Wednesday, February 24, 2010

Tahun ke 3...

Semasa cuti CNY tempohari, seorang staf dari publisher besar, Creative Enterprise Sdn Bhd, call. Menawarkan suatu tawaran yang sama.

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2010, 29th: 19– 28 Mac 2010

Memang 2,3 minggu lalu aku sudah email bertanyakan tentang tawaran promoter, tetapi masih belum dibuka. So aku menunggu dan terus terlupa. Mujur sekali CESB masih menyimpan rekod dan no tel, so tak perlu email, depa sendiri yang call.

Mengikut perancangan mereka, jika bersedia aku boleh saja bertugas sepanjang hari Pesta Buku itu, tetapi mengenangkan pengalaman lalu, aku bersedia untuk bertugas pada 3 hari pertama dan 3 hari terakhir. Lagipun susah juga untuk aku nak ambil cuti sepanjang minggu tanpa alasan kukuh.

Lagipun, aku bukan muda lagi untuk berdiri sepanjang hari untuk sepanjang Pesta itu. Dan aku adalah Promoter PALING TUA yang ada di booth itu, so sendiri kena jaga diri sendiri juga.

Memilih untuk bertugas di hari-hari pertama sebenarnya memberikan kelebihan buat aku. Tahun 2008 dulu, aku dapat jadual hari-hari awal. Sungguh seronok kerana aku boleh melihat sendiri aliran pengunjung, menjangka sendiri kelompok mana yang berminat dengan buku mana, dan mudah untuk menyiapkan diri sendiri dengan tugas.

Pesta Buku Antarabangsa 2008: 4th–13th Apr 2008. >>>



Novelis FAUZIAH ASHAARI.


Pesta Buku 2009, 17–26 April 2009 >>>


Novelis NAS ALINA NOH – siri remaja Flying Kiss laku betul..
Kanan; DIYA ELORA — Novel terbaru masa itu “Cintanya... Kian Membara” laku sampai naskhah sample pun ada yang berebut. Hebat...!


Ada novelis NAJWA AIMAN di situ...

Tahun 2009, atas kelewatan (sibuk dengan kerja), aku cuma berpeluang 3 hari terakhir. Agak sukar kerana untuk menyesuaikan diri dan mengingati begitu banyak plot dan sinopsis tajuk-tajuk baru. Dan aku tak suka keadaan itu, kerana kelam-kabut dalam memberikan yang terbaik kepada bakal pembeli.

So, tahun ini aku berharap aku dapat memperbaiki lagi segala kelemahan yang ada dan berharap tugasan ini menjadi sesuatu yang lebih menyeronokkan.

Menjadi promoter bukan sesuatu yang mudah, tidak juga susah. Tahun pertama dulu, aku membuat kajian sendiri. Print sendiri sinopsis tajuk-tajuk novel CESB dan bawa ke booth untuk rujukan sendiri (wpun kemudiannya promoter lain pun pinjam juga.. hehehe) sampai lunyai paper tu. Walaupun banyak novel-novel CESB ada dalam simpanan aku, tetapi bukan semua dapat diingat, kan? Sebab itu aku lebih suka bertugas di hari-hari awal, kerana dapat mengingati plot dan bila mengulanginya, segalanya akan lebih lancar nanti.

Bagi sesiapa yang pernah melihat aku (bukan ler datang tu nak tengok akuuu...) atau pernah membeli di situ, atau pernah diberi penerangan oleh aku, harap-harap tahun ini datang lagi dan berjumpa lagi, yang penting beli lagi.

Sesuatu yang ingin juga aku nyatakan, memenuhi hasrat untuk menjadi part time promoter bukan desakan sesiapa, bukan kerana elaun (malah tiada orang tahu pun masa mula-mula aku apply dulu), tetapi kerana aku begitu suka bekerja dengan buku, begitu gembira bercakap tentang buku novel, begitu seronok berjumpa dengan pembaca-pembaca novel seperti aku, malah seronok itu bertambah bila aku mendapat ramai kawan baru.

Pengalaman manis yang sukar dilupakan hingga aku tidak pernah ingat tentang kepenatan, keletihan dan hilang suara kerana bercakap dari pagi sampai malam...


Jumpa anda di sana nanti ya kengkawan...

Harap-harap tahun ini aku ditempatkan di section kegemaran aku, section Novel Terbaru.


~...SORI BERLORI, tu semua pic AA yang sudah basi. Hahahahaha...~



32 comments:

  1. Salam Kak Azie,

    Semoga kita akan berjumpa di Pesta Buku nanti.

    Wahhh, Kak Fauziah...lama menanti karya terbaru beliau.

    ReplyDelete
  2. IRIS > Fauziah Ashaari sekarang menerbitkan karyanya di bawah syarikat sendiri, Intens Idea Publishing. Tapi novel-novel beliau semasa bersama ALAF21 memang best sangatttt... kan?

    InsyaAllah, harap berjumpa nanti.

    ReplyDelete
  3. Salam Azie..

    dulu masa kakcik bertugas di Bangunan Perkim, mudah untuk kakcik ke pesta buku di PWTC.. berjalan kaki (takkan berjalan tangan pulak, kan?) je.. :)

    Sekarang ni, kalau tak ada pengangkutan, memang tak boleh nak pergi.. :(

    ReplyDelete
  4. KAKCIK > Salam.

    Yer lah, kalu dari PERKIM tu memang jalan kaki jerr, kan.. Tapi, biasanya bila tiba PESTA BUKU ni, ramai orang lebih suka naik LRT jer.. Stesen LRT PWTC jalan kaki menyusuri Yaohan The Mall tu.. Sebab parking terhad, orang memang ramai lagipun tahun ni Pesta jatuh cuti sekolah..

    Bas-bas yg bawa student dari merata negeri pun banyakkkk...

    ReplyDelete
  5. WAHAI KAKAK GUa....KakAA

    Anda membuatkan adikmu ini terus Walaweiiiiiiiiiii bersemangat...

    P/S - TAK TAU! nak kata apa dah Gua....

    Tq yaaaaaaaaaaaaa Kak

    ReplyDelete
  6. Macam artis je nengoknya ..azieazah ni..
    bergayalah..

    ReplyDelete
  7. Tak sabar nak kesana tahun ni..nak datang jumpa Kak azie..

    (orang lain datang nak beli buku..zureen nak jumpa kak Azie boleh??he3)

    ReplyDelete
  8. DJ EPOI > semoga murah rezekii... Apalah sangat yang Kak Azie forward. Yang penting kerja kuat tauuuu... Hasil mesti quality yang wallaweiiiii, ok?


    LANABULU > uihhh.. tu gaya orang yang tak berapa kuat berdiri, terpaksa pegang tiang. Sebab tu TIANG tu lagi lawa dari saya...Hikhikhik!

    ReplyDelete
  9. ZUREEN > Sila.. silaa... Tapi awas, jangan terkejut dan rasa tertipu oleh mata sendiri.. hehehehe Kak Azie kat luar lebih besar dari dalam gambar tersebut.. hahahaha..! Bawa duit lebey lebey tauuuu...

    ReplyDelete
  10. ha..nanti leh jumpa akak kat sana....hehe...

    ReplyDelete
  11. waa ada kerja kosong rupanya... tang goreng orang ni kekadang seronok walaupun macam-macam ragamnya. yang penting skill meniaga tu dapat dipelajari elok jugak bagi kat bebudak sekolah yang tak buat menda tu join cari pengalaman

    ReplyDelete
  12. Ok... nanti vic datang booth CREATIVE...
    jumpa kak azie di sana~!!!

    ReplyDelete
  13. First kak Zai mesti cari azie dulu sebelum beli buku2.Kita jumpa di sana....

    ReplyDelete
  14. AZRUL > setakat jumpa mana bleh jadiii... kurang2 pun beli ler 1 novel baru. Atau pun bawa ler burger 1 biji.. hehehe...



    CEMOMOI > Utk pengetahuan, selama Kak Azie terlibat, hanya Kak Azie (dan 2,3 orang supervisor dan staf tetap CESB) yang bukan pelajar. Selebihnya ramai sekali promoter part time adalah pelajar yg menunggu result STPM dan SPM dan menunggu panggilan ke IPTA.. Sebab tu, tiap tahun lain orang yg Kak Azie jumpa..

    ReplyDelete
  15. VIC DIANA > yup... ok datang ke booth tau.. Bawak duit banyak-banyakkkk....



    Kak ZAITUN > Terimakasihhh... Nanti kalu dah jumpa booth, kenalkan diri tau. Maklum ler pertama kali bersua muka bertentang mataaaa.. Cewahhhh!

    ReplyDelete
  16. kalu haku datang kamu nak bg apa kah,

    salamm,

    ReplyDelete
  17. jom kita pakat meramaikan jemaah kt sana.....

    ReplyDelete
  18. Salam TUNBEGIA > silalah berkunjung. Saya tak janji lah dapat bagi apa-apa, tapi harga memang istimewa, tawaran menarik. Koleksi Gila-Gila serendah RM1 per unit...



    EELOBOR > amboiii tolong kempen...Thanks.

    ReplyDelete
  19. aku pernah pegi 2x jek.tapi dah lama betul beb kebetulan kami balik bercuti.tak ingat tahun bila.

    anak bujang aku tak suka bersesak dgn org ramai susah betul kalau nak ke tempat mcm gitu :(

    novelis & chef norzailina nordin hang tak suke??dia kwn aku gak :)

    ReplyDelete
  20. Sis... Sejujurnya... You're the BEST PROMOTOER ever! Luv ya!

    p/s: Jangan lupa novel Najwa Aiman tau!

    ReplyDelete
  21. buku 555 ade jual tak kak --> dpt penumbuk yg x leh dilupakan ha ha

    ReplyDelete
  22. ECHAH > aku pernah jumpa NorZailina juga, tapi sekadar tengok gitu jer, tak borak lah. Rasanya dia masih di bawah ALAF21, kan? tahun lepas booth ALAF dekat sangat dgn booth CESB...

    ReplyDelete
  23. NAJWA AIMAN > thankiu for the compliments.. hehehe.. bodek ker tuh?

    Untuk berlaku adil kepada semua penulis yang terlibat, I’ll try my best... dulu pun...

    tapi sapa yg rajin belanja lunch... dia akan dapat perhatian lebehhhh.. hahahaha!

    ReplyDelete
  24. kalo terjumpa buku koleksi jenaka pendek pls let haku tahu,

    salamm,

    ReplyDelete
  25. CALUK > Ada orang kene tumbuk ker masa kat booth dulu? 2008 right? Alaaa... aku dah lupa aarrrr... Aku dah mintak maaf ker belum?

    sebelum tu, aku nak mintak angpau dulu lahh.. hehehehe..

    ReplyDelete
  26. TUNBEGIA > Setiap tahun bila bertugas, saya akan pastikan beli koleksi Gila-Gila banyak2 sebab murah sangat... Sebagai cenderahati buat kawan-kawan... Seronok tau, bagi hadiah buku komik niii..

    U datang nanti, I rekmen U buku yang best-best, insyAllah..

    ReplyDelete
  27. azie...ct memang minat baca novel ni. kalau kat rumah anak dara yang rajin nak membeli, mama dia numpang baca jer hehehe. InsyAllah tunggu ct juga di sana..di sana..disanaaaa

    ReplyDelete
  28. teringin juga nak pergi .. tapi tak tahulah boleh sampai ke tidak nanti !

    ReplyDelete
  29. Azie,
    kak dibesarkan dalam dunia buku. Arwah bapak kak ada toko buku satu masa duluuuuuu.

    ReplyDelete
  30. AL-LAVENDARI > Bang Hamzah, Pesta kali ini cuti sekolah. Seronok tau. Jika terbuka hati nak singgah, intai-intai ler saya yerr.. :)



    KAK NORA > Mesti Kak Nora ada banyak koleksi buku, kan...

    ReplyDelete
  31. Salam azieazah
    Seronoklah selalu di kelilingi kitab. Promoter istimewa beri berapa % discount? Boleh hutang pakai kartu kreditu ke? Hope I can be there too. Tapi nak menyamar .... sambil mengintai.

    ReplyDelete
  32. SITI DELIMA > Nanti datang, angkut ler anak dara sekali tau... Nak rekmen kat dia, novel terkini yang best...


    Bang TEMUK > Ada beberapa potongan harga. Mengikut section mana buku yang kita beli. Novel bermula dari 20%, ada juga 10%. Jika ada kad ahli, tambah lagi 15% (ini kene double check kat kaunter nanti).
    Kredit kad pasti bolehhh..
    Jumpa saya jika ada masalah, tapi kalu datang dgn niat nak mengintai dan bertopeng, saya tak rugi apa.. heheheee...

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails