Wednesday, June 26, 2013

Teduhan Kasih: Adi Putra oh Adi Putra....

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Rabu
26-06-2013


Isnin hari tu, kami cuba minta untuk balik awal kerana jerebu sangat ‘pekat’ dan ramai yang agak takut nak memandu waktu malam. Tapi arahan keluar, semua orang kena stay sampai 8:00 malam.

Then semalam, entah cemana our Manager melepaskan kami balik jam 5:00 petang. No OT. Waaaahhh... no OT okeh! Yesss....! (wpun rate OT sangat best youuuu!).

Alasan, haze yang semakin buruk dengan jarak penglihatan membimbangkan. Lalu saya sempat sampai rumah seawal 6:30 petang. Dan sempat la tengok sedikit drama TV3 petang-petang yang saya perasan ramai dok tulis kat FB. *Teduhan Kasih, by Marissa.

Masa saya MC minggu lepas, saya sempat tengok beberapa minit tapi saya tak mahu layan. Kenapa? Sebab, saya dah baca novel tu dah dua kali. Dah faham selok belok drama tu. Then, sebab kedua kerana heroin (watak utama si Nurul Iffa tu) sangat saya tak berkenan.

Dalam novel tu, gambaran Iffa adalah pompuan muda yang lembut, kecik comel, sopan tapi tegas. Yang berlakun tu (sapa nama dia? Sherry?), tinggi lampai dah nak sama tinggi dengan Ehsan (Adi Putra) dan raut muka pula agak garang dan ‘gedik’. Kan bagus kalu dia bertukar watak dengan Nabila Huda tuh?

Apapun watak jahat by Nabila Huda memang menjadi, gandingan dengan Zarina yang kadang-kadang over dibuat, kadang nampak lucu sebab dia macam nak gelak-gelak masa tengking mak sendiri dalam drama tu.


Kalu novel ni dah diadaptasi menjadi drama, saya dah malas nak buat review. Tengoklah drama tu, memang plotnya sebijik. Malahan hampir semua dialog (saya rasa gitu la, berdasarkan drama lain  yang seumpama) juga adalah dari novel. Sebijik sebijik.

Saya dah baca dua kali, jadi saya berani kata, drama ni mengecewakan saya. Kecewa tanpa sebab. Hahaha sapa soh tengok, kan dah rasa bengang?

Adi Putra sebagai Ehsan. Lakunan dia tak pernah mengecewakan. Saya suka juga, tapi masa saya baca novel ni saya tak bayangkan Adi Putra pun untuk gambaran watak Ehsan tu.(dalam drama ni Adi Putra terlampau lampau romantisnya, macam tak kena tempat pula). Saya bayangkan orang lain. Seseorang yang lebih tegas, lebih berkarisma.. hmm sapa? Tak terfikir la pelakun Melayu kita. Kalu saya nak letak yang macho macam Antonio Banderas (masa muda), boleh? Hahahahaha! Melampau fantasi ko Azie!


Drama ni saya berani kata, biasa saja. Tema rumahtangga, pengorbanan, pembalasan. Konflik pun takla heavy or suspens mana pun. Tapi apa yang lebih menyerlah adalah lakunan watak-watak antagonist terutama oleh Nabila Huda, Zarina dan Julia Ziegler.

SPOILER:
  • Iffa memang bahagia dengan Ehsan wpun ada usaha memisahkan depa. Depa dapat anak kembar pompuan.
  • Ayu cuba rebut Ehsan pun gagal, hingga abaikan suaminya Ryzal. Ryzal accident lalu meninggal di hospital. Ayu jadi gila.
  • Kak Long pun meroyan jugak, sebab suami dia kahwin lain di Siam. Dah tiga tahun baru dia tahu. Mak dia (bekas mertua Iffa) dapat layanan buruk di rumah sendiri. Padan muka depa semua!
  • Ehsan berjumpa semula dengan adiknya pada hari kematian adiknya, kemudian dia berbaik semula dengan ayahnya Datuk Jamil.
 Hahahaaha sori ya, saya jadi spoiler!

*******

Alang-alang menulis tentang novel–drama, saya nak tulis sedikit tentang satu lagi drama yang diadaptasi dari novel iaitu Sebenarnya Saya Isteri Dia. Drama ni di TV9. Saya lebih memilih untuk tengok drama ni berbanding yang di atas tu, tapi pun tak sempat tengok semua episod.

Lakunan Izzue Islam nampak sesuai dan serasi pula dengan Tizz Zakyah. Drama ni memang tepat disebut drama komedi romantik. Ada komedi, ada romantik.


Pun saya dah baca dua kali. Novel lebih tebal, lebih ‘drama’ dan lebih real. Masa yang panjang tempoh mengenali dan memahami bagi pasangan yang berkahwin secara paksa, nampak menarik dan real. Buat kita ternanti-nanti. Tertunggu-tunggu reaksi dan respons sesama mereka setelah ada usaha dalam diam, perasaan dalam rahsia, juga rasa kasih yang meresap dalam senyap. Best!


Pelakun hampir menepati gambaran di dalam novel. Hero dan heroin nampak sangat serasi dan ngam. Cuma yang saya tak berkenan, nama watak sangat canggih sampai susah nak ingat, boleh tersyasyul nak nyebut nama watak.


Bukan semua novel menjadi di novel, dan bukan semua gagal. Masih ada yang mampu memikat hati, walaupun ada kekurangan there and here. Adatlah.

Cuma, bila drama yang diadaptasi dari novel, saya lebih memilih untuk membaca novel saja.

Saya tahu ada banyak lagi drama akan muncul hebat di tv yang diambil dari novel. Untung novelis masa kini, peluang luas untuk menambah income. Ini fakta. Dan drama tu melonjakkan lagi jualan novel. Saling berkait. Itu income. Ini pun fakta juga yang tidak boleh disangkal.

Yang saya tahu setakat ini, filem Suami Aku Ustaz tu dah ready nak tayang jer. Saya dah pernah ulas novel ni lama dulu (entri Suami Aku Ustaz). Pun heronya Adi Putra. Saya harus setuju. Gandingannya dengan Nora Danish nanti pasti meletup di panggung, dan boleh memecahkan pintu kaca kedai buku!

Okeh... bagi yang tak minat novel or drama, sila jamu mata dengan tayangan ini:


Asam Pedas Pari. Ada bendi dan belimbing buluh (yang dari kebun kawan sekerja). Pari segar, tak berbau, cukup lembut tapi saya makan seketul saja. Bawak bekal selalu ekstra, sebab sharing is caring. And bila kita caring pasal orang lain, orang pun akan caring pasal kita juga. Harap-harap begitulah.






 ~...pernah suatu ketika, di remang senja lembayung baru berlabuh, di atas buaian di tepi Sungai Menghijau Lumut, SERI BULAN bernyanyi kecil, “aku tetap mencintaimu dari barat daya ke tenggara” dan angin timur laut membawa ke telinga HISYAM bersama irama pilu berlagu yang membuatkan dia tak senang tidur malam lalu tiba-tiba jadi pandai pula berdendang lagu irama padang rumput...~




45 comments:

  1. Kedua2 drama saya tak ikuti, novelnya pun saya tak baca...bkn dari genre yg saya minat.

    Tapi..asam pedas tu saya minat! Saya baru je tau tips pilih ikan pari, sebelum tu kdg terbeli yg hancing. Skrg dah sng ati..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ehh apa tips tu ya? Kongsi la. Saya biasanya akan pilih yang isi lembut, kulit tak keras, warna masih merah. So far alhamdulillah, segar lah.

      Delete
  2. sy sgt suka tiz n izzue... sampai layan gila2 lagu nyanyian izzue kat tiubawak tiap hari time keja.... buku baca berulang kali, mlm2 layan drama online... elok sangat laaaaaaaaaaa.....

    teduhan kasih x suka sgt, walau x baca, tp sebab y sama ngan akak, heroin dia. tgk jugak, sebab ipar sy layan... so, semua tumpang melayan....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jika dibandingkan kedua novel dan drama tu, novel Isteri... tu lebih menarik dan kelakar. Lakunan pun lebih menjadi berbanding drama yang lagi satu tu.

      Bila tengok, kita selalu mengharap lain orang yang melakunkan watak itu watak ini, kan? hahaha macam kita plak pengarah.

      Delete
  3. Kalau ada peluang tengok dramanya nak juga tapi tak berpeluanglah pulak sebab waktu tayangan kurang sesuai utk rumah kakak. Tapi novelnya kakak pun dah baca juga. Utk novel Suami Aku Ustaz tu kakak belum baca lagi..

    Untunglah sipemberi belimbing dapat rasa ikan pari asam pedas:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Di rumah saya ada belimbing buluh. Buah nya terlalu banyak, tak tahu nak diapakan. Sudah diberi pada orang pun masih banyak lagi. Akhirnya dibiarkan saja masak dan busuk di pokok.

      Delete
    2. tata,

      ambik, bersihkan, gaul garam n keringkan. jual atau bagi pada org y buat acar buah..... nak ramadhan ni, elok sgt dah... nanti nk raya, kalau ada lagi, hantar y segar pd sy.... kami masukkan dalam masakan untuk hari raya

      Delete
    3. Idea yang bagus. Nanti tengah-tengah ramadhan kalau ada lagi, saya hubungi akak. Nak yang mentah atau masak?

      Delete
    4. Kakak, saya pun langsung tak peluang, sebab balik keja lewat. Tapi tak tengok pun rasa tak rugi mana. Sebab saya lebih gemarkan novel dari drama. Novel boleh ulang-ulang baca sampai boleh hafal plot.

      Delete
    5. Sukanya baca kisah insan-insan pengomen saya yang bertukar info dan berkongsi rasa prihatin di sini. Kerana belimbing buluh. Rasa kasih itu terjalin seiring ukhwah yang indah.

      Delete
  4. Novel Suami Ku Ustaz dah pinjam dari kawan. Baru baca satu bab terus masuk dalam laci tepi katil khas untuk buku-buku bacaan sebelum tidur. Sampai sekarang tak sambung lagi.

    Sebenarnya Saya Isteri Dia tertengok sebab masa family Along saya balik, depa tengok dan saya pun terjoin sekali. Lepas tu terus ingat Jumaat malam kena tengok. Tapi bila sampai masanya terus lupa.

    Antara yang saya tak gemar tentang novel-novel ni adalah nama watak-watak nya. Terlalu moden, panjang dan susah hendak sebut. Nampak macam tak real sahaja. Saya perasan nama-nama ini bila mula baca novel Lieyana Afiera Malik. Kisah yang terlalu perfect dan terlalu anggun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Azie tak ingat sejak bila perasan nama watak terlalu canggih sampai susah nak ingat. Jika dulu, nama watak sangat simple. Sebab tu saya suka novel-novel keluaran CESB. Nama watak masih simple dan ringkas. Tak canggih macam dibuat-buat untuk glamour.

      Bagi saya, simple itu sederhana. Dan dekat dengan jiwa kita. Nama watak canggih, macam nak mewah sangat, tapi watak tu cuma kerja kilang, orang kampung. Agak mengelirukan pula.

      Delete
  5. Wah akak balik awal, panjang entry post eh? Hahaha.

    Saya pun sama. Sejak jerebu melanda tak dapat nak stay back di pejabat. Tak berani nak drive memalam. Dah la mata rabun, cuaca pun gelap, tu yang korban je niat murni nak siapkan account.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alaaa dapat sehari jer pun. Hari ini dah kena stay sampai 8.00 malam semula. Mujur juga cuaca semakin baik dan cerah.

      Apapun, blog kena update juga wpun mungkin pendek-pendek.

      Delete
  6. salam kak.
    saya belum dan rasanya takkan baca novel (dua2 novel tu) sebab masa terhad nak membaca sekarang ni, asyik tertido awal pulak setiap malam. keh keh keh.

    ada la jugak kekadang nengok cite teduhan kasih tu, walaupun tak baca novel tu tapi saya pun tak berapa berkenan dengan watak; pelakon Sherry tu, muka dia garang, ucapan skrip dia kekok dan kaku. mungkin lebih sesuai dilakonkan oleh orang lain yang lembut sikit. hehe

    pastu cite sebenarnya aku isteri dia, saya nengok sekali je, watak tiz pulak macam sedikit over la pulak, bagi saya la.

    walaupun sekarang banyak drama adaptasi novel, tapi saya lebih suka untuk baca novel, feel lain macam. hihi.

    have a nice day kak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baca novel lebih feeling berbanding tengok drama. Dah ler kekadang tu pelakun tak menepati bayangan di novel. Pastu kita sering ingat orang lain, tup tup pelakun tah apa-apa, lagi tension.

      Baca novel boleh ulang depa belakang jika tak faham plot.

      Delete
  7. Teduhan Kasih kalau terlepas pun tak kisah tapi Sebenarnya Saya Isteri Dia macam mana pun nak tengok jugak!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kami jarang tengok sebab selalu terlupa. Maklum sampai rumah pun selalunya dekat-dekat kul 10.00 malam. Memang hilang mood nak tengok tv dah.

      Delete
  8. Sama la dengan saya Kak Azie. Teduhan Kasih dan Sebenarnya Saya isteri dia memang novel kegemaran saya. Tapi tang drama sorila, saya memang tak minat. Saya tak suka novel diadaptasikan ke drama TV. Sebabnya? Bila saya baca, saya gambarkan watak dalam novel tu sama macam imaginasi penulisnya. Bila tengok si pelakonnya, OMG berkecai abes imaginasi saya.Itupun mujur kalau penerbit ikut bulat2 plotnya. Kalau ada yang tokok tambah, tukar sana,tukar sini, lagi saya meluat. Saya cukup anti baik drama atau filem yg diadaptasikan ke skrin TV atau layar. Saya lebih suka baca novel dari tgk drama kat TV.

    Saya harap, penerbit drama cari idea sendiri dan tulis skrip sendiri. Takpayah nak gatai2 amik jalan mudah pi terbit novel jadi drama pulak. Macam dah tak ada idea aje. Hanya orang malas saja buat macam tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang susah nak jumpa drama yang sama sebijik dengan novel. Kadang tu drama lagi best dari novel, tak pun novel lebih best dari drama. Tapi kalau drama Melayu adaptasi dari novel, kebanyakannya novel lagi best. Adam dan Hawa pun langsung saya tak layan drama nya. Meleret-leret. Bosan jadinya. Alhamdulillah saya dah baca buku nya seawal keluar dulu, so tak payah sibuk nak mencari di kedai.

      Delete
    2. Dulu-dulu memang ada drama yang diadaptasi tetapi diubah sebahagiannya. Sampai drama tu sedikit melencong dari novel Yang tinggal cuma konsep/plot saja. Dialog dan jalan citer diubah. Sekarang ni nampak drama banyak menjaga novel sampai ‘tak berani’ nak ubah sedikit pun..

      Delete
  9. wahhh rajin kak azie baca novel..
    sbb sy tak baca novel, so terpaksa lah hadap tiap2 ptg tgk teduhan kasih tu hehe..
    novel sebenarnya sy isteri dia pn sy tak baca.. drama pn tak tengok hehe kena tengok marathon lah gamaknya ni ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jika tak baca novel tu, elok juga follow drama tu dan terima saja apa yang dihidang. So tak keliru or rasa bengang jika ada yang tak berkenan.

      Kak Azie memang baca novel sejak dari zaman sekolah sampai sekarang.

      Delete
  10. Saya ikut juga siri Teduhan Kasih...tapi sampai sekarang saya tak faham kenapa ayu tu benci sangat dgn Iffa... kalau si along tu saya faham la. Sebab dia adik beradik tiri...dan setuju, si sherry tak sesuai dgn watak tu..nampak dibuat buat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Drama memang banyak perkara perkara pelik dan tak lojik. Ikut suka pengarah dan juga penulis novel.

      Namun kita terima saja lah itu sebagai suatu kelemahan manusia. Mudah cemburu dan iri hati.

      *untuk info, AYU tu kawan baik Iffa, dia dengki. Rampas suami Iffa, kendian nak rampas juga suami baru Iffa (Ehsan).

      Delete
  11. time kasih kak azie sebab bagi peminat teduhan kasih spoil...sebab dah tau ending..hahah
    ssid best..tapi dah nak abis dahh...huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. SSID tu best, tapi plot dia Kak Azie ingat ingat lupa dah. Sebab citer (novel) tu panjang sangat. Baca 2 kali, tapi lupa dah ending dia cemana. Yang pasti memang depa bersatu dengan baik, saling jatuh chenta, bahagia selepas pelbagai dugaan.

      Delete
  12. sy ketinggalan..mmg x tgk pun teduhan kasih ni
    skrg mmg sy xde follow apa2 drama pun
    tido awal :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohh sama la kita. Balik keja lambat, memang rasa nak tido awal jer hari hari.

      Delete
  13. Salam.
    AA ni memang rajin dlm segalanya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Termasuk rajin makan dan rajin tidor!

      Delete
  14. Sy tatau nak komen pe. Heheheh... cuma nak ckp, sy pose arini. Tp pic asam pds tu, aduh mak!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat berbuka puasa. Berapa hari lagi nak habis tu?

      Delete
  15. saya mmng ktinggalan...novel tak baca lagi, drama pun tak tengok...

    Sedapnya asam pedas pari...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpa la setakat ketinggalan drama dan novel. Ada banyak perkara lain yang lebih penting perlukan perhatian kita.

      Asam Pedas saya selalunya sekadar jadi, tapi tak umph.

      Delete
  16. ooo ok memang spoil hahaha dah tau camna ending takde la ralat kalau terlepas tengok hehehe
    my kakak ada novel ni tapi malas nak baca hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sengaja jadi spoiler. Kasi bakar orang lain punya hati. hahaha

      Delete
  17. tak pernah pun tengok dua2 drama tu sebab dah baca novelnya, tak minat layan dramanya.. mesti tak sama seperti yang saya bayangkan.. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Selalunya begitulah. Mungkin expectation kita tinggi sangat kot...

      Delete
  18. salam...maleh nak mengomen....ziarah je lah

    ReplyDelete
  19. Saya sangat setuju dengan ulasan Kak Azie. Cuma Suami Aku Ustaz...saya rasa Adi Putra tak sesuai. Watak ustaz tu adalah Chinese Look. Saya tak boleh imagine penerimaan saya mcm mana nanti. Oh...saya sangat suka SSID juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin kita patut cadangkan Aqasha? Dia ada sikit macam Chinese/Korean look. Lagipun Aqasha hensem banget. Saya minat Aqasha!

      Delete
  20. Setuju SSID lagi best dr segi pemilihan watak.. sangat serasi Izzue & Tish.. sampaikan hero kecik pun bleh tersuka dengan depa dua ni... hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. SSID tak beza dengan novel lain. Tema masih sama, kahwin paksa, bercinta lepas kahwin. Tapi watak kedua hero dan heroin tu lucu romantik tapi kelakar. Gelagat Izzue yang cemburu dalam diam, suka dalam rahsia tu yang menarik perhatian dan memikat pandangan ramai penonton remaja!

      Delete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen dan mengomel.... :) *Bila saya tak sempat reply, jangan marah ehhh...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails