Musim cuti sekolah sudah bermula, dan SPM 2010 juga sudah bermula semalam. Semoga diberikan ketenangan kepada semua calon-calon dan bakal beroleh kejayaan.
Yang bergelut dengn exam besar, tentulah cemas gementar, so para ibubapa pun ada juga yg lebih cemas dari anak yg nak exam.
Bagi yang tak ada exam besar tahun ini, tentu cuti sekolah boleh berehat sakan, termasuklah cikgu-cikgunya.
Antara agenda cuti sekolah panjang adalah berkhatan, tak kira beramai-ramai atau individu, dibawa ayah/mak ke klinik atau balik kampung bersunat/berkhatan secara tradisional...
Yang bergelut dengn exam besar, tentulah cemas gementar, so para ibubapa pun ada juga yg lebih cemas dari anak yg nak exam.
Bagi yang tak ada exam besar tahun ini, tentu cuti sekolah boleh berehat sakan, termasuklah cikgu-cikgunya.
Antara agenda cuti sekolah panjang adalah berkhatan, tak kira beramai-ramai atau individu, dibawa ayah/mak ke klinik atau balik kampung bersunat/berkhatan secara tradisional...
Ada macam-macam cara (wpun bersunat tu tetap sama) meraikan budak-budak berkhatan. Sejak zaman dulu lagi, kita leh nampak keluarga buat kenduri, buat berarak, dan lain-lain acara tambahan yang aku tak pernah tengok lagi dengan mata kepala. Semasa kecil dulu mungkin ada, tetapi aku tak ingat.
Pengalaman pertama aku melihat program berkhatan dengan sendiri, dan terlibat pula adalah pada tahun 2007, Disember. Cuti sekolah, atas nama sukarelawan (sehingga sekarang itulah jawatannya pun), aku terlibat satu program Berkhatan Beramai-ramai Anak-anak yatim (ada beberapa rumah anak yatim yg dipilih oleh organisasi yg aku terlibat sejak 2003 sehingga hari ini).
Bawa mereka ke sebuah klinik yang telah kami tempah khas. Maka beraturlah budak-budak ni menunggu. Ada yang cemas, ada yang selamba ada yang langsung tak kisah apa pun. Senyap jerrr.
Ketika itu, (lebihkurang 7,8 orang) duduk berbaris di kerusi luar menanti giliran. Sehinggalah yang pertama masuk dan tiba-tiba, “Adoooooooooi..!”
Hahh.. sudah.! Bila sorang yg mula dah menjerit, yang di luar dah panik tak ketahuan hala dah.
Tak ingat yang nombor berapa yang masuk, menjerit kuat betul, meronta-ronta. Sehingga memaksa aku pun masuk sekali (ketika itu hanya aku sukarelawan perempuan dan 3,4 orang sukarelawan lelaki). Tetapi kuat betul budak tu meronta sampai seorang lelaki pegang, aku pegang tangan, nurse pegang kaki... dan doktor menanti.
Budak tu meronta menjerit agak lama sampai suara dia serak. Aku terpaksa tenangkan dia, bercakap lembut dan pujuk dia, usap rambut dia, peluk kepala dia.
“Doktor...! jangan doktor. Tak mau doktor!”
Aku suruh dia tarik nafas... pandang muka aku, berenti nangis... dan tak ingat dah apa lagi yang aku sebut pada dia. Sembang-sembang nak supaya dia tenang dan tak fokus pada apa yang doktor nak buat.
“Taknak..! Saya baru darjah 3..! Doktor jahat..!” Nak tergelak pun ada.
“Nanti tahun depan saya datang la doktor.. Doktor ni bodo la!” Doktor pula tergelak.
Selepas bergelut, berpeluh juga akhirnya selamat. Senyap terus.
Pengalaman mahal, sebab dengan anak sendiri aku bawa pegi klinik juga, tapi depa langsung tak menangis.
Sebelum balik, doktor tu sempat plak sebut, “Kalau U masuk dari mula, lagi cepat selesai. Tak sangka boleh pula U buat ya..”
Alahai, walaupun pengalaman pertama, tapi sebagai ibu, mungkin aku tak kekok sangat. Lagipun sebagai sukarelawan yang ditugaskan menyelia program terbabit, tentulah tiada masa nak fikir boleh atau tidak. Buat jer...
Sebelum balik, doktor tu sempat plak sebut, “Kalau U masuk dari mula, lagi cepat selesai. Tak sangka boleh pula U buat ya..”
Alahai, walaupun pengalaman pertama, tapi sebagai ibu, mungkin aku tak kekok sangat. Lagipun sebagai sukarelawan yang ditugaskan menyelia program terbabit, tentulah tiada masa nak fikir boleh atau tidak. Buat jer...
Aku dah tak ingat nama dan rupa budak yang melalak sakan tuh.
~...pengalaman melihat budak yang bakal jadi remaja dipaksa rendam dalam sungai, berarak ke Teratak Nyatuh dengan bermuka kelat, memberikan senyum simpul antara HISYAM dan SERI BULAN bila mata terpandang mata...~
saalam.
ReplyDeletekalau ati mmg tak berani sbb kita ni jenis ngeri tengok benda2 yg berdarah..akibatnya berminggu2 tak leh lupa...hihi
ada 2 anak lelaki nie...bakal tempuh benda yg sama. harap2 semua ok
ReplyDeleteAlhamdulillah,.. semua anak lelaki kakcik dikhatankan semasa mereka masih kecil. Dan... kakcik tiada pengalaman menemani atau merawat mereka! Ayahnya yang buat... :)
ReplyDeleteahah..
ReplyDeleteselamba kodok jer budak tu panggil doktor tu bodo.
ehehee..
seb baek dah nempuh sebelum anak sendri.
aku esok lusa ntah macamanalah nnti..
SALAM,
ReplyDeleteTERINGAT MASA DULU2. TAK MENJERIT TAPI TAKUT. ENTAH APA FASAL JADI BENGKAK BEBERAPA HARI SELEPAS TU. SEKARANG NI , KALAU DISURUH LAGI, TAK KAN MAHU WALAUPUN AZIE ADA SAMA MEMBERIKAN SEMANGAT !
Masa anak kak Zai bersunat first time dia lari tak dapat kejar masa tu buat sama dengan sepupu dia.Tahun berikutnya buat sorang2 itu pun masuk wad dulu bagi dia tenang,petang baru doktor potong hehehe....
ReplyDeleteSalam..
ReplyDeleteBila sebut budak melalak masa berkhatan ni..mengingatkan saya pada anak saya nombor 2. Masa tu umor dia baru 7 tahun. Mulanya ingat berani benar...( sebab cakap besar) rupanya...hehehhe puas disepak teranjangnya doktor..mahu tak mahu saya pun kena masuk tolong pegangkan...supaya cool.
azie...
ReplyDeleteterus terang cakap... kalau akaklah... memang akak tak sanggup menemankan budak bersunat.. satu.. sebab tak ada pengalaman meneman sebab takder anak lelaki....
keduanya... akak pun jenis tak sanggup tgk ....
inilah bahagian ibu anak 4 pompuan...
heee lawak, terimbau nostalgia lama.... simpan je laaa
ReplyDeletekak azie..
ReplyDeletesaya punyer pglaman sendiri ngan 2 teruna saya akhir thun lepas..saya xpi tgk masa dorang khatan..takut saya..bole pitam..hehe
menjaga mereka..ya Allah agak susah gak..mkn pntg mcm bersalin..hehe
gtu juga dgn khatan baby girl saya mek sarah..bygkn..saya yg bawa..baringkan dia..alih2 masa doktor nk buat tu..xsanggup weh..maling muka saya..ngeri..padahal..anak saya relak je..xjerit ape..mak yg terlebey suda...
Hehehehe ... saya pun baru nak buat post Pre-Khatan untuk Aran, tak sangka akak dah tulis dulu. Cepat sungguh akak ku ini.
ReplyDeleteNak gelak lak baca post akak, agaknyer budak tu sekarang kalau nampak akak sure larik jauh-jauh, malu nak jumpa... hahahahahaha
kira berani dan pandai menenangkan dalam kecemasan. saya dengar pekik saja dah ngeri.
ReplyDeleteTeratak Nyatuh..nama rumah tuk mudim?
saye tak de anak lelaki...semua puteri jer..
ReplyDeleteade anak saudara lelaki dah disunat masa baby lagi..
heheh.. baru jer terfikir, bila la nak di jawikan anak2 teruna saya tuh.. berderet tuh.. ntah apa lah pulak aksi2 dia orang nanti..
ReplyDeletedia kata dokter tu bodo? HAHAHAHA!!!!
ReplyDeletenasib baik dokter tu tak bagi panggg sekalai. kihkihkih
ATI MASRIF > kalu jenis penakut darah, atau gemuruh, baik jangan dekat.
ReplyDeleteANA > Ehhh ya ker... la ingatkan ANA ni bujang lagi. :)
KAKCIK > Sama la kita. Anak2 saya pun memang ayahnya yang banyak urus. Saya teman jerrr...
ReplyDeleteSIDRATUL > Budak tu dah bengang sangat dahh. Marah pun ya jugak. hahahaha!
Bang LF > Amboiii... semangat saya boleh lagi ni Banggg... hahahaha
ReplyDeleteKAK ZAITUN > Agaknya dia gementar tu.
Sala, ROSLAINI > Memang ada budak yang mula2 mcm yakin jer, tapi pastu dia lari dulu. hahahaha
ReplyDeleteSepak terajang doktor tu biasa, maki doktor tu yg tak tahan.
AKAK > Mungkin tak punya anak lelaki, AKAK rasa gementar. Takper KAK, mana tahu nanti ada cucu lelaki, leh la handle kot...
CEMOMOI >
ReplyDeleteNak kongsikan di sini pun ok gakkk...:)
SARAH >
Sama ler, Kak Azie pun buat bersunat anak perempuan di kampung, sebab senang, ada bidan yg uruskan.
doktor kena byk sabar,kan?
ReplyDeleteACIK >
ReplyDeleteBudak tu mungkin malu bukan kepalang agaknya, tapi Kak Azie dah lupa nama dia..
Harap2 ARAN nanti ok. Buat jer post tu ACIK...
NURSALAMAH >
Berani tanpa sedar tuh..
Teratak = rumah
Nyatuh = nama sejenis kayu.
AINNORAINI >
ReplyDeleteTak berpeluang lah pengalaman ni, kan? Takper nanti cucu lelaki leh join tengok. :)
AANAS > Harap2 semua ok. Jangan lari panjat pokok sudahhh....
GADISBUNGA >
ReplyDeleteDoktor tu dah lali kot kena maki dek budak-budak bersunat. So, dia cool jer..
Gelak besar lak lagi..
parents diaorang tak ikut sekali ker..?
ReplyDeleteKalau di negara Arab, budak2 lelaki ni dikhatankan beberapa hari lepas dilahirkan, berbanding di Malaysia, biasanya umur dah mencapai 7 tahun ke atas baru dikhatankan.
ReplyDeleteTp ada juga orang Malaysia yang cuba meniru cara Arab tapi tiba2 si anak 'kulup' semula, terpaksa sunat sekali lagi. Biasanya terjadi kepada anak2 yang berbadan gempal.
Oh... memang dah lama berkhatan (tak percaya? Nak tengok bukti?) Tapi ngilunya masih terasa bila tengok orang lain berkhatan... ohhh...
ReplyDeleteHAMIZAH > tak sabar kalu, ada ler budak yang kena lempang plak...:)
ReplyDeleteDINMATROCK > Yang saya ceritakan dalam entri ini adalah “anak-anak yatim” dari rumah yg mereka tinggal, dengan penjaga, tanpa ibubapa.
VIC > Kak Azie pernah juga dengar, sebaiknya begitu, tetapi kita di Msia mungkin kira, umur selepas lahir terlalu kecil. Rata-rata mengkhatankan anak setelah berusia seawal 3,4 tahun.
ReplyDeleteKHAYALKHAYAL >
ReplyDeleteNgilu? I tak faham...hehehehe
kak azie.
ReplyDeleteterrolah..
kalau saya? sure gelabah abis
PS; antara seri bulan dan hisyam..tentu pengalaman kanak-kanak paling mengembirakan..lagi2 bermain pondok2 dan kawin2..heheh
AYU > Mujur gak tak gelabah, tapi berpeluh dan lengoh tangan.
ReplyDeletePS: tak tahu lah nak kata. Nanti kena tanya depa la. :)