السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Ahad
17-03-2013
Sabtu semalam saya kerja separuh hari. Masih belum dapat arahan untuk kerja lebih masa, tapi beberapa grup lain kena stayback sampai petang.
Dan ada grup pula yang kena kerja hari ini, Ahad hingga ke malam. Ada projek penting yang kena ‘submission’. Moga-moga tender kali ini berjaya lagi seperti projek-projek terdahulu, sebab ada insentif menanti depa.
Hujung minggu hari melepak sambil masak makan sakan-sakan.
Dan melayan minat sendiri.
Hasil buruan Dak AMOI dan IKA di KLCC minggu lepas. Baru semalam saya dapat peluang nak baca. Yang bahasa sahaja saya punya. Selebihnya, bebudak tu la punya.
Dak AMOI memang peminat setia J.K.Rowling. Karya terbaru beliau selepas siri Harry Porter. Baru saja masuk pasaran bulan lepas. Yang ini special edition, hard cover.
CHAK dah lama nakkan buku Dear Yayah tu.
Saya dah selesai membaca novel Projek Memikat Suami tu. Terpengaruh dek beberapa promosi dan komen di FB tentang novel tu. Bagi saya, boleh lah tahan. Tak banyak beza dengan novel-novel ‘seumpama tema’ yang pernah saya baca sebelum ini. Klise. Dan, saya rasa novel ni kurang sesuai dibaca oleh bebudak bawah umur sebab ada beberapa ‘scene bilik tidur @ scene orang kahwin’ yang disebut walaupun masih menggunakan bahasa berlapik. Tiada yang bersalahan, bahasa masih terkawal dan manis. Bagi yang memahami, akan faham lah. Happy ending. Biasa la kan?
~...malam minggu jika menjadi malam meriah bagi mereka semasa di kota dulu, kini menjadi malam indah walau sunyi tetapi aman lagi nyaman sehingga HISYAM pernah menyebut untuk tidak lagi pergi ke mana-mana dan SERI BULAN sendiri berikrar untuk sentiasa menjadi pendamping yang setia selagi di situ ada Budu, di sana ada Tapai dan di sini ada Roti Sardin Garing...~
Kakcik ada novel yang dipinjam bertajuk Suami Yang Kubenci, tapi dah lebih seminggu kakcik belum pun membacanya...
ReplyDeleteSaya dah pernah tulis review tentang novel karya E-Man Sufi tu Kakcik. Ok la juga.
Deletehttp://azieazah-aa.blogspot.com/2012/01/suami-yang-kubenci.html
i luv u stupid tu best...!
ReplyDeleteYup. Tapi Kak Azie mengambil masa yang sangat lama untuk beli, untuk layan. Ada beberapa sebab, tu yang sekarang baru terbuka hati nak beli dan baca.
Deletekalau Sy tktau lah bila dapat nk mnghabiskan buku sbny ni.
ReplyDeleteKalu nak dikira masa, memang manjang tak cukup masa nak baca buku. Kak Azie baca bila ada masa terluang wpun sedikit. Kat ofis baca time lunch atau semasa sarapan. Sebab tu jarang duduk bersembang dgn orang masa lunch. Sebab nak kejar masa layan novel.
Deletedah lama tak beli novel....koleksi novel kat rumah dah berkotak....kalau bosan buka balik novel-novel lama...
ReplyDeleteSama ler kita. Pun rajin selongkar novel lama juga bila dah takda novel baru.
Deletebuku Jk rowling tu dah 2x nak beli tapi tak beli, pegang saja, beli benda lain. kesian kat anak...
ReplyDeleteKak Azie pun tak baca buku JK Rowling. Bebudak ni jer yang minat sesangat. Semua filem Harry Porter depa dok follow.
Deletealhamdulillah..kenyang semacam makan nasi je bila boleh habis baca buku2 tuh....barangkali ? tp bg sy langsung tak boleh pegagng novel.. biji mata nih semacam mencemburui masa rehat sy...huh!
ReplyDeleteKepuasan baca novel ni, mngkin macam kepuasan kaki pancing yang mancing dapat ikan. Barangkali...
Deleteknah juga suka novel..boleh berjaga sampai jam 3 atau 4 pg semata2 nak abisnya..=)
ReplyDeleteSama ler kita. Dulu rajin la layan sampai tengah malam. Selagi tak habis, kata orang. Tapi sebab sekarang ni dah kerja, aduhai... takut nak berjaga camtu. Nanti siang tersengguk pula.
DeleteSuka baca novel tapi tak boleh layan selalu sebab kalau dah mula baca 4-5 jam terus menatapnya! Habis terbengkalai semua kerja lain he he ehhh...
ReplyDeleteHehehe... memang pun. Ketagih semacam kan? Sebab tu saya baca novel bila semua kerja dah selesai. Time lapang selalu nya sebelah petang hari minggu. Pagi memang tak boleh, sebab kalut mengemas dan memasak.
DeleteSaya nih spesis suka membaca, insyallah nak carilah buku Projek Memikat Suami...ngeee
ReplyDeleteBoleh lah cuba nanti. Bagi saya, novel tu biasa saja. Mungkin sebab saya dah selalu baca novel yang tema sebegitu.
DeleteMakchaq suka baca, siap suruh anak belikan buku ILYS tu lepas baca review AA rasanya...
ReplyDeleteTapi....bila tengok ketebalannya.. patah terus semangat... Tak sampai satu bab pun baca... Kena beli buku macam chak punya agaknya baru boleh habis baca..
Hahahaha MakChaq nihhh... Kalu beli buku yang nipis macam buku Chak tu, setengah jam jer dah habis MakChaq. hehehe
Deletekebanyakan novel2 sekarang lbh kurang ja isinya..cuma berubah watak,nama dan tempat...kawen paksa,last2 jatuh cinta..bahagia...
ReplyDeletesaya suka novel Ramlee Awang Murshid...endingnya sukar dijangka...
Entah kenapa saya tak pernah beli dan baca novel RAM ni. Tapi saya pernah terlibat dengan urusan novel dia. Heran sungguh. Hati tak terbuka langsung. Suatu hari saya kena juga beli dan baca. Saya tahu, novel dia memang best!
DeleteSatu rumah minat membaca, berkongsi hobi ye Kak Azie...
ReplyDeleteKongsi minat saja, tapi tak boleh kongsi buku. Bebudak ni mana nak layan novel Melayu. Adehhh...
DeleteSaya tak kisah cerita tu klise atau tak. Janji saya boleh feeling Kak Azie, hihihihihi. Sebenarnya untuk saya, novel2 macam tu mengembalikan mood saya berkasih sayang secara ekstreem dengan hubby. Hahahahahaha. Tapi saya takkan mampu tahan nafsu daripada tidak membaca novel yang ada di depan mata. So, kalau ada masa untuk baca, baru saya gie beli.
ReplyDeleteKebelakangan ini, sudah menjadi trend agaknya, novel di pasaran feelingnya sakan betul. Susah nak cari dah novel yang bertema berat dan bermesej tinggi macam buku zaman 70-an or 80-an.
DeletePilihan di tangan kita, tapi lambakan di pasaran menggoda sungguh. Kita pun apa lagi, layan jugak la novel cintan cintun nih...
saya pun suka baca novel... boleh berangan-angan hahaha
ReplyDeleteHehehe sama ler kita. Suka berangan jugak. Hahaha
DeleteSampai usia sebegini kak Zai masih minat membaca termasuk novel2 yang ada dipasaran.
ReplyDeleteYup. Saya sendiri ntah bila la nak berhenti minat baca novel novel cinta ni. Hehehehe
DeleteJeles nya i....i blum dtg mood nk baca novel..ntah hilang mana mood i tu...hehee :)
ReplyDeleteDear Saniah. I pun pernah beberapa bulan hilang mood baca novel tau. Sekarang ni jer mood tu dah datang balik.
Deleteayu mmg tgh cari tajuk novel y sesuai u dibeli...
ReplyDeletebila kak azie ttg buku projek memikat suami..
auwww mau carilah.. bahahahah
Ada banyak novel menarik di pasaran. Jika rajin, Google jer untuk cari tema novel yang berkenan di hati.
Deletebuku gergasi terbitan fixi. iutlah projek baca buku saya sekarang. dah nak dekat 2 minggu belum habis.
ReplyDeleteYup, buku-buku keluaran Fixi memang best! Kak Azie pernah baca 2,3 tajuk keluaran FIXI.
Deletemembaca buku bagus tuk mengaktifkan penggunaan otak kanan...
ReplyDelete