Wednesday, February 24, 2010

Tahun ke 3...

Semasa cuti CNY tempohari, seorang staf dari publisher besar, Creative Enterprise Sdn Bhd, call. Menawarkan suatu tawaran yang sama.

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2010, 29th: 19– 28 Mac 2010

Memang 2,3 minggu lalu aku sudah email bertanyakan tentang tawaran promoter, tetapi masih belum dibuka. So aku menunggu dan terus terlupa. Mujur sekali CESB masih menyimpan rekod dan no tel, so tak perlu email, depa sendiri yang call.

Mengikut perancangan mereka, jika bersedia aku boleh saja bertugas sepanjang hari Pesta Buku itu, tetapi mengenangkan pengalaman lalu, aku bersedia untuk bertugas pada 3 hari pertama dan 3 hari terakhir. Lagipun susah juga untuk aku nak ambil cuti sepanjang minggu tanpa alasan kukuh.

Lagipun, aku bukan muda lagi untuk berdiri sepanjang hari untuk sepanjang Pesta itu. Dan aku adalah Promoter PALING TUA yang ada di booth itu, so sendiri kena jaga diri sendiri juga.

Memilih untuk bertugas di hari-hari pertama sebenarnya memberikan kelebihan buat aku. Tahun 2008 dulu, aku dapat jadual hari-hari awal. Sungguh seronok kerana aku boleh melihat sendiri aliran pengunjung, menjangka sendiri kelompok mana yang berminat dengan buku mana, dan mudah untuk menyiapkan diri sendiri dengan tugas.

Pesta Buku Antarabangsa 2008: 4th–13th Apr 2008. >>>



Novelis FAUZIAH ASHAARI.


Pesta Buku 2009, 17–26 April 2009 >>>


Novelis NAS ALINA NOH – siri remaja Flying Kiss laku betul..
Kanan; DIYA ELORA — Novel terbaru masa itu “Cintanya... Kian Membara” laku sampai naskhah sample pun ada yang berebut. Hebat...!


Ada novelis NAJWA AIMAN di situ...

Tahun 2009, atas kelewatan (sibuk dengan kerja), aku cuma berpeluang 3 hari terakhir. Agak sukar kerana untuk menyesuaikan diri dan mengingati begitu banyak plot dan sinopsis tajuk-tajuk baru. Dan aku tak suka keadaan itu, kerana kelam-kabut dalam memberikan yang terbaik kepada bakal pembeli.

So, tahun ini aku berharap aku dapat memperbaiki lagi segala kelemahan yang ada dan berharap tugasan ini menjadi sesuatu yang lebih menyeronokkan.

Menjadi promoter bukan sesuatu yang mudah, tidak juga susah. Tahun pertama dulu, aku membuat kajian sendiri. Print sendiri sinopsis tajuk-tajuk novel CESB dan bawa ke booth untuk rujukan sendiri (wpun kemudiannya promoter lain pun pinjam juga.. hehehe) sampai lunyai paper tu. Walaupun banyak novel-novel CESB ada dalam simpanan aku, tetapi bukan semua dapat diingat, kan? Sebab itu aku lebih suka bertugas di hari-hari awal, kerana dapat mengingati plot dan bila mengulanginya, segalanya akan lebih lancar nanti.

Bagi sesiapa yang pernah melihat aku (bukan ler datang tu nak tengok akuuu...) atau pernah membeli di situ, atau pernah diberi penerangan oleh aku, harap-harap tahun ini datang lagi dan berjumpa lagi, yang penting beli lagi.

Sesuatu yang ingin juga aku nyatakan, memenuhi hasrat untuk menjadi part time promoter bukan desakan sesiapa, bukan kerana elaun (malah tiada orang tahu pun masa mula-mula aku apply dulu), tetapi kerana aku begitu suka bekerja dengan buku, begitu gembira bercakap tentang buku novel, begitu seronok berjumpa dengan pembaca-pembaca novel seperti aku, malah seronok itu bertambah bila aku mendapat ramai kawan baru.

Pengalaman manis yang sukar dilupakan hingga aku tidak pernah ingat tentang kepenatan, keletihan dan hilang suara kerana bercakap dari pagi sampai malam...


Jumpa anda di sana nanti ya kengkawan...

Harap-harap tahun ini aku ditempatkan di section kegemaran aku, section Novel Terbaru.


~...SORI BERLORI, tu semua pic AA yang sudah basi. Hahahahaha...~



Tuesday, February 23, 2010

Ayam Organik...

Sapa suka makan Ayam Kampung? Yup, sapa yang mai dari kampung, masa kecik-kecik dulu mesti ler selalu makan ayam kampung, kan? Apatah lagi kalu yang bela sendiri. Suka hati jer nak makan bila pun. Yang penting rajin pilih yang gemuk dan kuat tenaga mengejar.

Pernah ada pengalaman tak? Aku dulu, masa kecik selalu tengok Arwah AYAH tangkap ayam guna jala.. hehehehe.. tebar jala pada ayam sebab dah jenuh kami kejar@“meligan” ayam keliling rumah.

Bila dah sembelih, celup dalam periuk besar, ramai-ramai men“togel”kan ayam tu. Pastu bagi jer arahan ala manja-manja kat BONDA, masak yang best-best. Biasanya kari lerrrr.. Perhhhh..! Terkenang weyyyy!

Sekarang ni, nak cari ayam kampung kena pi pasar ler. Tak pun ayam kampung pencen, buat rendang. Musim raya kalu, harga sampai RM8 sekoq.




Aku dan kawan-kawan selalu makan ayam kampung di TPCA, Kg Baru. Ayam organik ni hanya digoreng. Memang sedap wpun harganya memang mahal gak lerrr.. (RM3.50 per piece). Tapi sedap dan puas hati.





Makan tengahari sambil meratah ayam kampung dengan TOKLAKIku dan kawan-kawan minggu lepas...

Setiap 2-3 bulan sekali, kami mesti pegi makan kat sana. Satu gerai (orang Kelantan) ini memang sentiasa menjadi pilihan. Siapa yang biasa Medan TPCA mesti tau gerai tu, paling ujung berhampiran jalan besar (belakang bus stop).


~...minggu ni kerja cuma 4 hari jer kan?...~



Monday, February 22, 2010

Tak banyak aktiviti, tapi seronok...

Sepanjang cuti, memang tiada program khusus. ALONG yang balik bercuti sudah ada plan sendiri. 3 kali keluar dengan kawan-kawan sekolah lama. IKA pun sama. Tempat faberet, sudah tentu MV, KLCC dan Pavilion.

Aku pula berulang alik dengan kerja-kerja luar, termasuk menemankan TOKLAKIku atas beberapa urusan.

Yang best, aku berpeluang juga melihat Lion Dance dari dekat.. yesss!~! semasa singgah Low Yatt Plaza menguruskan ACER yang meragam tak sudah-sudah.



Gambar goyang plakkk...

Tingin nak makan kek coklat jer, tepon dan amik jer... Aku order lebih sebab ALONG balik bercuti.

Macam dah takda kerja sekolah nak buat...

Ini pula semasa ALONG ajak meronda-ronda Tesco. Bawa adik-adik. IKA tak ikut sebab dia kerja.

Ya, maaf, aku jarang tunjuk gambar anak-anak (anak pun ramai) sebab aku lebih selesa bercerita tentang diri sendiri jer. Apapun, aku tak kisah sekali sekala tunjuk...:)


Tesco Ampang




Bodek nak pensil tekan-tekan...!

Novelis faberet ALONG. Dia mesti beli punyerrr...

IQ test...


~...antara yang juga best (tapi tiada gambar) ialah panggilan telefon dari pihak CESB, offer untuk jadi Promoter lagi di Pesta Buku Antarabangsa PWTC 2010 nanti... Yesss!~




Kembali ke laman...

Hari ini kembali bertugas. Memang ada sikit rasa malas, tapi bercampur juga dengan rasa seronok. Walaupun cuti 9 hari macam panjang, tapi kalu bleh, nak panjangkan lagi..

Mula nak buat post, tapi tak tau mana satu nak tulis dulu. Apapun harus juga menulis sedikit tentang aktiviti sepanjang cuti, untuk kenangan diri sendiri. Yang sudi membaca, terimakasih banyakkkk.... sayang korang!

Aku ringkaskan saja. Summary. Kalu panjang sangat, nanti boring baca.


Jumaat hari terakhir kerja dulu, malam — sudah bertolak ke Johor. Yup, aku pergi atas undangan kawan dan keluarganya. Walimatulurus di sebelah lelaki. Dulu masa di sebelahnya di Perlis, aku pergi 3 hari.



Johor — Felda Air Tawar 2, Kota Tinggi. Sungguh jauh dan ini pengalaman kedua. Pemandangan yang sungguh mengasyikkan. Majlis yang sungguh meriah. Sambutan yang hangat sama hangat dengan cuaca yang membahang — yang GELAP ini sudah tidak kisah lagi kerana tiada beza jika LEGAM.

Melihat dengan mata sendiri majlis di tempat orang. Kebetulan majlis kenduri meraikan 3 pasang pengantin, memang lain dari yang lain. Beberapa budaya yang berbeza — orang Jawa memang terkenal dengan keramahan meraikan tetamu — setiap tamu menerima “berkat” nasi minyak.



Singgah menyapa ombak, bermain pasir di Desaru. Menikmati keindahan anugerah NYA, berbisik sendiri betapa angin begitu nyaman walaupun air laut panas dek terik mentari kerana hujan sudah lama tidak turun.





Sebelum kembali ke KL, singgah ke NILAI 3. Ada yang gelak, kerana jarak KL—Nilai tidaklah jauh tapi aku baru PERTAMA KALI sampai. Kerana tiada sebab besar untuk aku datang. NILAI 3 yang mungkin bernilai bagi setengah-setengah orang.



Aku tidak pernah tahu ada mercu tanda ini. Malah tidak pernah lihat pun di mana-mana web.

Beri masa pada orang lain bershopping, aku meronda cukuplah. (Aku jumpa banyak barang yang aku tidak akan beli, kerana aku dah pernah jumpa di KL jauh lebih murah harganya...)

Ada banyak jika dihurai, tetapi biarlah gambar memberikan gambarannya.. — di Facebook aku ada banyak lagi gambar. Kalu rajin, selak-selaklah album. Terimakasih.


~... hari ini aku akan cuba menghabiskan melawat blog-blog kengkawan yang mana aku ketinggalan ceritanya...~


Saturday, February 20, 2010

Salam sejahtera...

Salam semua..

Maaf lama tidak menjengah, meronda atau mengomen di blog anda semua. Masih dalam mood bercuti.

Dan ada banyak aktiviti (tak ler banyak sangat..) yang dibuat, terpaksa buat dan kena buat sepanjang cuti 9 hari ni.



Semoga kawan-kawan semua sihat sejahtera dan gembira..

Nanti saya akan bercerita lagi.


~...info Trip ke Kelantan & Tganu (di sebelah >) sudah dipadam kerana tarikh trip terpaksa DITUNDA. Harap maklum...~



Friday, February 12, 2010

Tahun Harimau... Hari-hari mau?

Selamat menyambut Tahun Baru Cina buat blogger yang menyambutnya.

Tahun 2010 mengikut kalendar Cina adalah tahun Harimau. Harimau (虎) ialah bintang haiwan yang ketiga dalam kitaran 12 haiwan zodiak Cina.

Sifat positif: Berdikari, berani, yakin, dinamik, gigih, bertenaga, cerdas, sanggup berkorban, setia, mudah disayangi, baik hati, idealistik, serba boleh.

Sifat negatif: Ada angin, cuai, gopoh, mementingkan diri, tidak sabar, suka mengikut gerak hati, terlalu yakin dengan pendapat diri, degil, terburu-buru, geram, suka bergaduh, ingkar.

Kaum Tionghua percaya, setiap tahun dengan lambang binatang tertentu mempunyai keistimewaan tertentu. Sebagai warga yang menyokong 1Malaysia, tidak salah untuk kita sama-sama meraikannya.

Aku yang sudah bertahun-tahun bekerja di bawah company bukan Melayu, sudah biasa sangat dengan perayaan pelbagai kaum ini. Bila tiba Tahun Baru Cina, kami juga diajak meraikan malah kami turut rasa gembira bila pejabat dihias dengan merah dan bila dapat limau dari bos, sama-sama berkongsi makan. BOS aku yang dulu, akan bagi limau sebanyak 8 biji kepada setiap staf. Angka 8 membawa makna kemakmuran bagi mereka.

Sepanjang musim Tahun Baru sehingga ke hari ke 15 (Chap Goh Mei), biasanya persembahan tarian singa dapat dilihat di merata tempat. Tempat kerja aku biasanya BOS akan jemput pada hari terakhir (jika jatuh pada hari bekerja). So kami selalu dapat menonton tarian singa ni. Memang bestttt... Walaupun bunyi gendangnya sangat membingitkan telinga, tapi keunikan “singa” yang naik dari tingkat bawah hingga ke tingkat 3, masuk ke semua bilik, semua department, mengopek limau di atas PC sebagai lambang merestui (dan lain-lain sebab tertentu , yang pasti yang baik-baik sahaja) suatu suasana yang sangat best untuk ditonton..


(Tapi dah 2,3 tahun dah upacara tu tak dibuat di sini sbb BOS aku yang sekarang tak menetap di Malaysia). Rasa rindu lak nak tengok “singa” tu dekat-dekat...

Dalam Low Yatt Plaza. (Aku jalan kaki jer, sebab sepelaung jer dari ofis aku yer kawan-kawan....)

Suasana di Sungei Wang Plaza semalam.

Apapun selamat bercuti buat semua warga Malaysia. Yang bercuti panjang mesti seronok kan? (Aku ler tuuu....) Berhati-hati ya...

Semalam, sorang kawan aku yang memang handal buat Kek Coklat (kami panggil Kek Coklat Tersohor) datang hantar Kek Coklat yang aku tempah (untuk adik yang nak hadiahkan kepada BOS dia). JAF FAIROS LIZA @ ACIK MLMW ni memang sejak kenal dia sejak tahun 2003 lagi cukup popular kerana Kek Coklat dia sedapppp...! Kami bertukar-tukar order. Dia order Tart Nenas Awesome dari aku...

Anak-anak aku ni sekali hadap jerrrr....

Tart Sepanjang Tahun, tak raya pun boleh dapat...

Agak rajin semalam, masak Nasi Goreng...

Lena dek kenyang si Kakak KITTY nihhh...


~...Yesss...! hari ini ACER sudah boleh diambil setelah menempuh tempoh rawatan di Low Yatt...~

*..aku tak dapat nak layan komen sbb kami balik awal, jam 3.30 kami sudah tutup ofis.. Kalu sempat aku sambung layan komen dari rumah, ok? byeeeeee!~


Thursday, February 11, 2010

OBLONGrillous..

Memang 2,3 hari lalu aku berniat nak menulis sesuatu tentang menu ini, dan kebetulan pagi tadi membaca di blog AZRUL HISHAM juga menulis tentangnya.

OBLONG. Memang aku pun sama cam dia, pertama kali dengar sampai sebut pun salah. 2,3 malam lepas, aku ikut TOKLAKI jumpa orang di Kajang. Dekat dengan ofis YPN, tempat aku selalu melepak.

Di hadapan parking keta, ada gerai di mana 2 orang budak remaja berniaga menu ni. Macam burger. So aku singgah menjenguk sebab terbaca banner bertulis OBLONGrillous. Tak tau apa benda.

So, macam wartawan takda permit (ada ek?), seolah-olah pemberita nak buat lintas langsung lak, aku pun berborak (menemubual) remaja lelaki yang berdua orang itu.

Mereka adalah pelajar kolej di siang hari, dan malam hari berniaga. Bahan mentah utama adalah daging (frozen) yang dibuat sendiri oleh makcik mereka kerana yang dijual di pasaraya sangat mahal katanya.

Sambil borak, aku pun snap beberapa gambar, tp guna Hp Cap Itik, standard ler hasilnya. :) Sekali pandang memang macam Prosperity Burger.

Dijual pada harga RM3.50 yang biasa. Bagi yang spesel — ada telur (macam benjo) + 1 keping cheese = RM4.50.




Kepingan daging dimasak 2 peringkat, dengan api yang perlahan tidak mengejut kerana nanti daging tak masak (sebab tu tunggu lama = 20 minit) dan kemudian daging dipindahkan ke pembakar yang menggunakan arang khas hmmm... apa nama ek? Lupa plak, tapi dia kata batu tu dari batu gunung berapi dan hanya bertahan sebulan lebih sahaja, kemudian diganti batu yang baru. Batu ini mengimbangkan suhu dalam pembakar dan daging tidak akan berbau gas.


Kemudian daging yang dah masak akan dicelup ke dalam sos (Black Pepper Sauce) yang sedappppp... Diletak di atas roti yang telah dipanggang sekejap (saiz besar sikit dari roti hotdog), diletakkan pula kepingan nenas (nenas ini dipotong dadu dan kemudian distim). Tiada lagi sos tambahan lain kecuali kalu nak tambah mayonis. Wahhh.. memang lain dari yang lain.


Rasanya? Sangat sedapppp...! Satu OBLONG tu cukup kenyang, nak perabih pun jenuhhhh.. Aku beli satu, makan kongsi dengan anak — tak ler aku kuat sangat makan, kan? > ayat tak bleh blahhh..!

Apapun, aku tetap tabik dengan usaha remaja berdua itu. Berniaga kecil-kecilan mencari duit poket lebih baik dari melepak membuang masa. Melihat mereka bersungguh-sungguh, berpeluh, mengajar mereka berdikari dan menghargai ringgit yang diperolehi. Apatah lagi kedua-dua mereka sangatlah bersopan dan begitu hormat kepada setiap pembeli. Hmmm anak sapalah tuuu.... :)


~...Monday depan, jika ada jodoh bertemu, ada mini gathering dengan blogger yang datang dari jauh (Kemaman). AZIE cuba adjust jadual di hari tersebut, insyaAllah....~



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails