السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Sabtuday
08-03-2013
Hari melepak. Setelah puas berehat, cover tido yang kunun tak cukup sepanjang hari-hari bekerja.
Menunai janji untuk masak yang ‘sakan’ macam time tak kija dulu. Lalu haruslah ke pasar macam biasa.
Lauk hari ini sekadar Ayam Masak Kurma + Telo Masin + Papadom + Kacang Panjang Goreng campur Telor = perhhhh..., kan? hehehehe
Alhamdulillah, menjelang tengahari hujan membasah bumi juga selepas 5,6 hari panas terik, hangat membahang (tapi sebenarnya area ‘kok lerah’ tempat kija saya semalam sudah lebat sakan, bila sampai rumah, kering pula).
Acara sebelah petang adalah santai lepak di rumah. Tengok ‘wayang’ ler, apa lagi. AstroFirst citer ‘Husin, Mon, Jin Toncit’ tu. Best jugak, layan filem tu walaupun memang banyak yang tak lojik.
Sebagai hiburan bolehlah, nak percaya jangan sebab tahyul. Merepek merapu pun ya jugak (terutama di hujung cerita, merepek ntah apa-apa). Baik lagi filem yang sebelumnya tu Hantu Kak Limah, jauh lebih best dari yang ini.
Part saya suka, kerana terimbas kenangan masa kecik di kampung dulu. Pasal sabun yang kami dok guna sekeluarga. Sabun ‘Popinjay’ nih:
Sabun jenama ni, disebut dek Husin dalam filem ni. Hehehe terkenang sungguh.
Selain jenama sabun mandi tu, sabun cuci kain Cap Kapak pun menjadi kenangan juga. Sabun Cap Kapak ni dah susah nak dapat sekarang. Tapi kalu nak baju putih bersih putih, inilah sabunnya. Kat kampung-kampung haruslah ada lagi dijual.
~...merasai detik mandi di perigi dengan airnya yang dingin sampai menggigil dagu lebih dari gigil lutut dek seram senja lembayung meredup, SERI BULAN lebih rela mandi di tepian Sungai Menghijau Lumut walau dipaksa berkemban macam anak dara Kampung Separuh Desa yang lain, tetapi bila pulang berselubung tuala telinga jenoh menadah marah Mak Utih...~
harini makcik masak asam pedas...teringat kisah masa remaja baru nak belajar masak....hentam letak segenggam asam keping dlm masakan.bayangkan kemasaman dia tahap 7 petala langit...haha.
ReplyDeleteSabun tu harum menawan tahan berjam kan.
Segenggam? Mak aiii terlajak sangat tu. Takpa la, belajar dari kesilapan masa lalu. hehehhe
DeleteSekarang ni, sabun dah pelbagai versi. Orang skang lebih suka guna shower gel or shower cream
sabun nie berkurun lama...dengar sabun cap kapak ada org guna buat sabun muka utk hilangkan jerawat...ha ha ha....
ReplyDeleteSabun Cap Kapak utk hilangkan jerawat? uishhhh pelik gak tu. Sebab sabun tu rasanya dibuat dari minyak kelapa sawit sepenuhnya. Berkesan ker?
DeleteAzie, saya suka popinjay.wangi sampai habis sabun.sabun lain tinggal setengah buku dah tk da bau..tu sebab anak2 kata saya kolot.sabun cap kapak masih ada di Kangar.
ReplyDeleteSaya sebut sabun Burung Kakak Tua. Hehehehe... dah lama saya tak beli dan guna. Sejak kahwin rasanya tak pernah dah. Lepas ni nak mula beli balik lah.
DeleteIni sabun fav ayah Sham. Sebetulnya 1 family suka. Lembut je bau.
ReplyDeleteDi Kuwait sana, sabun mandi jenama apa Sham?
DeleteMcm2 ada Azie.
DeleteSham guna Yardley yg lavender. Dah mmg suka bau lavender.
Lavender tu purple youuuu...!
DeleteHahaa..yelah, dolu2 family saya pun guna sabun popinjay ni. Skrg mcm dah tak nampak lg.
ReplyDeleteSaya ada baca, sabun tu dah diupgrade. Bungkusnya dah ada yang kaler biru muda.
Deletepopinjay, balik asrama, mak bekalkan. letak celah2 baju wangila konon..hehehe
ReplyDeleteOh ya ker. Seronoknya suasana masa tu kan?
DeleteTu kompomlah mak bekalkan makanan yg sedap sedap jugak tuh.
1st time saya dengar nama sabun ni..hahaha.macam nama hero hindustan pun ada
ReplyDeleteNampak sangat DZ ni lahir zaman moden. Budak zaman sekarang mana tahu jenama pelik camni. hehehehe
DeleteSabun Popinjay..ohh teringat kenangan kecik2 dulu. Masa tu pakai sabun ketoi. Ada sabun Darling jugak. Wanginya rasa nak telan. Dan ubat gigi Close Up..Darkie..& iklan pisau cukur Super Nacette tak berkarat, ingat lagu dia sampai la ni. Dan lagu iklan sabun Harimau yg sungguh kuat kat radio..ohhhh nostalgia sungguh nih!
ReplyDeleteBetoi. Sabun yang wangi memang ada ketika buat kita rasa nak makan. Maklum budak lagi. Jakun segala. Ubat gigi Close-Up tu kalu tak silap Uji Rashid pernah jadi model iklannya. Darkie tu macam tiru Darlie, dah takda pun jenama tu skang.
DeleteSuper Nacetteete tu ingat, tapi iklannya tak berapa ingat. Tu belum lagi jenama ubat nyamuk hat lengkaq merah tu. Mancis cap Cabai? ingat dak.
hahahaha
salam perkenalan..
ReplyDelete"kot lerah"..sebutan ni memang menarik perhatian saya..ingatkan hanya orang orang kampung kot lerah kampung saya saja yang tahu guna perkataan ni..rupernya saya terjumpa di blog ini..
Salam Zulaikha. Terimaskasih, sila masuk. Orang utara jugak noo?
DeleteSaya tak pasti, nak eja lagu mana. ‘kot lerah’ atau ‘KOK lerah’. Yang pasti, orang belah belah uatara tau la apa maknaya nih!
assalamualaikum ... dah x ingat la guna sabun apa masa kecil dulu ... lux kot ... heheheee
ReplyDeleteLux tu sampai sekarang masih bertahan ada di pasaran.
DeleteDulu memang ada sabun jenama yang unik. Sabun Darling pun ada.
Ye....sabyn darling...ada iklan kat tv...wangi sabun ni
DeleteI kalau balik kmpg memang suka terjah kedai kedai lama ni esp kedai cina...sesaja tinjau brg kat situ...nostalgia la konon hahaa
ReplyDeleteKalu kat kampung kampung memang ada lagi jenama lama macam nih. Kena rajin pi tinjau kat kedai runcit macam tu la. Best kan?
DeleteSabun cap kapak ni wangi sebenarnya. Dulu arwah tok selalu pakai buat sental baju kebun. Kat kedai runcit di penang ni masih ada jual kak.
ReplyDeleteSebenarnya sabun cap Kapak ni, berkesan untuk basuh baju jadi putih. Tapi kalu tahan tak tahan memang akan rasa pedih perit.
Deletesaya kalau sabun ni, saya panggil sabun mayat, kalau kampung saya, mandi jenazah guna sabun ni, kalau nampak sabun ni dalam bilik air, terus lari keluar, haha
ReplyDeletepopenjey..Hehehe. Sy Kecik2 dlu mmg guna sabun ni. wangi..fresh..
ReplyDeletewangi kan bau dia? saya panggil sabun burung kaka tua..hik3!!.
ReplyDeleteSabun cap kapak tu saya memang ingat. Buih tak banyak, bau pun x wangi. Tapi bersihhh. Nak guna, kena kerat2 dari bongkah yang panjang. Basuh kain lampin baby pun sekejap jer bersih putih melepak walaupun bekas dari tuuuttt baby. Cuba guna hak sabun sekarang? Nak kena rendam klorok baru boleh ilang.
ReplyDeletesabun hijau tu mmg pernah pakai...hehehe...sabun cap kapak...masa kecik2 dulu..kena potong2 klu nk basuh baju... :)
ReplyDelete