Friday, March 23, 2012

Di sebalik Purnama Merindu: Syabas Nora Isma...!

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
JumAAt
23-02-2012

Aku nak review satu lagi novel. Novel ini lebih awal dibaca sebelum novel Impikan Mentari dalam entri sebelum ini.

Hasil karya Nora Isma Fuad. Jujur, memang ini pertama kali tahu nama novelis ni, dan tentulah aku tak kenal. AA tetap menulis pendapat sendiri tentang apa jua novel yang dibaca tanpa mengira siapa penulis atau mana publishernya.

Tetapi suka juga AA nak kongsi beberapa perkara, apa yang aku boleh katakan sebagai pelik dan kebetulan yang sungguh tidak diduga. Tidaklah besar hal itu, tetapi tetap menjadi suatu yang menarik juga.

Pertama, ketika hari pertama memulakan membaca novel ini, kebetulan pada 29 Februari (tahun lompat) dan watak kedua dalam novel ini (ZARA) rupanya lahir juga pada 29 Februari (page 13).

Sekiranya review tentang novel ini menjadi sedikt panjang, Sori Berlori ya. Tetapi novel Purnama Merindu ni memang best! Best sangat! Tak rugi beli.


Ada kisah juga di sebalik botol berisi kertas angan-angan itu.


Bagi sesapa yang tak minat bahasa bunga-bunga, mungkin tak setuju. Novel ini berbahasa indah, puitis dan perlambangan bulan banyak sekali digunakan bagi menggambarkan nama, keindahan wajah malah jangka masa sesuatu itu juga dikirakan sebagai berapa purnama, berapa hari... Sungguh menarik dan lain dari yang lain.

Walaupun tema hampir klise — perkahwinan yang diatur keluarga, tanpa rasa cinta — tetapi perkahwinan Aini Melati @ WULAN dan suaminya Bakri Kameel berlangsung selama 15 tahun walaupun mereka tidak mengenali sebelum itu, jauh sekali untuk bercinta.

Masing-masing menerima dan rumahtangga mereka lebih menjurus kepada tanggungjawab dan rasa sayang. Tanpa cinta. Di hati masing-masing sudah ada yang dikasihi sebelum itu. Redha menerima takdir dan jodoh.

WULAN begitu setia dan menjaga ibu mertuanya yang mengidap Alzheimer dengan penuh setia dan gigih sehingga hubungan kasih sayang menantu-mertua ini sangat utuh digambarkan. Ibu mertuanya kemudian meninggal dunia dan semua orang menerima kesan kesedihan yang tidak tergambar.

Adik WULAN bernama ZARA, berada di Vannes kerana menyambung PhD merupakan teman rapat, sahabat karib WULAN yang juga menjadi kesayangan ibu Kameel. Cara kehidupan di Vannes digambarkan dalam novel ini sungguh menarik. Malah hubungan komunikasi antaranya dengan keluarga di Malaysia bersesuaian sekali dengan teknologi masa kini iaitu Skype dan Facebook. Seronok membaca mereka bersembang dan kita berasa seolah-olah di sebelah mereka dan sama-sama membaca chat itu...

Malah gambaran dan info tentang begitu banyak tempat di Eropah juga diceritakan dengan jelas dan tepat. Ternyata penulis sangat teliti berkaitan dengan tempat bersejarah di luar negara (mungkin beliau sendiri pernah tinggal di sana?). Bagi yang gemar melancung, elok juga baca info dan cerita tentang tempat-tempat lawatan yang disebut dalam perbualan Zara dan teman serumahnya Eva bersama dua orang lelaki Jeremy (boyfriend Eva) dan Erwan.

WULAN dan Kameel akhirnya BERCERAI atas permintaan Wulan kerana Kameel berjumpa semula kekasih pertamanya semasa mereka belajar di Perth dulu. Asmira masih single, bagaikan menanti Kamel dalam rasa penuh bersalah kerana menggugurkan anak hasil hubungan sulit dengan Kamel tanpa pengetahuan Kameel sendiri. Atas rasa tanggungjawab dan insaf, Kameel berkahwin dengan Asmira dan rumahtangganya dengan Wulan semakin sejuk. Kerana merasa terabai Wulan meminta perpisahan. Selepas 15 tahun, selepas dia begitu setia dan begitu banyak pengorbanan yang dilakukannya.



Kena baca. Kita akan rasa kagum dengan Wulan yang nampak lembut dan rapuh, tetapi kemudiannya, dia menjadi seorang yang sangat kuat dah teguh sekali.

Apa jadi pada WULAN? Dapatkah dia bertemu semula pula dengan kekasihnya yang dicintai dahulu bernama Rizal Rafique itu? Kena baca.

Panjang dah entri ni. Apapun, wajar sekali novel ini dibaca oleh semua peringkat. Memang berbaloi. Aku suka bila “bulan” menjadi benda utama dalam novel ini.

Kebetulan yang lain pula, ada bahagian ketika mereka mendengar lagu Maher Zain (tak ingat page berapa) dan pada masa yang sama juga, lagu Maher Zain sedang berkumandang di radio sebelah aku!

Kesilapan ejaan tak banyak sangat tapi tetap ada. Ada satu yang aku rasa tidak patut berlaku ialah:


40 dan 000 itu TIDAK sepatutnya dipisahkan linenya (harus ada thin space), apatah lagi line keduanya berada di muka sebelah! > orang typesetting dia fahamlah...

Syabas kepada penulis dan Sori Berlori kepada penerbit. Kritikan AA selama ini tidak pernah ada “personal interest”. Saya bukan novelis, saya bukan kerja buat novel. Saya hanya seorang pembaca novel tegar yang kemudian gila nak tulis balik dalam blog sendiri.




~...antara bulan dan purnama, HISYAM lebih kenal SERI BULAN sementara ramai lagi juga mengenal temannya itu dalam erti kata gadis yang lain dari yang sedia ada di Kampung Separuh Desa tetapi mereka tidak pernah tahu SERI BULAN lebih gemar berkirim surat di bawah tempurung di hujung ampaian berbanding ber-sms-ing sampai telinga ikut berdesing...~








13 comments:

  1. Nak pinjam boleh? (eh! takde kerja lain ke kakcik?) hehehe... :)

    ReplyDelete
  2. Nanti Kak AZie boleh buat mini library lah... saya nak daftar sebagai ahli :)

    ReplyDelete
  3. org wat novel ni ibarat melepaskn batu d tangge je print novel ni...hummm...
    singghla blog sy jgk huhuhu

    ReplyDelete
  4. Iye ke? Ishh blh g beli ni..haha i dh brjangkit dr u lah..dh suka bc novel..hsband suruh cari hobi so i dh jmp la..:)
    Thank you bnyk2 k...err i sedang baca UNTUK SEKALI LAGI .. Ok jgk :)

    ReplyDelete
  5. x terkejarlah koleksi bacaan akak nie. Sy suke baca novel tp syy takde kesempatan.

    Alasan kan?

    ReplyDelete
  6. KAKCIK:
    Boleh apa salahnya. Tak pernah jadi masalah pun. Nanti bila ada time free, saya singgah hantar.



    NIDA:
    Memang dan penuh almari Kak Azie. Yang dlm kotak pun ada. Terselit dalam almari baju pun ada.

    ReplyDelete
  7. FROGOS:
    Tidak juga. Semua publisher sangat menjaga ejaan dan bahasa. Kesilapan itu tidak dapat dielakkan. Overlooked, kata orang.



    SANIAH:
    Hobi baru? Baguslah kalu dah mula minat baca novel. Kena standby duit tiap bulan ler nampaknya. hehehe

    ReplyDelete
  8. POK AMAI-AMAI:
    Kesempatan itu memang susah nak dapat. Tapi bila dah minat, terpaksa la cari juga masa yang sesuai. Time lunch di opis paling sesuai nampaknya.

    ReplyDelete
  9. rasanya hr tu ada terbeli novel ni masa p cari buku kt PSS..kena p selongkar nie..best je cerita tu...

    ReplyDelete
  10. best pulak baca k azie punye review. biasanya noel yg boleh ceritakan secara detail akan sesuatu tempat akan 'membawa' kite bersama ke tempat tu. sebab tu saya suka novel yg ceritanya secara detail kalau berkenaan dgn tempat atau suasana. mungkin jugak penulis tu mmg pernah tinggal kat situ sebab tu ceritanya detail.

    ReplyDelete
  11. NZA:
    Kak Azie ni kalu ada yang berkaitan dengan bulan, memang cepat jer mata ni menangkap!



    GADISBUNGA:
    Betul. Memang seronok baca begitu banyak tempat menarik di Eropah dan France, yang diceritakan dalam novel ni. Rasa macam kita ikut sama melancung.

    ReplyDelete
  12. dah lama baca novel ni, tapi masih tak selesai2 juga.. ceritanya baik, tapi mmg sarat dengan bahasa puitis, buatkan saya kdg2 naik pening nak mentafsir sendiri. Namun begitu, kagum dengan penulis yg menceritakan secara lengkap dan detail mengenai tpt dan keadaan diluar negara..

    Syabas blogger utk kupasan ini :)

    ReplyDelete
  13. As salam, hi azie. Kak penulis Purnama Merindu. Terima kasih kerana ulasan dan menyukai novel ini.

    Sebagai penulis kak Nora sangat menghargai ulasan dan pendapat pembaca.

    Dan maaflah atas kesilapan ejaan dan sebagainya. Walaupun sudah berpuluh kali mmebaca draffnya, ditambah dengan pembacaan editor dan ketua editor, kadangkala terlepas pandang.

    Berlatarkan luar negara, kak tersenyum apabila dikatakan 'mungkin penulisnya pernah tinggal di luar negara'. Sebenarnya tidak pernah. AKe luar negarapun hanyalah sekadar negara Asia Tenggara. Latarnya hanya berdasatkan informasi di majalah, buku, internet dan sebagainya. pendek kata;pandai2lah berimaginasi sikit.

    blog kak Nora. www.norafuad.blogspot.com

    and terima kasih sekalung budi.

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails