Monday, September 29, 2014

Our quality time. How about you?

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Senin
29-09-2014


Saya nak highlight perkataan ‘masa berkualiti’ sepertimana komen blogger Aina di entri saya sebelum:


Lain orang lain cara. Lain rumah lain remah (tau remah tu apa?) Abaikan jika tak tahu.

Antara yang saya berani kata tentang masa berkualiti kami:
  • makan berhidang dulang besar, duduk bersila ramai-ramai di lantai. Dan siOmak masak sakan pluas buat air sedap — Teh O Ais Lemon jer pun.
  • ada ketika saya balik lewat, makan sendirian, sengaja amik nasi lebih sebab kemudian saya akan suap Chak dengan tangan saya (kekadang Alia pun menyibuk nak juga, sebab jeles).
  • depa main-main sambil gelak-gelak dengan si Cici tapi biasanya MyToklaki yang lebih-lebih!
  • ramai-ramai lepak tengok filem yang best, tapi biasanya acara sukan yang selalu boleh himpunkan semua orang duduk bersama depan tv.
Semua di atas berlangsung dalam rumah sempit saya jer.

Selain itu, acara keluar beramai-ramai menonton or makan di luar adalah kebiasaan dan kelaziman bagi kebanyakan kita.

Nak buat macam orang lain untuk acara yang lebih hebat, seperti bercuti berkelah sewa hotel sewa bot sewa resort chalet or seumpamanya... bukan budaya kami buat masa ini. Teringin la juga.

Saya yakin, jika dalam hati kita merasa itulah kegembiraan yang kita hayati dan hargai, sekadar makan di kedai mamak anak-beranak pun dah cukup happy dah. Kan?

Tayang-tayang:


MyKakDah, yang kini menetap bersama MyBonda di rumah kampung, dah start bela arnab. Wahhh gumuks nya!

Ada 4 ekor dah. Boleh la nak buat burger niii...!





 ~...antara jemu dan kasihan, antara kasih dan meluat mana satu agaknya yang bakal dipilih oleh HISYAM? ...~




13 comments:

  1. ye kak, lain keluarga lain gayanya.....

    buat sate pun sedap tu.

    ReplyDelete
  2. ya kak azie, bagi saya macam kak azie juga..dapat berkumpul, makan kuaci sesama, lepak depan tv malam sabtu ahad, itula saat-saat terindah, lebih-lebih lagi bila semua terkumpul cam cuti sekolah.

    ReplyDelete
  3. bergantung pada tebal atau kempiskan poket hehe...insan marhaen spt saya cuma masak yg special..makan ramai2...sama2 buat/ bersihkan rumah...

    ReplyDelete
  4. Erkkkkkk! kesian arnab tu. Dah diangan2kan nak dibuat burger! :)

    ReplyDelete
  5. Tak lama lagi boleh makan arnab goreng kunyit!

    Betul Kak Azie kita hidup menurut kemampuan masing-masing, kita hidup dengan cara kita masing-masing selagi anak-anak happy kita sebagi mak dua kali happy. Jgn badingkan cara hidup orang lain dengan cara hidup kita.

    Anak2 dapat sarapan nasi lemak air tangan mak pun dah cukup happy!

    Ada duit lebih simpan untuk masa depan anak-anak sebab kita tak tahu sampai bila mampu bekerja.

    ReplyDelete
  6. setuju sesangat.. hehe

    teringat rendang arnab kwn bw masa kat kolej.. org negeri msk pedas tp sedap sgt.. hehe

    ReplyDelete
  7. Sy korbankan masa kerja sy utk anak2. Ckplah suami je yg pulang lewat. Gaji ciput pun xpe. Huhuhu!

    ReplyDelete
  8. Macam suami saya dia lebih suka berkumpul buat aktiviti bersama kat dalam rumah dari keluar berjalan2 bila dia bercuti..

    ReplyDelete
  9. Salam AA,

    Disini Peranchis, masa berkumpulnya/quality time ialah berpicnic, bukan naik kereta menuju ketempat persiaran tapi ditaman sebidang halaman rumah sendiri yang dijadikan tempat duduk berpicnic atau waktu apéritif dînatoire/evening buffet; dua acara yang boleh memaniskan suasana berbual mesra dengan anak-anak mengenai intisari gimana perjalanan dalam semingguan studi dan selainnya dikongsi bersama seisi keluarga... dan bersama suami, petang Ahad kemarin didapur membikin jam raspberry bersama bak dua sejoli... sang suami melecek buah raspberry dan si isteri pula memeras sisa buah raspberry untuk jusnya, dan setiapkali selama didapur memasak (weekend dan hari cuti) sang suami pasti ada menemani bersama sambil berbual mesra, voilà !

    Gimana pun AA, masa berkualiti itu terpulang kepada ragam hidup memasing, ada yang lebih menghala kepada agenda diluar yang mendorong ongkos belanja berlipatganda atau ada sekadar menjalin masa yang dikualitikan bersama seisi keluarga didalam rumah sendiri pun sudah Alhamdulillah karena yang pentingnya prihatin & kasihsayang sedia terserlah terhadap yang kita kasihi yaitu anak-anak & suami.

    Arnab? adore lihat sahaja !

    Salam mesra semanis madu.

    ReplyDelete
  10. ktorang balik umah mak, kumpul kat sane je every weekend..

    ReplyDelete
  11. Saya cukup serba-salah kalau saya lambat sampai rumah bila balik kerja.. tapi keadaan jalanraya yang dipenuhi kenderaan menyukarkan saya balik lebih awal dari biasa (jauh berbeza dari 4 tahun dulu)

    ReplyDelete
  12. Sesekali keluar mkn sma2 sambil gelak dan bercerita apa saja bersama anak2...mmng mnyeronokkan ..

    ReplyDelete
  13. kalau macam saya kan kak, bila dok melayan diorang
    dengan segala cerita dan layan imaginasi diorang
    sebab saya bekerja, tak sempat kadang hanya setakat nak duduk
    mana nak masak, kemas rumah

    tapi saya rasa seronok apabila mereka turut sama ada di dapur
    duduk berceirta tentang sekolah, kawan-kawan
    kadang sambil memasak layan diorang tebuk cupboard untuk dibuat topeng =)
    bagi saya, itulah masa berkualiti saya bersama mereka =)

    saya tak pernah makan daging arnab, sedap ke?

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen dan mengomel.... :) *Bila saya tak sempat reply, jangan marah ehhh...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails