Thursday, November 27, 2014

Result UPSR 2014: saya mahu ‘sedar’...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Khamis
27-11-2014


Pertama, tahniah kepada semua calon. Tidak kira berapa A or no A langsung. Itu adalah satu penanda aras pendidikan peringkat awal. Sebelum ke peringkat yang lebih besar dan lebih mencabar.

CHAK dapat 3A 2B (B = Matematik & Sains).

Secara peribadi saya mahu ulas sesuatu:
  1. saya mahu dia sedar dia tidak cukup berusaha (Korea lebih sangat!)
  2. saya mahu diri saya sendiri sedar saya mungkin tidak cukup tegas dan mungkin tidak cukup berdoa
  3. saya mahu orang lain juga sedar bahawa walaupun depa gagal atau tidak cemerlang dalam exam apapun (waima SPM or kat uni), depa tetap masih ada masa depan. Tetap menjadi anak kita yang kita sayang sampai bila-bila. Tetap menyokong walaupun suatu hari nanti depa cuma kerja sebagai tukang kebun, jaga bangunan atau apa sahaja yang mungkin dilihat lekeh di mata orang lain (setengah orang yang ada anak bijak bistari keja gaji besar).
*ulasan merujuk peribadi saya sekeluarga, tiada kaitan orang lain.


Tayang-tayang:


Telur Pindang. Tiada kaitan dengan stori saya hari ini. Tapi saja nak tayang. Dah lama tak makan telur pindang, yang menjadi kebanggaan bangsa Jawa. Berkhasiat walaupun agak leceh nak buat.




 ~...rupanya mengharap itu sangat meletihkan, so padan muka...~




16 comments:

  1. Anak2 kakcik tiada seorang pun yang benar2 cemerlang dalam akademik - tapi mereka tetap anak kakcik .... :)

    ReplyDelete
  2. Akademik kurang takpe, ilmu agama mau lebih....
    Saya dah rassa telur pindang warisan tu...memang sedap..

    ReplyDelete
  3. Saya sangat setuju...Kak Azie. Sebab tu bila habis jer UPSR, kami selalu pesan dengan Adam...tak apa dapat apa pun. Yang penting dah usaha. Rezeki Allah, kita tak jangka. Paling penting, jangan berlagak, walau macam mana tinggi pun lagak kawan2 dengan kita. Kena sedar di mana kaki memijak bumi....

    Tahniah untuk Chak. Keputusan sekolah Adam merosot gila2 tahun ni. Laporan kementerian pun menunjukkan kemerosotan. KBAT memang susah sangat tahun ni. Ditambah lagi dengan pengulangan peperiksaan. Semalam kami parents kena sound dengan Guru Besar...jangan marah anak2...hehehehehe.

    ReplyDelete
  4. setuju kak azie, apa pun keputusan mereka tetap anak2 kita yang kita sayang.

    ReplyDelete
  5. Cemerlang akademik tak membantu jadi 'orang' cemerlang
    Pesan bapak kakak tak pandai tak apa tapi mesti kena jadi 'orang' cemerlang.

    ReplyDelete
  6. Orang yang cemerlang belum tentu boleh melakukan kerja2 yang bagus. Contohnya ditapak pembinaan pendatang yang tak punya sijil lebih bijak membuat kerja jika dibandingkan dengan orang kita yang punya sijil yang bagus..

    ReplyDelete
  7. xpernah makan pun.... pernah pegi kenduri y bagi telur pindang pada tetamu istimewa saja.... melepas la nak merasa

    ReplyDelete
  8. sama result dengan adik saya =)
    betullah tu, ni semua bukan penamat

    ReplyDelete
  9. Akak setuju dgn apa yg azie tuliskan.
    Dan yg paling penting doa seorg ibu utk kejayaan anak2.
    Ada teman akak yg selalu beritahu anak2 biasa2 sahaja tapi kesemua anaknya dapat melanjutkan pelajaran ke Uni berkat doanya setiap waktu...
    Akak nampak sendiri kesungguhannya membantu anak2nya dgn DOA.
    Akak mengaku akak juga kurang berdoa. Semuga kita para ibu selalu mendoakan kejayaan anak2 kita dunia dan akhirat.

    ReplyDelete
  10. Lepas ni, kak azie kena pantau tau all korean music, movies tu....
    Saya hari2 lari kat gym...so gym bukak channel MTV...petang2 kat MTV tayang artis Korea..serius, menyampah saya tgk artis2 Korea yg fake beauty nya, berusaha gigih buat music video yg sangat, sangat sexy..kalah music video artis Hollywood..

    Telur pindang femes kat JDT ..tiap kali musim kahwin, especially kat area kampung2

    ReplyDelete
  11. betul tu kak.Apa pun mereka mesti dah usaha..Tak pe la..masih ada spm nih..buat betul2..suami saya kata dia pun masa sekolah rendah bukan pandai sangat kak..hehehh

    ReplyDelete
  12. Tahniah buat semua calon-calon UPSR tahun ni.
    Masih jauh lagi perjalanan mereka.. Tak berjaya sekarang tak semestinya gagal kemudian hari.. ;)

    Dah lama sangat tak rasa telur pindang ni.. sedapnya kalau dapat.. huhuhu..

    ReplyDelete
  13. Alf mabrook buat Chak.
    Insya'Allah.. jangan putus asa.

    ReplyDelete
  14. Tahniah chak ..walaupun apa pun result ini adalah satu permulaan....

    ReplyDelete
  15. suker telur pindang tapi susah nak dapatlah

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails