السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Sabtuday
31-04-2014
Saya, yang bekerja hari ini, mengikut arahan sehingga jam 6:00 pm. Adoi laaa... Dah la sepanjang 2 minggu kena stay sampai kul 8:00 pm.
Ini semua kerana projek bukan sahaja menjadi berganda tetapi berkali-kali ganda semenjak kami mengambil alih sebuah syarikat penerbitan buku (yang terkenal di PJ tu) yang ditutup kerana tidak mampu lagi bersaing. Dalam ertikata lain, terpaksa ditutup kerana masalah kewangan. Lalu ratusan tajuk siri buku semuanya diambil alih oleh company tempat saya kija ini.
Lalu...? Hmmmm kami meneruskan projek tambahan tapi tenaga tak bertambah pun. Hmmm mungkin nasik yang saya makan jer yang asyik bertambah...! hahahaha
Cerita lain.
Saya suka nak dengar pendapat orang lain tentang isu ini:
Status FB saya pada 28hb lalu.
Beberapa komen dan pendapat kawan-kawan saya.
Yup. Adab itu sangat subjektif. Bagi setengah orang, ok tapi bila melibatkan adab wanita, saya rasa melompat melibas mengangkat kaki (semasa bola dihantar kepada tekong), kaki akan naik 90°!
Adakah tanpa takraw wanita, kita tidak cukup maju dalam sukan??
Hmm... apa pun, Majulah Sukan untuk Negara. Majulah Sukan untuk Negara.
~...bukan tidak pernah SERI BULAN merasa marah terhadap HISYAM kerana ada beberapa perkara dia sering dikecualikan, walau dengan alasan HISYAM terlalu melindungi dan menjaga keselamatan serta tindakan, namun ingin sekali SERI BULAN melibatkan diri dalam segala aktiviti asal sahaja HISYAM sentiasa di sisi dan anak dara Pak Imam tidak merasa ranggi diri...~
Sy ada tgk jugak masa mereka main.
ReplyDeleteXde komen.
Cuma gelak je...
Mcm takde sifat kewanitaan tapi...cer masuk army baru ngam....lasak...
ReplyDeleteSaya setuju. In fact saya rasa army wanita lebih sopan lagi dari takraw kot.
Deletesaya dan my kakak pun komen yg sama bila tgk takraw wanita nih ... mmg x sesuai bagi org melayu ... klu kafir tu , lantak mrk lah .
ReplyDeleteSaya malu sendiri bila tengok ni.... naifnya saya kan.
ReplyDeleteAssalamualaikum,
ReplyDeleteHati tertanya-tanya...adakah syarikat penerbitan yang terkenal di PJ itu syarikat lama tempat daku pernah kerja? Ohhhhhh! tetiba terkenangkan Mr. Boss yang hensem itu, 3 jam memujuk daku supaya tak berenti keja, tapi dok main sayang nak offer gaji bertingket tingket hu hu huhu
OOT..
ReplyDeleteTarikh kat atas tu cam tak betul je kak... bukan 31.5.2014 ke?... dok selak kalender tak jumpak pulak 31.4.2014.... 😆
Macam mana gaya libas tu ya..
ReplyDeleteAssalamualaikum Puan,
ReplyDeleteSaya dari dahulu sememangnya tidak bersetuju akan sukan Sepak Takraw maupun Futsal yang pemainnya adalah WANITA walaupun pakaian menutup Aurat tetapi tetapi terkinja-kinja ditengah gelanggang dimana penontonnya adalah kaum LELAKI......amat memalukan Umat ISLAM ................
Soal ADAB mmg sgt sensitif.
ReplyDeleteMaybe kita blh tiru sedikit dr budaya di sini.
Di sini kaum p'puan nak melasak mcm mana pun.. tidak jadi hal.
BUT.. soal aurat.. soal yg sgt dijaga.
Bg yg dikata masih konservatif.. disediakan gym, gelanggang dan segala bentuk riadah yg hanya utk kaum wanita.
Ya'ni KAUM WANITA SHJ. Oleh sebab itu.. kamera pun x dibenarkan dibawa masuk.
Smart phone.. oleh kerana semua faham dgn garis larangan "aurat" pics yg mampu menjadi ftnah jugak diambil kira.
But maybe.. MAYBE..
Negara kita masih belom mampu nak berbuat demikian.
But.. mana tahu kan..
But in short.. my words against them.
Sham mmg x setuju la bila "membayangkan" team ladies main takraw ni.
&& sambil "membayangkan"..... aduhaiii...
huh? ada ya... sy lagi ketinggalan..... dan x berani nk bayangkan gaya libasan mereka.
ReplyDeletejujurnya, saya baru tau ada takraw wanita! hahahaha..sebab saya tak tgk SUKMA.
ReplyDeleteNak tau siapa yg paling tak beradab?
si WakSab Hj Hassan tu..:P