Wednesday, October 8, 2014

Korban itu ibadah...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Rabu
08-10-2014


Aidil Adha baru saja berlalu. Semoga ibadah korban yang kita lakukan, diterimaNYA.

Semoga ibadah korban memberikan rasa keinsafan dan kesedaran. Mengubah hati. Melembutkan hati. Membuka mata dan minda.

Di taman perumahan kami, ibadah korban menyembelih lembu sudah menjadi tradisi dan suatu program yang meriah. Bermula sejak awal pagi, di mana surau dikunjungi, dipenuhi dan dibanjiri muslimin dan muslimat. Melimpah hingga ke luar, ke tepi pagar. (Saya tak bawa hp ke surau, no pic).

Dan bersambung dengan acara sembelihan. Tahun ini sebanyak 9 ekor lembu dikorbankan. Bermula selepas solat sunat Aidil Adha, dan para petugas mula memegang tali.

Saya tak tunggu, sebab nak masak-masak di rumah. Walaupun sebenarnya saya teringin nak tengok sembelihan tu, tapi MyToklaki macam dah warning awal-awal. “Berani tengok darah ker?” Amboiiii eksyen dia.


Beberapa pic yang anak bujang saya snapkan dari luar kawasan surau. Hanya para petugas sahaja dibenarkan berada dalam kawasan berpagar surau ketika sembelihan. Orang awam, saksikan dari luar saja.


Terlepas?  Biasa laaarrr...!


Alhamdulillah. Kami dapat sebungkus daging, dan sedikit tulang lembu. Cukup untuk buat Sup Tulang, sekali makan sekeluarga. Saya makan seketul kecik tetiba kepala boleh tingtong! Wahhh takutnya.

Dan malamnya, sahabat Abah dan Kak Ros pula datang dari Sg Besi menghantar sebungkus lagi daging korban. Terimakasih.

MyToklaki masak rendang daging semalam. Amboiiii... dapat Kepujian Kelas Pertama dari rakyat dalam rumah!

Tayang-tayang:






Kuih Chang dan Ketupat ori. Hasil karya rakan sekerja di tempat kija. Saya ni makan jer pandai. Buat, ntah bila nak belajar. Huhh!





 ~...HISYAM semakin ceria sejak mendapat berita bahawa namanya meniti di mulut makcik-makcik warga Kampung Separuh Desa, bagaikan dia seorang lelaki yang ada dan SERI BULAN merasakan hendak mencari teruna lain sebagai saingan...~




13 comments:

  1. Ooo, kuih chang, ingatkan ketupat palas tadi

    ReplyDelete
  2. tahun ni paling x meriah. dan ajaibnya, x ada langsung daging y sampai..

    mahal sungguh rezeki kami sekeluarga. barangakali selama ini kami kufur nikmat, itu y Allah taik balik tu

    ReplyDelete
  3. Kat Melaka, ada satu kedai kat atas pasar yang jual kuih chang berbagai jenis. Sedap2 belaka. Tapi, kalau Mommy saya bawak balik dari pesta kuih chang Persatuan Tiong Hua Muslim dia, saya selalu x boleh nak telan...hahahhaha.

    ReplyDelete
  4. pertama kali tengok kuih chang..

    ReplyDelete
  5. Kuih chang tu macam ketupat palas.Kak zai belum pernah makan.

    ReplyDelete
  6. kuih chang kena makan dengan rendang atau ngap macam tu je?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dua dua cara juga boleh. Ikut selera masig-masing...

      Delete
  7. kuih chang dah pernah makan tapi versi pulut campur kekacang ...

    ReplyDelete
  8. rupanya kuih chang..baru nak tanya td..balut ngan daun apa.. kak nah selalu tengok nyonya jual kat pasar pg disini.. tp xpernah tengok isi dalamnya..baru ni dapat tengok..rupanya pulut ye..rasanya sama macam ketupat palas ke..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak sama Kak. Kuih Chang sebenarnya tawar saja sebab tidak masuk santan mcm ketupat Palas. Kena makan dgn sirap gula atau pedas kari. Ada juga masukkan inti ayam atau kacang merah.

      Delete
  9. pertama kali saya dengar nama kuih chang.... sekali tengok macam kat tempat saya sebut ketupat jugak kuih nie.

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails