Hari ini kembali bertugas. Memang ada sikit rasa malas, tapi bercampur juga dengan rasa seronok. Walaupun cuti 9 hari macam panjang, tapi kalu bleh, nak panjangkan lagi..
Mula nak buat post, tapi tak tau mana satu nak tulis dulu. Apapun harus juga menulis sedikit tentang aktiviti sepanjang cuti, untuk kenangan diri sendiri. Yang sudi membaca, terimakasih banyakkkk.... sayang korang!
Aku ringkaskan saja. Summary. Kalu panjang sangat, nanti boring baca.
Jumaat hari terakhir kerja dulu, malam — sudah bertolak ke Johor. Yup, aku pergi atas undangan kawan dan keluarganya. Walimatulurus di sebelah lelaki. Dulu masa di sebelahnya di Perlis, aku pergi 3 hari.
Johor — Felda Air Tawar 2, Kota Tinggi. Sungguh jauh dan ini pengalaman kedua. Pemandangan yang sungguh mengasyikkan. Majlis yang sungguh meriah. Sambutan yang hangat sama hangat dengan cuaca yang membahang — yang GELAP ini sudah tidak kisah lagi kerana tiada beza jika LEGAM.
Melihat dengan mata sendiri majlis di tempat orang. Kebetulan majlis kenduri meraikan 3 pasang pengantin, memang lain dari yang lain. Beberapa budaya yang berbeza — orang Jawa memang terkenal dengan keramahan meraikan tetamu — setiap tamu menerima “berkat” nasi minyak.
Singgah menyapa ombak, bermain pasir di Desaru. Menikmati keindahan anugerah NYA, berbisik sendiri betapa angin begitu nyaman walaupun air laut panas dek terik mentari kerana hujan sudah lama tidak turun.
Sebelum kembali ke KL, singgah ke NILAI 3. Ada yang gelak, kerana jarak KL—Nilai tidaklah jauh tapi aku baru PERTAMA KALI sampai. Kerana tiada sebab besar untuk aku datang. NILAI 3 yang mungkin bernilai bagi setengah-setengah orang.
Aku tidak pernah tahu ada mercu tanda ini. Malah tidak pernah lihat pun di mana-mana web.
Beri masa pada orang lain bershopping, aku meronda cukuplah. (Aku jumpa banyak barang yang aku tidak akan beli, kerana aku dah pernah jumpa di KL jauh lebih murah harganya...)
Ada banyak jika dihurai, tetapi biarlah gambar memberikan gambarannya.. — di Facebook aku ada banyak lagi gambar. Kalu rajin, selak-selaklah album. Terimakasih.
~... hari ini aku akan cuba menghabiskan melawat blog-blog kengkawan yang mana aku ketinggalan ceritanya...~
azie,
ReplyDeletebaru letak gambar anak.. kalau tak tu... gambar azie jer...
share lah sama2....
Salam Azie..
ReplyDeleteselamat berblog kembali.. (ada bawak balik ke nasi berkat tu?) :)
selamat bertugas kembali dan selamat mengomen kat blog2 yang dilawati...hehe :)
ReplyDeleteAKAK... yang benornya, AZIE pi Johor tak bawak anak pun. Hasrat nak bawak 2 orang, tapi hubby ada program lain utk depa. So AZIE ikut jer kawan-kawan. So yg dalam gambar di atas, anak orang lain bukan anak-anak AZIE...hehehehe
ReplyDeleteKAK CIK > kerana majlis tu hari Sabtu, kami makan nasi berkat di tempat penginapan. Tak selamat ler kalu bawak balik KL pada Ahad tu.. hehehe.. apapun Nasi Minyak yang dibekalkan.
ReplyDeleteAZRUL > Terimakasih. Nanti Kak Azie jengah ke sana yerrr...
Kak Azie..lama sungguh bercutinya..(rindu..he3)
ReplyDeleteOrang Jawa memang peramah (nak beritahu yg zureen pun org Jawa gak..he3)
ZUREEN > terimakasih atas rasa rindu itu... hikhikhik!
ReplyDeleteKak Azie pun ramai kawan yg berketurunan Jawa ni. Tak dinafikan ada banyak yang istimewa tentang orang Jawa. Antaranya memang mereka sangat menghormati tetamu..
dah lama tak pergi desaru... masih menarik lagi ke tempat tu??? hmmmmmmm
ReplyDeleteICE > ada windu sama Kak Azie tak? ahaks!
ReplyDeleteDESARU tu pertama kali bagi Kak Azie, taktau beza dulu dan kini. Yang pasti memang pantainya sangat bersih, kebetulan air pasang, ombak cantik..
Ala-ala Eiffel Tower..:-)
ReplyDeleteRamai org sibuk dok cerita barang murah di Nilai 3. Saya rasa murah bagi orang duduk dekat2 sana. Sama mcm kak Azie, kat tempat sendiri pun ada yg murah jugak. Takpe la..jalan2 cuci mata cukup la tu..hihi.
9 hari cuti, masa diisi dgn baik..ceria je tengok akak..:-)
SITI > sebenarnya hajat nak balik kampung juga, tapi tak sempat nak selit dalam 9 hari tu..
ReplyDeleteBiasanya Kak Azie memang lebih suka meronda tengok daripada membeli belah...
hahahaaaaa WINDU sesangat kat kak azie..!!!
ReplyDeleteICE > ko windu tu mesti nak ngendeng nak makan, kan? piiiiirahhhh... hahahaha!
ReplyDeleteWINDU kat ALONG jer yang sebenarnye... muahahahaaaa gelak gulen2 jap
ReplyDeleteaku nmpk hang pi berjln sakan aku yg penat.. :(
ReplyDelete