Wednesday, September 3, 2014

Badan sakit, air takda: sakit pulak hati kiter!

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Rabu
03-09-2014


Memang ada memo di surau memaklumkan 2–3 September, gangguan air akan berlaku. Dan memang air takda di seluruh Pandan Jaya bermula malam kelmarin... sehingga pagi ini. Mungkin akan berlarutan sehingga malam ini. Sabor jer lah!

Selama kira-kira 25 tahun saya sekeluarga menetap di Pandan Jaya, gangguan bekalan air ni dah puluhan kali dah berlaku. Tapi saya tetap suka tinggal di sini. Sejak dari taman kecik yang serba ‘kosong’ dulu (kecuali banyak pokok dan hutan kecil), hari ini, lebuhraya pun ada depan rumah saya. Jem jangan cakaplah. Sejak ada lencongan dari MRR2 ke Shamelin dan lebuhraya ke Sg Besi, kurang dah sket jem tuh...

Dan air terus menjadi gangguan emosi juga. Hmmm...

Sejak semalam juga, gusi saya bengkak tanpa sedar tanpa sebab. Bangun pagi tengok dah bengkak sebelah. Kerana saya ni orangnya besarrrRRR termasuk muka, takda sapa perasan pun pipi saya bengkak. Hahahaha untung kan saya? ayat pujuk hati sendiri kunun.

Tapi menjelang petang saya demam di tempat kerja. Telan Paracetamol 2 biji dan malam balik kerja terus jumpa ‘doktor paberet’ saya.


Memang doktor said, gusi bengkak tu menyebabkan saya rasa macam demam tapi suhu tidak tinggi.

Agak kelakar bila doktor kata, “U need rest?”

Saya menolak, “Tak sesuai la saya nak MC doktor. We’re busy”.

Doktor: “Biasanya, ladies malu bila pipi bengkak.” Sambil gelak-gelak. Nakal lah doktor hensem nih!

Saya: “Takpa doktor. Pipi saya bengkak tapi saya masih boleh kerja.”

So saya tak MC pun hari ini.

Doktor minta saya datang lagi after 3 days. Jika bengkak tak susut, kena injection. No thanks la, Doktor.






 ~...sungguh bimbang Mak Utih hendak meninggalkan SERI BULAN sendirian sepanjang pemergian beberapa hari ke kampung Tenggara kerana mengurut orang patah paha walaupun HISYAM setia menjadi penjaga pagi hingga senja tetapi di malam hari SERI BULAN rela tidur di ambin asal sahaja HISYAM setia berada di tangga meneman bersama cerita lama dan kisah merentas masa yang pernah mereka janji untuk dibincangkan dalam ertikata “serious consideration”...~




11 comments:

  1. Seperti yang selalu kakcik pesa, kalau Azie 'perlukan air' datang sahaja ke rumah kakcik. Jangan segan2. Semoga bengkak gusi Azie segera susut sepenuhnya... :)

    ReplyDelete
  2. kalau dah suka satu tempat tu.. mslh besar pun jadi kecik kuman je kan. hehhh. Hidup pandan jaya!
    kak, doc tu kacak ye? kalau sy nak jumpa lagi nnt.haha

    ReplyDelete
  3. serious consideration.....? hmmmmm

    kak, sy pernah sekali bengkak, muka cam senget jadinya. Pastu kena amik gambar untuk kerja kumpulan pulak pada hari yang sama.... hiba rasanya... sampai sekarang saya x simpan dan harap x ada y simpan gambar tu

    ReplyDelete
  4. Dr Khairul Faizie Mohamad Kamar mesti suka kalau dapat patient mcm Kak AzieAzah, hahahaha

    ReplyDelete
  5. Tahniah azie..
    Mampu takmo MC
    U r strong

    ReplyDelete
  6. Saya setujuuuuuu dengan Kak Seri Kandi tuuu. Mana laaa Doc DZ ni.... komen sket, Doc..!

    ReplyDelete
  7. Woiiittttt..woittttt..namaku di seru! hahahaha

    Bagossss kak azie...syabbassss..

    Tapi kalau dah sakit, MC la....buruk bebenor rupa pipi bengkak gi keroje tau..hahahah

    ReplyDelete
  8. waaaa..gigihla kak azie nih, Alhamdulillah..

    ReplyDelete
  9. Selagi mampu bekerja amanah tu tetap datang nombor satu, kadang2 bila bercuti atau mc terfikir sapalah nak habiskan kerja aku...:)

    ReplyDelete
  10. pandan jaya...? saya baru lalu highway MRR2 masa hntr ke UIA Gombak....
    take care akak...sakit gusi menyebabkan kita rasa nak marah kat orang...huhu

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails