Wednesday, May 28, 2014

Jangan pulak tanya di mana nak dapat roti canai RM5 nih...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Rabu
28-04-2014


Menampal semula sebuah komen (pertanyaan) seorang pembaca di entri saya berkaitan Chicken Chop yang sangat murah bertajuk “Saya sebut, Chicken Salah Kedai...!”:



Sebenarnya, saya tak ingat nombor kedai tu. Tapi jika pergi ke foodcourt tu, mudah jer nak nampak kedai chicken chop. Bila saya baca balik entri tu, sebenarnya saya tak rekmen. Heheheh sebab saya lebih suka Chicken Chop di Ampang Putra.

*****

Pernah makan Roti Canai berharga RM5 sekeping, tak?


Yeaa itulah dia rupa Roti Canai berharga RM5 sekeping. Air tu ialah Kopi Vietnam Ais (yang enak bangat!)

Roti Canai di bandar Ho Chi Minh, yang kami makan selepas meronda pasar malam Ben Thant. Sekitar jam 12 tengah malam. Ahhh heaven juga!


Juga ada Roti Canai perisa Coklat, dan Cheese.

Last:


Puan Blog bersama peniaga Roti Canai Malaysia di Bandar Ho Chi Minh. Jika tak silap namanya Silva, orang Air Hitam, Pulau Pinang. Sudah lebih 2 tahun bekerja di sini (bekerja dengan orang tempatan) tetapi dia menguruskan gerai ini — Gerai Kasim Baba — sepenuhnya bersama beberapa orang pembantu tempatan.

Cabaran orang luar berniaga di bandar ini ialah, sewa lot kedainya sangat-sangat mahal...!






 ~...benarlah kata orang, bila suria yang memancar terang disambut dengan hati yang tenang, mata yang juga ikut terang, segala kejadian dilihat sangat adil lagi menyenangkan, sehingga ketika HISYAM tiba bersama muka cemberut dek sakit perut, SERI BULAN merasakan menu hari ini harus ditukar dari manis ke masin, dari masam ke hambar...~




13 comments:

  1. RM5?.. wow mahal tu... tapi kalau berbaloi dengan rasanya.. apa salah kan.. :D

    ReplyDelete
  2. Kalau kat sini harga roti canai tu rm 5...dah tentu kena pangkah...hihi

    ReplyDelete
  3. Gelas kopi tu lebih besar dari kat Kedai Hajah Basiroh, puas minum. Dulu2 tak banyak pilihan halal food di HCMC tapi lately rasanya macam senang nak dapat walaupun harganya agak mahal.

    ReplyDelete
  4. ooo...kat Ho Chi Minh rupanya...

    Sedapnya nampak Roti Canai perisa Coklat dan Cheese tuhh..mesti lemak berkrim....

    ReplyDelete
  5. wah mahal betul
    tapi make sense juga kalau dah sewa mahalkan
    cuma kalau kat msia harga gitu, minta maaplah =)

    ReplyDelete
  6. owh saya rindukan HCMC.... balik Msia... sume kopi dah xsedap... abah saya ckp sy berlagak...ahaha

    ReplyDelete
  7. Kakcik teringjn nak pergi tapi masih di luar kemampuan...

    ReplyDelete
  8. ni bukan Silva yg masuk Kilauan Emas tukan????

    ReplyDelete
  9. hhuu..nak minum kopi ais vietnam dan pho....nanges

    ReplyDelete
  10. mmg patut la RM5 sekeping...customer kena tolong bayar kos sewa lot kedai dia yg mahal tu...bahahahahaha

    ReplyDelete
  11. Makanan halal di luar Malaysia memang mahal kan? Tapi kopi vietnam memang sedap.... rindu lah nak minum kopi..

    ReplyDelete
  12. roti canai kat klia2 pown dh rm7.20 ye makk., ahhKs

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails