Tuesday, September 2, 2014

Berbuat baik tidak rugi, walau yang baik itu belum tentu berbalas baik...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Thalatha
02-09-2014


Sebenarnya saya orang baik, kan? Hehehehe apa jenis soklan.

Tentulah kita semua orang baik, kan?

Hubungan saya dengan rakan sekerja sejak dulu memang baik. Tetapi bukan terlalu baik sehingga boleh kuar ke mana-mana bersama selalu, or mesti kunjung mengunjung rumah selalu or bercerita luar dalam tanpa batas. Tidak.

Baik di sini, saya baik dengan semua orang. Seadanya.

Dan baiknya saya lagi ialah, saya jarang nak say NO kepada hampir semua permintaan minta tolong dari kengkawan sekerja. Yes, itulah saya.

Sejak beberapa bulan kebelakangan ini, saya menjadi orang perantara untuk beberapa orang kawan yang minta tolong belikan barang.

Contoh ketara, belikan barang keperluan suri rumah. Maklum ramai kami bekerja sehingga malam dan jarang ada peluang ke kedai-kedai runcit kecuali weekend dapat ke pasar.

Sebab itu, kadang-kadang berus cuci pinggan pun kirim pada saya untuk beli. Ini perkara kecil dan biasa bagi saya. Tak pernah memberikan sebarang masalah pun.

Kemudian melarat kepada benda-benda lain yang lebih besar. Sekian banyak siri “belikan” ini, baru kini saya nak snap gambar:


Sorang kirim lemon. Sorang kirim apron dapur (ini apron yang ke-4 kirimannya). Yang dalam plastik tu, Kuah Sengkuang Colek.


Kacang tumbuk (ready made) ini antara yang popular. Sebab boleh digunakan terus. Petai tu saya punya, sekadar nak puaskan tekak di musim petai tengah lebat dan murah ni.

Tiada dalam gambar:
  1. Ikan kembung 1 kg kiriman Kak L (sebelum ini dia kirim Ikan Talapia. Minggu sebelumnya dia kirim Ikan Tongkol)
  2. Kacang bendi RM1
  3. Labu manis separuh
*semua import dari Pasar Pudu

Juga card cover yang dibeli dari tempat kerja Ika. Sudah ramai yang menggunakan cover card sebegini. Saya jual murah sebab Ika boleh dapat dengan harga staf.

Hampir setiap minggu ada saja benda yang dikirim dek kengkawan. Meriah.

Mana yang saya boleh tolong, insyaAllah pasti boleh. Kita tak wajar harap orang yang kita tolong akan balas budi kita, tapi mungkin orang lain pula yang berbuat baik kepada kita. Lain masa lain hari.





 ~...antara SERI BULAN dan HISYAM masing-masing berhati baik, masing-masing sentiasa cuba menjadi yang terbaik walaupun HISYAM masih kekal dengan nakal, SERI BULAN masih kekal dengan degil, tetapi aura yang bercampur sejak hari pertama, kedua dan seterusnya mungkin sehingga hubungan sahabat menjadi cinta...~




12 comments:

  1. Ya... kalau kita mengharapkan balasan dari kebaikan yang kita lakukan, ia mungkin berakhir dengan kekecewaan... :)

    ReplyDelete
  2. seronok tu kak azie, menolong sahabat ganjarannya erat silaturrahim kan?

    ReplyDelete
  3. seriously? ikan pun suruh akak beli
    jiwa kental akak ni, kalau saya sekali dua okay lagi
    banyak kali naik hangin juga
    apapun moga ALLAH lapangkan rezeki akak sebab menolong orang

    ReplyDelete
  4. Semoga terus ber buat baik Demi Saham disana :)

    ReplyDelete
  5. Menolong dengan ikhlas walaupun bukan dia akan menolong kita balik tetapi insyaallah akan ada tangan lain yang akan menolong kita kelak.

    ReplyDelete
  6. Saya suka macam tu.. selagi ada ruang dan peluang, kalau ada yang mintak tolong insyaAllah saya akan bantu..

    ReplyDelete
  7. kaK Azie boleh buka kedai runcit bergerak la kalau gini..heheheh

    ReplyDelete
  8. tapi kalau berus cuci pinggan pun nak kirim...macam melampau aja..hahahha

    akak sajes la kat kawan2 akak...gi tesco..on weekday tutup kul 11pm...so habis keja kul 7-8pm masih boleh shopping lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bunyi macam melampau kan? Tapi memang ada orang jenis "nak senang, senang lagi.."

      Delete
  9. Baik lah akak ni. macam saya jugak. tak sampai hati menolak. tak da rasa nak kata tidak. gitu la kita, kan.

    ReplyDelete
  10. In sha Allah..buat baik akan dibalas baik...

    ReplyDelete
  11. limau tu untuk ubat kuruskan badan tu kak....tapi akak terlalu baikkan....

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen dan mengomel.... :) *Bila saya tak sempat reply, jangan marah ehhh...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails