Tuesday, April 29, 2014

Ho Chi Minh: shopping time...!

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Thalatha
29-04-2014


Entri sambungan. Agak boring, kan? Sebab citer dah terlewat.

Okeh, takpa sekadar nak merakam kenangan dan beberapa gambar (yang tak banyak sangat berbanding lain tempat yang pernah saya pergi). Bandar Ho Chi Minh, tidak sempat dijelajahi sepenuhnya, dan agenda shopping menjadi agenda utama.

Takpa, lain kali boleh datang lagi. Sebab kosnya agak murah dan belian menjadi sangat berbaloi-baloi.


One of the complex.



Harganya di sini sangat di luar dugaan saya (setelah saya bandingkan dengan harga di Malaysia, dalam RM yang dijual oleh beberapa orang rakan saya). Ohhh... sangat sangat menguntungkan!



Ramai orang dari negara juga bershopping di sini.



Kasut, hand-made.


Tapi yang ini, harganya boleh tahan mahal. Sekitar RM40-50 per pair. Hmmm.. kat Malaysia pun lebih kurang gini gak, kan?


Ahaaa... ini dalam butik. Harganya sangat murah dan berbaloi. Macam harga bukan dalan butik. Percaya lah!



Tayang-tayang:


Hasil buruan, si Puan Blog.


*SAYA INGIN MERAKAMKAN SETINGGI PENGHARGAAN DAN TERIMAKASIH SAYA KEPADA SEKIAN RAMAI TEMAN BLOGGER JUGA SILENT READER YANG SENTIASA MENYOKONG SETIAP ENTRI SAYA. I appreciate it!



 ~...antara bulan mengambang yang menyinar cahayanya di celahan julai jambu, dibanding dengan bayangannya di atas permukaan Sungai Menghijau Lumut, SERI BULAN lebih rela melihat bulan di celahan daun nyiur gading yang pucuknya bagai boleh dicapai dek tangan melalui ambin tidak berdinding, sambil HISYAM mengagak hendak menolak, dan SERI BULAN menahan geram bagai ingin menolak pula si teman sejati di hujung waton biar tertungging hingga ke laman, dan apabila gaduh menjadi ampuh, dia akan memujuk dengan air kopi dari dapur kayu dan cerek tembaga...~




11 comments:

  1. Haihhhh...tak puas hati tengok gambaq tu ja Kak Azie...

    ReplyDelete
  2. Nampak best ja.Kalau ada peluang memang akan ke sana ni nanti.

    ReplyDelete
  3. Sama-sama kasih kak. Saya juga hargai setiap kunjungan dan setiap komen dari blogger yang lain.

    ReplyDelete
  4. cantiknya kasut tu kak! akak tak bagitau nak p
    kalau tak confirm bagi list juga...hehe

    sama-sama kasih kak azie, suka singgah sini sebenarnya =)

    ReplyDelete
  5. geramnya tgk kain2 di belakang kak Azie tu (gambar no 2)...bestnya klu dpt borong...

    ReplyDelete
  6. salam

    bestnye dapat jalan jalan & bershopping..

    ReplyDelete
  7. my adik baru balik dari vietnam ....ada ler telekung tu yg dibelinya kat sana....hihi

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails