Saturday, October 13, 2012

Rutin sehari, tapi itulah kisah sepanjang tahun...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Ahad
13-10-2012


Biasanya aku pergi pasar — Pasar Pudu — samada Sabtu atau Ahad. Stok untuk seminggu, tapi kadang sampai hari Khamis, stok dah habis.

Oleh kerana sekarang ni Sabtu dah tak kerja, so Sabtu hari paling best pergi pasar tu, sebab kurang sesak berbanding Ahad. Sesak dari segi pengunjung, tapi parking dan jalan tetaplah juga sesak.

Aku tukang pilih dan MyTOLAKI jadi pembantu yang mengekor di belakang sambil bawak bakul. Macam biasa juga aku ada beberapa orang peniaga tetap ‘regular’ yang aku setia beli dari depa saja. Syukur, hari ini ayam masih boleh dapat RM6.80 per kilo. Beli sekor yang besar (hajat nak Masak Lemak Cili Padi + Nangka Muda) + seekor rangka ayam = RM15.00 sahaja. Rangka ayam plannya nak dibuat sup. Malam ini kononnya dinner nak buat Mihun Sup.

‘Ikan wajib beli’; Keli masih lagi aku boleh dapat RM5.00 sekilo dan macam biasa borong 2 kilo saja. Sayur-mayur masih murah dan segar. Cuma santan sudah naik 2 kupang. Biasa sebungkus (disebut sebiji) cuma RM1.00 hari ini dah jadi RM1.20. Beli juga, sebab ada masanya aku pemalas nak blend kelapa.


Jumpa orang jual Belut. Jarang jumpa, so aku selamba saja snap. MyBonda pandai siang belut ni. Aku tak pernah la makan, tapi MyBonda pernah tolong siangkan pada jiran kami di kampung dulu. Nak buat sup dijadikan ubat. Sakit apa ntah, aku lupa.

Sebenarnya memang seronok masuk pasar ni — kecuali yang tak suka becak dan sesak, bolehlah shopping dalam pasaraya besar — sebab bila tengok itu ini murah, rasa semuanya nak borong. Kesian plak kat tukang angkat barang ni. Sayur kangkung sebesar 2 cekak masih boleh dapat dengan rega RM1.00. Rutin memborong stok barang basah di Pasar Pudu ni dah jadi rutin bertahun-tahun sampai boleh hafal di mana orang jual ikan itu, di mana orang jual santan dan Amoi yang jual barang kering pun dah kenal aku. Bayangkan aku masih beli shampoo di kedai Amoi ni (pasaraya jual RM13.90 tapi aku boleh dapat dengan harga cuma RM9.90 sahaja).

Balik dari pasar, biasanya kami berdua akan singgah sarapan di mana-mana. Hari ini sarapan di Pasar  Wirawati (medan selera), Kg Pandan.


Teringin nak makan Lontong. Tak ler sedap sangat walaupun aku campur Sambal Sotong. Sebab takdak Kuah Kacang! Cissss...! Orang tua tu lapar terlebih, ambik sesenduk Pulut Kuning. Aku diam saja, malas nak tanya, sebab aku baru saja buat Pulut Kuning so aku terasa macam dia tak puas makan. hehehe...

Dan seperti biasa juga, bungkuskan apa-apa untuk rakyat kat rumah. Roti Canai kosong. Bila nak beli Nasi Lemak biasa, perhhh sudah RM1.80 sebungkus. Kensel!


Tetap juga singgah kedai paberet@regular kami di depan rumah. Bungkus Nasi Lemak biasa, yang masih RM1.20 sebungkus.

Tokeynya seorang anak muda Melayu, masih bujang tapi peramah. Pekerjanya seorang kakak 30-an dan dua orang pekerja Myanmar yang sangat rajin yang kami sudah kenal lebih 5,6 tahun. Ramai orang pergi kedai ini bukan tengok tokey, tapi sebab 2 orang budak Myanmar nih. Bukan saja  rajin, tapi juga bersopan. Malah kami sendiri, kalu sebut kedai ni bukan nak sebut nama kedai tapi sebut ‘Kedai Anaz’ (Anaz ni budak Myanmar yang buat air di situ). Hampir semua orang di taman kami sebut Kedai Anaz. Macam dia plak tokey kedai tuh...!

Menu hari ini adalah seperti yang dirancang: Ayam Masak Lemak Cili Padi + Nangka Muda. Menu wajib; Keli Goreng. Kangkung Goreng Belacan. Cukuplah.

Rutin tambahan hari ini, kemas petiais, lalu jumpa benda ni dalam petibeku:


Alia kata, “Ya (Alia) rasa dah bertahun dah rempah tu, mak. Sejak Ya form 1 lagi.” Hahahaha! Memang dah expired dah pun padahal belum pernah guna. Cemana aku bleh terlupa, mungkin sebab terlindung dan sedikit tersorok. So, tongsampah la jawabnya.

Rutin tambahan yang lain hari ini ialah:


Puding perisa Mangga (perasa Strawberri tengah masak) untuk dibawa sebagai buah tangan ke program mesorat@jalan-jalan esok pagi.

Jagung yang 6 tongkol tu aku beli semalam di pasaraya AEON (formerly known as Jusco). Setongkol cuma 99 sen. Murah la kan? Tu yang hampir tiap minggu beli tu. Kali ini tak buat Jagung Kukus, tapi simpan untuk dibuat Bubur Jagung, paberet IKA yang akan balik bercuti panjang, petang ini. So kerja-kerja memBuburJagung ini akan bermula malam ini. AMOI dah plan nak bawak balik sebekas ke rumah sewa dia esok.

Hmmm... tengok lauk macam masih banyak, plan Mihun Sup hari ini haruslah ditangguh. Untuk esok pagi, Nasi Himpit (yang kenalah direbus malam ini) dan Kuah Kacang. Kacang ready-made tumbuk aku beli cuma setengah kilo saja di Pudu tadi. Sekarang dah naik harga; RM10 per kilo.

Sekian, cerita rutin sehari. Phiewwww...! panjangnya entri!



~...hajat hati ingin mengadu kepada si kawan sejati, tetapi HISYAM lebih senang menyendiri sambil beramaran dia sedang memujuk hati, ntah merajuk tak dapat mandi perigi atau kertas kajang habis lagi, lalu SERI BULAN lebih rela masak maggi...!~


 




40 comments:

  1. akak, takut yus tengok belut tu.. Tak pernah makan belut sebenarnya, ingatkan akak yang siang belut tu, rupanya ambil gambar di pasar je ya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebenarnya belut ini ada khasiatnya tersendiri. Tak pasti pula apa, tapi dah ramai yang gunakan sebagai ubat. Di Perlis pun pernah ada kisah belut dijadikan ramuan kuah laksa, tapi tak pasti sejauh mana ada atau tidaknya... Tak pernah rasa. Kalu jumpa di mana-mana, hendak juga cuba.

      Delete
    2. Kalo pi Png..pdg kota ada juai laksa kuah belut...kuah pekat sempoi AA.

      Delete
  2. Bawak buah tangan ek? Kakcik takde apa nak bawak... :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ehhh jangan risau. Jangan risau. Saya hari ni terlebih rajin la Kakcik!

      Delete
  3. Ikan keli...my peberet jugak, tapi kat Batu Kawan ni entah mengapa ikan kelinay maccam tak cukup makan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Agaknya, orang yang bela keli tu pun tak cukup bajet kot. Hehehehe. Kalu keli kurus, goreng garing pun sedap!

      Delete
  4. 1- Saya jenis yg tak suka gi pasar, sebab becak berair, bau ikan..hahaha..Tapi wife saya suka, sebab boleh dpt barang fresh, tak macam kat tesco.

    2- Ikan belut tu kenapa berdarah?

    3- Budak Myanmar yg rajin tu mmg kelompok org Rohingya ke?

    4- Alia form berapa sekarang kak? :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1- Kak Azie pegi juga Tesco, biasanya bila dengar ada ayam dioffer murah. Tapi jarang sangat sebab ayam yang dioffer tu kecik!

      2- Semua ikan berdarah, Bro! yang itu nampak banyak sebab sudah disiang, yakni dibelah badannya.

      3- Tak pasti la pulak dari kelompok mana. Sebab dah lama sangat depa duduk Msia.

      4- Alia baru Form 2. Means, rempah tu dah setahun lebih!

      Delete
  5. asslam azie..patut azie suka kesana..masih murah lagi dibandingkan dengan seremban ni..acik pun tak suka masuk pasar..becak..tapi tak jugak beli kat pasaraya..mahal..en.abang acik masuk pasar..acik tunggu dirumah..ataupun pi pasar tani..acik pi bahagian sayur..tak becak..En,abang pi bahagian ikan daging tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ACIK, dah namapun pasar basah, memang basah dan becak jika hari sebelumnya atau malamnya hujan. Saya biasanya akan pakai kasut bersarung utk elak becak.
      Kat area tempat saya, susah nak cari Pasar Tani terdekat.

      Delete
  6. Alhamdulillah... rutin harian berjalan lancar. Ingat tadi ada resepi belut..he he heh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Resepi belut? Wahhh agaknya apa yang boleh dibuat eh? Sup paling mudah, kan? hehehehe

      Delete
  7. geli tengok belut...

    sejak menganggur saya la tukang masak, tukang pgi pasar...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalu siapa yang tak takut ular, dia tak geli belut. So saya tak geli. hehehe
      Baguslah U jadi tukang pegi pasar serentak tukang masak, sebab U tahu apa yang hendak dimasak lalu tahu apa yang hendak dibeli.

      Delete
  8. Salam AA,

    Suka nengok lontong tuh, sudu dan garfu siap terpacak..hik3x

    ReplyDelete
    Replies
    1. Auntie!!!!!!
      masa pic ni dah upload, baru saya perasan pasal sudu garfu tu. Saya sendiri dok kata dalam hati, janganlah ada orang pi komen tang sudu gerapu tuh. Tak sangka mata Auntie plak yang tajam nampak! Adehhhh!

      Delete
  9. org kata belut buat penyakit asma...waullahualam...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh ya ker? Tak pasti pula. Maklum masa kat kampung dulu bukan kisah sangat pasal ni.

      Delete
  10. pergh banyanya cita pasal masakkkkkkkkk. jagung tu buat drooling. tang belut tu..erk!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalu dah cuti ni, apa lagi. Masak makan masak makan la yang best!

      Delete
  11. Kat banting ni lain plk, kalo kt pasar tani sayuran n ikan2 mahal banding dgn pasar basah..nk murah beli kat econsave je..
    P/s..nama je dok area kpg tp rega brg lbhkrg putrajaya..huhu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya dengar pun, sekarang ni setengah2 kawasan kampung pun barang lebih mahal dari bandar. Contoh, saya balik Kuala Pilah, barang mentah memang sangat mahal. Lebih mahal dari KL.

      Delete
  12. wahhh...my hobi jgk ke pasar basah tu...or pasar tani or tamu2....bes sgtttttt....tinguk brg2 basah yg murah n nmpk d longok byk2....x kesah la sayur2 ikn aym daging rempah ratus semua...semua nya la...tp mcm.lg murah hrga d ctu compare d cni...cth aym tu...cni if aym bulat rm10 sekilo...if yg part2 tu 11...d supermarket bsr lg mhl...seafood myb cni murah compare ctu...tp x sure la kn...n ikn darat mmg x jual d psr bsr kk...tamu2 pn jrg nmpk...x prna bli santan segar d psr tp skn beli klapa parut hrga sekilo rm2.50...pjg cerita klu part gi pasar kan....among my fren...rasa nya sy saja yg rajin g tmpt2 bgtu...kdg asben pn heran napa bininya asyik beli brg basah saja...akak dtg cni bole tunjuk pasar basah kk n tamu2 cni...besssss...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya rasa di Sabah sana lagi la banyak pasar tamu/pasar tani yang menjadi pilihan. Sebab di sana kan banyak sayur. Seronok, kan? Macam-macam ada...

      Delete
    2. Ya la cni mmg byk jenis psr...nak p awl pagi or nak yg ptg/mlm(cni jm 6 da glp kn)..sna cni byk tamu/psr...bole tkr2 every wik n. ..n ada jg tamu yg hari2....depends dgn mood. ..

      Delete
  13. Saya pi market beli stok lauk pauk ni setiap hari Ahad. Kena pi awai, kotidak nak parking pun takdak tempat. Tapi saya takdak tukang angkat barang, heheheeee..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalu takda tukang angkat barang, kena la upah orang atau cepat-cepat la cari si tukang angkat barang merangkap tukang angkat hati dan perasaan. Ahaks!

      Delete
  14. Oits belut tu bagus utk org baru lepas operation.buat sup campur halia byk2.

    Tp aku tak mkn beb...geli nmpk mcm ular je huhu.

    Brg basah ke kering ke kat parit buntar mmg murah giler beb mmg sesuai utk org pencen.

    Tak sabar aku nak dok sana jd org kg pulak ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Beb.. belut tu lebih kurang macam haruan la jugak ya? Ohhh

      Parit Buntaq tu, ada barang murah ada barang mahal la Beb! Aku rasa setakat kain baju, barang lain memang murah tapi kalu barang mentah, ikan segala tu, aku rasa dah mahal la sekarang...

      Delete
  15. rajin akak ke pasr , memang seronok .. kalau ke pasar boleh pilih amcam2 .. ada duit ngan x der duit aje .. barang punn dgn pelbagai harga .. mahal .. x munasabah pun ada ekeke ;)

    wahh rajinnya akak buat puding banyak2 tuu .. sedap tuu , makan sejuk2 ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ke pasar borong barang basah, dah jadi rutin yang menyeronokkan. Sebab harga murah dan banyak pilihan.
      Puding tu pun selalu gak buat, kadang tu bukan utk majlis tapi anak-anak memang suka makan sebab kami simpan dlm petibeku lalu makan macam makan eskrim!

      Delete
  16. anak2 saya memang suka belut..dah diajar makan dari kecik.. maknya sampai skrang tak boleh makan..hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ehh anak-anak makan belut? Macam selalu makan jer...?

      Delete
  17. salam sis...

    Belut tu ta makan juga sis...
    elok untuk kesihatan sebenarnya...mula-mula tak lalu..
    Tapi pekena masakkan isteri tercinta..
    Perghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh..........nak lagi dan lagi dan lagi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amboiii pandai makan belut juga ya? Wahh kalu gitu, Kak Azie pun la belajar makan belut ni

      Delete
  18. sedapnye tgk .. aish. tengah hr dah nih. tapi tak makan2 lagi.. lapaq3..

    ReplyDelete
  19. sambil membaca sambil membayangkan ai berada dilokasi kejadian.. ;)
    serius terbalik pulak jadinya.. hubby tukang beli, ai tukang ikut.. kihkihkih..

    ReplyDelete
  20. Jagung tu nampak fresh la Kak Azie. Kat rumah hanya 3 mulut yang nak makan. Hari jumaat buat sambal kosong sekuali. Goreng bilis tuang sambal. Esoknya goreng ayam tuang sambal. Lusa masak sotong tuang sambal. Jumaat jugak blender sambal belacan untuk seminggu ekekkeee... Dasar mak pemalas...hahahaaaa...

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen dan mengomel.... :) *Bila saya tak sempat reply, jangan marah ehhh...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails