السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Rabu
28-04-2014
Menampal semula sebuah komen (pertanyaan) seorang pembaca di entri saya berkaitan Chicken Chop yang sangat murah bertajuk “Saya sebut, Chicken Salah Kedai...!”:
*****
Pernah makan Roti Canai berharga RM5 sekeping, tak?
Yeaa itulah dia rupa Roti Canai berharga RM5 sekeping. Air tu ialah Kopi Vietnam Ais (yang enak bangat!)
Roti Canai di bandar Ho Chi Minh, yang kami makan selepas meronda pasar malam Ben Thant. Sekitar jam 12 tengah malam. Ahhh heaven juga!
Juga ada Roti Canai perisa Coklat, dan Cheese.
Last:
Puan Blog bersama peniaga Roti Canai Malaysia di Bandar Ho Chi Minh. Jika tak silap namanya Silva, orang Air Hitam, Pulau Pinang. Sudah lebih 2 tahun bekerja di sini (bekerja dengan orang tempatan) tetapi dia menguruskan gerai ini — Gerai Kasim Baba — sepenuhnya bersama beberapa orang pembantu tempatan.
Cabaran orang luar berniaga di bandar ini ialah, sewa lot kedainya sangat-sangat mahal...!
~...benarlah kata orang, bila suria yang memancar terang disambut dengan hati yang tenang, mata yang juga ikut terang, segala kejadian dilihat sangat adil lagi menyenangkan, sehingga ketika HISYAM tiba bersama muka cemberut dek sakit perut, SERI BULAN merasakan menu hari ini harus ditukar dari manis ke masin, dari masam ke hambar...~


