Friday, September 6, 2013

Jalan-jalan ke Utara: Kg. Darat, Changlun pekena cendol pulut sambil borak melalut...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Jumaat
06-09-2013


Selain tujuan berkenduri di PB, saya dan rombongan family MyKakYang juga ada agenda lain pada hari berikutnya.

Ya menuju ke utara lagi. Kedah untuk transit tetapi berurusan di Perlis. Wahhh... Perlis yang kurindui.!

(Saya tak berkesempatan nak menulis panjang lebar, selalunya curi masa waktu pagi di tempat kija). Lalu biar gambar memberikan gambaran mengikut kefahaman masing-masing, yaaa...



Tak sah kalu tak snap mercu tanda. Bukti kata ko...!


Nak snap tarikh kejadian jer tu...



Saya lupa tanya harga, sebab yang bayar orang lain. Tak sure semangkuk Cendol Pulut Special (ada icecream topping) ni berapa rega.



Saya tak order Laksa sebab kat kenduri semalam, adik saya buat seperiuk. Tapi si hantu Laksa tetap carik laksa walau di mana jua.



Lumrah, bila masuk kampung, saya memang jadi jakun tak ketahwan hala. Saya obses dengan pemandangan.



Kami sebenarnya ke sini. Daftar MyAnakBuah. Degre, Electrical Engineering.

Transit di rumah ‘beras’ MyKakYang. Singgah di rumah orang kampung, saya sudah membayangkan menu masakan yang ‘so kampung’ yang saya sangat suka!

See...!


Ayam Kampung. Digulai dengan Rebung Madu. Ohhh teruja sakan saya. Kalu saya citer saya makan bertambah, korang mesti tak heran sebab saya memang ‘nampak’ macam orang makan sentiasa bertambah. Tapi... as usual “sedap habaq hang!”



...and part best lagi petik sendiri rambutan keliling rumah. “Ko ader”? hahahaha!


Tangga kat belakang tu tak cukup kuat untuk saya. Kalu idak... ada ler gambar orang blaus belang sedang panjat pokok! hahahaha!


(masa bekerja saya yang sehingga 8:00pm setiap hari mengambil hampir semua masa saya untuk aktiviti lain termasuk blogging dan baca novel. Lalu maafkan saya kerana ‘kebekuan’ saya itu)






 ~...ketika ayam belum berkokok pagi Mak Utih sudah merungut air tempayan habis semua lalu siapa lagi yang boleh diharap selain HISYAM nan maskulin dan sengaja hendak menguji kuat lengan dan ringan tulang, lalu SERI BULAN terus setuju untuk menjadi peneman seawal pagi buta asal sahaja kemudiannya dia pula ditemani untuk mandi di perigi walaupun perlu berselindung di balik tirai nipah kerana kekok berkemban...~




22 comments:

  1. wow... bestnyaaa..
    btw, nampak sedap sangat laksa kat atas ni :)

    ReplyDelete
  2. perghhh rebung madu kak !
    pengsan !

    ReplyDelete
  3. Gambar last tu memang terbaik lah.

    ReplyDelete
  4. tengah musim padi masak ya sekarang kak.. waiii.. tak pernah tengok..hahaha.. biasa pergi mesti tengah hijau lagi..

    ReplyDelete
  5. merah giler rambutan tu kak. memang marem la dapat petik terus ngap aje.


    kak, kecik aje kan orang yang buat tanda peace kat bawah papan tanda tu?

    ReplyDelete
  6. suasana damai di sana....sukanya cendol pulut tu dah lama tak rasa.....meh semangkuk....hoho

    ReplyDelete
  7. sedapnye...laksa, rambutan semua nye nampak sedapppp

    ReplyDelete
  8. Lama dah saya tak pekena Jo cendol tu. Perasan tak stesen Shell kat sebelah kedai cendol tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kenapa setesen SHELL sebelah tu ?

      Delete
    2. Tempat dia singgah berenti tumpang buang air. Hahahaha!

      Delete
  9. Saya takut ada gambar org blaus belang jatuh dari tangga sebab kayunya patah ...... heheheh

    larikksss

    ReplyDelete
  10. perghh.. rambutannn.. dh lama x makan rambutann..

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum,
    Panjat je...bukan tinggi sangat rambutan tu hu uu hu -------> tetiba rindu nak jadi bini tarzan

    ReplyDelete
  12. laksa, gulai rebung...sedap2 nk kena masak ni..kat rumah ada rebung

    ReplyDelete
  13. SEJARAH Joe Cendol tu ... mula niaga guna kereta tolak roda tiga tu je .. rasanya ada di letakkan di bahagian dpn di tepi kedai .. promo kot :) Dulu-dulu lagi sedap sebab MURAH kot .. he he .. santan pun ORI ..sekarang tak pasti dah campur air atau pakai yang SAWIT ... apa pun masih sedap juga lah terutamanya bagi yang jarang pekena atau tak pernah rasa Joe Cendol. Menu-menu lain pun ok juga. Yang buat saya KAGUM .. kemajuan yang dicapai oleh pengusaha / toke nya ... dari kereta tolak, gerai dan kini restoran yang menjadi HENTIAN WAJIB bagi mereka yang nak ke BKH, SIAM dan UUM . Cendok BAKAR di K. Selangor pun tak boleh lawan :)

    ReplyDelete
  14. cendol..gulai ayam kampung..memang kecur liur di buatnya..

    ReplyDelete
  15. Assalamualaikum. Mai, merah sungguh warna rambutan tu....

    ReplyDelete
  16. utara mmg best.. huhu... rindu kampung halaman...

    ReplyDelete
  17. Eh rumah saya tu kat Changlun tu! :)

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen dan mengomel.... :) *Bila saya tak sempat reply, jangan marah ehhh...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails