Saturday, September 7, 2013

Jalan-jalan ke Utara: Padang Besar sebagai syarat, Pasar Kemboja yang teruja...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Sabtuday
07-09-2013


Berada di negeri paling utara, paling kecil tidak sah jika tidak ke Padang Besar. Betul ker? Itu dulu saya rasa. Sekarang ni Padang Besar sudah tidak menjadi keghairahan kepada saya lagi. Mungkin kerana saya sudah berkali-kali pergi lalu tidak teruja sangat macam anak-anak buah saya yang lain.

Seingat saya, ini merupakan kunjungan saya kali ke-6, ke-7? Ntah lupa tak kira pulak.



Wpun sepanjang jalan keluar dari UniMap menuju Padang Besar (ikut jalan Kaki Bukit) hujan lebat tapi harus juga singgah wpun sekejap.

Kami tiba sekitar jam 6:00pm dan hampir separuh kedai-kedai dalam bangunan bazar di situ sudah tutup. So capai apa yang berkenan, dan bayar.



Mungkin rezeki kami, setiap kedai yang kami beli dapat harga diskaun yang best. Murah sebab pastu kami compare dengan kedai-kedai lain jauh juga beza harga, then tak beli.


Masing-masing dapat sorang satu.



They said, “spek Adi Putra.” hahaha ko ader?

****

Esoknya, kami menyambung agenda borong sakan di Pasar Kemboja, Permatang Tok Mahat, Parit Buntar. Pasar Kemboja di sini sangat popular dan saya lihat ramai pengunjung dari luar (KL, Ipoh) pun datang shopping di sini. Pasar Kemboja ternyata memberikan ‘pukulan’ kepada ramai peniaga lain. Kerana harganya sangat-sangat murah (wpun beberapa jenis tu, kualitinya sedikit rendah), boleh tawar dan best part, ada banyaakkkk pilihan.



Baju kurung siap begini, sepasang boleh dapat dengan rega RM60 sahaja (harga buka mulut RM75). Gila kata ko...!





Kerana selepas Raya agaknya, kami mudah mendapat diskaun. Kena pandai tawar. Tetapi untuk jenis blaus (seperti di atas) semua harga adalah standard RM20 sahaja. Jika dibanding di KL mungkin blaus sebegitu RM30 or RM35.


Jubah begitu boleh dapat dengan harga RM50. Ada juga serendah harga RM45 sahaja. Sapa tak terpikat? Hmmmm 3 jam yang menyeronokkan sebab tak sesak kerana kami pergi pada hari bekerja.

Last sekali, saya nak tunjuk gambar ini:


Sebahagian hasil tangkapan yang lumayan.

Geng, jom kita pegi lagi....!






 ~...mengharap panas sehingga tengahari adalah lumrah dan kebiasaan tetapi mengharap guruh akan berdentum kuat di pagi hari bukan suatu kelaziman, namun bila HISYAM menyebut surat dari anak dara Pak Imam tiba lagi, SERI BULAN terasa itu bukan lagi guruh menghentam tetapi ibarat petir menyambar telinga sehingga dia terasa Teratak Nyatuh bagai diasap diperun macam sabut dibakar buat penghalau nyamuk di kala senja. Cisss!...~




35 comments:

  1. Assalamualaikum. Kami suka beli baju jerseys kat pdg bsr. Boleh dpt yg gred A dgn harga murah.

    ReplyDelete
  2. Jubah dan t-shirt lengan panjang tu memikat matalah!!

    ReplyDelete
  3. waa..banyaknya hasil tangkapan Azie..soping sakan ek..pasar kemboja tu memang murah2 kan..walau tiap bulan balik kedah lalu situ,tp cik man xnak singgah pun..:(

    ReplyDelete
  4. Kak, gambar ke2 model atas tu, siapakah gerangan pengarah wardrobe nya? Kenapa tetiba kasut purple pulak? Konsep apakah yang cuba disampaikan?

    ReplyDelete
  5. wowowoowow...nape tak taw pon pasar kemboja ni???ni dekat parit buntar perak ke?

    ReplyDelete
  6. wah.. rmbng mata betui klu g nih...

    ReplyDelete
  7. kak, bukak hari ape ye pasar kemboja ni?
    saya cuma tahu hari jumaat.

    ReplyDelete
  8. hehe.. dulu kalo g sini slalu borong baju byk2..
    sebab murah~

    ReplyDelete
  9. wah! Sy tak pernah pergi lagi Pasar Kemboja tu...

    kat Tiram (Johor) pun ada juga pasar Kemboja ni, tapi pun sy tak pernah pergi sbb cuma setiap hr Khamis jer.. huhu

    ReplyDelete
  10. ish...rasa macam nak ikut akak je :) menerujakan

    ReplyDelete
  11. ehhh...tak aci ni..orang jauh sampai dulu ke pasar kemboja ni...arrrr..jeles~

    tak kira..one day mesti pegi jugak. memang terkenal dengan harga murah la kat sini. geram tengok tudung kaler maler berlapis-lapis tu.

    ReplyDelete
  12. pasar kemboja tu..kalau dekat2 nak raya..kena parking jauh bkn main...ramainya manusia..tp harganya mmg da bomb..

    ReplyDelete
  13. Kak cntek la bju purple tu..klu:-)klu kt kat sini kemaman. ?harusla..rm165

    ReplyDelete
  14. betul2 shopping tu . banyak sungguh ...

    ReplyDelete
  15. Emak Adam dah teruja. Bila Azie nak pergi lagi?

    ReplyDelete
  16. saya juga dah teruja nak ke pasar kemboja.
    minta tunjuk arah ....

    ReplyDelete
  17. saya juga dah teruja nak ke pasar kemboja.
    minta tunjuk arah ....

    ReplyDelete
  18. saya juga dah teruja nak ke pasar kemboja.
    minta tunjuk arah ....

    ReplyDelete
  19. owh cuti baru ni pi Padang Besar jugak. Bawak adik2 shopping baju bola... Ayah kata ptg pukul 4.30 kedai dah start tutup...

    ReplyDelete
  20. Aina walaupun org Perlis memang jarang pi Padang Besaq satu lagi jgn dok pi hujung minggu, hazab nak [arking hazab dengan regenya!

    ReplyDelete
  21. sangat2 murah itu kak,azie pon tak pernah pergi sana lagi...

    ReplyDelete
  22. salam,
    ai saya ida newbies blogger
    baru follow blog ni jemput ye follow blog saya
    umielman.blogspot.com

    p/s:besnyes shoping nak pergi gak lah gni huhuhuhuhu

    ReplyDelete
  23. Murahnya....teringin nak ke sana...
    Amboiiii banyak betul hasil tangkapan....berbaloi2...

    ReplyDelete
  24. Syoknya shopping..nanti balik kg boleh singgah pasar kemboja..tq sebab share info..

    ReplyDelete
  25. ramai yang bercerita pasal pasar kembojani.. harus dipergi kalau dah terlajak ke sana... ehmmm menarik.. menariktu...
    dah lama tak ke padang besar..

    ReplyDelete
  26. nak dekat2 raya haji nanti saya nak pi lagi ke parit buntar nih..nak cari baju raya lagi..hheh

    ReplyDelete
  27. hebatnya! memborong sakan ke?
    mama tak merasa ke sana...memang dah lama tak ke utara.

    ReplyDelete
  28. padang besar tu sebenarnya kecik je kan...:)

    ReplyDelete
  29. pasar Kemboja tu memikat hati.. ;)

    ReplyDelete
  30. salam kak . nak tanya pasar kemboja ne hari sabtu bukak tak kak and sampai pkul berapa ?

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen dan mengomel.... :) *Bila saya tak sempat reply, jangan marah ehhh...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails