Tuesday, May 13, 2014

Rumah Biru, selepas 10 tahun...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Thalatha
13-04-2014


Macam tak sempat nak menulis panjang. Taruk gambar banyak-banyak.

Sekitar hari saya balik kampung dengan lori mengangkut barang-barang MyBonda yang akhirnya membuat keputusan untuk kembali menetap di kampung, di rumah warisan rumah pusaka. Rumah yang tertinggal sepi kira-kira 10 tahun, selepas MyArwah Ayah meninggal pada 2002...


Ini rumah asal sebelum tertinggal dan disewakan beberapa tahun kepada orang.



Halaman yang dulu rata licin bersimen kini rosak dan perlukan pemulihan. Halaman dan deretan pokok bunga raya di kiri kanan yang dulu mengindahkan laman, langsung tiada.

Abaikan saya yang comot. Orang kampung memang macam tuh!


MyBonda tiba pada malam hari bersama MyAbang Long. Lalu ada esok harinya, kami mengadakan majlis kesyukuran, dan tahlil. Seperti dijangka memang ramai lah sedara mara yang datang berkunjung bila tahu MyBonda sudah pulang ke kampung semula. Rumah yang dulu kosong sudah berpenghuni semula. (MyKakak sekeluarga (guru yang mengajar di Bagan Serai) sudah menduduki rumah ini (dan membaikpulih) sejak Januari lalu lagi)




MyBonda sangat teruja gumbira sebab dapat kembali lagi ke rumah sendiri.




 Sapa lagi yang terlebih rajin nak buat Pulut Kuning nih? Hahahaha!


Ada yang kenal kuih orang Banjar nih? Talam Antah. Yeaa adik beradik Tepung Talam, tapi lapisan bawahnya ialah antah beras. Puluh tahun saya tak makan, MyKak Yang terbaik lah! Dia tempah kuih ini untuk hari kenduri...


...bersama satu lagi kuih orang Banjar yang ini. Wadai Kipeng. Ahhhhh terbaik lah!


***************

Selingan:

Saya sempat singgah di pusat ikan masin Kuala Kurau. Cari ikan masin (Gelama Masam cuma RM7 per kg, dan ikan talang cuma RM13 per kg). Stok untuk bulan posa juga untuk kengkawan sekerja yang pantang dengar bab ikan masin nih!



Snap apa yang sempat dalam perjalanan balik semula ke KL pada hari yang sama.


Snap dari Jambatan Kuala Gula. Jalan pintas dari Kuala Kurau merentas Bagan Serai. Guna jambatan ini boleh terus keluar Simpang Empat dan masuk hiway.




 ~...sekian lama tidak bersua, masihkah ada cinta antara kita, HISYAM?...~




19 comments:

  1. Kak, itu jagung diracik campur dengan ampas kelapa eh?


    Pulut kuning kawan nya apa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan ampas sayang. Tapi kelapa parut + gula + sedikit garam...

      Delete
    2. Kak Azie buat Sambal Tumis Bilis, sayang...

      Delete
    3. Ampas? MasyaAllah! Saya selalu confused kelapa parut dengan ampas kelapa. Hahahah.

      Delete
  2. Rumah lama..
    Kenangan lama...

    Rumah kampung..
    Besar besar..
    Banglo sebiji..
    Kita dibandar..
    Rumah cenonet :P

    ReplyDelete
  3. meriahlah raya tahun ini kat kg ... dah terbayang - bayang jer .

    ReplyDelete
  4. bestnya dapat duk di kg balik...nak pi rumah bolehh ?...hehe...

    ReplyDelete
  5. Rumah lama mesti kukuh buatannya...

    ReplyDelete
  6. kak.. saya tak pernah tgok pulak jagung + kelapa tu.. ingatkan campur dgn nasi.. dah terliur plak tengoknya.. haaa

    ReplyDelete
  7. Wahh best lah raya nanti bole balik kg ye....mesti bonda gembira dapat dusuk dirumah sendiri kan....

    ReplyDelete
  8. cantik umah.. meriahnya pasang pelita nk raya hukkkk.. shin suka umah camni

    ReplyDelete
  9. Tahun ini berkumpul beraya sakan ye kak?

    Alhamdulillah...apa yang paling menggembirakan seorang ibu selain dapat kembali mengutip kenangan hidupnya nan lalu di rumah tempat dia menganyam bahagia...

    ReplyDelete
  10. jagung campur ngan kelapa tu memang sedappppp

    ReplyDelete
  11. As Salam Kak, saya pun asal dekat2 sini; jalan baharu kuala kurau, parents dok balik kg since 2001 after merantau berpuluh tahun. anak2 saya skrg dpt merasa balik kg.

    ReplyDelete
  12. sy ingt akak org Johor..huhuhu..
    btw..kelapa rebus parut mkn bersama kelapa...ohh..kegemaran ibu bapa sy
    tersenyum sy melihatnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kelapa rebus parut mkn bersama kelapa?


      hmmm....

      Delete
    2. Jagung kukus sebenarnya. Digaul bersama kelapa parut + gula + garam.

      Delete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails