Showing posts with label program YAYASAN. Show all posts
Showing posts with label program YAYASAN. Show all posts

Wednesday, January 19, 2011

Konsep Kesukarelaan...

Salam.

Membaca blog MY LITTLE DIARY yang menulis tentang hasratnya hendak menjadi sukarelawan:

AA terpanggil untuk berkongsi sesuatu kenangan sepanjang AA pernah menjadi sukarelawan sebuah badan NGO sejak 2007 sehinggalah sekarang. Walaupun lately kurang aktif kerana bekerja 6 hari seminggu berbanding dulu banyak masa lapang, tetapi semangat sukarelawan tidak pernah luntur.

KONSEP KESUKARELAAN
Perkataan “sukarela”, menurut Kamus Dewan, bermakna “dengan kehendak sendiri, tidak dipaksa-paksa, tidak dikerah dan dengan rela hati”. Manakala perkataan “kesukarelaan” pula membawa makna “sikap sukarela”. Selanjutnya, mereka yang melakukan sesuatu dengan sukarela dipanggil “sukarelawan” bagi lelaki dan “sukarelawati” bagi perempuan.

Berasaskan makna tersebut, kesukarelaan dapat dimaksudkan sebagai melakukan sesuatu dengan kehendak sendiri, tidak dipaksa atau dikerah, dengan niat yang ikhlas atau setulus kudus dan dengan tidak mengharapkan apa-apa pulangan kepada diri sendiri.

Wajar juga AA kongsikan beberapa pengalaman melalui gambar di sini, sebagai pendorong semangat. Bukan berniat utk riak atau menunjuk-nunjuk kerana segala cerita catatan perjalanan yang berlabel “sukarelawan” banyak sekali ditulis di blog AA yang personal itu (memang dikunci, bukan utk tatapan umum).

Ada beratus-ratus gambar, tetapi yang AA pilih hanyalah beberapa keping sahaja.

Photo kenangan sebagai sukarelawan.

28 Jan 2008: Program Bubur Asyura untuk anak-anak yatim.

Program bersama AnakPerlis.com., salah satu komuniti yang sering bekerjasama. Mereka juga menganjurkan pelbagai lagi program untuk anak yatim.

***

16hb Mei 2008: Program Lawatan ke Perlis
Dengan dibantu oleh beberapa orang sukarelawan dari UPM. AA menjadi Ketua Rombongan (sukarelawan yang turut serta semua perempuan) membawa anak-anak yatim (semua lelaki) ke Perlis.

Singgah melawat ladang anggur, suatu projek perintis oleh JPS, 1.8 hektar, di Jln Guar Jentik, bertentangan dengan Empangan Timah Tasoh, Perlis.

Merasa juga mendaki menyusuri Gua Wang Burma 1 keluar ke Gua Wang Burma 2 (berhampiran Gua Kelam).

Masuk hutan mengenali alam sekitar. Group yang hanya AA satu-satunya wanita. Kerjasama Jabatan Perhutanan Perlis.

**

14 Sept 2008: Program Konvoi Sahur ke Rumah Nurul Iman, Manjoi.


Kami berkonvoi pada tengah malam untuk tiba tepat pada waktu bersahur di Manjoi. Makanan ditaja oleh sebuah badan sukarela juga.

**

14 Feb 2009: Misi Perubatan Manjoi ke Rumah Anak Yatim Nurul Iman.




Blogger DR RODZILAH, antara doktor yang menjadi sukarelawan sejak dulu lagi. (Masa tu lum jadi blogger lagi).

Tujuan program, memberikan pemeriksaan kesihatan percuma (menjadi acara tahunan) juga menyampaikan sumbangan dari pelbagai pihak.

**

28hb Mac 2009: Misi Kebajikan ke Pulau Pinang di UiTM Seberang Jaya.


Program bertujuan menyampaikan sumbangan barangan keperluan sekolah utk anak-anak yatim yang dipilih sekitar Seberang Jaya.

**

17 Julai 2009 Program Jom Durian:



Ini pic program Jom Durian kali ke-2. Program di musim durian, di mana penaja membawa berbakul-bakul durian di rumah anak yatim terpilih dan orang ramai dijemput makan sepuasnya dengan harga serendah RM10, sumbangan terus ke rumah anak yatim.

**

25 Nov 2009: Berbuka puasa di Zenith Restoran, Sri Petaling.



Program berbuka puasa merupakan program paling popular dan paling banyak sekali, hampir setiap hari sepanjang Ramadhan mereka ini mendapat undangan. Dan para sukarelawan terpaksa bergilir utk memantau (turut dijaga oleh penjaga mereka).

***

13 Disember 2009: Program Tautan Kasih (kali ke-4)

...di Kem PLKN Paya Indah Wetlands, Dengkil.

Ceramah dadah oleh Ketua Daerah AADK Sentul Tuan Zaidi Harun.

**

Program Back To School setiap hujung tahun.



AA menjadi Ketua Projek ini selama 3 tahun berturut-turut. Mengukur, mencari pembekal, memastikan pakaian seragam sekolah diterima mengikut saiz dan tepat pada masa.


Juga ada beberapa program kecil seperti lawatan saban bulan, juga kerjasama beberapa pihak perseorangan yang hadir di rumah anak-anak yatim terpilih dan sebagai sukarelawan kami harus hadir memberikan bantuan kepada pihak-pihak tersebut yang ingin menyumbang tetapi kekurangan tenaga sokongan.

Program Membeli Baju Raya utk ratusan anak-anak yatim yang tersenarai di bawah program juga sungguh menyeronokkan.

Sumbangan tidak hanya terhad kepada wang dan barang makanan, tetapi sumbangan yang tidak nampak di mata, seperti tenaga dan perhatian juga penting. Ada beberapa orang kawan AA yang diam-diam menaja pelbagai perkara. Ada yang sudi taja tambang bas (utk perjalanan beberapa program besar), ada yang sudi taja air mineral berkotak-kotak utk program (sukarelawan pun dahaga juga)... dan macam-macam lagi.


Tak tahu samada budak-budak pelajar IPTA masih ingat aku lagi ke tidak. Terlalu ramai yang bekerjasama, sehingga tak ingat nama lagi dah...

Terlalu banyak kalu AA nak citer...
tapi semuanya manis....

Pic ini dimuatkan dlm salah satu ruangan Berita Minggu (lama dah). Photo shoot untuk sebuah program sukarelawan. Promosi pun penting juga.

Semoga sesiapa yang hendak menjadi sukarelawan mendapat sedikit panduan, kerana sebenarnya mudah sahaja nak jadi sukarelawan, asal sahaja hati rela dan suka nak buat kerja yang tidak bergaji, dan tidak mengabaikan perkara utama dalam kehidupan (rumahtangga, anak-anak dan kerjaya) dan pandai membahagikan masa.

Sekian terimakasih.






Wednesday, November 24, 2010

Berkhatan: Pengalaman Pertama Aku Pegang Budak Melalak..!

Musim cuti sekolah sudah bermula, dan SPM 2010 juga sudah bermula semalam. Semoga diberikan ketenangan kepada semua calon-calon dan bakal beroleh kejayaan.

Yang bergelut dengn exam besar, tentulah cemas gementar, so para ibubapa pun ada juga yg lebih cemas dari anak yg nak exam.

Bagi yang tak ada exam besar tahun ini, tentu cuti sekolah boleh berehat sakan, termasuklah cikgu-cikgunya.

Antara agenda cuti sekolah panjang adalah berkhatan, tak kira beramai-ramai atau individu, dibawa ayah/mak ke klinik atau balik kampung bersunat/berkhatan secara tradisional...

Pic hiasan: Google

Ada macam-macam cara (wpun bersunat tu tetap sama) meraikan budak-budak berkhatan. Sejak zaman dulu lagi, kita leh nampak keluarga buat kenduri, buat berarak, dan lain-lain acara tambahan yang aku tak pernah tengok lagi dengan mata kepala. Semasa kecil dulu mungkin ada, tetapi aku tak ingat.

Pengalaman pertama aku melihat program berkhatan dengan sendiri, dan terlibat pula adalah pada tahun 2007, Disember. Cuti sekolah, atas nama sukarelawan (sehingga sekarang itulah jawatannya pun), aku terlibat satu program Berkhatan Beramai-ramai Anak-anak yatim (ada beberapa rumah anak yatim yg dipilih oleh organisasi yg aku terlibat sejak 2003 sehingga hari ini).

Bawa mereka ke sebuah klinik yang telah kami tempah khas. Maka beraturlah budak-budak ni menunggu. Ada yang cemas, ada yang selamba ada yang langsung tak kisah apa pun. Senyap jerrr.

Ketika itu, (lebihkurang 7,8 orang) duduk berbaris di kerusi luar menanti giliran. Sehinggalah yang pertama masuk dan tiba-tiba, “Adoooooooooi..!”

Hahh.. sudah.! Bila sorang yg mula dah menjerit, yang di luar dah panik tak ketahuan hala dah.

Tak ingat yang nombor berapa yang masuk, menjerit kuat betul, meronta-ronta. Sehingga memaksa aku pun masuk sekali (ketika itu hanya aku sukarelawan perempuan dan 3,4 orang sukarelawan lelaki). Tetapi kuat betul budak tu meronta sampai seorang lelaki pegang, aku pegang tangan, nurse pegang kaki... dan doktor menanti.

Budak tu meronta menjerit agak lama sampai suara dia serak. Aku terpaksa tenangkan dia, bercakap lembut dan pujuk dia, usap rambut dia, peluk kepala dia.

“Doktor...! jangan doktor. Tak mau doktor!”

Aku suruh dia tarik nafas... pandang muka aku, berenti nangis... dan tak ingat dah apa lagi yang aku sebut pada dia. Sembang-sembang nak supaya dia tenang dan tak fokus pada apa yang doktor nak buat.

“Taknak..! Saya baru darjah 3..! Doktor jahat..!” Nak tergelak pun ada.

“Nanti tahun depan saya datang la doktor.. Doktor ni bodo la!” Doktor pula tergelak.

Selepas bergelut, berpeluh juga akhirnya selamat. Senyap terus.

Pengalaman mahal, sebab dengan anak sendiri aku bawa pegi klinik juga, tapi depa langsung tak menangis.

Sebelum balik, doktor tu sempat plak sebut, “Kalau U masuk dari mula, lagi cepat selesai. Tak sangka boleh pula U buat ya..”

Alahai, walaupun pengalaman pertama, tapi sebagai ibu, mungkin aku tak kekok sangat. Lagipun sebagai sukarelawan yang ditugaskan menyelia program terbabit, tentulah tiada masa nak fikir boleh atau tidak. Buat jer...

Aku dah tak ingat nama dan rupa budak yang melalak sakan tuh.


Inilah harinya, 1-12-2007, dan hanya ini gambar yang dapat aku cari dari moblog kawan aku.



~...pengalaman melihat budak yang bakal jadi remaja dipaksa rendam dalam sungai, berarak ke Teratak Nyatuh dengan bermuka kelat, memberikan senyum simpul antara HISYAM dan SERI BULAN bila mata terpandang mata...~


Thursday, November 18, 2010

Hari Kerja Pun Sempat Tengok Lembu...

Hari ini ramai juga yang terus bekerja, tidak menyambung cuti. Malah semua staff di tempat kerja aku tiada seorang pun yang bercuti. Semua sedang menyimpan cuti, sebab masing-masing ada plan sendiri di hujung tahun da cuti sekolah.

Lunch time, aku sempat hadir sekejap menjengah Majlis Korban di Sri Sabah. 1 ekor lembu dikorbankan dan kira-kira 55 bungkus daging selamat diagihkan kepada anak-anak yatim yang bernaung di bawah Jalinan Kasih.




Walaupun orang kuat JK (Abg JOE), tiada di KL kerana balik ke Kedah beraya dan berkemas kerana kampungnya ditimpa banjir, beberapa orang penduduk sekitar datang membantu AJK.


Dengar sembang mereka, usus ni sedap dimasak lemak, tapi nak kelola-cuci, tak ramai yang sanggup.

Terimakasih atas usaha ini.
*Untuk makluman, anak-anak yatim yang berdaftar di bawah JK adalah sekitar Sri Sabah, dan Bandar Tun Razak.


~...kesal sungguh, bilamana kita sekali-kali tidak berniat menyentuh peribadi sesiapa menerusi tulisan di blog peribadi (melainkan citer perasan sendiri saja), tetapi ada yang terasa. Kenapa tidak tinggalkan sensitif itu hanyut bersama Sungai Jeram Seram...?~



Friday, October 1, 2010

Syawal: Tak Dapat Makan, Dapat Tunjuk Muka Pun Jadi...

Kerana tajuk di atas, selepas berjaya keluar awal dari tempat kerja, aku singgah di Flat Sri Sabah, untuk menolong apa yang patut, untuk Program Majlis Hari Raya Jalinan Kasih bersama Anak-Anak Yatim yang dijadualkan berlangsung esok.

Kerana situasi aku yang mungkin sukar dijangka, dikhuatiri berumahtangga di depan MacPro-1 sampai ke petang, dan tentu tak sempat hadir, so aku pergi menunjuk muka.

Nampaknya ada banyak kerja. Begitulah bila nama tertera di kertas bersama tanggungjawab yang bukan sedikit. Kalu signature leh laku, harus masuk tender. Ahaks!!

Balik rumah, masak dan tukar baju, lepas Maghrib nak pergi lagi.

---bersambung---

KEMPEN:
Program Perjumpaan Aidil Fitri
yang dianjurkan oleh blogger SHAM OnDscene

Tarikh: 9 Oktober 2010
Masa: 12.00 - 6.00 petang
Lokasi: Commonwealth Forest Park & Resort
Kompartment 3 Hutan Simpan Bukit Lagong
KM 23 Jalan Kuala Lumpur-Rawang
Rawang, Selangor
(Program dalam dewan)
Konsep: POTLUCK

Sudi-sudikan ya.
Meramaikan dan memeriahkan sambil menjalin silaturahim sesama blogger.


~...SERI BULAN nekad berjalan dalam gelap walaupun bulan tidak muncul, lampu picit dipicit tak menyala, demi sebuah platonik, meredah juga denai kering kerana kemarau...~




Sunday, August 29, 2010

Ramadhan: Antara yang Pekat Ori dan Lemak Berdurian...

Sebagai menyambung entri terdahulu, hari Sabtu yang kini menjadi hari bekerja separuh hari buat aku tetapi buat macam-macam kerja sampai ke malam.

Entah kenapa, Sabtu semalam, ramai betul yang ambil cuti dan di department aku cuma aku sorang saja yang bekerja. BOSS pun dah terbang ke Beijing, aku tak pasti samada CINDY LAUPER dibawa sekali. Apalagi, bila dah kerja sensorang, kerja pun banyak, aku tune radio kuat-kuat...!

Balik kerja, sebagai memenuhi selera anak-anak (termasuk Dak AMOI yang balik bercuti), aku masak Sambal Tumis Udang dan Puding Jeli perasa Lycee dan Jagung.

Kali ni perasa Jagung dan Lycee


Aku mendapat jemputan untuk bersama-sama menjayakan program Mengacau Dodol di Flat Sri Sabah semalam. Program yg dirancang pada tarikh 3 Sept terpaksa dipercepatkan kerana tarikh tersebut sudah bermula cuti semester bagi pelajar-pelajar IPTA yang terlibat.

Program yang sudah menjadi program tahunan, bertujuan mengeratkan silaturrahim dan mensedekahkan dodol kepada kira-kira 50 buah rumah anak yatim yang bernaung di bawah Jalinan Kasih Sri Sabah sempena Aidilfitri.



Sebanyak 3 kawah dodol disediakan (1 ditaja oleh Yayasan) dan diuruskan bersama pihak urusetia Jalinan Kasih dengan dibantu para sukarelawan dari Institut Professional Baitulmal, WP.


Bukan mudah untuk menyiapkan 3 kawah yang penuh, dengan kesabaran dan bergilir-gilir mengacau.

Aku hadir selepas selesai memasak untuk anak-anak berbuka, lagipun dodol tu perlukan 12 jam untuk dikacau. Ada banyak masa.



Suatu pengalaman manis buat aku kerana hanya baru sekali pernah mengacau dodol, dulu, 7,8 tahun dulu semasa di kampung. Sungguh teruja aku.

Waktu masih lembik cair, memang laju jer mengayuhnya, tapi bila dah pekat liat, ketat dan padat, memang lengoh tangan dibuatnya. Tapi kerana kami bergotong-royong beramai-ramai, dan saling bergilir, memang kurang terasa penatnya.


2 kawah ori, 1 kawah + durian. Wow, sungguh wangi. Kami berbuka/solat bergilir-gilir kerana kawah tidak boleh ditinggalkan. Pendekata mengayuh tanpa henti.


AJK Jalinan Kasih bermesyuarat ringkas sambil layan durian.

Kawah pertama siap kira-kira jam 10 malam. Kawah seterusnya tidak mampu lagi aku tunggu, serah saja pada yang muda-muda. Kita dah tua-tua ni, tenaga dah kurang...


*Kenangan bulan puasa: Kuih-kuih tradisional memang sangat renyah membuatnya, tapi itulah yang sangat sedap. Aku selalu tolong BONDA buat Putu Kacang dulu. Ditekap tepung kacang ke dalam acuan berbunga yang dibuat 3 kuntum dalam 1 kayu. Sekarang ada lagi tak acuan dibuat dari kayu macam tu?



~...gelanggang ditinggalkan HISYAM, sungguh terasa sumbang tanpa gandingan sejiwa tetapi lantai tari tidak wajar dibiarkan kosong tanpa rentak...~




Saturday, August 28, 2010

Ramadhan: Sehari yang penuh....

Seharian ini dengan cuaca yang sangat panas, dan kerja yang pelbagai, sungguh memenatkan.

Dah tak larat nak taip entri penuh.
So, sebagai intro aku boh gambar ni dulu.


Nanti AA sambung ceritanya. Nak tido, dah penat sangat...


~...hati bertambah penat lesu bilamana HISYAM bertindak keluar gelanggang, dan SERI BULAN mereka-tari dengan rentak yang sangat sumbang...~



Saturday, August 14, 2010

Ramadhan: siri Ziarah Ramadhan YKS - Sri Sabah...

Syukur alhamdulillah, selamat sudah program Ziarah Ramadhan YKS yang berlangsung di dewan Flat Sri Sabah. Program ini merupakan salah suatu dari siri ziarah sempena bulan Ramadhan yang akan terus dijalankan sepanjang bulan ini.

Bersekali dengan program berbuka juga dijalankan sesi penggambaran bagi mengisi ruang dalam program Apa Kata Wanita (AKW) yang dihostkan oleh Zamzarina yang juga merupakan Presiden YKS.

Aku tiba seawal 2.30 petang, tetapi Ayam Masak Merah dah pun siap. Bubur Lambuk baru saja hendak dimulakan, dan dapatlah aku melihat dari awal bagaimana Bubur Lambuk dimasak. Tidak jauh beza dengan lain-lain tempat juga. Yang menyeronokkan bukan apa yang dimasak, tetapi cara memasak dan bagaimana kami beramai-ramai bergotong-royong memasak. Lagipun penduduk di situ dan pertubuhan Jalinan Kasih (anak-anak yatim Sri Sabah) sudah biasa dengan kami kerana ini bukan pertama kali pihak Yayasan terlibat mengadakan program amal.







Kopek durian untuk pengat kuah Roti Jala


Selain dari membantu, bagi kami para sukarelawan Yayasan dapat bersua muka, bertanya khabar mengerat silaturahim.

Agenda utama bermula tepat jam 7.00 petang tetapi team dari RTM sudah tiba seawal 4 petang untuk merakamkan beberapa aktiviti bagi slot AKW. Walaupun Zamzarina terpaksa hadir di tempat lain secara mengejut dan tidak dapat muncul, program tetap berjalan seperti yang dirancang. Tetapi beberapa agenda terpaksa diubah sehinggakan aku terpaksa menjadi "bidan terjun" menjadi pengacara majlis. (Dah lama aku tak buat kerja mengacara ni..) Cuma agak kurang seronok kerana aku tidak berpakaian yang sesuai (sebab tujuan hadir awal kerana nak bantu masak bukan nak naik pentas).


Rakaman sedang berlangsung.

Majlis berbuka dengan anak-anak ini sangat meriah dan seronok melayan mereka. Dihidangkan dengan kuih-muih, kemudian solat Maghrib berjemaah, dan bersambung semula dengan jamuan nasi berlauk Ayam Masak Merah, Kari Daging, Sayur Campur, Roti Jala cicah Kuah Durian... yummy!

CHAK dan ALIA bersama Presiden Jalinan Kasih Sri Sabah, En JAWAHER, kami panggil Encik JOE.


Terimakasih tidak terhingga kepada semua yang bersedekah menyumbang, juga kepada yang terlibat, termasuk pihak Yayasan sendiri, sukarelawan dari Institut Baitulmal dan seluruh warga penduduk Flat Sri Sabah Blok 64 yang begitu gigih menjadikan program amal ini berjalan lancar.


*Kenangan bulan puasa: Arwah AYAH dulu kalu buat Bubur Lambuk, ada macam-macam bahan dan makan sungguh puas, pastu ada Tembikai Susu yang dipetik dari batas bendang, bancuh dengan santan, campur ais. Perhhhh...!



~...memberi pujian bukan sifatnya, memperlekeh juga tidak pernah menjadi niatnya, tetapi perlakuan HISYAM ada kala sangat sukar bagi SERI BULAN memahaminya...~



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails