Monday, March 2, 2015

Biar suami ulang makan asal bukan ulang keluar...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Senin
02-03-2015


Dunia masakan walau menjadi sebahagian kehidupan orang perempuan tetapi sebenarnya masih ramai perempuan yang tak pandai memasak.

Definisi pandai memasak itu sendiri sangat subjektif. Pandai masak tu ada orang kata apabila dia makan rasa sedap dan kena pada tekaknya. Dan tiada orang akan kata mak dia tak pandai masak. Sedap belaka. Sebab dia membesar dengan rasa dari masakan emaknya sejak lahir.

Lalu bila kahwin mula merasai yang lain dari lain. Isteri masak ada ketika dia tak leh telan. Well bersungguhlah si isteri belajar masak supaya si suami suka makan dan tak komplen lagi. Amboiii suami pun. Bagi la moral support sikit. Nak mahir masak serupa macam mak awak masak bukan boleh pandai sebulan dua. Contoh tak jauh saya sendiri. Nak mahir masak menu lemak cili padi tu pun bertahun juga. (Mahir di sini ialah tahu agak berapa cili untuk berapa ekor ikan, berapa kunyit hidupnya berapa asam kepingnya dan paling utama berapa pekat santan kelapanya).

Kena kental jiwa bila suami cuma ambil sesudu dan makan dengan muka kelat terkulat kulat di peringkat awal. Masa ni la time paling best nak majuk pun. Hahahaha!

Well, practice makes perfect kan. Cuba la jangan give up. Saya sendiri selepas bertahun-tahun bolehlah bangga dapat masak Lemak Cili Padi dan Pulut Kuning hampir nak sama macam air tangan arwah MyMakMertua. Itu 2 jer la punn... bab buat kuih kukus kukus tak pernah sempat nak belajar. Rugi.

But bagi kami yang dah lebih 26 tahun kahwin, dah tak kuasa nak komplen komplen. Redha jer semua benda. (Yup termasuk lah kalu dia nak berbini lagi. Ahaks!)

Apapun saya nasihatkan belajar masak dengan hati yang kuat semangat. Sekali sekala korbankan kehendak nak ikut selera sendiri. Tak rugi pun.

Seorang kawan lelaki saya pernah gurau: "Biar suami ulang makan asal tidak ulang keluar". Hahahaa betul jugak tu. Tu pasal suami suami ramai yang boroi.

Tayang-tayang:


Lauk semalam di hari cuti hujung minggu. Itu saja masa yang ada untuk masak sakan-sakan. Sup Ayam tapi saya makan dengan mihun.


Dalam rajin dalam malas, tumbuk Sambal Belacan. Timun Jepun sangat murah semalam di Pasar Pudu. Tiga biji cuma RM1 saja.


Gandingan lain ialah bendi celur. Jadi bila MyToklaki makan bertambah saya buat buat tak nampak saja. Cewahhh..!




 ~...musim kering sudah bermula dan tayangan wayang pacak di laman dewan orang ramai akan ada hampir setiap malam, SERI BULAN tidak sabar mengulangi keseronokan yang sama tetapi kali ini hendak ditambah dengan membawa kuih talam berlapis ubi yang baru dipelajari dengan harapan HISYAM yang duduk di sebelah tidak lagi mengeluh lapar tetapi sebenarnya alasan hendak bangun mengintai anak dara Pak Imam....~




11 comments:

  1. Samabl belacan + bendi celur + nasi panas = perghhhhh... :)

    ReplyDelete
  2. air tangan isteri...pengikat kasih sayang ..

    ReplyDelete
  3. isteri sy nak pastikan sy boroi sokmo..hehehhe

    ReplyDelete
  4. Betul tu kak. saya asalkan suami suka makan dan bertambah nasi seronoknya rasa walaupun apa yang kita masak bukanlah lauk kegemaran kita sendiri.

    ReplyDelete
  5. Sedap...betui akk..wlupun x pndai masak..mmg kna blajaq..smpai berjaya..hehe ^_^

    ReplyDelete
  6. semalam husband sy yang tumbuk sambal belacan.. sebijik macam dalam gambar tu.. hahaha

    ReplyDelete
  7. Salam,
    sayang suami kenalah jaga perutnya...hihi..

    ReplyDelete
  8. teringat awai2 kawin dulu buku resepi jadi panduan setiap hari.Sekali suami ketawa dan buat bahan lawak,buku resepi letak ketepi.Isssh kalau tak bebal,mungkin saya dah jadi tukang masak yg handal.hehe.

    ReplyDelete
  9. Setuju Azie
    Biarlaaa suami boroi sbb kita pandai masak...
    Mmg bahagia bila lihat beliau mengulang makan....

    ReplyDelete
  10. nampak sedap! setuju dengan tajuk entry ni.sementara bujang kena manfaatkan skill.

    ReplyDelete
  11. Husband saya paling kuat komplin dan mengutuk kalau saya masak. Sudahnya, makan kat rumah mak dia saja lah

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails