Tuesday, June 2, 2020

Journey AA: #07 – Nasi Lemak saya, dasat tak dasat...

Selasa
02-06-2020

Segala yang adik-beradik mee kuning, mihun putih, mee sanggul or yeemee, saya belum sentuh sepanjang tahun 2020 ini.

Nasi lemak, rasanya baru 2 kali. Itupun yang masak sendiri. Yang beli sudah stop buat masa ini. Dulu, sebelum mengamalkan eat clean, setiap pagi seawal 7 pagi, saya akan singgah suatu gerai di laluan ofis. Beli sarapan bersekali dengan makanan lunch jika tak sempat masak untuk bekal.

Dan bila di gerai sebegitu, tentulah segala jenis mee or mihun or nasi lemak pasti tak mampu dilepaskan. Sedap pulak tu.

Well... jika dikira menu sedap selain mee or nasi lemak, ada banyak menu lain yang saya suka makan. Yee mee, steak, sate, chicken chop dan lain-lain yang saya selalu makan. Suka makan. Sangat mudah nak cari pulak. Malah setiap bulan pasti akan ada agenda makan luar sekurang-kurangnya sekali.

Malah dengan rutin kerja saya yang sering balik selepas maghrib dan tiba di area rumah pada waktu cantik untuk dinner... maka kedai or restoren lah tempat lepak selalu. Lalu makanan pun boleh order ikut tekak dan tahap kelaparan perut.

Mee Goreng Mamak. Memang sedap. Sebenarnya, Mee Goreng Mamak yang eat clean pun ada. Buat sendiri.

ABC & Yee Mee Sizzling. Yang ini, sedapnya takleh bawak bincang. Nak makan kena pegi kedai, buat sendiri tak reti. Tak rajin nak belajar.

Chicken Chop and Fish&Chips. Paberet. Kebetulan medan selera depan rumah, ada gerai jual menu ni yang semurah RM10.00 dan sedap. Tentulah rajin dok ulang.

Nasi Lemak saya sebelum ini. Dasat tak dasat?

Bila lepak di restoren mamak depan rumah yang menjadi port paberet saya & MyToklaki, kadang-kadang order Cheese Nan dan Air Tembikai.

Bila makan di luar, selalu pulak order pasta.

Saya peminat ayam goreng KFC. Ini pic tahun lepas Jun. Selepas itu dah rehat sekejap dari makan ayam goreng. Bila saya amalkan eat clean, belum lagi order KFC. Hanya pernah order Mekdi sekali, semasa Cheat Day.

Ohh... insaf now. Dah jenuh selama ni, kan. So, sekarang bukan lagi masa untuk makan suka hati tanpa scan. Boleh order. Kedai tidak salah. Menu tidak salah. Yang salah bila kita tidak pandai menilai apa yang sesuai dengan diri. Maka, dengan ilmu yang saya belajar dari program IBC Diet ini, banyak perkara yang saya perhatikan. InsyaAllah, berkesan setakat ini. Tak susah mana pun.

Nak scan makanan, kena ada ilmu. Penilaian dari orang yang berpengalaman itu sangat berguna. Malah kita dapat enjoy makanan itu sama seperti sebelumnya.

Ini contoh kebanyakan menu saya sekarang. Bawal Emas tu memang paberet, samada kukus dengan cendawan atau hanya grill guna AF atau bakar sahaja dalam microwave. Sayur-sayur sebegitu hanya rebus sekejap. Nasi beras perang. Sambal sihat (tumis dengan minyak kelapa tanpa gula hanya garam bukit). Nampak macam sikit, tapi percayalah ianya cukup kenyang.

Sebenarnya, kita semua mampu untuk olah apa saja menu kesukaan kita itu menjadi menu eat clean bila kita tahu caranya.

Percayalah.


 ~...belajar di kelas memasak tidak sama kena marah di dapur kayu Mak Utih, kena jentik tangan kerana tidak dapat menahan selera kepingin Sambal Tempoyak juga tidak terasa, tapi malu kerana tidak kenal Ulam Madu Tiga, buatkan SERI BULAN rasa nak sorok muka di bawah atang dapur dan HISYAM tidak lagi rasa simpati...~



Monday, June 1, 2020

SOP & New Normal: yang ini, tak tahu nak gelak atau nangis...

Monday
01-06-2020

Semakin ramai staf kami dipanggil masuk. Semakin banyak department mula operasi sepenuhnya.

Hanya sekumpulan kecil kami sahaja masih meneruskan WFH. Menanti arahan dan pengesahan akhir pada hari terakhir PKPB fasa ini, samada masuk ofis semula sepenuhnya atau bagaimana.

Seorang rakan sealiran di pejabat lain, mengadu bosnya tak begitu menjaga SOP. Mungkin alasan staf tidak ramai (tak sampai 10 orang), maka mereka boleh masuk bekerja seperti biasa tanpa melalui ‘tembak suhu’. Katanya, alat tembak tu pun takda. Depa duduk pun agak rapat. Kesian.

Saya hanya mampu nasihat, jika Bos tak nak buat, staf kena pandai-pandai jaga diri sendiri. Elak berkumpul, kerap-kerap cuci tangan, pakai mask sentiasa. Bawa sanitizer sendiri dan guna selalu.

SOP di tempat kerja saya sangat ketat. Hanya satu pintu dibuka. Semua orang kena tembak dahi. Sesiapa yang tinggi suhu dan diragui kesihatan, memang kena balik. Takda alasan untuk masuk. Work station diubah sedikit untuk lebih penjarakan. Social distancing. Sebelum ini pun, workstation kami memang sudah berjarak, kali ini akan dijarakkan lagi.

Cuma, agak lucu bila ada cadangan dari salah seorang HOD, mahu kami buat workstation kami seperti ini:

Tiru Wuhan agaknya.

Siap bagi arahan pada orang tertentu akan kumpul kotak dan ‘pasang partition’ seperti dalam gambar.

Our workstation memang sudah ada partition (rendah sikit la tapi...) malah lebih berjarak dari contoh gambar tu.

Bila cadangan ini ditunjuk, berderet depa pakat tergelak dalam whatsapp group.

Adehhh...!




 ~...SERI BULAN sering rindukan tempat-tempat makan yang bukan sedap mana, tapi seronok bergelak dengan kawan-kawan seiring dan sejalan sehingga HISYAM sendiri jadi penasaran lalu dia sedar mata wanita itu sering menjelingnya yang berdiri tegak di sebalik tiang seri kerana cemburu gagal memburu...~



Saturday, May 30, 2020

Journey AA: #06 – Penimbang tidak menipu kecuali bateri weak...

Sabtu
30-05-2020

Saya memulakan 21-Days IBC Diet pada 3 Januari lalu. Sudah melalui 5 musim, di bawah coach yang sama. Apa hasilnya?

Mungkin agak awal dan keterlaluan untuk menyebut ‘hasil’, memadai jika disebut sebagai perubahan. Tentulah setiap peserta program akan mendapat perubahan. Banyak. Siapa join, dia tahu apa perubahan yang depa lalui.

Dato’ Dr Fadzillah Kamsah pernah sebut, untuk melakukan suatu perubahan kita sebaiknya berada dalam kelompok yang sama. Bermatlamat sama agar saling mendorong. Especially dalam bab diet dan makan sihat ini, sangat sukar untuk melakukannya sendirian. Kita perlukan komuniti yang sekepala. Ianya menjadi mudah dan teratur. Sudah tentu di bawah seliaan coach berpengalaman.

Saya tunjukkan beberapa perubahan yang saya terima, setakat ini.

Rekod disimpan. Saya bermula dengan bacaan ini. Bacaan pada 10 Januari 2020.

Bacaan pada 18 Januari 2020.

Sebenarnya, saya juga menyimpan rekod video setiap progress. Tetapi video hanya untuk simpanan sendiri dan coach yang monitor peserta sahaja.

Bacaan pada 16 Februari.

Nampak seperti penurunan tidak selaju orang lain. Ya, setiap orang tidak akan pernah sama badannya. Dalam hal ini, kesabaran dan pemahaman tentang program itu sangat penting.

Bacaan pada 17 April.

Naik sedikit, turun sedikit, adalah normal. Tiada apa yang perlu dirisaukan. Stress akan buat kita susah nak turun berat. Ini fakta.


Bacaan pada 16 Mei hari tu. Masa ni sudah memasuki Ramadan. Penurunan itu agak laju dari sebelumnya. Alhamdulillah, akhirnya saya berjaya meninggalkan angka 80.

Ada lagi bacaan terbaru, lebih rendah lagi dari semua bacaan di atas, tetapi dalam bentuk video. Insyallah, akan terus berusaha kekal di dalam program bersama rakan-rakan sekepala dan para coach awesome yang sangat positif dan membantu. Saya akan terus ke musim seterusnya untuk mencapai berat lebih ideal, kesihatan lebih baik, struktur diri lebih baik untuk memudahkan kehidupan saya. Sekaligus menjadikan saya lebih yakin, lebih ceria dan lebih bahagia.

Boh lagi sekali gambar ini. Gambar terkini, belum ada yang sesuai.

Teruskan berusaha dan gigih konsisten, Azie. Jika tidak diri sendiri yang berusaha mengubah, belum tentu ada orang yang sanggup ubah diri kita.


Siapa buat, dia dapat. Want to join me? Jommm....!

Saya happy sangat dah turun lebih 5 kg.
Paling best, raya ni takla naik banyak sangat.

Serius nak tahu? Follow coach saya, Coach Haliza di IG:> haliza.akmar


 ~...pernah suatu ketika, di remang senja lembayung baru berlabuh, di atas buaian di tepi Sungai Menghijau Lumut, SERI BULAN bernyanyi kecil, “aku tetap mencintaimu dari barat daya ke tenggara” dan angin timur laut membawa ke telinga HISYAM bersama irama pilu berlagu yang membuatkan dia tak senang tidur malam...~



Friday, May 29, 2020

Isu rak buku di rumah orang Melayu...

Jumaat
29-05-2020


Di media sosial, kecoh sekejap tentang isu ‘kurangnya almari buku di rumah orang Melayu’. Ramainya yang kurang senang, malah terasa, komen itu seperti tidak adil sama sekali.


Posting yang menjadi isu, kemudian dipadam oleh penghantar.
*Kau boleh ice-breaking dengan topik pasal artis. Takkan tak kenal sorang pun artis. Atau start with Kuih Raya or Ketupat atas meja.

Menziarahi rumah orang, tidak kira musim Raya atau tak raya, usah terlalu meliar mata. Tidak manis dan dianggap tidak beradab.

Jika suka dekorasi, senyum dan puji jika perlu. Jangan pulang dengan sangkaan atau prasangka, kemudian menilai sendiri dan lebih buruk menulis di sana sini seolah-olah itu adalah benar.

Bukan semua itu benar.

Ada orang, simpan koleksi FM banyak di pintu peti aisnya. Bukan bermakna seluruh dunia dia pergi. Itu cenderahati dari kawan-kawan. Dah dia mesra peramah, ramailah kawan yang ingat akan dia bila depa bercuti ke mana-mana. Kan?


Saya ada dua sahaja almari buku, dalam bilik belajar anak la, tapi.

Rumah kecik, ruang tamu kecik. Takda sapa paksa pun suruh letak di ruang tamu. Bukan kita nak kena tayang pun.

Rasanya buku dalam kotak lebih banyak dari yang berada kat rak. Bertugas di Pesta Buku sejak 2008 sehingga 2019, korang rasa berapa banyak buku saya ada?



 ~...bagai hendak tersembur ketawa besar SERI BULAN melihat HISYAM tetiba menjadi malu kesipuan kerana setelah lama tidak bersua dek cuti lama di hari Lebaran, sehingga lawak tidak lagi memberi gelak, jenaka tidak menjadi kelakar sebaliknya sengih menjadi kernyih...~



Thursday, May 28, 2020

Journey AA: #05 – Selamat tinggal...

Khamis
28-05-2020

Bila dikira, sudah hampir 7 tahun saya berulang-alik bekerja dari rumah di Pandan Jaya ke pejabat di Kota Damansara.

Dunia pekerjaan dalam bidang yang saya mahir sejak lepas tamat STPM dulu. Tidak pernah bertukar bidang, hanya bertukar syarikat 3 kali sebelum kekal di sini. Syarikat ke-4 ini, merupakan juga link kepada syarikat yang sebelumnya. Projek yang sama, malah pernah dulu berkongsi projek. Malah depa kalangan bos-bos dan manager (especially marketing), memang saling mengenali. Same field, kan.

Inilah syarikat yang saya rasa, satu-satunya yang masih mahu menerima pekerja yang berusia lebih 40 tahun, asalkan mahir. Saya sendiri yang call dan datang interview. Dalam masa hari yang sama, tunjuk skil dan terus diberi jawapan diterima. Saya harap, inilah tempat terakhir saya bekerja sebelum bersara. *Kami semua staff akan diarah bersara pada umur maksima 60 tahun.

Berapa ramai staf? Saya tidak pasti. Seingat saya, lebih dari 400 orang. Di bawah lebih 20 buah anak syarikat. Department? Saya tak boleh ingat semua. Banyak. Saya berada di bangunan pejabat utama. Tingkat paling atas, Lantai 3. Jadi saya hanya tahu department di bangunan ini sahaja. Itupun, masih ramai staf yang saya tidak pernah jumpa, tidak tahu nama dan department mana. Sekali sekala bertembung di parking, di lif, surau atau di lobby, segan nak tanya apa-apa. Sebab tak tahu apa-apa.

Hanya bila kami ada majlis tahunan (Majlis Raya biasanya), barulah nampak semua staf berkumpul dan sedar, ramainya rakan sekerja.

Dalam lingkungan lebih kecil, dengan waktu kerja dan tekanan projek, terlalu sedikit masa untuk beramah mesra dengan rakan lain kecuali di lantai sendiri.

Pun, bukan semua orang adalah serasi dengan kita. Sepertimana kita juga mungkin tidak sesuai kepada orang lain dan cara depa.

Kerana itu, selepas hanya mampu seminggu dua duduk bersila makan setikar dengan kawan-kawan ketika lunch, saya tidak lagi mampu. Cara dan pemikiran saya tidak sama dan saya secara peribadi tidak boleh menerima cara dan pemikiran orang lain, yang juga saya khuatiri akan mempengaruhi saya pulak. Saya tak boleh brain, bila dalam setiap sembang, adalah tentang keburukan orang lain, tentang hentam orang lain dan ada cebisan rasa cemburu dan iri hati. Walau segelintir, mengelak adalah cara terbaik yang saya dapat buat.

Lalu saya kembali Lone Ranger. Macam dulu-dulu. Serik. Yang mengenali saya, kenal saya suka sembang, suka gelak. Itu kekal menjadi diri saya. Saya masih boleh bermesra dengan semua orang, tetapi untuk lebih intim sebagai geng, tidak lagi menjadi minat saya.

Kerana itu juga, saya tidak banyak berkongsi dengan depa apa yang saya lalui atau apa sahaja yang berkaitan dengan kehidupan peribadi saya. No news is a good news.



Kenangan majlis tahunan. Persembahan pasukan saya, menjadi Persembahan Terbaik.


Saya juga pernah menjadi MC untuk Majlis Raya ofis.

Sebagai insan biasa, kita pasti terasa hati juga bila kata perli meski gurau sering dijadikan bahan. Kerana itu jugalah antara sebab-sebab saya nekad untuk menjadikan diri saya lebih berjaya, lebih sihat, lebih ceria, lebih positif dan lebih bahagia.

Supaya, kehidupan saya lebih bermakna dan saya lebih yakin, orang tua juga mampu mengubah dirinya.



 ~...setiap kali ada majlis dan SERI BULAN sering dijemput sebagai tetamu istimewa, HISYAM ternanti-nanti acara menabur beras kuning atau renjis air mawar atau setidak-tidaknya menebar bunga rampai di laluan tikar merah sebagai simbolik rasminya seseorang menjadi milik seseorang juga dan jauh di sudut hatinya dia ingin SERI BULAN juga kelak menjadi milik seseorang jikapun bukan dia....~



Wednesday, May 27, 2020

Syawal 1441H ~ Raya TwentyTwenty...

Wednesday
27-05-2020

Saya menyambung menulis dalam keadaan mood ke laut. Susah juga untuk kembali ke jejak laluan tetap sebagai seorang blogger. Makin tua, makin tumpul segala kemahiran dulu. Entah apa yang sebenarnya menjadi faktor utama. Usia mungkin, tenaga mungkin, pemikiran mungkin.

Ahad, 24 Mei 2020, Hari Raya Aidilfitri. Selamat Hari Raya semua. Maaf Zahir Batin.

Semoga Raya kali ini lebih bahagia, walaupun hampir seluruh dunia menyambutnya dengan cara yang sangat-sangat berbeza. Yang tidak pernah kita jangkakan langsung seumur hidup kita. Hampir semua orang tidak dapat meraikannya di kampung halaman masing-masing. Pasti ada hikmahnya. Sama-samalah kita menerimanya dengan hati terbuka, dengan perasaan bahagia tanpa curiga, meraikannya dalam suasana positif dan penuh keredhaan.

Kami, walau sudah terbiasa berhari raya di rumah sendiri pada setiap Raya pertama, tetapi apabila tidak dapat meneruskan agenda balik kampung, sangat-sangatlah terasa kesedihan itu. Apalah makna ceria Raya bila kita hanya terperuk di rumah. Ke depan, ke belakang. Ke dapur, depan tv, kerusi malas, tilam. Makan... makan dan makan.

Hari Raya pertama menjadi hari ‘Cheat Day’ saya setelah melalui satu lagi pusingan musim 21-Days IBC Diet, yang berkesudahan dengan Detox Day selama 3 hari. Dan hari Cheat Day jatuh pada hari pertama Raya. Bolehlah makan apa sahaja yang diidamkan, dan apa sahaja yang selama ini tidak disentuh.

*Nak tahu apa itu 21-Days IBC Diet & Detox Day? Boleh lihat IG coach saya: haliza.akmar

Pun begitu, kerana sudah terbiasa makan dalam keadaan portion terkawal – saya rasa seperti perut sudah kecik maka automatik saya tak boleh nak makan portion banyak – maka untuk sepanjang Hari Raya, saya tetap makan semua menu cuma tidak dalam keadaan ‘pinggan menimbun’. Macam dulu. Ahaks!

Rendang Ayam Pencen.
Seperti biasa, bukan saya masak. MyToklaki yang sediakan. Dalam hal rendang ni, dia lebih terror dari saya.

MyBonda di kampung, beraya bersama dua orang kakak saya. Seorang memang tinggal bersama, seorang lagi tinggal 45 minit dari situ. Tiada lagi suasana riuh rendah seperti dulu. Tiada lagi pasang khemah depan rumah, buka meja dan memasak banyak guna periuk kawah dan bergotong-royong sesama kami menjamu tetamu. Tahun ini, tiada.

Semoga COVID19 segera terkawal, PKPB ditarik balik dan kita akan mendapat kembali suasana kita yang dahulu. Tak sabar nak cuti panjang selepas PKP ini. Nak balik kampung dan berehat. Nak tebus kembali masa yang tidak mampu dilakukan dahulu.



 ~...rindu dendam bukan kepalang terasa bagai hendak membenam kolek di muara Sungai Menghijau Lumut, tetapi bila kembali berfikir bagai batu dikikir, SERI BULAN akhirnya mengerti rindu berbalas madu dari HISYAM memberikan makna nan seribu...~



Wednesday, May 20, 2020

Teknik Secawan...

Rabu
20-05-2020

Kami hanya berempat sahaja di rumah. Waktu bersahur, hanya seorang saja yang makan nasi. Anak dara berdua itu, waktu sahur lebih suka makan cereal atau roti saja. Saya memang akan nutrition shake sahaja.

Jadi semasa berbuka, nasi dimasak extra khas untuk MyToklaki seorang. Kadang-kadang semasa berbuka pun nasi habis.

Jadi saya gunakan masak nasi Teknik Secawan, untuk dia bersahur.

Belajar dari beberapa blog (selepas Google). Ternyata teknik ini sangat mudah, cepat dan jimat. Tidak berkerak.


Sukat beras dalam cawan dan masukkan air mengikut sukatan yang biasa kita masak nasi. Sukat dengan jari pun sama juga. Letak dalam rice cooker yang juga ada air. Air separuh periuk sahaja (cawan terendam ler kekdahnya). Kalu banyak sangat nanti cawan tu timbul pulak, atau bila ia mendidih, air tu boleh melompat masuk pula dalam cawan beras.

Ada ketika saya guna mangkuk untuk makan dua orang.

Selamat mencuba.



 ~...begitu bersungguh SERI BULAN belajar memasak Nasi Lemak Buah Bidara hanya semata-mata HISYAM pernah berkata “kerana kasih hamba turutkan” malang sekali Limau Purut tidak upaya dilurutkan kerana batang berduri menyucuk jiwa...~



Tuesday, May 19, 2020

Mother’s Day 2020

Thalatha
19-05-2020

Selamat Hari Ibu. Walau sudah berlepas Ahad lalu.

Semoga terus menjadi para ibu yang cemerlang sejak dulu, kini dan selamanya. Kagum dengan ramai orang yang meraikan Hari Ibu dengan cara masing-masing. Samada kecil atau besar bukan ukuran, tapi ingatan dan kasih sayang yang tidak pernah berkurang.

Bagi saya, setiap tahun Hari Ibu memang istimewa dengan cara kami. Bezanya tahun ini tiada acara dinner di luar seperti tradisinya. Masing-masing berada di rumah.

Seperti biasa juga, anak-anak akan tanya, “Mak nak hadiah apa?”

Ya, saya sudah tidak ada apa yang saya mahukan sebagai kehendak. Hanya keperluan. Lalu berkira-kira apa lagi keperluan. Bukan untuk kegunaan saya sendiri, juga boleh digunakan semula untuk sekeluarga.

Along belikan saya oven. Kerana musim PKP dan menjelang Syawal, oven adalah hadiah paling sesuai tahun ini. Order online. Alia pilih warna dan model. Rasanya dia yang akan banyak guna benda nih. Dia yang nampak berminat dalam hal baking nih.


Ika, kirim melalui runner, hantar hadiah dari tempat kerjanya. Sehelai sport legging yang cantik dan berkualiti. Lepas PKP boleh sambung joging. Beserta sebalang cookies, sekotak coklat (saya tak boleh makan pun) dan sampul duit raya eksklusif keluaran company tempat kerja dia.

Pun begitu, saya juga beli hadiah untuk diri sendiri. Reward diri kunun rajin masak, kan? Hahaha sebenarnya rambang mata tengok non-stick frying pan ni. Harga asal RM129, tapi ada offer RM39. Grab laaa...

Juga order botol air baru Herbalife. Warna gold. Sebagai penambah semangat dalam diri sendiri.


Jute bag. Order online. Pilih warna royal blue, dengan cetak nama yang eksklusif itu. Bolehlah guna untuk isi botol-botol nutrition saya nanti.

Wahh... tetiba macam banyak pulak hadiah Hari Ibu tahun ni. Gara-gara #DudukRumah semua benda nak layan. Banyak masa, kan. Kalu pegi kerja (awal pagi balik malam), mana ada masa nak explore benda ni.

Terimakasih semua. Sayang semua.




 ~...kerana hanya HISYAM sejak awal dan akhir menjadi kekasih dan kepercayaan, SERI BULAN sukar hendak berkongsi kisah walaupun hanya selingkar dengan sesiapa yang lain dek bimbang apa yang nanti disebut nanas bakal dianggap ganas, berkata sesuwar dianggap pula sesuai lalu biar sahaja kamus bahasa itu mereka berdua sahaja yang faham dalam ertikata Serasi Bersama itu lebih bernilai dari air sarsi...~



Monday, May 18, 2020

Journey AA: #04 – Jom tukar gaya hidup

Monday
18-05-2020

Apakah yang lebih penting dalam sebuah perubahan?

Ya, minda. Menukar minda dari yang kurang elok kepada yang lebih baik. Kemudian berusaha mengekalkan setiap yang baik dan positif itu menjadi suatu habit, suatu amalan, dan gaya hidup.

Ada banyak perkara yang saya korbankan untuk menjadi insan yang baik dan terbuka minda sepanjang menjadi peserta program IBC Diet selama 21 hari untuk satu musim. Kini saya sudah memasuk musim yang ke-5.

Sudah tentu ada banyak gaya hidup yang saya ubah dan saya bina. Bina sesuatu yang baru. Eat Clean. Balanced. Quality.

Sebenarnya tidak susah untuk kita mengenalpasti apa yang berkhasiat untuk diri kita dan keluarga apabila kita bersedia membuka minda ibarat cawan yang kosong, dan menerima ilmu dengan positif dan bermatlamat.

Kawan-kawan, untuk lebih memahami saya boleh berkongsi apa yang saya lalui melalui pengalaman dan perasaan. Selebihnya boleh bertanya lanjut dengan orang yang lebih pakar iaitu Coach saya: HALIZA AKMAR. Follow dia di IG: haliza.akmar

Selepas hampir 5 bulan saya berada di bawah program ini, apa perubahan yang saya rasa?

Saya rasa lebih selesa, baju terasa semakin longgar, saya semakin cergas dan kurang mengah semasa naik tangga (kalu boleh nak cergas lagi), kurang craving dan semakin boleh minum air banyak. Dulu, saya susah nak minum air banyak.

Perasaan saya?

Saya rasa lebih tenang, semakin kurang stress, rasa lebih ceria dari dulu. Bila berada di persekitaran yang sejiwa dan positif dengan matlamat yang sama, kita akan rasa dihargai. Semangat dan dorongan bukan sahaja dari keluarga, tetapi dari orang di luar yang kita tidak pernah kenal pun sebelum ini, tetapi mereka sangat ikhlas. Apatah lagi, jika kau merasa kawan-kawan rapat or yang selalu kau jumpa, bukanlah mereka yang sangat memahami pun.

Kongsi gambar terawal yang buat saya rasa gembira.

Cukuplah dulu untuk permulaan. Nanti akan saya kongsikan lagi. Belum gambar terbaru.

Ini coach saya. Transformasi beliau sangat memberi inspirasi kepada ramai orang.

Bukanlah sampai tahap sampai saya nak pakai baju kebaya nyonya, tapi andai saya berjaya pakai semula baju lama saya yang masih baik dan elok tu, sudah cukup buat saya gumbira.



 ~...sudah berkali HISYAM berpesan dalam amaran yang lembut manja, agar SERI BULAN tidak langsung mendedahkan dirinya yang sebenar berasal dari keluarga berdarah kerabat agar anak dara Pak Imam tidak terusan perasan tidak terlayan, kerana segala harta benda tidak semesti menjadi pusaka, cinta paksa tidak semesti menjadi asmara dan rindu dendam tidak seharusnya menjadi berahi...~



Saturday, May 16, 2020

Journey AA: #03 – ayaq paling murah, itu lah ayaq paling sedap...

Sabtuday
16-05-2020

Sudah 23 Ramadan.

Saya akan menyambung siri Eat Clean saya kali ini berkaitan bab air.

Kenapa air penting? Memang air penting. Sebab ada orang boleh tidak ada makanan berhari-hari tetap boleh hidup asalkan ada air.

Untuk turun berat badan, airlah unsur paling penting. Di bawah program ini, kami diajar (setiap hari ada kelas yaa...) tentang peri pentingnya air kepada tubuh badan dan bagaimana air berfungsi di dalam badan dan menyumbang kepada seseorang itu boleh turun berat badan.

Air paling berkualiti? Yeaa... air kosong. Kenapa? Kerana air kosong zero kalori.

Apakah air lain tidak bagus dan tidak berkhasiat. Yea... ia bergantung kepada tubuh badan seseorang. Adakah air ketum itu sesuai untuk semua orang, walaupun ia dikatakan air yang boleh memberi tenaga dan kekuatan?

Di bawah program ini, akan ada Meal Plan di mana menu (dan air) dicadangkan. Banyak ilmu yang selama hidup saya hanya baca dan tahu secara pembacaan, kini saya mengamalkannya. Betapa beruntungnya saya berada di bawah kumpulan mereka yang tidak kedekut ilmu untuk berkongsi banyak info dan tips.

Jangan ambil mudah tentang pengambilan air walaupun air kosong. Apatah lagi air yang bergula. Semuanya ada kisah di sebaliknya.




Untuk ketahui betapa bermanfaatnya program ini untuk diri dan keluarga, boleh explore Facebook saya, ada album khas –> EAT CLEAN, AA! – “Siapa Buat Dia Dapat”, di mana setiap menu makanan dan air, tersimpan rekod untuk rujukan saya dan sesiapa saja.

Jika jus buah, pastikan tiada gula.

      

     
Botol yang menjadi teman sepanjang masa.

Bila kita menyedari fakta dan kepentingan air, kita akan merasa betapa nikmatnya air walaupun sekadar air kosong.

Hidup tanpa air, akan lebih teruk dari kemarau semusim, kawan-kawan.



 ~...hari yang penat bukan menjanjikan ada orang sudi mengubat atau mengurut urat (or mengurat), tapi bila SERI BULAN sudi menuang kopi — walau seperti air telaga keruh — HISYAM terpaksa juga mempamerkan senyum walaupun kelatnya lebih dari kopi itu sendiri...~



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails