Monday, November 4, 2013

Saya sebut, Chicken Chop Salah Kedai...!

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Ahad
03-11-2013


Jumaat lepas, lepas kerja (yang sangat lewat baliknya), ujan renyai pulak tu. Mendorong saya menjadi malas nak masak sebab dalam kepala set nak balik makan then boleh tidor awal. Taknak masak. Taknak masuk dapur lagi.

Sepanjang minggu lepas yang sibuk digandakan lagi kesibukan dengan projek urgent dari Big Boss yang datang mengejut di petang Khamis. Job yang perlu disiapkan sehingga Jumaat kerana Sabtu adalah cuti umum dan rata-rata kami tidak mahu dipanggil kerja pada hari cuti. Masing-masing dah pasang plan sendiri, dan semua orang yang terlibat tarik muka bila diugut, jika tak siap Sabtu Ahad kena masuk opis. Oh nooo!

Lalu bergelut lah kami sehingga ke malam hari sepanjang 2 hari untuk siapkan 15 tajuk untuk submit ke Kementerian. Terasa betul tekanan dan keletihan. Alhamdulillah, berkat “kerjaaa-sama!” lalu segalanya dapat diselesaikan dengan jayanya dan saya antara orang terlibat yang turut diberi tugas penting. Hmmmm... now I think, depa dah ‘nampak’ saya.

Balik dalam sejuk ujan, dan kelaparan, MyToklaki bawa saya dinner di foodcourt Kg Pandan. Sebelum Raya Haji dulu saya dah pernah tulis pasal makan chicken chop di sini bersama sepupu saya (entri terkujat ini). Lalu kali ini saya rekmen MyToklaki pula.


Lot kedai yang saya makan dulu kelihatan ramai orang, lalu kami duduk di gerai yang lain. Alahai... tersalah kedai.

Sebab dah la tak sedap, presentation saya boleh sebut sebagai failed! Hmmm harap nama kedai jer gah. Deli Muar. Sumpah, pasni tak nak duduk kedai tu lagi dan makan di situ. Tak sedap langsung black pepper sauce nya. Terlalu berminyak. Saladnya takda rasa. Mash potatonya tak sedap dan masih ada kentang keras tak empuk di dalamnya. Papan lapik hot platenya, sudah buruk dan berlendir basah. Yuckkk!

Saya gigih habiskan ayam dan abaikan yang lain. MyToklaki memang bukan peminat western (dia orang kampung, nasik juga) lagi la dia menolak benda ni kalu tak sedap.




 ~...HISYAM akhirnya pergi juga mencari ruang lega untuk diri sendiri dan SERI BULAN terus tertinggal sendiri di Teratak Nyatuh, tanpa janji tanpa permisi hanya harapan dia akan segera kembali lagi...~




22 comments:

  1. laa....dah tak sedap kenapa makan jugak ekkkk..kalau saya cakap dengan tuan kedai tak sedap ler...leh gitu....huhu

    ReplyDelete
  2. betul...kalau salah duk kedai kat situ...mmg menangis dalam hati jugak lah...tapi makan tetap habis...dah itu rezeki hari ini..tapi mmg dah tak dtg kedai tu lagi..heheh saya selalu pergi la verde kalau ke situ.buat, buat masa ni kena kat tekak saya.

    ReplyDelete
  3. Hello Azieazah, wow! I love this....to me I eat to live, not eat to live, so as long not kambing, kerbau, itek saya hantam juga, ha ha.
    But pity as you mentioned it was not to your standards.
    I used to have friends living in Kg. Pandan dalam long ago.
    Have a nice day.
    Lee.

    ReplyDelete
  4. gitupun boleh yerk. tokei dia tak penah cubaker makan kat kedai yang sedaptu... takkr dia perasan kenapa kedai yang satutu penuh orang ... kedai dia takder... isyh tak suka orang yg bukak kedai makan tapi amek kesempatan cam gini. orang tengok kedai yang sedaptu dah penuh merasalah dia tempiasnyer...

    ReplyDelete
  5. Replies
    1. Masih sama dengan gerai yang dulu. RM6.50 per plate.

      Delete
  6. Alamak! Tak best. Ralat. Tapi takpe. 1st n last.

    ReplyDelete
  7. Replies
    1. Pasar ker kat situ? Tak sure ada pasar apa. Tapi foodcourt ni tepi jalan berdepan dengan Desa Pandan. Sebelah Klinik Kesihatan.

      Delete
  8. kalau ikut citarasa sy , banyak juga kedai makan dlm blacklisted kami anak beranak area Banting nih..., bab tak sedap satu..., bab servis lambat tu yang spoiled mood makan. huhuu boleh menyirap walau tak oder air sirap !

    ReplyDelete
  9. mmg geram kalau makanan tak sedap..saya punya ISO..kalau nak meniaga,biarlah lbh sedap dari yg kita masak kat rumah...

    ReplyDelete
  10. setakat ni chicken chop yg saya mkn , mmg sosnya x sedap . lidah saya ni cerewet agaknya ... heheheee

    ReplyDelete
  11. lamanya tak makan westren food.. hehe

    ReplyDelete
  12. pakcik tak makan nasik... makan western je....

    ReplyDelete
  13. pergi la try kat moon's kitchen..

    pasti x mengecewakan :)

    ReplyDelete
  14. Org ckp kalau nak kenal kedai sedap, customer dia ramai. Tap kena tunggu aa dia layan kalau customer dah ramai.

    ReplyDelete
  15. Tengok papan dia dalam gambar pun dah rasa...argghhhh...

    ReplyDelete
  16. kalau saya, memang tak makan dah.. terus ajak en. suami balik.. huhuhu..

    ReplyDelete
  17. Assalamualaikum kak.. ada nombor kedai tak.. rasa mcm nk pegi sana la..

    ReplyDelete
  18. http://afiqahizzatie.blogspot.com/2009/08/wastren-food-murah-dan-sedap-di-deli.html?m=1

    ReplyDelete
  19. http://azlia-hanyaaku.blogspot.com/2014/11/deli-muar-western-food-kampung-pandan.html?m=1

    ReplyDelete
  20. http://websta.me/location/1644631

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen dan mengomel.... :) *Bila saya tak sempat reply, jangan marah ehhh...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails