Tuesday, October 14, 2014

Maid kami kena pukul...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Thalatha
14-10-2014


Dulu masa di tempat kija lama, saya pernah berkisah tentang maid Indonesia yang saya tulis sebagai ‘lebih sudu dari kuah’ sehingga mendapat nama glamer “Tanggang Leste”. Tentu ada yang masih ingat sekian banyak entri saya berlabel ‘tanggang leste’ yang saya tulis tentang maid seberang yang mengada-ngada, perasan bagus dan goda bos jantan di tempat kija lama saya tu.

Di sini pula, untuk setiap floor (3 tingkat bangunan), setiap tingkat ada seorang maid/cleaner. Tugas khusus ada membersih dan menjaga keperluan Manager setiap floor. e.g, basuh pinggan mangkuk gelas selepas Manager/Boss makan minum. Juga membersih setiap ruang termasuk tandas, surau dan pantri.

Kami agak beruntung, kerana mendapat maid yang paling rajin paling bersih berbanding yang lain. Orang seberang. Yang sudah kami anggap seperti kawan, boleh sembang boleh tolong menolong malah kami ramai yang tidak lokek dengannya, sepertimana dia tidak pernah lokek dan tidak pernah berkira dalam buat kerja. Walaupun dia tidak boleh buat kerja untuk staf (sapa minum basuh lah cawan sendiri), tetapi ada ketika maid ini (saya bagi nama, CIK ITA) ringan tulang buat kerja yang bukan skop kerja dia.

Cuma apa yang mendukacitakan ialah, lama-kelamaan kami mengetahui sedikit latar belakang beliau. Yang paling tidak tahan, kisah suaminya yang sering dera belasah dia. Soksek dari orang-orang keliling saya sudah banyak saya dengar tetapi, bagi saya, siapalah kita untuk membantu untuk menolong atau menghalang setiap deraan suami yang jenis panas baran.

Kemuncak semua kisah, beberapa hari lepas dia tak datang kerja dan kembali kerja hari berikutnya dengan mata lebam sebelah. Lebam yang bukan sedikit. Lebam yang saya pernah tengok dalam drama kita, orang kena pukul mata lebam (mekap la of course), tapi yang ini reality saya melihat mata orang lebam biru sebesar penumbuk. Memang dahsyat. (Konon citer, suami memang ada pompuan lain dan suka peras duit bini).

Apa jenis orang (lelaki) yang belasah pompuan? Dayus. Saya tak hormat lelaki begitu. Siapa pun dia, dia tetap isteri. Seorang wanita yang perlu dilindungi dan disayangi.

Peringatan buat kita. Jangan ikut hati amarah. Pukul pompuan adalah suatu penghinaan kepada kaum kami. Tak hebat pun jika lelaki berjaya pukul pompuan. Tak hebat mana pun!

Tayang-tayang:


Mee Rebus dari kedai Kak Pah, Seksyen 7 Kota Damansara. Terbaikk...!




 ~...HISYAM berulang kali menyebut dia sanggup patah kaki patah jari berlawan dengan Jalal yang masih tidak serik untuk mengorat SERI BULAN yang juga tidask pernah jeran bertandang ke balai raya tidak berteman, padahal dia tahu HISYAM bukan pandai sangat bersilat, melainkan berharap kepada kelulusan tali pinggang hitam taekwando yang sudah lama tidak dipraktikkan ntah-ntah sudah tidak kenal mana tumbuk mana rimbuk...~




25 comments:

  1. Sayangnya, ramai betul lelaki yang cetek ilmu dan masih memukul bini...

    ReplyDelete
  2. kesiannye die...kbanyakan cleaner kat ofis mmg baik...suka tgk diorg...rajin jee..

    ReplyDelete
  3. Jgn hrp sy pun nak respek pd lelaki yg pukul perempuan. Haih!

    ReplyDelete
  4. saya pun...kaki pukul,kaki perah dan perabis duit anak bini bukan jantan sebenar jantan.

    ReplyDelete
  5. Kesian sangat pada lelaki-lelaki yang berbangga dengan kejantanan mereka dapat memukul wanita, mereka ni jenis sakit mental biasanya.

    Kadangkala terfikir syukurlah walapun suami tak kacak, tak kaya tak serba serinya paling penting dia tak pukul-memukul.

    ReplyDelete
  6. pengalaman saya sendiri, bukan maid
    tapi pakcik saya sendiri pukul makcik saya di depan kami adik beradik
    yang ketika tu berusia antara 8 ke 6 tahun
    sampai sekarang kami trauma, kami tak pandang pak long sama macam dulu lagi
    dia baik camne pun, kami tetap nampak pukulan tu
    dia seorang yang cukup bengis dulunya, mungkin sebab askar
    sekarang dah pecen, insaf mungkin
    tapi tulah, kami tetap takut dengan dia

    ReplyDelete
  7. komen utk n3 keluarga iskandar :

    saya pun ikuti cerita tu. akhirnya alan nangis.. hahaha... bab mak dia marah alan siap speaking tu tak menahan... mmg kelakar habes.

    ReplyDelete
  8. Moga CIK ITA tu kuat dan tabah dalam melayari kehidupan dan moga en. suami beliau sedar dan berubah ke arah yang lebih baik hendakNYA.

    psstt: saya benci dengan lelaki yang suka pukul perempuan.

    ReplyDelete
  9. mohon dijauhkan dari lelaki sebegitu

    ReplyDelete
  10. kesiannya..hanya lelaki yang dayus sanggup memukul isteri..huhu

    ReplyDelete
  11. sy paling sakit ati bila tahu pompuan kena pukul dek lagi
    tp esoknya boleh lak up gambar laki bagi bunga
    skrg siapa yg salah? lebam biji mata holeh maaf dgn sejambak bunga ke?

    ReplyDelete
  12. suruh dia report polis je..tapi tu la..kang kita masuk campur dia katanya batu api..sedangkan dia pun boleh tahan je semua tu..kalau dia nak report polis dah lama dia buat..kan??

    ReplyDelete
  13. Acik pernah jimpa depan mata.bukan stakat lebam..bengkak berdarah bibir ditumbuk dek laki..sedara sendiri lak tu..panas je hati..sampai sekarang acik tak boleh nak tengok muka laki dia.

    ReplyDelete
  14. Mee rebus nampak menyelerakan
    Mana lg sedap?
    Yg kat pesemboq kg baru atau yg ini?
    - tangan akak dah nak picit butang start enjin ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang ini dari medan selera Seksyen 7 Kota Damansara, Akak...

      Delete
  15. Ishhh benci betul laki jenis kaki terajang nih. kalau kite memang ngadap mahkamah jawabnya! BTW, mee rebus tu temptingnyaaa..! Jemput Singgah: Apa Nak Masak Bila Raya EK?

    ReplyDelete
  16. minta dijauhkan MasyaAllah.. dimana kedai kak pah ni?? KD area mana??

    ReplyDelete
  17. Mcm kena marathon mencari mi rebus la pulak..
    Harap sempat..
    (terliur la pulak)

    ReplyDelete
  18. sedapnyer mee rebus tu...terliur lak : )
    Kesian lak dengar cerita cik iTa
    Semoga suami dia sedar kesalahan perbuatannya tu

    ReplyDelete
  19. memanglah..pukul pompuan memang tak jantan langsung, dayus !

    ReplyDelete
  20. Suami kaki pukul ? Tinggalkan. Jangan ditunggu lama-lama.

    ReplyDelete
  21. kesian..kena bantu juga orang macam tu..

    ReplyDelete
  22. tak suka pukul-pukul bini nie....
    tapi mee dgn chopstick tu memang kelas ko....

    ReplyDelete
  23. sedihnya alahai...jd mangsa plak..npe x cerai je

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails