca novelni.. tapi tebal yerk...
    kalau baca novel tebal gitupun cepatjer habisnyer..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baca komen awak, baru Kak Azie terperasan tajuk tu agak mengelirukan dan mengundangkan curiga. Hahahaha masa boh tajuk, tak terfikir pasal diri sendiri pun.

      Delete
  9. Salam kak azie..

    skrg ni dah smkn banyak novel yg jadi drama dan filem.. ada yang memenuhi citarasa kita.. ada yang tidak.. sebab apa yang kita bayangkan tak seperti yang dilakonkan.. betul seperti cakap kak azie tu.. seni itu subjektif..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Trend hari ini. Penulis skrip mungkin akan rasa lebih mudah kot. Tak kisah la apa pun alasan, selagi ada penonton selagi yang menyukai trend ini akan terterusan lama.

      Hmmmm bila agaknya novel tulisan Hanis Azla pun terpilih untuk dijadikan drama, kan? Aamiiinnn... suatu hari nanti, sapa tahu.

      Delete
  10. dah lama tak baca novel....kekangan waktu begitu mencemburui aku...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama ler kita. Tapi bila dah minat sangat, curi jugak la waktu.

      Delete
  11. Saya pun suka novel nie. Luahan ayat dia bagus. Imaginasi dia fresh. Ada juga kelemahan sikit sana sini, tapi still menghiburkan. Malangnya saya tak sempat juga tengok first siri drama nie.

    Mungkin banyak novel yang klise macam nie di buat drama sebab dapat sambutan hangat. Novel yang klise, kahwin paksa, lama2 jatuh cinta dan happy ending pun sangat laku di kedai buku. So, penulis pun ikut selera pembaca. Macam filemm...hehehehehehhe. Ramai penonton suka filem Kak Limah, produser lain pun berebut nak jadi Mamat Khalid juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selera penonton masa kini banyak dipengaruhi oleh novel pula, kan? Beruntunglah mana-mana tulisan yang terpilih. Cuma saya tetap nak kata, bukan semuanya menjadi. Ada yang kurang bernasib baik, digarap tidak sempurna dan jauh tersimpang dari karya asal.

      Delete
  12. best cite ni...sy suka sgt2. hehe

    ReplyDelete
  13. trend zaman sekarang ye semua novel nk buat drama n filem..
    tebalnya..pengsan nak baca hehehe *kalau sy la:)*

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berbeza Kak Azie. Sangat sukakan novel tebal-tebal dan penulis lelaki berbanding penulis wanita. Ada beza yang saya suka.

      Delete
  14. wah....tebal novel dia. saya pulak memang tak tahu drama ni adaptasi dari novel. cuma sebelum siar kat tv3 tu memang dok ternanti-nanti sebab nampak feed Izzue Islam kat instagram. Rasa teruja nak tau jalan cerita drama ni.

    kak azie nak terbang pi mana pulak tu...cuti-cuti yea...bestnya...nak ikut!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amboiiii cheq.. Hang kan baru jer balik dari Venice? Bukan main seronok lagi. Bagi chance la orang lain plak nak pi jimba jauh-jauh. Hehehehe

      nanti Kak Azie habaq destinasi nooo..

      Delete
  15. kak azie pergi korea kan..hehehe..
    oh klise..terus off.

    ReplyDelete
  16. kebetulan baru habis baca novelnya, drama ni pun keluar...
    so ingat cerita ni...
    memang best...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahhhh ya ker? Kak Azie kena repeat la baca, baru bleh ingat semula plot.

      Delete
  17. saya belum baca lagi novel ni..saya nak beli jgk lah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Silakan. Walaupun tema sebegitu dah banyak di pasaran tapi berbaloi juga novel ni.

      Delete
    2. Jika lebih suka novel banding drama, elok baca novelnya. Masih tidak rugi. Kak Azie tetap rekmen.

      Delete
  18. kalu ada online e-book sure madam beli ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jika contact penerbitan Karya Seni, rasanya boleh order online. Depa boleh pos.

      Delete
  19. Selamat makan angin, nasib baik dapat cuti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa interbiu dan terus dapat kerja, dah habaq siap-siap dah kat Manager. Dia ok jer. Tapi tak lama, 4 hari saja.

      Delete
  20. insyaAllah jemaat ni teman tgkkan utk kak Azie ekk.. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amboiii... bestnya ada orang tolong jadi mata kedua kita. Silakan, terimakasih. hehehe... tengok sampai habis satu episod tau!

      Delete
  21. Novel yang kemudian dijadikan drama atau filem tentulah hebat. Tahniah kepada Zura Asyfar. Walaupun sudah "berhenti" membaca novel (terakhir dibaca rasanya awal 70-an dulu), tetap gembira dengan berita seperti yang azieazah paparkan, yang pastinya menampakkan para pendukung seni kita boleh sokong-menyokong dalam memertabatkan hasil karya mereka masing-masing.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sejak bertahun lamanya saya menjadi pembaca novel kerana hobi sangat minat membaca, saya rasa saya patut juga menulis sesuatu dari pandangan mata saya untuk dikongsikan bersama. Tentang novel dan karya masa kini... juga tentang sastera. Sekadar yang saya mampu.

      Delete
  22. Ohh saspen la heh. Dulu kalau saya baca review novel di sini, bila ada yg bunyinya berkenan di hati, mesti saya pi cari. Ni dah lama saya tak beli novel nih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa tulis tajuk tu tak terlintas pun pasal suspens dan tajuk yang boleh mengelirukan tu. Langsung tak terfikir.

      Then bila ada yang komen di atas tu, baru terperasan. Alahaiii... mesti la orang dok ingat cheq dok update status diri sendiri pulak. Wakakakaka... tetiba rasa termalu sendiri.

      Delete
  23. nak baca.. huhu
    tak sempat nk tgk tv

    ReplyDelete
  24. Pertama kali tertengok kat tv cerita ni malam tadi. Tengok tajuknya pun dah gempak, tu yang jadi teruja nak tengok.
    Dalam hidup ni terlalu banyak yang 'ter' ya ?

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails