السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Thalatha
10-09-2013
Last week, saya dengan MyAnak-anakBuah singgah dinner di area Kepong. Exact location: Taman Sg Mas, Kepong (sometimes they said ini area Jalan Ipoh). Kawasan perumahan rumah teres, agak jauh ke dalam dan kelihatan terpisah dari shop lot lain di kawasan situ.
Kedai (foodcourt) KB Pokya 2020 Kerabu Kaki Ayam & Masakan Hotel Thai. Recommended by MyAnakBuah. Sedap katanya. Owner orang Pattaya tapi dikatakan sangat friendly dengan customer. Cuma malam itu kami tak nampak dia.
Kerana berhampiran dengan Kem Kentonmen, ramai la para askar berbaju celoreng hijau yang datang makan di sini bersama kawan, aweks dan keluarga.
Servis bagus. Cepat air sampai. Kami memilih duduk di meja batu di sebelah luar, ala-ala balkoni. Berangin dan nyaman.
Memang dah lama tak makan Chicken Chop. Well, Tembikai Laici pelengkap drama di atas meja.
Presentationnya hebat juga. Roti bunnya lembut. Black Pepper Saucenya yummy!
Saya tidak pandai nak menilai sejauh mana hendak dikatakan mahal. Tapi 3 set Chicken Chop + 3 jenis air = RM39.++. Bolehkah saya katakan ianya masih murah? (Kejadian adalah di malam terakhir sebelum minyak naik 20 sen)
*****
Saya hendak menulis sedikit tentang komen ini:
- Terimakasih atas puji-pujian itu. Silakan jika merasakan SERI BULAN itu adalah anda. Saya persilakan. Tiada masalah.
- Itu BUKAN kisah dari buku. Cuma nama watak mungkin pernah ada di banyak buku novel. Kedua watak memang wujud di alam nyata (dan depa pun selalu memantau anekdot tersebut).
- Saya bukan penulis novel. Hajat ada, tapi sehingga hari ini saya hanya mampu menulis di blog. Itupun kadang tak cukup masa nak handle.
Terimakasih kerana perhatian itu. Saya hargai. Saya tidak cukup masa untuk BW. Rutin saya ‘membunuh masa senggang’ saya.
~...setiap kali tibanya hujung tahun bilamana warga Kampung Separuh Desa sibuk gelut dengan musim megetam padi selepas tuaian selesai dibanting, HISYAM mula menyebut-nyebut tentang percutian tidak rasmi ke kotaraya tempat dia pernah menjadi orang penting berkepit fail bertimbun kerja, dan SERI BULAN pernah menjadi peneman waktu makan malam yang sering lewat tetapi mengenangkan begitu banyak agenda nikah-kahwin yang unik yang ingin disaksikan, lalu tiket keretapi yang sudah ditempah terbiar sepi lagi untuk ke sekian kalinya...~







