Saturday, January 5, 2013

The Thieves: filem box-office yang korang tak rugi tengok berkali-kali...!

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Sabtuday
05-01-2013



Minggu lepas saya ternampak promo filem box-office Asia bertajuk ‘The Thieves’. Macam best. Ada banyak sebab kenapa ianya ‘nampak macam best’. Pertama kerana ianya filem Korea. Saya pun dah terjangkit penyakit kemarukkan filem-filem Korea. And then, ada ramai pelakun Korea dan China yang berganding. Menjadikan filem ini sebuah filem box-office yang menjadi sebutan ramai kaki wayang sekarang ini.

Dak AMOI sendiri pun sebut filem ini memang best sampaikan beratur panjang orang beli tiket di panggung. So bila saya sebut nak langgan filem ni di Astro Best, semua setuju. Memang best dan berbaloi sungguh...! Dengan hanya RM10 untuk langganan selama 48 jam, kita boleh tengok berulang kali sampai boleh hafal plot. Puas dan menghiburkan. Nak baring boleh, nak meniarap boleh, nak menyandar boleh. Tak perlu beratur beli tiket dan duduk menggigil dalam panggung wayang yang kadang sejuk macam peti ais! (atau sengaja kasi sejuk so that couples boleh duduk peluk-peluk??)

The Thieves bermula apabila seorang pakar pencuri bernama Macau Park mengumpul beberapa orang geng pencuri profesional untuk bergabung mencuri berlian ‘The Tear of the Sun’ bernilai US$20 juta. Macau Park (lakunan Kim Yoon-Seok) mengatur setiap strategi untuk mendapatkan berlian bernilai tinggi itu. Setiap sepuluh orang dari mereka diberi tugas masing-masing.

Di sinilah kita rasa seronok melihat kepakaran setiap orang yang melakukan pelbagai teknik untuk mendapatkan berlian itu. Filem ni bukan banyak fighting sangat, tapi aksi tetap menarik dan hebat! Saya suka sebab setiap muslihat sangat hebat dan menakjubkan. Yeahh.. bukan senang nak rompak berlian bernilai US$20 juta, kan?

Kalu dah pencuri tu, tetaplah pencuri, kan? Setiap orang mempunyai tipu helah sendiri dan mempunyai agenda untuk kepentingan diri masing-masing. Cuma dalam pada itu, mereka tidak langsung sedar, salah seorang ahli mereka (Julie) adalah polis. Tiada siapa dapat meneka kerana bapa Julie adalah seorang pencuri juga dan merupakan kawan mereka suatu ketika dulu.

Dalam usaha mencuri berlian itu, akhirnya ada yang terbunuh. Di sinilah beberapa muslihat yang best kita tengok kerana berlian itu bergerak dari satu tangan ke satu tangan antara mereka kerana masing-masing hendak memiliki untuk diri sendiri.


Mereka bertemu di Macau dan berkumpul untuk membincangkan strategi dan posisi masing-masing. Lokasi berlian adalah di sebuah kasino di Macau.



Melihat cara Popeye (lakunan Lee Jung-jae), yang tidak suka Macao Park memegang bahunya, kita akan tahu antara mereka sebenarnya musuh dalam diam. Ada kisah di sebalik gandingan mereka sebagai satu pasukan. Kisah pengkhianatan dan cinta yang dirampas. Memang best. Walaupun ada beberapa scence flashback, tapi kita akan faham kenapa kemudiannya, Macao Park pun memasang ‘plan B’ dalam kes mencuri berlian ini. Antara mereka berdua ada dendam yang belum berbalas.



Pompuan comel itulah polis sebenarnya, Julie (Angelica Lee). Bapanya dulu pernah bekerjasama mencuri dengan Chen (Simon Yam), jadi mereka menyangka anaknya juga seorang pencuri. (Simon Yam tu walaupun dah tua, tapi maintain hensem dan lakunannya berkarisma).



Popeye berganding dengan Pepsi (Kim Hye-soo) menggunakan kepakaran mereka untuk memecah petibesi di dalam bilik khas untuk mendapatkan berlian ‘The Tear of the Sun’. Tapi betul ker berlian tu dalam peti besi tu? Ahaa.. kena tengok. Kelakar pun ada!


Jennycall (Jun Ji-hyun), seorang pakar memanjat, melompat dawai yang ditugaskan memecah masuk melalui tingkap. Best jer tengok dia melayang dari satu bangunan ke satu bangunan.

Ada beberapa lagi watak pencuri lain: Chewing Gum (Kim Hae-sook), akhirnya mati bersama Chen. Seorang lagi artis terkenal Korea: Jampano (Kim Soo-hyun), kalu tak silap pelakun ni memang top kat Korea.

Berlian yang diburu sebenarnya adalah milik seorang gangster lain. Lalu berlakulah kejar mengejar dan bunuh membunuh. Juga sebuah kisah lama yang tersimpan antara Macao Park dan Pepsee akhirnya terdedah juga. Sebuah kisah dendam yang terurai.

Yang kelakarnya, pandai pulak depa create replika berlian yang palsu untuk diletak ditempat berlian asli. Lalu berlian palsu tu pun bergerak dari satu tangan ke satu tangan juga.

Jadi siapa sebenarnya yang dapat berlian asli tersebut?

Jom kita tengok filem yang best ini...!



~...dendam lama jangan disimpan pendam terlalu lama, kalau pun tidak sampai menjadi pekasam setidak-tidak dendam akan menjadikan muka selalu masam dan HISYAM tidak mahu kerana dendam SERI BULAN juga, dia semakin hilang seri macam bulan tiada sinarnya..~









14 comments:

  1. Sya pernah tengok sedutan filem tu
    Memang menarik tp tak peluang nak menonton lg

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalu tak suka ke panggung, langgan jer dari Astro Best. Tak rugi. Boleh tengok ramai-ramai satu family!

      Delete
  2. kdg2 kat umah ni ada jugak akak tumpang my24 tengok citer Korea, dia sorang yg rajin layan tp citer Korea mmg byk yg menarik pun...tp selalunya tv yg tonton akak...penatlah Azie...tu yg pantang dpt duduk depan tv terus tergolek hanyut kePulau Andaman...

    amboi...sempat perati kehenseman Simon Yam ekekeke...nasibn baik nama dia bukan Simon Yet ek? kekeke...saja jer guwau....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Q, saya ni sebab selalu didedahkan dengan movies Korea, secara tak langsung terpengaruh ler jugak.

      Zaman gemilang muda-muda Simon Yam tu, zaman saya kaki wayang dulu. So saya kenal dan cam lakunan dia. Wpun dia dah level veteran tu, tapi saya tetap kagum dengan dia.

      Delete
  3. Hihihihi...
    Ingatkan azie nak iter sampai abeh...
    Kikikiki...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak larat nak tulis Kak. Panjang sangat, nanti ada terus tido depan blog saya. hahaha

      Delete
  4. filem ini akan dicuri selepas ini hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dicuri dan dicetak pula, ye tak? Begitu laaa...

      Delete
  5. Saya baru jer langgan filem ni...citer mmng best, tapi banyak adegan yg tak sepatutnya dilihat oleh anak2...semalam menonton bersama anak2,.... Tak smpt tengok habis, husb tutup....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalu dah nama bukan filem orang Melayu, memang la akan ada scene yg bukan budaya kita.

      Delete
  6. try offer kat mmmD n anak2, so..tgk lah petang nt katanya, ..herm cam tak berminat je depa dgn film tu.,minat depa kat cite yg feeling2 jer huhu.

    ReplyDelete
  7. suka gak.. nnti nk donlod hehe, mmg xde keje lain dok rmh x buat pape

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahh rajin juga nak download ya. Saya malas, sebab nak tunggu lambat. hehehe

      Delete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails