Thursday, July 2, 2015

Ramadhan 15: sanah helwah Azie Azah

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Khamis
02-07-2015


Ulangtahun Puan Blog ini jatuh pada semalam 01-07. Tiada sambutan. Tiada kek juga seperti selalu, sebab saya memang tak gemar kek. Jika beli pun bebudak yang makan.

Saya bercuti semalam untuk menguruskan suatu urusan yang kemudian menjadi hadiah ulangtahun saya yang paling bermakna.

Walaupun tugas di tempat kija menimbun tetapi tidak mendesak lalu cuti dimanfaatkan juga dengan menunaikan hajat nak buat kuih untuk berbuka:



Dah lama plan nak buat popia sendiri. Tak ingat tiru resipi inti dari mana. Dah lama. Dan sekarang setiap tahun Ramadhan popia ini terus menjadi menu wajib buat, sekurang-kurangnya sekali.


Ternyata, hasil sangat memuaskan walaupun rupanya memang tak boleh dibuat jual. 50 keping sekali buat. Berbaloi dimakan oleh keluarga ramai seperti kami malah boleh disimpan untuk hari seterusnya.

Tayang-tayang:


Hadiah dari Chak. Kecik jer sebesar tapak tangan. Tapi sebab dia beli sendiri, tentulah saya suka.


Ini pouch leather dari Ika berkongsi dengan Dak Amoi. Brand high-end Kenzo ni memang paberet depa. Bolehlah saya guna untuk simpan duit angpau Raya nanti. Yeayyyy!!

By the way, saya menerima satu lagi hadiah lain yang sangat-sangat bermakna. Alhamdulillah...

Satu hari cuti yang penat tapi menyeronokkan...!




 ~...berkayung kolek untuk ke hulu sambil menongkah arus bukanlah kepandaian HISYAM apatah lagi SERI BULAN juga ikut bersama dengan wajah tegang cuak curiga, tetapi apabila jeti mula kelihatan dia kembali tenang walaupun banyak mata yang memandang dan pandangan lebih banyak ke arah lelaki yang bersusah payah mendayung tadi...~




19 comments:

  1. Cepat aje masa berlalu. Hari ini dah masuk hari ke-15 sudah. Sedap kuih tu akak.

    ReplyDelete
  2. Cepat aje masa berlalu. Hari ini dah masuk hari ke-15 sudah. Sedap kuih tu akak.

    ReplyDelete
  3. Sekali lagi...sanah helwah k azie...hanya kiriman doa mampu kuberikan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terimakasih banyak Azimah. Doa dan ucapan. Semoga yang baik-baik saja...

      Delete
  4. Replies
    1. Terimakasih Yana. Aaminnn segala doa dan harapan...

      Delete
  5. hadooiii..terliur kak azie oiii pagi2 ni tgk popia!!
    ok, nak mintak fiza buatkan popia!! hahaha

    utk keluarga ramai, mmg berbaloi buat sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. DZ...tak rugi buat banyak. Simpan dalam bekas kedap, boleh goreng bila mahu. Berbaloi-baloi!

      Delete
  6. Alhamdulillah. Happy belated birthday Azie.

    Dah dapat lesen ya... :)

    ReplyDelete
  7. Sedapnya popia goreng, kak zai suka kuih ni.

    ReplyDelete
  8. Sedapnya popia goreng, kak zai suka kuih ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang Kak Zai. Semua rakyat dalam rumah saya sangat suka. Berebut rebut nak makan.

      Delete
  9. Kak Azie tak nak syer ke satu lagi hadiah yg sangat bermakna tu...ehehehee...

    ReplyDelete
  10. tengok popia ni, terfikir bilalah saya nak buat.. dah 15 hari berpuasa tapi masih belum terbuat lagi.

    ReplyDelete
  11. bila pulak sy nk memasak? seronok tgk org masak2 ni

    ReplyDelete
  12. sama la saya...x de kek2 bagai. tapi sebab orang rumah beria sangat ajak makan kat luar sebab dia nak belanja, ikut jer la.

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum,
    Sanah helwah.
    bila nak bagi resipi popia...ehhh, bagi yang dah siap goreng lagi bagus, leh gigit terus la la la

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails