Tuesday, September 10, 2013

KB POKYA 2020 ~ again, SERI BULAN bukan saya...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Thalatha
10-09-2013


Last week, saya dengan MyAnak-anakBuah singgah dinner di area Kepong. Exact location: Taman Sg Mas, Kepong (sometimes they said ini area Jalan Ipoh). Kawasan perumahan rumah teres, agak jauh ke dalam dan kelihatan terpisah dari shop lot lain di kawasan situ.

Kedai (foodcourt) KB Pokya 2020 Kerabu Kaki Ayam & Masakan Hotel Thai. Recommended by MyAnakBuah. Sedap katanya. Owner orang Pattaya tapi dikatakan sangat friendly dengan customer. Cuma malam itu kami tak nampak dia.



Kerana berhampiran dengan Kem Kentonmen, ramai la para askar berbaju celoreng hijau yang datang makan di sini bersama kawan, aweks dan keluarga.


Servis bagus. Cepat air sampai. Kami memilih duduk di meja batu di sebelah luar, ala-ala balkoni. Berangin dan nyaman.


Memang dah lama tak makan Chicken Chop. Well, Tembikai Laici pelengkap drama di atas meja.



Presentationnya hebat juga. Roti bunnya lembut. Black Pepper Saucenya yummy!



Saya tidak pandai nak menilai sejauh mana hendak dikatakan mahal. Tapi 3 set Chicken Chop + 3 jenis air = RM39.++. Bolehkah saya katakan ianya masih murah? (Kejadian adalah di malam terakhir sebelum minyak naik 20 sen)

*****

Saya hendak menulis sedikit tentang komen ini:



  • Terimakasih atas puji-pujian itu. Silakan jika merasakan SERI BULAN itu adalah anda. Saya persilakan. Tiada masalah.
  • Itu BUKAN kisah dari buku. Cuma nama watak mungkin pernah ada di banyak buku novel. Kedua watak memang wujud di alam nyata (dan depa pun selalu memantau anekdot tersebut).
  • Saya bukan penulis novel. Hajat ada, tapi sehingga hari ini saya hanya mampu menulis di blog. Itupun kadang tak cukup masa nak handle.


Terimakasih kerana perhatian itu. Saya hargai. Saya tidak cukup masa untuk BW. Rutin saya ‘membunuh masa senggang’ saya.




 ~...setiap kali tibanya hujung tahun bilamana warga Kampung Separuh Desa sibuk gelut dengan musim megetam padi selepas tuaian selesai dibanting, HISYAM mula menyebut-nyebut tentang percutian tidak rasmi ke kotaraya tempat dia pernah menjadi orang penting berkepit fail bertimbun kerja, dan SERI BULAN pernah menjadi peneman waktu makan malam yang sering lewat tetapi mengenangkan begitu banyak agenda nikah-kahwin yang unik yang ingin disaksikan, lalu tiket keretapi yang sudah ditempah terbiar sepi lagi untuk ke sekian kalinya...~




Saturday, September 7, 2013

Jalan-jalan ke Utara: Padang Besar sebagai syarat, Pasar Kemboja yang teruja...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Sabtuday
07-09-2013


Berada di negeri paling utara, paling kecil tidak sah jika tidak ke Padang Besar. Betul ker? Itu dulu saya rasa. Sekarang ni Padang Besar sudah tidak menjadi keghairahan kepada saya lagi. Mungkin kerana saya sudah berkali-kali pergi lalu tidak teruja sangat macam anak-anak buah saya yang lain.

Seingat saya, ini merupakan kunjungan saya kali ke-6, ke-7? Ntah lupa tak kira pulak.



Wpun sepanjang jalan keluar dari UniMap menuju Padang Besar (ikut jalan Kaki Bukit) hujan lebat tapi harus juga singgah wpun sekejap.

Kami tiba sekitar jam 6:00pm dan hampir separuh kedai-kedai dalam bangunan bazar di situ sudah tutup. So capai apa yang berkenan, dan bayar.



Mungkin rezeki kami, setiap kedai yang kami beli dapat harga diskaun yang best. Murah sebab pastu kami compare dengan kedai-kedai lain jauh juga beza harga, then tak beli.


Masing-masing dapat sorang satu.



They said, “spek Adi Putra.” hahaha ko ader?

****

Esoknya, kami menyambung agenda borong sakan di Pasar Kemboja, Permatang Tok Mahat, Parit Buntar. Pasar Kemboja di sini sangat popular dan saya lihat ramai pengunjung dari luar (KL, Ipoh) pun datang shopping di sini. Pasar Kemboja ternyata memberikan ‘pukulan’ kepada ramai peniaga lain. Kerana harganya sangat-sangat murah (wpun beberapa jenis tu, kualitinya sedikit rendah), boleh tawar dan best part, ada banyaakkkk pilihan.



Baju kurung siap begini, sepasang boleh dapat dengan rega RM60 sahaja (harga buka mulut RM75). Gila kata ko...!





Kerana selepas Raya agaknya, kami mudah mendapat diskaun. Kena pandai tawar. Tetapi untuk jenis blaus (seperti di atas) semua harga adalah standard RM20 sahaja. Jika dibanding di KL mungkin blaus sebegitu RM30 or RM35.


Jubah begitu boleh dapat dengan harga RM50. Ada juga serendah harga RM45 sahaja. Sapa tak terpikat? Hmmmm 3 jam yang menyeronokkan sebab tak sesak kerana kami pergi pada hari bekerja.

Last sekali, saya nak tunjuk gambar ini:


Sebahagian hasil tangkapan yang lumayan.

Geng, jom kita pegi lagi....!






 ~...mengharap panas sehingga tengahari adalah lumrah dan kebiasaan tetapi mengharap guruh akan berdentum kuat di pagi hari bukan suatu kelaziman, namun bila HISYAM menyebut surat dari anak dara Pak Imam tiba lagi, SERI BULAN terasa itu bukan lagi guruh menghentam tetapi ibarat petir menyambar telinga sehingga dia terasa Teratak Nyatuh bagai diasap diperun macam sabut dibakar buat penghalau nyamuk di kala senja. Cisss!...~




Friday, September 6, 2013

Jalan-jalan ke Utara: Kg. Darat, Changlun pekena cendol pulut sambil borak melalut...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Jumaat
06-09-2013


Selain tujuan berkenduri di PB, saya dan rombongan family MyKakYang juga ada agenda lain pada hari berikutnya.

Ya menuju ke utara lagi. Kedah untuk transit tetapi berurusan di Perlis. Wahhh... Perlis yang kurindui.!

(Saya tak berkesempatan nak menulis panjang lebar, selalunya curi masa waktu pagi di tempat kija). Lalu biar gambar memberikan gambaran mengikut kefahaman masing-masing, yaaa...



Tak sah kalu tak snap mercu tanda. Bukti kata ko...!


Nak snap tarikh kejadian jer tu...



Saya lupa tanya harga, sebab yang bayar orang lain. Tak sure semangkuk Cendol Pulut Special (ada icecream topping) ni berapa rega.



Saya tak order Laksa sebab kat kenduri semalam, adik saya buat seperiuk. Tapi si hantu Laksa tetap carik laksa walau di mana jua.



Lumrah, bila masuk kampung, saya memang jadi jakun tak ketahwan hala. Saya obses dengan pemandangan.



Kami sebenarnya ke sini. Daftar MyAnakBuah. Degre, Electrical Engineering.

Transit di rumah ‘beras’ MyKakYang. Singgah di rumah orang kampung, saya sudah membayangkan menu masakan yang ‘so kampung’ yang saya sangat suka!

See...!


Ayam Kampung. Digulai dengan Rebung Madu. Ohhh teruja sakan saya. Kalu saya citer saya makan bertambah, korang mesti tak heran sebab saya memang ‘nampak’ macam orang makan sentiasa bertambah. Tapi... as usual “sedap habaq hang!”



...and part best lagi petik sendiri rambutan keliling rumah. “Ko ader”? hahahaha!


Tangga kat belakang tu tak cukup kuat untuk saya. Kalu idak... ada ler gambar orang blaus belang sedang panjat pokok! hahahaha!


(masa bekerja saya yang sehingga 8:00pm setiap hari mengambil hampir semua masa saya untuk aktiviti lain termasuk blogging dan baca novel. Lalu maafkan saya kerana ‘kebekuan’ saya itu)






 ~...ketika ayam belum berkokok pagi Mak Utih sudah merungut air tempayan habis semua lalu siapa lagi yang boleh diharap selain HISYAM nan maskulin dan sengaja hendak menguji kuat lengan dan ringan tulang, lalu SERI BULAN terus setuju untuk menjadi peneman seawal pagi buta asal sahaja kemudiannya dia pula ditemani untuk mandi di perigi walaupun perlu berselindung di balik tirai nipah kerana kekok berkemban...~




Thursday, September 5, 2013

Jalan-jalan ke Utara: kenduri enam beradik...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Khamis malam Jumaat
05-09-2013


Sebenarnya tujuan utama saya balik ke PB minggu lepas atas tujuan utama, kami berkenduri. Sebenarnya berkenduri (doa selamat or tahlil) selepas Raya, adalah tradisi keluarga kami sejak dulu lagi. Sejak My(arwah) Ayah dulu lagi, selalu buat kenduri 2,3 hari lepas Raya. Time gitu, selalunya kami adik beradik masih berkumpul di kampung, di Rumah Biru. Lalu kenduri akan terasa lebih meriah wpun sekadar kenduri tahlil yang jumlahnya tak seramai kenduri kahwin. Tapi tetap meriah, sebab itulah time gathering kami yang happening.

Kerana Rumah Biru sudah tidak dihuni lagi, sejak beberapa tahun kebelakangan kami berkenduri di Taman Damai, rumah MyKakYang.


Dalam famili, kami ada enam perempuan. So kali ini, sangat best sebab semua saudara perempuan saya balik berkumpul. So, setiap orang (except me...) masing-masing ada ‘potluck’ masakan. Myadik-adik memang handal masak. So menu Laksa, Mee Kari, Mee Kuah sudah ada tukang masaknya. MyKakak pula masak Nasi Daging. MyAnak Buah buat Rojak Buah.



Saya suka ini. Lemang Daun Pisang (ketupat pulut + kacang putih). Sumbangan ‘beras’ MyKakYang. Ahhh “sedap habaq hang!”



Menu tradisi. Ikut resipi My(arwah)Ayah. Daging Masak Merah. Hasil karya sapa ntah. Adik or kakak saya?



Antara yang sempat disnap, sebab saya jadi bibik sepanjang hari tu.


Nampak tak sudut sate di hujung sana? Terbaekkk...!



Kuah kacangnya ‘kureng’ tapi satenya... “sedap habaq hang!”



Majlis kenduri +  majlis Raya. So ramai sedara mara kampung yang hadir, memberikan kemeriahan dan saya sendiri rasa gembira. Terharu jumpa sepupu-sepupu yang jarang kami jumpa.



Puan blog yang perasan. With myanak buah; blogger CIKINTO.


So, Azie masak apa? Kerana dia yang paling tak pandai masak, so dia jaga air saja. Mujur pun laku.

*Sori Berlori sebab tak cukup masa nak BW, and many thanks for your comments!






 ~...rindu itu macam air hujan yang turun lebat pagi itu sehingga daun getah yang muda pun hampir gugur semua, dan HISYAM termangu di serambi bersama gebar sambil menanti SERI BULAN melempeng kelapa di dapur kayu...~




Wednesday, September 4, 2013

Jalan-jalan ke Utara — bermula malam Merdeka...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Rabu
04-09-2013


Wordless Wednesday, bleh? Tak sempat nak taip panjang.



Berhenti makan (macam bersahur pulak), jam 1.20 a.m. Hentian Rehat Tapah (arah Utara). Restoren ‘Tu Diaaa.. Pak Tam’ yang semakin popular sekarang. Juga ada cawangan di Selayang khabarnya.

Mihun Sup yang enak kata depa. Saya order Mee Rebus Udang. Sedap, wpun versinya berbeza dari Mee Rebus Mamak van yang kita dok biasa makan (with cendol tuh). 1 mangkuk kertas unik camtuh = RM6.

Cuma nak kata, “Sedap habag hang..!”



Ya... perjalanan ke Utara saya malam itu, malam Merdeka. Konvoi 3 kereta, yang meriah.

Selamat Merdeka warga Malaysia...!

Minyak naik 20 sen jer, kan? Macam tak biasa? Heh heh heh....





 ~...antara mimpi dan igau HISYAM tidak pernah terbabas kesiangan kerana pernah malu ditegur Pak Utih dek kelaluran akibat makan bergebang sakan sampai cerita dah jadi cereka, sandiwara menjadi dramawara...~




Tuesday, September 3, 2013

Thalatha: I’m back ~ jalan-jalan tu merepek?

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Thalatha
03-08-2013


Saya selamat tiba semula di KL malam tadi. Hari ini kembali masuk kija. Arrrhhh!

Tapi, bila ada ‘gap’ berehat di antara waktu sibuk, bercuti sekejap itu menjadi sangat bermakna.

Saya memang kaki jalan, walaupun ada yang kata berjalan-jalan itu adalah suatu yang merepek.

Merepek?

Okeh.. anggap saja itu cakap orang yang tak dapat berjalan sama. Hahahaha!


Di bendang yang saya bayangkan sejak awal, padi menguning. Kg Darat, Changlun Kedah Darul Aman.


Lupa info. Tapi jika tak salah, itu Bukit Tamin. Indah berlatarbelakangkan awan yang bercorak bak kapas....

Ada yang rindukan saya tak? Ahaks!






 ~...HISYAM, tidak pernah sehari pun SERI BULAN tidak rindu akan kamu, tidak pernah sehari pun dia tidak teringat akan dia, dan tidak pernah sedetik pun hati untuk melupakan kamu yang cuma satu, kalaupun tidak sebagai menantu mungkin boleh sebagai pembantu...~




Friday, August 30, 2013

‘Colek kelapa kering’ menjadi kenangan masa kecik

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
JumAAt
30-08-2013


Perasan tak? Jerubu kembali semula selepas kita beraya. Syukur juga tak ‘mengganas’ masa bulan posa ritu. Kalu idak, ramai ler yang sakit tekak dan demam.



Ini pic pagi tadi masa nak masuk area tempat kija.

Semalam bercerita pasal masa lalu, tentang kesusahan kerja kampung vs kerja di bandar. Saya terus teringat zaman kecik saya pernah beberapa tahun kerja sambilan di kampung. Rumah jiran saya menguasahakan kelapa kering (kami sekeluarga pun buat juga, tapi tak banyak). Saya pernah ambik upah kopek kelapa kering (read: kopek isi kelapa yang separuh kering [selepas dijemur/or disalai], keluar dari tempurung. Upah dikira berapa banyak isi kelapa dalam bakul.

Memang sakit tangan, so kena guna sarung tangan. Alat ‘pencolek’ tu dari besi macam sudu berhulu kayu. Entah kat mana boleh jumpa lagi alat camtuh... Saya cuba Google pun tak jumpa.

*Pic Google

Lebihkurang gitu ler gaya mengorek isi kelapa tuh... Tapi idak ler saya pakey suar pendek camtuh. Hahahaha!

Memang saya terkenang sungguh zaman tu. Upah yang tak seberapa sen tu, tiba-tiba menjadi nostalgia yang sayu pula.

Okeh... lets tayang-tayang:


Sejak area taman saya dah seminggu dua ni asyik on-off jer air, saya hilang mood nak memasak sakan-sakan. So, malam tadi saya makan di kedai jer. MyToklaki tingin nak makan Sup Ekor. Ok jerrrr...


Saya order Nasi Goreng USA. Tiba lewat, semasa Sup Ekor MyToklaki dah susut. Standard macam biasa; Air Tembikai, but this time no Laici. Takpa, janji kenyang kentang! Bukan susah nak jaga bini macam Azie ni. Ehh.. ehh tiba-tiba!


*Saya bercuti sehingga Senin depan. Harus tidak update apa-apa sepanjang cuti itu.





 ~...HISYAM merungut pisau toreh sudah separa karat lalu pokok getah terluka teruk tetapi Pak Utih mengadu pokok terguris parah seperti hati SERI BULAN yang sedang penasaran menanti janji ikrar yang pernah disebut dulu, HISYAM lalu mengakui sesuatu yang sedang berlaku di persekitaran Kampung Separuh Desa membuatkan dia serik untuk mengukir senyum, takut untuk menawar khidmat dan tidak lalu berselera untuk makan percuma...~




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails