Tuesday, May 21, 2013

I Miss You: saya pun terjebak dek kerana si Harry yang malang...!

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Thalatha
21-05-2013


Hero dan heroin sangat cantik dan kacak. Putih melepak gebu dan menawan. Baik yang lelaki, apatah lagi yang pompuann.

Walaupun semakin menjadi fenomena, saya tidak sampai ke tahap ketagih Gaban, tapi terjebak dan terperangkap dengan konflik cerita membuatkan saya tidak mahu tinggal walau satu episod pun. Tapi banyak sebenarnya yang saya dah tertinggal.

Irama latarnya mengharukan. Lagu temanya mendayu dan menyentuh hati. Sayu. Pilu. Sedih. Kecewa. Hampa. Merana. Pernyataan 3 jiwa yang berdepan konflik tiga segi sejak dari zaman kanak-kanak sehingga dewasa. Tidak berkesudahan. Lalu saya jadi simpati.

Jika ramai orang lain mungkin lebih memihak simpati pada si hero yang menanti Lee Son Yeon selama 14 tahun, tapi saya lebih simpati kepada Harry Bolsen @ Kang Hyung-Joon (lakunan Yoo Seung-Ho).


Hero kacak ni sebenarnya seorang pembunuh, tapi pada saya sebenarnya jiwanya sendiri yang terbunuh. Saya melihat, dalam banyak keadaan, Harry ni yang sebenarnya mangsa keadaan.

Saya malas nak ulas terlalu banyak pasal siri ni. Siri ni menjadi fenomena ramai remaja sebab ceritanya memang best. Persahabatan sejak kecil ‘childhood friend’ yang membawa kepada beberapa tragedi yang mengharukan, memisahkan dua sahabat karib. Ala-ala cinta platonik.


Siri ni dah habis ditayang di Seoul. Bebudak saya dah tengok habis dah siri ni (download laa...) tapi kini ditayang di TV9.

Sejak semalam (untuk sepanjang minggu ini), saya dikerah untuk stayback sehingga 8.00 malam. Jadi dapat tengok pun dah hujung-hujung. Rasa release tension juga sebab walaupun lagunya sedih, saya tetap terhibur!

Saya pernah baca tentang ada group peminat fanatik siri ini yang anjurkan beberapa siri pertemuan @ gathering sesama mereka. Memang dahsyat juga, sebab rata-rata adalah remaja wanita.

Wpun dalam rumah saya semua yang pompuan ni kemaruk Korea, tak pulak depa tingin nak pegi join mana-mana group kelab peminat. Mujur lah...




 ~...merenung mata HISYAM yang juga sedikit sepet seperti tersenyum, selalu membuatkan SERI BULAN tertanya-tanya darah warna apakah yang ada di dalam tubuhnya sedang semasa terlibas cangkul di kaki dan darah masih berwarna merah dia tahu ada campuran lain yang menjadikan HISYAM memiliki senyum yang menawan, mata yang menikam dan perilaku yang merenyam...~




41 comments:

  1. lani cuma layan runnig man je hehehee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Running Man saya tak layan pun, sebab subtitles dia dalam kotak hitam, tak nampak screen belakang. Saya lebih suka layan Gag Concert dan The Human Condition. Tapi rata² yang saya jumpa, diorang tak suka pun dengan 2 rancangan ni. Huhu.

      Delete
    2. Dalam rumah saya siri Running Man menjadi siri ‘wajib’ download bila kuar episod terbaru. Kadang-kadang bebudak sanggup tak makan semata-mata nak tengok siri ni. Ketagih sungguh!

      Delete
  2. memang seronok citer ni! ^^ sedih je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaupun sedih, kita tetap nak tengok lagi dan lagi. Nak tahu apa kesudahan si Harry dan Joy tu.

      Delete
  3. xmampu nak tgk.. hehehe.. terlalu sadis.. awal2 jer nengok dan sesekali terbuka baru tgk.. sedih melampau sgt citenye... penuh dgn air mata.. hehehe... tp cite nye menarik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pada pendapat saya, sedih tu lebih kepada si Harry. Saya kesian kat dia. Bertahun-tahun dia menjaga Joy @ Soo Yeun, tapi akhirnya Joy kembali kepada Ju Woo.

      Delete
  4. tak tengok cerita ni...macam menarik jugak. tapi, lebih afdhol saya tak tengok..kang apa keja pun tak jadi.hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Bagi saya pula kalau cerita tu best saya tak boleh tinggal satu episod pun. Tapi yang jenuhnya nak menunggu setiap episod tu, aduyai lambatnya.

      At the end, cari dalam web baca aje jalan ceritanya. Tau ending cukup la.

      Delete
    2. BEgitulah yang saya dok rasa. Ada ketika ralat juga tertinggal beberapa siri, tapi bila fikirkan ianya sekadar cerita. Takpa la.

      Kita keja sampai malam, susah la nak kejar setiap siri.

      Delete
  5. Aian pun suka. Anak2 dan bapak anak dah tau kalau senin dan selalsa pukul 9.30 jgn nak pegang remote tp banyak jugak yg lelap depan tv berbanding tengok yg buat depa hangin. Tukaq chanel je mak buka mata!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat rumah ni, Kak Azie mudah jer dapat siaran ni sebab bebudak lebih suka ngadap laptop banding ngadap tv.

      Delete
  6. kalau dah start layan susah, mesti nak tengok sampai habis...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Kalu dah termula follow dari awal, pastu citer tu best plak, mula lah jadi penunggu setia setiap kali siaran.

      Delete
  7. Wahh...Kak Azie nie memang peka lah. true, kadang2 penonton lebih terarah kepada hero dan heroin jer, tapi the dark character pun berhak di utamakan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi hero dan heroin memang memainkan peranan dalam menarik penonton. Cerita best tak best, itu belakang cerita. Contoh macam Secret Garden. Saya tengok sebab hero dan heroin nya, aduhai comel sungguh. Mwahahaa..

      Delete
    2. Rata-rata orang memang fokus pada hero dan heroin saja. Kebetulan siri ni, watak kedua pula yang lebih hensem dan lebih beremosi.

      Delete
  8. begitulah penangan drama bersiri..kalau dh mula tgk..kita akan terikat dan menanti episod seterusnya...
    hero tu tersangat comel...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ramai artis Korea comel-comel sebab depa buat plastic surgery. Di negara depa sinun, plastic surgery adalah normal dan kosnya sangat murah.

      Delete
  9. Rasa macam pernah tgok dulu sekejap, tp x dpt nak menarik minat Teena..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mula-mula dulu siri ni pun Kak Azie tak berapa rasa best, tapi lepas bebudak kat rumah ni citer semula kata best, mulalah Kak Azie fokus tengok.

      Delete
  10. Cite ni kat tv9 kan? Selalu tengok iklan je, saya kalau kat rumah jarang layan korea tapi kalau balik umah kakak, secara wajib kena tengok ape2 cite korea..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalu ikutkan sejak dulu dulu lagi memang ada jer citer Korea kat tv biasa, tapi di Astro memang ada channel khas utk siri siri Korea.

      Delete
  11. acik pun peminat cite korea..tapi setakat tengok ditv je..tak sampai macam tu kan azie..dah lama ..sejak ada canel 393 dan 392..sejak tu la mengenali citer korea ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Channel di Astro KBSW tu kan? Memang setiap hari ada saja siri Korea, sampai tak larat nak layan.

      Delete
  12. Tak pernah punya kesempatan menonton cerita ni tapi bila Azie cerita intronya..tiba-tiba saya teringat ' winter sonata'. Mata sepet, senyum memikat dan kisah cintan cintunnya.
    Ehemmm..sekadar selingan di sini - gambar kasut di header tu cantik ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa fenomena Winter Sonata dulu, saya masih belajar, jadi time utk tv sangat terhad. Tu yang tak follow siri tu. Skang ni jer mula nak layan balik citer citer Korea.

      Delete
  13. citer korea ni mcm berantu, jgn ler ikut kompom terikat..hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi mujur juga ada drama Korea yang tak best, jadi tak ikut lah.

      Delete
  14. Kekadang terfikir macm mana Hisyam tak ikut jejak ayahnya memboya, Seri Bulan ikut perangai bondanya seksi slim sebijik ikut perangai bondanya,
    Padahal keduanya Hisyam dan SeriBulan telah lama baligh, boleh beza antara air panaz atau air suam,,,
    Mhngkin seribulan lahir di bulan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalu tak tahu apa-apa, saya pun tak mahu jawab apa-apa. Nanti tanya sendiri ya.

      Delete
  15. Salam kak azie..

    baca entry kak azie ni terus rasa mcm nak tgk cerita tu.. nak dgr sgt muziknya yang mendayu tu.. skrg ni suka tgk we got married..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada banyak siri drama Korea yang semakin banyak masuk di siaran tv kita. Tinggal pilih saja.

      Delete
  16. saya dah tertau ending dia rasa kuciwa nak tengok..hahaha...

    apesal bukan harry yg hero ah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tetap nak kata Harry adalah hero! hehehehe

      Delete
  17. saya tak tengok drama ni..sekarang ni saya layan banyak dsangt drama korea..tak terlayan dah..hahah..tapi tu la..tak nak terlepas satu episod pun..habis cemana nak ada masa dengan blog..ahhaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mujur Kak Azie cuma follow satu siri drama jer. Tu pun cuma Senin dan Selasa jer. Kalu nak follow semua, parah lah jawabnya.

      Delete
  18. saya layan yang dekat astro tu channel 392 & 393, layan je apa cerita yang ada

    ReplyDelete
  19. Assalamualaikum,
    Tengok jugak kat TV, jarang2 je...selalu lupa je nak nengok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lupa tengok takpa, jangan jadi macam saya, tak lupa untuk tengok!

      Delete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen dan mengomel.... :) *Bila saya tak sempat reply, jangan marah ehhh...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails