Monday, September 22, 2014

Sebuah kehilangan lagi dalam keluarga kami....

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Senin
22-09-2014


Selepas 2 orang abang, dan arwah Ayah, keluarga kami kehilangan seorang lagi lelaki dalam keluarga kami. MyAbangIpar (suami Kak Yang), meninggal dunia sehari selepas ulangtahun kelahirannya yang ke 57. Di Hospital Taiping (selepas dibawa dari Hospital Parit Buntar). Diagnosis awal mendapati jangkitan kuman di paru-paru dan disahkan kritikal. Tidak sampai pun 24 jam dimasukkan ke ICU, beliau meninggal pada jam 7.50 pagi, 17 September lalu.

Tuhan Maha Menyayangi. Arwah memang seorang yang baik. Sangat baik. Sejak dari dia menjadi sebahagian keluarga kami, tidak pernah berlaku apa pun yang mengecewakan, melukakan atau yang pahit. Langsung tiada. Beliau memang seorang abang ipar dan ayah dan menantu yang baik.

Meninggalkan 7 orang anak, 2 orang menantu dan ramai anak-anak angkat serta ratusan anak-anak murid. Bermula dari guru biasa, hinggalah jawatan terakhir selaku Guru Besar, beliau memang menjadi orang yang setiasa dikenang.


Alhamdulillah, semua urusan berjalan lancar. Sangat mudah mendapat kerjasama dari pelbagai pihak sehingga peringkat PPD.

Juga mendapat tempat persemadian yang mudah, di bawah pohon rendang dan di tepi jalan.


Mereka anak-anak yang baik. Rindu Abah sentiasa.

Semoga arwah ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Aaminn....





 ~...pernah sekali dulu, kala menghadapi kematian, SERI BULAN tidak ingin airmata dilihat orang tetapi HISYAM tahu sebuah kesedihan tidak semestinya dengan airmata, tetapi sebuah doa ikhlas yang jujur walaupun tidak terluah bait kata...~




14 comments:

  1. Salam takziah kak... Alfatihah.

    ReplyDelete
  2. semoga keluarga reda dgn pemergian arwah...semoga kuburnya menjadi salah satu dari taman2 syurga...

    ReplyDelete
  3. semoga arwah tenang disana...al-fatihah..

    ReplyDelete
  4. Salam takziah utk akak sekeluarga.
    Semoga Allah merahmati rohnya.

    ReplyDelete
  5. Salam takziah akak..Innalillah..semoga arwah ditempatkan diklgn mereka yg beriman..

    ReplyDelete
  6. Salam takziah untuk seluruh keluarga Azie.

    ReplyDelete
  7. Alfatihah dan takziah buat keluarga azie.

    ReplyDelete
  8. Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersabda: "Apabila seorang anak Adam mati putuslah amalnya kecuali tiga perkara : sedekah jariah,atau ilmu yang memberi manfaat kepada orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya."
    (Hadith Sahih - Riwayat Muslim dan lain-lainnya)

    اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ , وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ , وَأَكْرِمْ نُزُلَهُ , وَوَسِّعْ مُدْخَلَهُ , وَاغْسِلْهُ بِالْمَاءِ وَالثَّلْجِ وَالْبَرَدِ , وَنَقِّهِ مِنَ الْخَطَايَا كَمَا يُنَقَّى الثَّوْبُ الأَبْيَضُ مِنَ الدَّنَسِ ، وَأَدْخِلْهُ دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِهِ , وَأَهْلا خَيْرًا مِنْ أَهْلِهِ , وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِهِ , وَأَدْخِلْهُ الْجَنَّةَ , وَأَعِذْهُ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ , وَمِنْ عَذَابِ النَّارِ

    ReplyDelete
  9. Salam takziah kak.semoga arwah ditempatkan dikalangan mereka yg beriman

    ReplyDelete
  10. Salam takziah..perginya sorang lagi pakcik saya
    http://ummi2m2s.blogspot.com/2014/09/belangsukawa-pakcik-mohd-salleh-hj.html

    ReplyDelete
  11. Turut belasungkawa atas kepergianya.

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails