AA terpanggil untuk berkongsi sesuatu kenangan sepanjang AA pernah menjadi sukarelawan sebuah badan NGO sejak 2007 sehinggalah sekarang. Walaupun lately kurang aktif kerana bekerja 6 hari seminggu berbanding dulu banyak masa lapang, tetapi semangat sukarelawan tidak pernah luntur.
KONSEP KESUKARELAAN
Perkataan “sukarela”, menurut Kamus Dewan, bermakna “dengan kehendak sendiri, tidak dipaksa-paksa, tidak dikerah dan dengan rela hati”. Manakala perkataan “kesukarelaan” pula membawa makna “sikap sukarela”. Selanjutnya, mereka yang melakukan sesuatu dengan sukarela dipanggil “sukarelawan” bagi lelaki dan “sukarelawati” bagi perempuan.
Berasaskan makna tersebut, kesukarelaan dapat dimaksudkan sebagai melakukan sesuatu dengan kehendak sendiri, tidak dipaksa atau dikerah, dengan niat yang ikhlas atau setulus kudus dan dengan tidak mengharapkan apa-apa pulangan kepada diri sendiri.
Perkataan “sukarela”, menurut Kamus Dewan, bermakna “dengan kehendak sendiri, tidak dipaksa-paksa, tidak dikerah dan dengan rela hati”. Manakala perkataan “kesukarelaan” pula membawa makna “sikap sukarela”. Selanjutnya, mereka yang melakukan sesuatu dengan sukarela dipanggil “sukarelawan” bagi lelaki dan “sukarelawati” bagi perempuan.
Berasaskan makna tersebut, kesukarelaan dapat dimaksudkan sebagai melakukan sesuatu dengan kehendak sendiri, tidak dipaksa atau dikerah, dengan niat yang ikhlas atau setulus kudus dan dengan tidak mengharapkan apa-apa pulangan kepada diri sendiri.
Wajar juga AA kongsikan beberapa pengalaman melalui gambar di sini, sebagai pendorong semangat. Bukan berniat utk riak atau menunjuk-nunjuk kerana segala cerita catatan perjalanan yang berlabel “sukarelawan” banyak sekali ditulis di blog AA yang personal itu (memang dikunci, bukan utk tatapan umum).
Ada beratus-ratus gambar, tetapi yang AA pilih hanyalah beberapa keping sahaja.
Photo kenangan sebagai sukarelawan.
Ada beratus-ratus gambar, tetapi yang AA pilih hanyalah beberapa keping sahaja.
Photo kenangan sebagai sukarelawan.
28 Jan 2008: Program Bubur Asyura untuk anak-anak yatim.
Program bersama AnakPerlis.com., salah satu komuniti yang sering bekerjasama. Mereka juga menganjurkan pelbagai lagi program untuk anak yatim.
***
16hb Mei 2008: Program Lawatan ke Perlis
Dengan dibantu oleh beberapa orang sukarelawan dari UPM. AA menjadi Ketua Rombongan (sukarelawan yang turut serta semua perempuan) membawa anak-anak yatim (semua lelaki) ke Perlis.
Singgah melawat ladang anggur, suatu projek perintis oleh JPS, 1.8 hektar, di Jln Guar Jentik, bertentangan dengan Empangan Timah Tasoh, Perlis.
Masuk hutan mengenali alam sekitar. Group yang hanya AA satu-satunya wanita. Kerjasama Jabatan Perhutanan Perlis.
**
14 Sept 2008: Program Konvoi Sahur ke Rumah Nurul Iman, Manjoi.
Kami berkonvoi pada tengah malam untuk tiba tepat pada waktu bersahur di Manjoi. Makanan ditaja oleh sebuah badan sukarela juga.
**
14 Feb 2009: Misi Perubatan Manjoi ke Rumah Anak Yatim Nurul Iman.
Blogger DR RODZILAH, antara doktor yang menjadi sukarelawan sejak dulu lagi. (Masa tu lum jadi blogger lagi).
Tujuan program, memberikan pemeriksaan kesihatan percuma (menjadi acara tahunan) juga menyampaikan sumbangan dari pelbagai pihak.
**
28hb Mac 2009: Misi Kebajikan ke Pulau Pinang di UiTM Seberang Jaya.
Program bertujuan menyampaikan sumbangan barangan keperluan sekolah utk anak-anak yatim yang dipilih sekitar Seberang Jaya.
**
17 Julai 2009 Program Jom Durian:
Ini pic program Jom Durian kali ke-2. Program di musim durian, di mana penaja membawa berbakul-bakul durian di rumah anak yatim terpilih dan orang ramai dijemput makan sepuasnya dengan harga serendah RM10, sumbangan terus ke rumah anak yatim.
**
25 Nov 2009: Berbuka puasa di Zenith Restoran, Sri Petaling.
Program berbuka puasa merupakan program paling popular dan paling banyak sekali, hampir setiap hari sepanjang Ramadhan mereka ini mendapat undangan. Dan para sukarelawan terpaksa bergilir utk memantau (turut dijaga oleh penjaga mereka).
***
13 Disember 2009: Program Tautan Kasih (kali ke-4)
**
Program Back To School setiap hujung tahun.
Program Back To School setiap hujung tahun.
AA menjadi Ketua Projek ini selama 3 tahun berturut-turut. Mengukur, mencari pembekal, memastikan pakaian seragam sekolah diterima mengikut saiz dan tepat pada masa.
Juga ada beberapa program kecil seperti lawatan saban bulan, juga kerjasama beberapa pihak perseorangan yang hadir di rumah anak-anak yatim terpilih dan sebagai sukarelawan kami harus hadir memberikan bantuan kepada pihak-pihak tersebut yang ingin menyumbang tetapi kekurangan tenaga sokongan.
Program Membeli Baju Raya utk ratusan anak-anak yatim yang tersenarai di bawah program juga sungguh menyeronokkan.
Sumbangan tidak hanya terhad kepada wang dan barang makanan, tetapi sumbangan yang tidak nampak di mata, seperti tenaga dan perhatian juga penting. Ada beberapa orang kawan AA yang diam-diam menaja pelbagai perkara. Ada yang sudi taja tambang bas (utk perjalanan beberapa program besar), ada yang sudi taja air mineral berkotak-kotak utk program (sukarelawan pun dahaga juga)... dan macam-macam lagi.
Tak tahu samada budak-budak pelajar IPTA masih ingat aku lagi ke tidak. Terlalu ramai yang bekerjasama, sehingga tak ingat nama lagi dah...
Terlalu banyak kalu AA nak citer...
tapi semuanya manis....
Pic ini dimuatkan dlm salah satu ruangan Berita Minggu (lama dah). Photo shoot untuk sebuah program sukarelawan. Promosi pun penting juga.
Semoga sesiapa yang hendak menjadi sukarelawan mendapat sedikit panduan, kerana sebenarnya mudah sahaja nak jadi sukarelawan, asal sahaja hati rela dan suka nak buat kerja yang tidak bergaji, dan tidak mengabaikan perkara utama dalam kehidupan (rumahtangga, anak-anak dan kerjaya) dan pandai membahagikan masa.
Sekian terimakasih.
tapi semuanya manis....
Pic ini dimuatkan dlm salah satu ruangan Berita Minggu (lama dah). Photo shoot untuk sebuah program sukarelawan. Promosi pun penting juga.
Semoga sesiapa yang hendak menjadi sukarelawan mendapat sedikit panduan, kerana sebenarnya mudah sahaja nak jadi sukarelawan, asal sahaja hati rela dan suka nak buat kerja yang tidak bergaji, dan tidak mengabaikan perkara utama dalam kehidupan (rumahtangga, anak-anak dan kerjaya) dan pandai membahagikan masa.
Sekian terimakasih.
Aslkm
ReplyDeleteMama baru komen kat N3 bawah tetiba dah keluar yg ni. Hehe mama baru daftar sukarelawan jiwa msia masa majlis 10 th kem. Wanita tu.
Azie pegi ke Melaka tu?
Salam MAMAJU:
ReplyDeleteMaaf MAMA, saya tak dapat nak join gathering tu. Saya ada beberapa hal dgn keluarga saya dan juga keluarga mertua..
Lain kali lah nampaknya...
saya sukarela kalau ada makan2 sahaja ok.
ReplyDeleteeh,tu sukamakan.
ye saya sukamakan.
sukarela?
tengok keadaan dan tujuan.
elok kak jadi sukarelawan nih
ReplyDeletejika kita free dan tidak terikat ngan komitmen lain..bole applykan..
dulu2 zmn study U je join jugk khidmat bakti..hehe
skrg..mendidik anak bangsa aje..
assalamualaikum..murni hati kak AA..semoga kak AA dan family dirahmati Allah SWT
ReplyDeletealhamdulillah kak Azie..
ReplyDeletedi sinilah kita bertemu kan?
eh..alamak ada lak muka terenterframe kat sini..
hihihi..
teruskan semangat kesukarelaan..
bersuka2 membuat amal..:P
salam..
ReplyDeletekak azie..rindunya dgn kak, nak minta buat bubur nasi boleh tak>>
itu pun sukarelaan kan???
hehehehe
PS: tetap tabik dgn kak AA ku, selain spotting, suka lepaking dgn blogger, seorang yang sentiasa bantu orang.. i luv u...
dia sukarelawan dulu baru jadik blogger..
ReplyDeletesaya ..blogger dulu..sukarelawan...err...err..saya macam Bujallah...
berbuat jasa sesama manusia dikenang sampai bila-bila
ReplyDeleteSyabas! Saya bangga dengan insan yang menjadi sukarelawan nih...
ReplyDeleteTeringin nak buat benda2 ni...
Tapi tak pasti nak jadi sukarelawan apa...
Nanti boleh ajak Bujal sekali...kih kih kih
tahniah kak azie...memang banyak budi yg ditabur
ReplyDeleteSalam Kak Azie..zureen pun ada juga impian utk menjadi sukarelawan jika diizinkan Allah satu hari nanti..
ReplyDeleteSeronok bila lihat gambar2 akak buat kerja sukarela..
Tabik...
ReplyDeletememang salute dgn org yang rajin mcm Azie ni ....
komitmen yang tinggi
pernah terniat di hati nak jadi sukarelawan tapi memandangkan dengan kesibukan kerja terpaksa pendamkan dulu hasrat tu...takut nanti dah bagi nama tapi tak dapat pula nak join...
ReplyDeletewah,... teruja nya kita ni!
ReplyDeletekak macamana kita nak join jugak jadi sukarelawan ni?
kebetulan hari jumaat dan sabtu ni, kita jadi sukarelawan untuk event pejabat.. :)