Selamat menyambut Tahun Baru Cina buat blogger yang menyambutnya.
Tahun 2010 mengikut kalendar Cina adalah tahun Harimau. Harimau (虎) ialah bintang haiwan yang ketiga dalam kitaran 12 haiwan zodiak Cina.
Sifat positif: Berdikari, berani, yakin, dinamik, gigih, bertenaga, cerdas, sanggup berkorban, setia, mudah disayangi, baik hati, idealistik, serba boleh.
Sifat negatif: Ada angin, cuai, gopoh, mementingkan diri, tidak sabar, suka mengikut gerak hati, terlalu yakin dengan pendapat diri, degil, terburu-buru, geram, suka bergaduh, ingkar.
Kaum Tionghua percaya, setiap tahun dengan lambang binatang tertentu mempunyai keistimewaan tertentu. Sebagai warga yang menyokong 1Malaysia, tidak salah untuk kita sama-sama meraikannya.
Aku yang sudah bertahun-tahun bekerja di bawah company bukan Melayu, sudah biasa sangat dengan perayaan pelbagai kaum ini. Bila tiba Tahun Baru Cina, kami juga diajak meraikan malah kami turut rasa gembira bila pejabat dihias dengan merah dan bila dapat limau dari bos, sama-sama berkongsi makan. BOS aku yang dulu, akan bagi limau sebanyak 8 biji kepada setiap staf. Angka 8 membawa makna kemakmuran bagi mereka.
Sepanjang musim Tahun Baru sehingga ke hari ke 15 (Chap Goh Mei), biasanya persembahan tarian singa dapat dilihat di merata tempat. Tempat kerja aku biasanya BOS akan jemput pada hari terakhir (jika jatuh pada hari bekerja). So kami selalu dapat menonton tarian singa ni. Memang bestttt... Walaupun bunyi gendangnya sangat membingitkan telinga, tapi keunikan “singa” yang naik dari tingkat bawah hingga ke tingkat 3, masuk ke semua bilik, semua department, mengopek limau di atas PC sebagai lambang merestui (dan lain-lain sebab tertentu , yang pasti yang baik-baik sahaja) suatu suasana yang sangat best untuk ditonton..
(Tapi dah 2,3 tahun dah upacara tu tak dibuat di sini sbb BOS aku yang sekarang tak menetap di Malaysia). Rasa rindu lak nak tengok “singa” tu dekat-dekat...
(Tapi dah 2,3 tahun dah upacara tu tak dibuat di sini sbb BOS aku yang sekarang tak menetap di Malaysia). Rasa rindu lak nak tengok “singa” tu dekat-dekat...
Dalam Low Yatt Plaza. (Aku jalan kaki jer, sebab sepelaung jer dari ofis aku yer kawan-kawan....)
Suasana di Sungei Wang Plaza semalam.
Apapun selamat bercuti buat semua warga Malaysia. Yang bercuti panjang mesti seronok kan? (Aku ler tuuu....) Berhati-hati ya...
Semalam, sorang kawan aku yang memang handal buat Kek Coklat (kami panggil Kek Coklat Tersohor) datang hantar Kek Coklat yang aku tempah (untuk adik yang nak hadiahkan kepada BOS dia). JAF FAIROS LIZA @ ACIK MLMW ni memang sejak kenal dia sejak tahun 2003 lagi cukup popular kerana Kek Coklat dia sedapppp...! Kami bertukar-tukar order. Dia order Tart Nenas Awesome dari aku...
Anak-anak aku ni sekali hadap jerrrr....
Tart Sepanjang Tahun, tak raya pun boleh dapat...
Agak rajin semalam, masak Nasi Goreng...
Lena dek kenyang si Kakak KITTY nihhh...
~...Yesss...! hari ini ACER sudah boleh diambil setelah menempuh tempoh rawatan di Low Yatt...~
*..aku tak dapat nak layan komen sbb kami balik awal, jam 3.30 kami sudah tutup ofis.. Kalu sempat aku sambung layan komen dari rumah, ok? byeeeeee!~
tertarik dengan tajuk tu.....hehehehe
ReplyDeleteEELOBOR > memangggg... memanggg...!
ReplyDeleteKalau tengok gambar2 makanan (kek/tart/nasi goreng) tu.. memang hari2 kakcik mau.. :)
ReplyDeleteaik 8 biji aje, bagi la 88 biji ke tak pon 8888 bijik baru le kemakmuran dikecapi bersama staf. tang kek tu memang sedap tapi lagi sedap kalu kuih tat tu pos kat kitorang skali, food tester ni
ReplyDeleteselamat cuti dan makan limau
ReplyDeletehari hari mau? Ayoyo.... :D
ReplyDeleteapa beza tarian singa dengan tarian naga ?maksudnya untuk apa ia ditarikan ? kenapa raya cina dia tak buat tarian naga ?
ReplyDeleteAslmkm Azie.
ReplyDeleteMaaf la ya, semalam tak sempat melencung ke sini.
Hari2 mau kek & tart ke? .. Kak G dilahirkan semasa tak ada manisan kut, sbb Kak G tak gemar yg manis2 gini .. atau mungkin pasai org utara campur NS kut .. suka yg pedas giler & ala2 mamak gitu :)
Apapun, 'enjoy' cuti panjang tu ye.
owner rumah sewa aku pun kasi limau 8 bijik gak.mmg dorang percaya betul dgn nom 8 nih.
ReplyDeletekawasan perumahan aku tiap-tiap tahun singa dan naga masuk.so bededai-dedai budak2 kecik mengikut lori tu..dulu masa anak2 aku kecik aku pun sama sanggup mencelah bawa dorang tengok binatang ni menari.kenangan sungguh!
weiii tart nenas mmg fav aku.tapi yg dibuat dari butter baru ada ummphh :D
salam aziezah..
ReplyDeletesgt tertarik lihat kueh mueh..kek yg menyelerakan..tahun baru cina bnyk dapat limau tp tak boleh nk makan sbb baru nak sembuh batuk..esuk balik kg...
Hi azieazah
ReplyDeleteKesian, bos tak menetap di Mysia, rezeki pun mahal sikit. Kot tak, boleh minta 8 kotak limau! Kot rindu amat sangat kat singa, kenalah tonton yg asli kat Ulu Klang. Tapi yg asli tu tak menari & tak percuma. Hehehe. Take care!
azie,
ReplyDeleteselamat bercuti....
jumpa hari isnin....
Salam!
ReplyDeleteKucing betina: (manja) meow! meow!
Kucing jantan:( merayau2 ) Mau! Mau!
Salam..
ReplyDeleteSelamat bercuti dan hati2 dijalanraya. Speed trap menunggu dan lori yg sengaja berhenti tidur di tepi jalan pun menunggu!
Tajuk tu yang tak tahan..hehe;p
ReplyDeletesaya takut tengok 'tarian singa'..entah la napa...gerun je rasanya. Mungkin jugak sebab bunyi gendang yang kuat agak nya..bila singa tu tergedik-gedik menari..menjalar sana sini, saya pulak yg gelisah..takut...hehe..mcm kelakar lak saya ni!
Vic suka sangat dengan Lion Dance.... Kadang2 kalau pi jalan2 tiba2 terdengar bunyi muzik naga cina tu, ha... kelam kabut mencari... setia menengok sampai habis.. Suka sangat. Tapi mak cakap dulu masa kecik tiap kali nampak naga cina tu mesti vic nangis ketakutan... rupanya dah besar2 ni... minat sgt plak
ReplyDeleteNak kuih bulan!!!
ReplyDeletekak azie, tanak citer banyak... tart nenas tu bape hengget? nak order ni pasal dah lama cari tart nenas old skool macam tu
ReplyDeletesungguh hari hari mau,
ReplyDeleteghau ghau,
CNY, yang bestnye dapat makan limau sdap.
ReplyDeletesalam buat azie...
ReplyDeletepak long suker tengok pic org yang tidoq tu....senang sungguh dia tidoq..
Hello Aziezah, nice posting....you sure know very well re the Chinese customs whatever. Good for you.
ReplyDeleteHere's wishing you the very best of the Tiger year....keep well and have fun, Lee.
Terimakasih semua pengomen yang setia. Saya baru ini dapat memblog.. Nanti akan cuba meronda dan melawat blog anda semua.. TERIMAKASIH..!
ReplyDelete